MUTIARA MILIK EDWARDS

By AnisAshikali

9.1K 97 6

Yang dah baca semua cakap cerita ni best! Mengisahkan tentang salahsangka dan rahsia seorang Mutiara. More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9

BAB 6

676 7 0
By AnisAshikali

Mutiara larikan jari-jemari di celahan rambut. Mengurai-ngurai rambut yang sedikit kusut selepas ditiup angin kuat.

Sesekali dia mendongak ke langit yang kelam tanpa kerlipan bintang. Awan kelihatan penuh di dada langit.

Lantas, Mutiara mula berlari-lari anak, mahu segera sampai ke kelab yang biasa dikunjunginya setiap malam sebelum hujan turun. 

“Ni semua salah driver tu tadi!” Mutiara merungut sendiri.

Geram pula bila teringat tentang pemandu grab yang ditempah tadi. 

Nampak sangat baru saja join menjadi grab driver. Banyak kali salah jalan, walaupun dah berpandukan GPS.

Setelah memarahi pemandu itu dengan teruk, dia ambil keputusan untuk berjalan kaki saja memandangkan mereka tersekat di dalam jem. Biasalah Bukit Bintang. Tak sah kalau tak jem!

Jejak saja kaki kanannya ke dalam kelab, Mutiara menarik nafas lega sedalam-dalamnya.

Dia berdiri di tepi pintu buat beberapa saat, mahu stabilkan nafas yang masih belum teratur dek kerana kepenatan menapak dalam kasut tinggi untuk sampai ke sini.

Setelah nafasnya teratur semula, barulah Mutiara berjalan masuk ke bahagian bar. 

“My regular drink, please!” pesan Mutiara kepada Ikhwan, ketika lelaki itu mula mendekatinya sebaik saja dia duduk di bar.

Satu senyuman manis dihadiahkan buat bartender tampan itu. 

“Hey, beautiful!” tegur Ikhwan, seraya mengukir senyuman paling menggoda buat Mutiara.

Kalaulah Mutiara mahu pandang bartender sepertinya, dah lama dia pikat gadis ini.

Namun kerana pilihan Mutiara semuanya bukan calang-calang orang, jadi dia ambil keputusan untuk pandang dari jauh saja.

Sedar diri, Mutiara tak akan pandang lelaki biasa sepertinya.

“Hey…” Mutiara balas teguran mesra bartender itu, sebelum lelaki itu hilang dari pandangan untuk menyiapkan minumannya.

Lalu, Mutiara mengambil kesempatan yang ada untuk menilik wajahnya di kamera telefon pintar. Ingin memastikan make-up yang dipakai masih elok kelihatan. 

“Perfect!” pujinya bangga dengan kecantikan yang dimiliki. 

“So, having fun tonight?” Ikhwan kembali bersama satu gelas air bewarna kuning keemasan, lalu gelas itu diletakkan di depan Mutiara. 

“As always!” Mutiara tertawa kecil apabila Ikhwan menggelengkan kepala beberapa kali, seraya memandang ke arahnya.

Dia tahu apa yang lelaki itu fikirkan. Pasti lelaki itu tak faham mengapa dia suka bertukar teman tidur.

“You tak penat ke bertukar-tukar lelaki setiap malam?” soal Ikhwan entah untuk yang ke berapa kalinya. 

“Nope! It’s fun!” Mutiara gelak halus seraya mencapai gelas minumannya, lalu diteguk perlahan air itu beberapa kali. 

“Well, enjoy!” Hanya itu yang mampu Ikhwan ucapkan kepada Mutiara.

Lalu, dia kembali sibuk di belakang bar, menyiapkan minuman-minuman untuk pengunjung kelab malam yang tak pernah surut. 

Mutiara lemparkan pandangan ke lantai tari buat beberapa saat sebelum kembali fokus pada telefon pintar di tangan.

Malam ini, giliran Muayyad untuk bersamanya, namun sejak dia tiba di kelab ini, tak kelihatan langsung kelibat Muayyad di mana-mana.

Usai tinggalkan satu mesej di whatsapp Muayyad, Mutiara pusingkan tubuh, menghadap ke lantai tari. Bersama gelas di tangan, dia meliuk lentok menari mengikut rentak lagu dangdut yang diputarkan.

Rasa tak puas menari di atas kerusi, Mutiara turun ke lantai tari dan mula menari sepuasnya. 

Tak lama selepas itu, Mutiara dapat rasakan ada tangan kekar yang melingkari pinggangnya ketika dia sedang leka bergelek.

Wajah dipalingkan sekilas ke belakang, mahu melihat lelaki mana yang sedang seronok memeluknya. Mungkin Muayyad! Ketika wajah itu menyapu mata, ternyata lelaki itu bukan Muayyad. Tapi, dia peduli apa. Semua orang bebas berseronok di sini. 

