The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 286

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 4

2.8K 91 0
By lemonellow

Bangunan Astana Group, Tingkat 7

Zarif duduk berpeluk tubuh di hujung meja panjang sambil mendengar perbentangan dari wakil pihak Astana Jewels. Beberapa wajah selebriti terpapar di layar dinding.

"We think, Kayla is the best suit to be our new model for upcoming new collection." Ulas pembentang tersebut sebelum menutup acara perbentangannya. Semua mata di dalam bilik meeting itu melirik ke arah Tengku Zarif.

Zarif menunduk melihat file proposal yang diserahkan kepadanya. 

"Memang dia je ke? Dia akan terima ke?" tanya Zarif pendek. Mata memandang ke arah wakil wakil yang ada di bilik itu.

"Dah 4 tahun kami cuba untuk ambil dia sebagai model tapi banyak kali ditolak kerana beberapa isu seperti pertembungan dengan jadual shooting produk lain. Tapi kalini kami dah check yang dia memang hampir tamat kontrak dengan company lain. So kami nak cepat cepat cuba dapatkan dia." Terang wanita berkot kuning itu panjang lebar.

Zarif angguk angguk perlahan. Dia memang tahu koleksi Delima Rubi yang terbaru yang bakal dikeluarkan Astana Jewels memang sesuai jika digayakan dan dimodelkan oleh Kayla. Tipulah kalau dia boleh mengatakan sebaliknya. Nama gadis itu pula memang selalu disebut oleh pihak Astana Jewels tetapi belum berkesempatan untuk bekerjasama.

"Then proceed untuk hantar proposal. Update me on the progress." Dia tiada halangan dengan proposal itu. 

"Then this meeting will be continued in future time" ujar Lilian kepada semua yang berada di bilik itu apabila melihat Tengku Zarif bangun dari kerusinya.

Di Restoran Fajar, 1 pagi

"Oii mangkuk ! Sombong sekarang." jerit Zuhail apabila kelibat Aniq kelihatan.

Aniq terkocoh kocoh berlari ke meja menempatkan 3 lelaki bermulut bising itu.

"Sorry lah busy sikit sekarang bros." Dia menghulurkan tangan berjabat dengan semua yang ada di meja.

"Lama ke kau shooting kalini?" tanya Isyraf kepada sepupunya.

"Banyak scene kalini. Aku kan watak utama." Kata Aniq sambil tersengih, sedikit berbangga.

"Amacam Mika dekat set?" tanya Zuhail

"Superb dia, aku nak bergurau macam biasa pun tak boleh bro." Kayla kalau dah dirasuk watak yang dilakonkan, memang komited habis. Dia yang datang nak berborak pun dihalau manager gadis itu. 

"Aku dengar Mika pegang watak heroin red flag, betul ke?" tanya Zuhail lagi.

"Haah, Mika excited gila dapat watak tu. Dia call aku dulu haritu tanya pasal drama tu sebab dia tahu aku dah terima job tu." balas Aniq.

"So kau dah sebulan lebih lah jumpa Mika hari hari sebab shooting kan?" tanya Isyraf.

"Hahaha, hari hari hampir 24 jam. Aku pergi Cameron Highland haritu 5 hari dengan dia shoot scene honeymoon." kata Aniq sambil tersengih. Dia memang teruja sebab dia dah lama nak berlakon bersama dengan Mikayla. Dulu mereka hanya dapat watak adik dan abang yang sangat sedikit scene mereka bersama. 

Wajah Mikayla yang awet muda menyebabkan Aniq dapat melakonkan watak lebih tua dari Mikayla. 

"Mantap siaa member." ujar Dayne

"Kau rasa Mika dah ada boyfriend ke?" tanya Dayne berseloroh. 

"Asal, kau nak mengorat?" tanya Isyraf.

"Uiii tak berani akuuuu. Sebelum aku putus nyawa baik jangan mula." Dia menjeling raut wajah Zuhail yang memandang tajam ke arahnya.

"Playboy macam kau Dayne memang aku terajang dulu kalau kau nak dekat dekat dengan Mika." ujar Zuhail mendatar.

"Bro, kau ni anggap Kayla tu macam adik atau kau suka dia bro?" tanya Aniq sambil mensisip sedikit air limau nipis yang dipesan tadi.

Dayne hanya gelak mendengar soalan itu. 

Zuhail angkat muka, bibir kirinya naik, sedikit tersengih. Soalan tadi tidak dijawab.

Malam itu mereka berempat makan makan dan berborak pelbagai topik. Hanya waktu waktu begitu mereka boleh berjumpa. Masing masing sibuk dengan hidup masing masing.

............................

*Pang

Tamparan kuat dihadiahkan buat Ailin. Terkedu Ailin. Pipi kirinya dipegang. Kepalanya sedikit berpinar.

"Qistina!" 

"Kau macam dah takde lelaki lain kau nak jadikan suami? Suami aku jugak yang kau nak ambik kenapa?" Tempik Kayla, tubuh Aniq yang cuba menghalangnya ditolak kasar. 

