The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

196K 6K 284

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 5

2.7K 84 0
By lemonellow

"Jangan cakap dengan sesiapa lagi pasal ni." pesan Idham keras. 

"Id, jom!" Mikayla tiba tiba muncul di depan pintu rumah. 

Idham cepat cepat menamatkan panggilan. Dia memegang beg tangan Mikayla sambil menunggu gadis itu menutup pintu rumah. Automatic lock kedengaran dari luar. 

"Firash tak ada dalam senarai tetamu malam ni." beritahu Idham.

"Oh good to know." malas dia nak tengok muka Firash tu.

"Kau kejap lagi tolong senyum sikit dekat red carpet tu." pesan Idham.

Mikayla menjeling Idham. "Aku taulah." 

"Kau tu dari tadi on call, busy betul. Kau cakap dengan siapa?" tanya Mikayla. Beg di tangan Idham ditarik. Dia nak ambil phone dari beg tangannya.

"Oh kau nampak ke? Takda apalah. Nothing important." datar suara Idham.

"Eleh, nak rahsia rahsia pulak." cebik Mika.

...............................

Lepas melalui red carpet dia berjalan mengikut usher yang sedang menunjukkan tempat duduknya. Dia antara yang terawal sampai di pawagam tersebut di mana akan berlangsungnya tayangan perdana untuk filem "Kembara Pahlawan". 

Ramai pelakon pelakon veteran hebat yang berlakon dalam filem bernilai 4 juta itu. Dia tidak berlakon sebaliknya hanya dijemput untuk sama sama menyokong filem tersebut bersama ramai lagi selebriti dan figura popular yang lain. 

Sedang dia termenung di tempat duduknya, dia nampak satu pasangan masuk dari bawah berdekatan skrin. Dia kenal mereka. Tengku Zarif dan Putri AIlin. Kalau dah datang berdua ke event public seperti itu, dia dapat mengagak yang mereka berdua ingin menghebohkan hubungan cinta kepada public. 

Dia sedikit tidak selesa apabila terlihat Zarif sedang merenung tajam ke arahnya sambil mereka berdua dibawa oleh usher untuk duduk ke tempat yang telah disediakan. Nasib baik mereka duduk sedikit jauh dari dia. 

"Kenapa tenung tenung orang macam tu." getus Mikayla perlahan. 

...................................

Habis tayangan dan event bersama peminat dia meminta diri untuk ke tandas. 

Apabila keluar dari tandas, dia terkejut apabila dia nampak Zarif sedang bersandar di dinding berdekatan tandas perempuan. 

Mikayla hanya buat tidak tahu dan berjalan melintasi lelaki itu. Dia ingatkan lelaki itu menunggu Ailin walaupun sebenarnya dia tidak perasan Ailin dalam tandas tadi. 

"Let's talk." 

Terhenti langkah Mikayla apabila terdengar suara dingin itu.

Dia berpaling melihat lelaki itu sudah berada di belakangnya. Menikam tajam anak matanya.

"Ada apa?" Mikayla cuba berlagak selamba, padahal dia takut juga dengan lelaki yang dulunya pernah menjadi figura seorang abang buatnya. 

Aura lelaki bersuit hitam itu mendinginkan.

"Kenapa Mika reject proposal Astana Jewels?" tanya Zarif dingin. 

"Oh pasal itu ke." ujarnya dalam hati. 

Dia senyum nipis pada lelaki itu. 

"Urm, Mika.. urm I rasa..." jeda sebentar sambil dia garu kepala tak tahu nak menggunakan kata nama apa untuk berbual dengan lelaki di hadapannya itu. Dah lama mereka tidak duduk berbual berdua. 

Zarif perasan tentang itu. Dulu mereka berbual dengan nama panggilan Mika dan abang Zaf. Bunyi agak mesra dan tidak sesuai dengan situasi mereka sekarang. 

Mika berdehem perlahan sebelum menyambung.

"I rasa itu keputusan yang terbaik untuk you dan I kan?" tanya Mika.

