The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 2

3.4K 107 4
By lemonellow

Rumah Agam Tengku Zaid

"Zaf, Fafa bagitau kau bawak plus one dinner malam ni? Serious lah?" Tanya Zuhail kepada abangnya yang sedang menyarungkan kemeja putih ke badan.

"Kau kalau masuk bilik aku memang tak reti ketuk ke?" Sindir Zarif sambil mata masih memandang cermin di hadapan.

"Cakaplah, siapa plus one kau?" Gesa Zuhail 

"Ailin." 

"What the ffffffff, KAU DENGAN DIA KE SEKARANG?" suara Zuhail terkejut membingitkan telinga Zarif.

Zarif hanya diam meneruskan aktivitinya tadi.

"Bro, kau suka dia ke?" tanya Zuhail. Dia dah selalu nampak kewujudan Ailin di sisi Zarif sejak akhir akhir itu. Di mana ada Zarif tiba tiba pasti akan muncul Ailin seperti magnet. 

Zarif mendengus kasar. Zuhail ini memang penyibuk orangnya. Memeningkan kepalanya.

"Aku malas nak serabut dengan Liyana and the gang. Better aku cari girlfriend cepat cepat." hela Zarif selamba. Padahal hanya mulutnya mengatakan itu. Dia sudah tengok senarai tetamu yang datang malam ini. Sengaja dia mengajak Ailin bersama. Mahu melihat reaksi tetamu yang satu itu.

"Mika datang tak malam ni?" Fafa pula tiba tiba menjengah di pintu Zarif.

Zarif mengeluh melihat adik adiknya.

"You tanya abang kenapa Fa? Abang ni bodyguard dia ke?" tanya Zarif jengkel. Bad mood dia bila mendengar nama perempuan itu. Padahal tadi di pejabat nama itulah yang dia cari dulu dalam senarai. Cakap tak serupa bikin. Manusia tidak dapat menipu hati sendiri. 

"Mama cakap dia ada jemput Mika join dengan aunty Marina sekali. Tapi last dinner kan dia shooting. Now pun Mika currently shooting movie baru, takut Mika tak dapat datang, Fa dah lama tak jumpa Mika." ujar Fafa sambil mengheret dress hitamnya lalu duduk di katil Zarif.

"Dik, kau nak tahu tak, plus one abang kesayangan kau malam ni si Ailin tu." bahu adiknya ditepuk.

"Gila ke?" membulat mata Zulfa mendengar nama itu.

"Abang?" mukanya meminta penjelasan.

"Yes my brother and sister, I dah in relationship dengan Ailin, she's my plus one for today and might be the one yang abang akan bawa untuk jumpa babah dengan mama. Kalau ada jodoh might be you guys sister in law, who knows." Zarif jongket bahu sambil tersengih. Entahlah nak bergurau ke tak dengan ayat dia yang terakhir itu. Dia belum rasa nak kahwin lagi dan semestinya bukan nak kahwin dengan Ailin pun

"Abang ni takde taste." getus Fafa sebelum dia heret Zuhail keluar dari bilik. Geram dengan abang sulungnya itu. Zuhail angguk angguk. 

"Tak sabarlah nak tengok Mika pakai dress  cantik cantik malam ni." kata Zuhail sedikit kuat sambil tersengih gatal kepada abangnya sebelum dia keluar dari bilik.

Sisi bibir Zarif menaik sedikit mendengar kata kata itu. Zarif yang melihat adik adiknya keluar menghelakan nafas lega. Dia pening. 

*Ting

"Sayang, driver awak dah ambil saya, kami dah on the way ke hotel."

Mesej dari Ailin dibaca sekilas lalu dia kembali ke cermin sambil menyarungkan suit ke badan. Memang dia suruh Rizal yang pergi menjemput Ailin. Tak kuasa dia mahu pergi. Ailin kalau dia bagi perhatian sikit memang gadis itu terus terusan menggedik dengan dia. Tapi untuk malam itu memang dia kena sabar dan tahan rasa hatinya seketika. Tujuan utama dia malam itu adalah untuk menyakitkan hati Kayla.