"Kak, Hana minta maaf kak. Bukan niat Hana rebut Ikhmal dari akak." air mata merembes keluar. 

"Kau dah kahwin berbulan bulan baru kau nak minta maaf dengan aku?"

"Dan kau, kalau aku tak jumpa perempuan ni, kau memang takkan bagitahu aku kan yang kau dah curang dengan aku?" Kayla bergerak laju ke arah Aniq yang sedang bergerak ingin memujuk Ailin.

Ditariknya rambut lelaki itu kuat. 

"Qis!" Tubuh Kayla ditolak cuba untuk melepaskan diri.

"Aku curang ni semua sebab kau Qis. Sebab kau ego tak pernah nak hormat aku sebagai suami. Aku tak bahagia dengan perkhahwinan kita !" jerit Aniq ke muka Kayla.

Tangisan bayi tiba tiba berbunyi. Semua mata memandang bilik yang tidak tertutup rapat.

Kayla yang mendengar tiba tiba tergelak perlahan.

"Wow, sampai dah anak rupanya." ujar Kayla mendatar, penuh kecewa wajahnya melakonkan babak itu.

"Kau yang taknak anak dengan aku Qis. Kita dah 3 tahun kahwin tapi kau tetap nak merancang taknak anak lagi. Kau sibuk dengan kerja kau." tempelak Aniq garang.

"Kau janji kau akan tunggu aku sampai aku sedia Ikhmal. Kau yang janji sebelum kita kahwin. KAU !"

Kayla bergerak ke bilik dimana tangisan bayi masih kedengaran.

"Kau jangan nak apa apakan anak aku." marah Aniq sambil merentap lengan Kayla kuat. Tubuh Kayla terdorong ke dinding.

"CUT ! OKAY !" 

Aniq pergi mendapatkan Kayla yang sedang menggosok belakang yang sakit.

"Kau okay sis? Sorry lah emotional sikit." ujar Aniq sambil cuba melihat kalau kalau Kayla cedera.

Kayla tergelak. 

"Aku okay jer lah. Bagus action kau tadi, aku suka. Senang aku nak masuk watak." Puji Kayla sambil tersenyum.

"Tengok oranglah." gelak Aniq berlagak.

Ailin memerhatikan kedua pelakon itu bergelak ketawa. Pipi masih pijar ditampar Kayla tadi. Dian datang membawa ais untuk menuam pipi kirinya. 

Kayla bergerak ke arah Ailin yang sedang mengaduh.

"Sorry tadi I terkuat pula tampar." Kayla memohon maaf.

Ailin memaniskan muka. "Oh it's okay, berlakon kan." '

"Okaylah you la rehatlah dulu." kata Kayla lalu bergerak pergi.

...........................

Sedang dia duduk memeriksa phone, dia dapat satu pesanan whatsapp dari Ailin. Dia membuka pesanan whatsapp tersebut.

Gambar selfie Ailin dengan bungkusan ais di pipi.

"Sakit youuu." 

"Kenapa pulak tu" balas Zarif.

"Lin kena tampar dgn Kayla dalam scene." 

"Pffttt" tergelak Zarif mendapat mesej itu.

Dia terbayangkan Kayla menampar Ailin. 

"Ohh, ni mesti scene you rampas husband dia kan." Zarif send emoji senyum keluar air mata. 

Ailin yang membaca mesej itu merasa geram. Tujuan dia menghantar gambar itu adalah untuk membuatkan Zarif kesian dan memujuk dia. 

"Kuat you dia tampar Lin." Ailin cuba lagi.

"Biasalah tu, berlakon kan bukan betul pun." 

Zarif meletakkan telefon di meja. Dia menarik fail dokumen untuk mula membuat kerja.

........................

Dua hari kemudian, pejabat Tengku Zarif

"Tengku, wakil pihak Astana Jewels inform saya yang Kayla reject untuk jadi model kita." beritahu Lilian. 

"What?!" Zarif angkat muka pelik.

"Why?" tanya dia lagi.

"Kata mereka, Kayla sedikit keberatan untuk collaborate dengan Astana."

"The hell" carut Zarif.

Zarif mengarahkan setiausahanya keluar dari pejabat dia.

Zarif mengurut ngurut pelipisnya.

"Kau kenapa Mikayla." dengusnya marah.

"Makin lama makin aku tak kenal kau siapa."

POV Zarif, 11 tahun lalu

"Mika, kau buat apa dekat dia." Lengan Mika ditarik kasar menjauhi seorang pelajar perempuan menengah rendah yang dah jatuh terduduk. 

Senget senget tudung pelajar tersebut mungkin ditarik Mika. Air mata merembes keluar ke pipi pelajar tersebut.

"Abang Zaf blah, Mika tak ada urusan dengan abang." kata Mika kasar. Dia cuba melepaskan lengannya dari cengkaman Zarif. Sakit di lengan dia abaikan.

"Kau nak pukul orang ke sekarang ni? Kau dah kenapa ni Mika?" tanya Zarif marah, wajah Mikayla ditenung marah.