Dia fikir keputusan yang dia buat minggu lepas itu akan melegakan lelaki itu. Dia tahu Zarif bencikan dia jadi dia ingin menyenangkan lelaki itu. Zarif pasti tidak tahu tentang proposal dari Astana Jewels sebelum dia tolak proposal tersebut. Dia ingatkan isu tu dah tamat. Tapi alih alih lelaki itu menyoal tentang proposal itu kepadanya malam itu.

Zarif jongket kening pelik.

"What do you mean?" 

"You mesti tak suka I terlibat dengan Astana. I akan make sure reject everything yang melibatkan Astana in future. You jangan risau I takkan burukkan nama you dan nama Astana." kata Mikayla meyakinkan Zarif yang masih memandang dia pelik.

"Sejak bila abang cakap yang abang taknak Mika terlibat dengan Astana? Apa Mika cakap ni?" tanya Zarif sedikit keras.

Kalini Mikayla yang pelik dengan Zarif. Dua sebab. Satu, panggilan Abang tu kembali. Dua, bukan dulu Zarif cakap dia kecewa dan anggap Mika ni orang luar ke. Maksud Zarif tu dia dah bencikan Mika lah sepatutnya. Takkan dia salah faham pulak.

"You sendiri yang cakap kita ni dah jadi orang asing kan. You dah bencikan I so buat apa lagi you nak I collaborate dengan Astana." makin pelik Mikayla dengan Zarif.

Zarif meraup muka perlahan.

"Dulu tu abang marah sebab Mika tak dengar cakap abang. Mika yang dah berubah. Tapi hal kerja abang professional. Proposal dari Astana Jewels tu bukan hal peribadi. I thought you are a professional actress aren't you?" tanya Zarif

Pulak dah dia ni. Dah marah marah orang lepastu boleh pulak suruh professional. Mika jeling Zarif geram.

"Sorry, proposal tu I dah reject. I memang taknak masuk campur dengan Astana kecuali berkaitan dengan bonda dan Tulippana. Lagipun you tak risau I buat masalah lagi dan akan burukkan nama you dan Astana in future ke?" sindir Mikayla.

Dia memang nak mengelak. Sementelah dia tahu Zarif memang langsung tidak percayakan dia dan tiada hal positif tentang dirinya di mata seor Tengku Zarif. Buat apa lagi dia terhegeh hegeh begitu. Hubungannya dengan keluarga Zarif memang dia tak dapat putuskan begitu sahaja tetapi hal kerja yang melibatkan kerjaya dia, dia perlu menjauhkan diri. Tidak mahu dikatakan menumpang kesenangan orang. 

Dulu ayat itu sering dilontarkan kepadanya. Dia penat. Dia tak mahu perkara itu berulang kembali. 

Tiba tiba phone Zarif berbunyi. Zarif melihat nama pemanggil dan dia memandang ke arah Mikayla tajam.

"Benda ni belum settle, wakil I akan datang lagi untuk discuss. Fikir betul betul sebelum buat keputusan. Be professional."

Nama Putri Ailin di skrin phone Zarif Mika pandang sekejap. Dia tersengih menyindir.

"No, apa kata you minta girlfriend you yang jadi model tu. Lagipun you guys dah into public kan?" 

"What public?" langkah Zarif terhenti, lalu dia berpaling.

"You guys datang harini dekat public event kan? So mestilah fans dan media dah tahu." kata Mika sambil mengangkat kedua belah tangannya ke udara lalu tersenyum. 

"Congrats." ucap Mika sekilas sebelum dia yang berjalan dahulu meninggalkan Tengku Zarif yang sedang terkedu.

...................................

POV Zarif malam itu.

Dia diajak oleh Ailin untuk ke tayangan perdana itu. Mulanya dia tolak. Tapi bila dapat tahu Mikayla turut ada bersama dari mulut Fafa, dia bersetuju untuk pergi bersama Ailin.

Dia ada sesuatu yang ingin ditanya kepada Mikayla.

Dari awal tayangan sampai ke akhir dia hanya memandang Mikayla yang berada sedikit jauh darinya. Kedudukan dia dan Ailin yang berada sedikit belakang dari Mika memudahkan dia untuk memerhatikan gadis itu. 

Sebaik sahaja dilihat Mikayla mula berjalan keluar dari keramaian, dia mengekori langkah gadis itu. 

Tidak disangka dia tersilap langkap dari mula dengan datang ke event itu bersama Ailin.

............................

Malam itu heboh di internet tentang dia dan Ailin. Banyak desas desus di twitter dan tiktok tentang identiti dia sebagai tunang Ailin. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Ailin.

"Shit!" dia baling telefonnya ke seat sebelah. 

Rambutnya diramas ramas perlahan. 

Dia memegang erat stereng kereta. Ailin pun dia suruh balik sendiri tadi. Dia marah benar. Tidak tahu mahu memarahi siapa. Dia yang salah. Dia lupa tentang situasi dalam industri. Dalam kepalanya tadi hanyalah Mikayla. Sampai alpa dengan tindakan sendiri buat sekian kali. 

"Mikayla" dia menyebut sebaris nama itu.

Banyak kali dia tersilap langkah bila gadis itu memenuhi ruangan mindanya.

Dulu dia menerima Ailin gara gara ternampak Firash. Dia sakit hati melihat lelaki itu. Itu kekasih kedua Mikayla selepas Daus yang dia tahu. 

Malam itu, gara gara ingin berjumpa empat mata dengan Mikayla, dia melupakan akal warasnya dan menjadi plus one Ailin di event public itu. Sudah pastilah media dapat mengagak mereka bercinta. Ailin pula tidak lepas dari memegang lengannya. Dia pula asyik memandang Mikayla. Memang dibiarkan saja perlakuan Ailin disisi.

.............................

Zarif bangun pagi itu untuk bersiap ke pejabat. 

Turun sahaja ke ruang makan, dia disapa dengan sindiran Zuhail.

"Senyap senyap bertunang anak sulung mama ni." 

Dia jeling Zuhail sekilas lalu memandang mama.

"Zaf, mama nak Zaf betulkan balik gossip tu." pesan Puan Sri Sharifah. 

"Biar jer lah ma, nanti lama lama senyap lah tu." kata Zarif lalu mencicip kopi yang dibuat oleh pembantu rumah.

"Eh budak bertuah ni. Nanti Tok nenek kamu tanya, mama nak jawab apa?" 

Zarif mengeluh. Dia memang ingin betulkan gossip tersebut tapi bila teringatkan wajah sinis Mika malam tadi dia tarik balik keputusannya. Dia geram dengan reaksi Mika. Teringat ayat terakhir gadis itu.

"Congrats."

Takkan dia nak perbetulkan balik. Malu dia nanti. Nampak bodoh dia dihadapan Mika.

"Nantilah Zarif fikir. Mama abaikan jer gossip tu."

Dia salam mamanya minta izin untuk ke pejabat. Tiada selera mahu sarapan pagi. 

'Kau betul ke nak stay dengan Ailin tu Zaf?" tegur Zuhail di pintu. Dia pandang Zarif yang sedang memakai kasut kulit itu.

"Kau bukan suka dia pun." tambah Zuhail lagi.

Zarif angkat muka. Adiknya yang satu ini tahu sahaja apa yang bergelora dihatinya.

Zarif tidak menjawab. Dia menepuk bahu adiknya sambil tersenyum nipis. 

.....................................

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

7.6K 424 40
SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN Hidup ini bukan lah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat. Hidup ni kan sebuah pertaruhan. Sama ada kau...
8K 615 60
𝐌𝐫.π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐯𝐨π₯ 1 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬: Raf's sweetheart Color personality:🟑 π‘¨π’Žπ’“π’Šπ’ π‘Ήπ’‚π’‡π’’π’Š π‘―π’‚π’“π’Šπ’” | 𝑡𝒖𝒓 π‘«π’‚π’“π’Šπ’π’‚ π‘Ίπ’π’‡π’Šπ’‚π’‰...
856K 113K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...
15.4K 661 18
Pernceritaan di sebuah filim pasti akan ada permulaan dan pengakhiran di setiap detik ceritanya. Sama seperti reality kehidupan manusia. "Aunty nak...