Bertahun tahun dia terseksa melihat Kayla seperti langsung tidak terkesan dengan pemergian dia. Malah dia dapat tahu gadis itu pernah bercinta dengan lelaki lain. 

Dia mendengus geram lalu keluar dari bilik setelah berpuas hati menilik keadaan diri di cermin bilik.

.....................

"Bonda" Kayla menyapa apabila Dato' Marina masuk ke dalam kereta. 

Malam itu, Dato' Marina meminta Kayla datang mengambilnya di rumah untuk ke Viella Hotel. Dinner malam ini dianjurkan oleh Tunku Zawiyah. Ia merupakan acara saban tahun untuk mengeratkan kekeluargaan dan partnership ahli ahli board of director Astana Group. 

Dato' Marina menilik pakaian yang dipakai anak tunggalnya itu. Gaun merah hati bereben besar di dada itu ditilik untuk memastikan tiada cacat cela pada penampilan anaknya. Rambut Kayla yang panjang dihias cantik dan disepit dengan hiasan bunga anggerik bertatahkan permata putih. Setelah berpuas hati baru dia mula bercakap.

"Malam ni Bonda nak Kayla dekat dekat dengan Zarif. Dah berapa lama you guys tak jumpa. Cuba berbual dan ambil hati dia, kamu bukannya baru kenal" 

Kayla hanya mengeluh. Dia mengangguk kepala perlahan. Dia membuang pandang ke luar tingkap. 

"Nak berbual apa kalau dah bertahun tahun tak jumpa. Zarif pun pastinya memang taknak tengok muka dia. Mereka bukannya berpisah secara baik dulu." fikirnya.

............

Lobi Viella Hotel.

"Id, nanti I call kalau kami dah selesai." kata Kayla lalu dia keluar dari kereta.

Keluar sahaja dari kereta dia nampak kelibat lelaki tinggi itu berpeluk tubuh di tepi pintu masuk utama. Dia perasan lelaki itu menjeling ke arahnya sebelum memandang ke arah lain.

Menyampah lah tu. Fikir Kayla.

"Zarif, lama aunty tak nampak you." 

Baru Kayla ingin berjalan tenang ke pintu, lengannya ditarik Dato' Marina ke arah Zarif.

Dia nampak Zarif mendengus.

"Busy aunty." jawab Zarif sepatah.

"You dengan Kayla pun dah lama tak jumpa kan? Jomlah masuk sama sama, boleh borak borak." gesa Dato' Marina lagi.

Kayla hanya memandang kosong tiada rasa ingin bertegur sapa.

"It's okay aunty. I tengah tunggu my girlfriend." Jawab Zarif tersenyum nipis.

Kayla angkat kepala selepas mendengar kenyataan itu.

"Wow." getusnya di dalam hati

"Ehh since when? With who?" tanya Dato' Marina pula. Terkejut dengan kenyataan itu.

"Nanti you tengoklah sendiri aunty."

"Bonda jomlah." Kayla menarik tangan Dato' Marina dari tercegat di situ.

Buat apa menyapa orang yang tidak mengalukan kedatangan mereka. Buang masa.

Zarif melirik pandangannya secara rahsia ke arah susuk tubuh yang sedang berjalan masuk. 

Dia turut mengeluh perlahan.

"Long time no see Mikayla..." bisiknya perlahan.

....................

Dia duduk di meja yang dikhaskan untuk dia dan bonda bersama tetamu kehormat lain. Dia sekadar senyum berbasa basi dengan tetamu yang semeja. Ramai memuji kecantikannya malam itu. Malah ramai juga lelaki yang meminta nombornya dan bergambar. Siapa tidak teruja bertemu Kayla, pelakon terkenal di Malaysia sekarang.

"Since when Tengku Zarif dengan Ailin tu?" 

"Itulah, bukan cantik mana."

"Ailin tu anak siapa?"

Kayla terdengar suara suara mempersoalkan kehadiran Ailin disisi Zarif malam ni. Sejak kemunculan Ailin bergadingan tangan dengan Tengku Zarif tadi ramai anak anak gadis dari golongan ternama yang berbisik bisik cemburu. Dia nampak juga tadi wajah cemberut Tengku Liyana. 

Dia pula hanya mengerling sekilas sewaktu Ailin tiba tadi. Sedikit terkejut teman wanita Zarif adalah Putri Ailin, pelakon baru yang meningkat naik itu. Oleh kerana kemunculan Ailin malam itu, Liyana and the gang tak datang mengganggunya. Dah jumpa pengganti untuk dibulilah tu. Dia rasa lega sebab dia pun tiada mood untuk bertekak dengan orang malam itu.

"Begitu taste lelaki itu rupanya" getusnya dalam hati. Kerana setahunya lelaki itu tidak pernah bercinta dari zaman sekolah. Ramai yang mendekat tapi ditolak mentah mentah.

"Sayang, Lin nampak Kayla, Lin nak pergi say hi kejap. Jom" dia menarik lengan Zarif ke arah Kayla yang sedak duduk berseorangan.

Zarif hanya mengikut langkah Ailin. 

"Hi Kayla, terkejut Lin nampak Kayla dekat sini." Sapa Ailin sambil tersenyum lebar.

Kayla mengangkat muka dan mengganggukkan kepala ke arah Ailin. Senyuman nipis diberi.

"Kayla selalu ke datang dinner macam ni?" tanya Ailin lagi apabila reaksi yang diberikan Kayla tidak memuaskan hatinya.

"Nope, jarang. I busy." pendek sahaja jawapan Kayla. Jus anggur diteguk perlahan. Haih kenapalah gadis ini selalu sangat datang menyapa dia. Jelik juga rasa bila terdengar sapaan itu seperti tidak ikhlas.

"Ohh, Lin datang ni pun sebab Abang Zarif yang ajak. Lin tak pernah datang dinner mewah macam ni. In future bolehlah kita jumpa selalu dekat dinner ni kan." kata Ailin sambil melentokkan kepalanya ke bahu Zarif.

Zarif mengerling melihat wajah Kayla yang langsung tidak memandang ke arah mereka. Kening terangkat sedikit melihat reaksi perempuan yang dirasakan semakin sombong itu. Tadi sewaktu dia nampak Mikayla turun dari kereta, dia terpaku juga seketika. Gadis yang sedang duduk itu makin cantik dan nampak matang. Tapi cepat cepat dia buang rasa di hati, wajah juga turut dibekukan. 

"Mika!" Mereka bertiga mengangkat kepala melihat ke arah suara yang memanggil.

Zarif nampak adiknya Zulfa sedang berjalan laju ke arah mereka. Zuhail di belakang hanya mengekori langkah gadis itu.

"Hi Fa." Kayla bangun dari kerusi dan mendepakan tangan menyambut tubuh Zulfa.

"Mika, I miss you so much. Lama tak jumpa Mika. Fafa nampak Mika dekat tv jer sekarang ni." keluh Zulfa.

Ailin memandang pelik ke arah dua gadis itu. Dia mendongak mencari pandangan mata Zarif. Zarif sedang memandang mereka berdua.

"Sayang, siapa Mika?" tanya Ailin

Zarif yang ralit memerhatikan adiknya dan Mikayla tidak mendengar soalan yang ditanya Ailin.

"Sory baby, Mika busy shooting non stop. Mika pun tak sempat rest this year." jawab Kayla sambil mengusap lembut rambut Zulfa.

"Fa tau Mika busy. Your face ada merata rata sampai ada orang tu taknak buka tv." sindir Zulfa sambil mata mengerling abangnya di sisi Ailin.

Zarif membuang pandang ke arah yang lain bila Mikayla melihat ke arahnya.

"Mika you tolonglah keluar jalan jalan dengan budak manja ni, aku dah penat melayan." kata Zuhail.

"Eleh dulu dulu kau dengki baby rapat dengan aku. Sekarang dah malas layan pulak" ejek Kayla. 

"Dulu dia tak banyak songeh sangat, tapi sekarang ni malam malam duk ajak aku cari makanan. Makin lama dah makin menurun perangai kau" bebel Zuhail.

Mereka bertiga memang agak rapat dari kecil. Dia dan Zuhail dulu satu kelas di zaman sekolah. Dia selalu menumpang pemandu keluarga Zuhail untuk pulang ke rumah mereka sebelum dia dijemput Dato' Marina yang memang sentiasa sibuk. Hanya Zarif yang tidak mahu naik bersama mereka. Zarif selesa membonceng motorbikenya untuk pergi dan pulang dari sekolah. Di rumah, dia akan bermain dan melayan kerenah Zulfa yang dipanggil baby dalam kalangan keluarganya. Beza umur dia dan Zulfa adalah 10 tahun. Zulfa lahir agak lewat dan mempunyai gap umur yang besar dengan abang abangnya. 

Nama Mika hanya dipanggil oleh orang orang yang rapat dengannya. Zarif, Zuhail dan Zulfa serta ibubapa mereka antara insan insan yang memanggil Mikayla dengan nama panggilan Mika dari kecil. Kayla pula merupakan stage name yang dipilih bondanya sewaktu dia mula mula berjinak di dunia populariti ini. 

"Eh jom jom jumpa mama dengan babah." Zulfa tarik perlahan lengan Mikayla. Langsung dia tidak pandang wajah perempuan di sebelah Zarif. Dengan Zarif pun dia tak bercakap sejak dari atas kereta. Kalau dia lagi tua dari Zarif memang akan dipukulnya kepala abangnya itu.

Zuhail pula hanya tersengih mengikut. Sempat dia kerling abang sulungnya itu dan menggerak gerakkan kepala seperti belon putus tali tanda mengejek.

Zarif hanya menjeling tajam. Ingin disepak sahaja adiknya yang berperangai sikit lagi nak serupa monyet itu.

Ailin menjeling tidak puas hati.

"Kayla rapat ke dengan adik you?" tanya dia. Dia selalu terserempak dengan Zulfa kalau Zulfa keluar bersama Zarif tapi Zulfa tak pernah melayan dia seperti Zulfa melayan Kayla. Malah, pandang dia pun remaja itu tidak mahu.

"Yes, dari kecil" jawab Zarif sepatah. Dia masih perhatikan langkah adik adiknya dan Kayla yang berjalan ke arah ibubapanya. Dia nampak Kayla tersenyum sambil berpelukan dengan mamanya. 

Dia ingatkan Mika sudah sombong dengan keluarganya. Dah lama sangat Mika tidak datang ke rumahnya. Dulu dari kecil Mika selalu di rumah mereka sehinggalah kes itu terjadi, Mika tidak lagi menjadi tetamu tetap rumah agam milik babahnya.

Dia mengeluh perlahan.

Ailin yang memerhatikan reaksi Zarif mula menggigit bibir geram. 

...........................

"Rizal hantar you balik." kata Zarif sambil cuba melepaskan lengannya yang dari tadi dipegang Ailin.

"Ala, kenapa you tak hantarkan Lin balik?" ujar Ailin tak puas hati.

"I nak balik rehat, esok I ada meeting awal." kata Zarif sambil memberi isyarat ke arah Rizal.

Rizal menggangguk dan membuka pintu belakang.

Zarif masuk kembali ke dalam lobi hotel setelah meninggalkan Ailin.

.........................

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

172K 9K 56
'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah...
35.9K 3.2K 64
𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama i...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

718K 30.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
859K 113K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...