"Abang tak tau apa apa baik abang diam." Jerit Mikayla. Air mata yang ingin keluar cuba ditahan. Dia cuba menyerang pelajar itu kembali namun bahunya direntap kuat oleh Zarif.

"MIKA !" tempik Zarif.

"Kau kenapa buli orang ni Mika. Kau kenapa sekarang ni? Banyak masalah kau buat dekat sekolah sekarang Mika?" tanya Zarif, suaranya sedikit keras.

Mika ternampak Tengku Liyana, Harisa dan Inara di satu sudut sedang tersenyum sinis. Fahamlah dia sekarang. 

"Buli? Mika? Mika buli? BODOHLAH" carut Mika. Dia menolak tubuh Zarif menjauh dari dia.

"Kau pukul orang tu bukan buli ke Mika?" tanya Zarif. Tubuh Mika ditolak ke dinding. Menyekat pergerakan Mika.

Tadi dia di kelas, tiba tiba rakan sepupunya Harisa datang memberitahu yang Mikayla sedang memukul seorang pelajar di belakang sekolah. Terkejut dia lalu dia berlari ke tempat yang diceritakan. 

Ada beberapa pelajar lain berada berhampiran kawasan itu sedang berbisik sesama sendiri. 

"Korang blah sekarang!" Zuhail tiba tiba muncul dan memarahi pelajar pelajar tersebut. Dia bergerak ingin melepaskan Mikayla dari cengkaman Zarif.

"Zaf, dah lah tu, sakit Mika." Zuhail masuk di celah celah Mika dan Zarif. 

"Mika, dah lah tu. Jom balik kelas dulu." Zuhail pujuk Mika.

"Kau, kau jangan munculkan diri depan aku lagi. Kalau tak siap kau." Mika memberi amaran kepada pelajar tersebut sebelum dia bergerak pergi dari kawasan itu. 

Zuhail mengikut Mika dari belakang. 

Insiden itu permulaan Mika mula tidak bercakap dengannya. Mika ketika itu berusia 15 tahun dan Zarif di tingkatan empat. 

Seingatnya waktu itu pelajar perempuan itu tiba tiba menjadi mangsa Mikayla melepaskan amarah. Dia dapat tahu entry Mika untuk pertandingan melukis telah dibatalkan kerana Mika telah mencuri lukisan pelajar lain. 

Setahunya Mikayla tidak pernah melukis. Jadi bila melihat gambar lukisan tersebut dia tahu Mika menipu. Dia kenal Mika dari kecil. 

Selepas insiden itu, makin banyak masalah yang ditimbulkan Mikayla di sekolah. Mikayla makin jarang datang ke sekolah apatah lagi ke rumahnya. Selalunya balik dari sekolah, Mikayla akan menumpang dia dan Zuhail untuk pulang ke rumah. Dan selalunya Mika akan menumpang berehat di rumahnya sebelum di ambil bonda Mika, Dato' Marina. 

Zarif meraup kasar mukanya mengingatkan kenangan zaman sekolah. Dia berjuta kali kecewa dengan perubahan Mikayla. 

Dia teringat waktu mereka masih kanak-kanak, dia memang menyokong kuat Mikayla menjadi pelakon kanak-kanak. Mika yang menangis kerana penat dan selalu disuruh bondanya untuk berlatih skrip. Apa sahaja drama dan tv show yang dilakonkan dan dihadiri Mikayla yang dia tidak tengok. Semua dia tengok. Dia akan tolong komen apa yang Mika boleh tambah baik dari segi lakonan. Mereka memang rapat dulu sampai Zuhail cemburu. Tapi selepas itu Zuhail pun turut rapat dengan Mikayla.

Tidak disangka sejak popular, Mika berubah. Menjadi seorang gadis yang dia sudah tidak kenal. Baginya Mika sudah mula sombong dan bongkak dengan kerjaya sendiri. Sakit hatinya melihat wajah itu di kaca tv. Senyuman Mika di tv dirasakan sangat palsu. Gadis itu penyebab dia tidak lagi ada rasa mahu membuka tv. 

..................................

TBC








Continue Reading

You'll Also Like

93.3K 3.9K 26
đ“Ŗ𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓔đ“ĩđ“ļđ“Ē𝓷 𝓕đ“Ēđ“ģ𝓲đ“ŧđ“ąÃ—đ“ĸ𝓱đ“Ēđ“ģđ“˛đ“¯đ“Ē𝓱 𝓐𝓲đ“ģ𝓲đ“ŧ𝓱 𝓜𝓲𝓴𝓱đ“Ē𝔂đ“ĩđ“Ē Tengku Elman Farish merupakan jejaka yang Hot tetapi sengal. Dia...
Destiny's will By wana

Science Fiction

1.2K 116 19
Seperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama selama 17 tahun , apa nasib Nawal Jelita...
860K 113K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...
21.3K 1.2K 70
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 âĩ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ đ‘Ŧ𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan...