QAYYUM'S WEAKNESS | OG

By nabilllss

738K 61.7K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... More

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘38∘∘°

8.1K 856 35
By nabilllss

FAREEZ'S POV

"Saya? Nama saya Hayfa,"

Lega Fareez setelah masing-masing dah tahu nama. Harapnya lepasni si Hayfa ni tak panggil dia 'tuan' dah lah.

"Good.." Apabila kedua-dua tangan diseluk kedalam poket seluar, wajah Fareez kembali menegang.

"Sekarang kau bagitahu aku. Macam mana kau boleh kena tembak malam tu, Hayfa?" Dia tak kira. Persoalan yang bermain di kepala pasti ada jawapannya juga. Serius Fareez bertanya.

Hayfa terdiam. Reaksinya sendiri susah untuk dibaca oleh Fareez. Nampak macam takut. Seolah-olah gadis itu kembali teringat dengan mimpi buruknya.

Lama Hayfa termenung pada siling wad itu. Kemudian, dia kembali mengalihkan pandangan kepada Fareez. Kepala digeleng perlahan. Hanya itu respon yang dapat dia beri buat soalan tadi.

"Kenapa ni?" Bingung Fareez melihat Hayfa.

"Saya..." Bibir bawah digigit. Hayfa memainkan jarinya pada selimut yang membaluti tubuhnya.

Hayfa takut. Orang kata kalau tak salah kita mesti berani jujur. Tetapi lain pula yang terjadi pada dirinya. Dia memang tak salah. Tapi kejujurannya akan mengundang benda lain.

"Se.. sebenarnya..." Hayfa mengiringkan wajah ke kiri. Dia tak mahu bertembung mata dengan lelaki itu.

Fareez semakin tertanya-tanya. Dia tak suka benda yang remeh-remeh begini. Buang masa. Bukannya dia tanya sambil marah. Yang nak takut kenapa?

Tiba-tiba mata Fareez cekap menangkap sesuatu di pipi kanan Hayfa. Tangannya spontan bertindak. Bahagian itu disentuhnya untuk lihat dengan lebih jelas.

"Tuan! Sakit..." Hayfa menjerit kuat apabila pipi kanannya disentuh secara mengejut.

Fareez menjatuhkan tangannya. Dia bukan cuba menyakiti gadis itu. Pipi kanan Hayfa ada kesan bengkak dan lebamnya merah hampir kebiruan. Baru sekarang dia perasan dengan luka tersebut.

"Who did this?" Siasat Fareez. Pada malam kejadian, dia memang tak sempat nak tengok lebih-lebih. Bila Hayfa hampir pengsan, terus dia bawa gadis itu masuk ke dalam perut kereta.

Hayfa masih beri respon yang sama. Terlalu takut untuk membuka mulut. Hanya mampu geleng kepala.

"Tiga kali dah aku tanya. Apa yang jadi dengan kau malam tu? And who did this?" Soal Fareez masuk kali keempat. Serius.

Fareez yakin dengan teorinya. Ada sesuatu yang terjadi pada Hayfa malam tersebut dan Fareez pasti ianya bukanlah sesuatu yang baik. Dan sekarang, dia mahu tahu apa yang telah terjadi!

Ada 'sesuatu' dalam dirinya yang membuatkan dia tak boleh duduk diam bila tahu Hayfa sebenarnya disakiti seseorang. Bagai mahu mengeluarkan kuku tajamnya. Pergi memburu siapa tuan badan yang meninggalkan luka-luka pada perempuan naif di depannya ini.

"Jawab soalan aku, Hayfa!" Kuat lontaran suara Fareez.

Hayfa tergamam sebaik sahaja ditengking. Akibat terkejut, tubir matanya mula bertakung. Dia tahu Fareez naik angin sebab dia tak jawab soalan-soalan itu. Tapi tak sangka pula sedingin ini emosi Fareez. Semakin merah mata putih gadis itu.

Fareez melepaskan keluhan. Dia mengurut rahangnya dan sengaja mengalihkan pandangan. Again, rasa bersalah. Habis cara apa lagi patut dia guna untuk suruh Hayfa buka mulut?

"Kau rehatlah. Aku ada kerja," Katanya sebelum mencapai semula alat pernafasan Hayfa. Takut juga disebabkan dia tengking tadi gadis ini boleh sesak nafas.

Fareez segera beredar setelah selesai menyarungkan alat itu. Dia tahu Hayfa mahu kata sesuatu padanya melalui gerakan mulut, namun dia malas hendak melayan.

"I nak spicy chicken mcdeluxe, tapi taknak coke, tukar iced milo.."

"Lepastu nugget yang six pieces tu,"

Fokus Qayyum mendengar apa yang dipesan oleh Fredella di bahagian drive thru. Dia nak tolong order tapi Fredella tak bagi. Katanya nanti takut tersalah cakap.

"Done. Awak drive depan sikit, kita ambil dekat belah sana," Dapat saja arahan itu, terus Qayyum menekan minyak kereta.

Lima minit kemudian, pekerja Mcd itu menghulur makanan yang dipesan melalui tingkap kereta. Qayyum sambut dengan senyuman nipis sebelum mengeluarkan kad kreditnya dari wallet.

Selesai membuat bayaran, Qayyum menaikkan tingkap keretanya dan kembali memandu.

"Terima kasih suami!" Ucap Fredella dengan nada yang paling ceria. Dia menyelak beg kertas Mcd yang berada di pegangan. Kembang-kempis hidung wanita itu menghidu makanan.

"Sama-sama sayang," Dengar suara Fredella yang happy tu buatkan Qayyum tersengih. Perempuan cantik memang suka makan kan? Tapi, apa yang membuatkan Qayyum pelik kali ini adalah dengan menu yang dipesan oleh isterinya. Order banyak-banyak padahal dah bawa bekal waffle dari rumah?

"Boleh habis ke semua tu? Atau.. awak nak makan sambil buat kerja?" Sekilas Qayyum memandang Fredella di sebelah.

"Err... saya rasa macam waffle tu tak cukup. Sebab saya tahu, kalau masuk office je mesti stress. Kalau saya stress, kena ada makanan. Baru boleh buat kerja," Terang Fredella sambil menyedut milo aisnya. Entahlah, tapi kebelakangan ini dia memang macam tu. Tak stress pun kena ada makanan.

"Alright then. Tapi harini no coffee okey?" Kali ini Qayyum bercakap tanpa mengalihkan pandangan. Matanya fokus menghadap jalan raya.

"But why?"

Tak pandang muka Fredella pun Qayyum dah tahu yang wanita itu akan automatik muram. Demi kesihatan si isteri, dia terpaksa jadi 'strict' sedikit.

"Dekat tangan awak tu kan fast food. Takkan lepas habis makan terus nak minum coffee? Mana sihat dua gabungan tu," Lembut Qayyum menegur. Sempat jam tangannya ditilik, memastikan dia tidak lewat untuk hantar Fredella ke RSE.

Fredella diam. Cuba menerima dan memahami nasihat Qayyum. Sementara itu tangannya sibuk menyeluk beg kertas Mcd. Beberapa fries diambilnya dek kerana terlalu lapar.

Qayyum perasan yang Fredella langsung tidak berhenti mengunyah. Nak kata isterinya period sebab makan banyak tak juga. Pagi tadi mereka solat subuh sama-sama.

"Tunggu saya pickup okey?" Beberapa minit kemudian Honda Jazz Qayyum meluncur masuk di kawasan parkir bangunan RSE. Mata lelaki itu sempat perhatikan keadaan sekeliling bangunan mewah tersebut. Seperti biasa, akan ada beberapa bodyguard lain yang akan mengawasi.

"Okey.." Fredella terlebih dahulu menyarung kaca mata hitamnya sebelum kereta Qayyum berhenti. Penampilannya dibetulkan melalui cermin iPhone.

"Alright queen, you have arrived at the destination.." Berhenti sahaja kereta, terus Qayyum pusing tubuhnya menghadap Fredella. Tangan kanannya dihulur buat wanita itu.

"Thank you again sayang!" Huluran tangan Qayyum disambut. Fredella bawa tangan Qayyum rapat ke bibirnya. Dikucup lama sebelum dia lepaskan genggaman.

"Qay tolong beritahu Della, lusa mama nak buat barbeque. Mama nak kamu berdua bermalam dekat sini, ya?" Tengku Rossa menuruni anak tangga rumah agamnya bersama Qayyum di belakang.

"Boleh. Tuan Muda Firas join juga ke, mama?" Soal Qayyum sambil mengawasi pergerakan ibu mertuanya. Selesai hantar Fredella tadi, terus dia dapat panggilan dari Tengku Rossa untuk kesini.

"Eh mestilah ada. Berani dia taknak join?" Tengku Rossa memaparkan wajah yakinnya. Siapa yang mahu bantah arahannya? Berani Firas mahu menunjukkan 'keras kepalanya' pada dia?

Terukir senyum nipis di bibir Qayyum. Dia saja bertanya. Mana lah tahu salah seorang dari abang iparnya diberi kebenaran untuk tidak pergi.

Selesai menuruni anak tangga, Qayyum sengaja merapatkan jarak bersama Tengku Rossa.

"Ada apa-apa lagi yang patut Qay tolong mama? Kalau tak ada, Qay nak ke markas dulu," Beritahu Qayyum apabila langkah wanita itu bertukar arah hendak ke ruang tamu.

"Markas? Ke... nak pergi jumpa si Rykarl tu?" Berkerut dahi wanita itu seketika. Tubuhnya dipusing menghadap Qayyum.

Terkunci mulut Qayyum. Ah sudah! Selamani kerja dia dan Fredella di luar itu dipantau oleh mama ke? Nak hairan, tapi ibu mertuanya bukan calang-calang orang.

"Tak pasti lah, mama. Qay cuma tunggu call je. Kalau Tuan Rykarl call, ada meeting lah maksudnya," Jelas Qayyum satu-persatu walaupun dia pasti Tengku Rossa lebih tahu jawapan sebaliknya.

Lagi gelisah Qayyum apabila Tengku Rossa tersenyum mendengar jawapannya. Dia mengawal wajah dari terlihat gugup.

Senyuman Tengku Rossa tak adalah menyeramkan. Cuma ada sesuatu yang tersirat disebalik senyuman itu.

"It's okay, son. Do your best to protect your family. Ingat, masih banyak lagi halangan yang kamu belum selesai tempuhi dekat dunia ni." Bahu kiri Qayyum dipegang. Lembut usapan Tengku Rossa mahu menghilangkan kerisauan menantunya.

"This world is too dirty, people have too many faces, and sometimes there are things we have to sacrifice. And they are the most precious things to us," Bicara wanita itu lagi dengan menyelitkan nasihatnya. 'Dunia' yang dimaksudkan oleh Tengku Rossa bukanlah dunia yang orang lain rasa dan nikmati.

Ini soal 'dunia' yang akan menjadi mimpi buruk buat semua orang. Gelap. Kotor. Kejam. Penuh keganasan. Yes, they live in a dark evil world.

"Thanks for the advice, mama.." Usapan pada bahu itu sedikit sebanyak membuatkan Qayyum lega. Nasihat yang diberikan oleh Tengku Rossa juga laju dan mudah dihadam.

"Mama!"

"Mamamamamama!"

"Astagfirullahalzim, Harizz! Dah kenapa ni terjerit-jerit?" Hampir luruh jantung Tengku Rossa mendengar panggilan nyaring Harizz.

Qayyum turut terkejut dengan budak kecil itu. Dia dekati Harizz dengan wajah serius. Berasa tidak sedap hati, takut jika ada perkara buruk berlaku.

"Ada makcik tua pakai baju kurung datang. Dia tanya, Harizz ni siapa? Rizz jawablah Rizz anak mama. Dia tak caya! Rizz geram!" Merah muka Harizz, mungkin sedang menahan marahnya yang bukan dibuat-buat. Kedua-dua tangannya yang berada di sisi menggenggam penumbuk.

"Mm...makcik tua?"

"Baju kurung?"

Serentak Tengku Rossa dan Qayyum toleh memandang sesama sendiri. Dahi mereka sama-sama berkerut mendengar Harizz mengadu. Siapa pulak dah makcik tua itu?

Continue Reading

You'll Also Like

407K 43.2K 44
# 2nd Hello Mister! Series •He's one kind of a man who can bring hell and heaven to you. | High Master × Enchantress | QARYA. Hidupnya penuh dugaan d...
20.7K 1.1K 62
ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR)...
38.8K 1.7K 26
Author : M. Ryukury Title : Aku Tomboy Chapter : 25 (COMPLETE) Start : 20th of April 2018 End : 27th of March 2020 Imani a.k.a Tom mempunyai kenangan...
225K 14.9K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...