Setelah beberapa minit menari bersama, pautan tangan kekar itu terlepas dari tubuhnya.

Tak sampai seminit, pinggulnya pula terasa dipegang oleh satu tangan asing. Mutiara toleh lagi ke belakang, dan kali ini entah lelaki Arab mana pula yang cuba menyentuhnya.

Tiada sebarang bantahan daripada Mutiara kerana dia seronok benar dapat menari dengan lagu-lagu kesukaannya.

Makin lama, lantai tarian itu semakin sesak dengan kehadiran manusia, berasak-asak tubuh sesama mereka.

Mutiara semakin seronok apabila dihimpit oleh ramai lelaki yang menuntut perhatian di sekelilingnya. Penat menari, Mutiara kembali ke bar semula. 

“Sorry, I’m late!” Mutiara menoleh ke arah suara itu. Muayyad!

Lelaki itu tayang wajah memohon simpati seraya melekapkan kedua tapak tangan yang dibawa ke depan dada.

“You sesat ke tadi?” perli Mutiara geram.

Dia cukup tak suka dengan orang yang tak tahu menghormati masanya. 

“Jem tadi, sebab tu I lambat sampai. Sorry baby!” Muayyad sentuh lengan kanan Mutiara dengan lembut. Berharap agar sentuhannya dapat melembutkan rasa marah yang membelenggu gadis itu. 

“Ya ke sebab jem? Bukan sebab you melayan perempuan lain atas katil?” soal Mutiara, seraya galak menentang anak mata lelaki ini.

Muayyad terdiam. Liur ditelan kesat. 

‘Macam mana boleh kantoi ni?!’ getus Muayyad di dalam hati. 

Cekap benar Mutiara menangkap pembohongannya. Benar kata gadis itu, dia bukan lambat sebab jalanraya yang sesak, tapi sebab dia sibuk bersama Baiti.

Mana mungkin dia menolak kalau dah Baiti sendiri yang mempelawa.

Walaupun dia tahu malam ini gilirannya untuk bersama dengan Mutiara, namun dia rasa tak ada salahnya dia menerima ajakan Baiti dahulu.

Lagipun, bukan dia mungkir janji. Mutiara tetap akan bersama dengannya malam ini. Win-win situation! 

“Eh, mana ada! Tak baik tau, you tuduh I yang bukan-bukan.” nafi Muayyad keras.

“Kesan lipstik dekat kolar baju you ni, pontianak yang bagi ke?” Mutiara jentik kolar baju Muayyad yang dicemari dengan gincu bewarna merah hati.

Muayyad terdiam seribu bahasa. Kaku segala pergerakannya. Hanya matanya terkelip-kelip memandang Mutiara.

“I tak kisah kalau you nak tidur dengan berapa ramai perempuan sekali pun, sebelum tidur dengan I. Tapi, I tak suka orang tak hormati masa I. Kalau you dah setuju nak tidur dengan I malam ni, tepati masa you! Kalau tak, I boleh tukar giliran you dengan mana-mana lelaki yang I suka!” Mutiara berkata dengan tegas. Tajam matanya menikam wajah Muayyad.

“Okay, okay. I’m really sorry! I janji tak akan buat you tunggu lagi.” Muayyad mengangkat tangan seolah-olah berikrar akan sentiasa menepati masa selepas ini.

Apa saja yang Mutiara mahu, akan dia lakukan asalkan malam ini gadis itu berada dalam pelukannya.

Sudah lama dia tunggu malam ini tiba. Bodohlah kalau dia sia-siakan peluang keemasan ini. 

“Okay.” Mutiara terima kata maaf lelaki itu dengan mudah. 

Biarlah, nak marah lama-lama pun buat apa. Muayyad bukan sesiapa dalam hidupnya, jadi lelaki itu bebas bergaul dengan sesiapa yang lelaki itu mahu.

Sama seperti dirinya. Cuma dia tak suka Muayyad bazirkan masa dia sesuka hati begini. 

“So, bila kita boleh balik ke rumah you?” Muayyad ukir senyum gatal di bibir. 

“I tak bawa lelaki balik ke rumah. You yang kena bawa I balik ke rumah you,” ucap Mutiara lagi. 

“Tapi I tak sempat kemas rumah I lagi.” Muayyad menggaru kepala yang tidak gatal. 

Naiya kalau Mutiara tahu dia ada menyimpan seorang lagi perempuan di rumahnya untuk berlibur pagi nanti.

Ya, bukan Mutiara saja yang sibuk bertukar lelaki setiap malam. Dia juga tak menang tangan bertukar perempuan setiap saat.

Selepas Baiti petang dan awal malam tadi, Mutiara akan mengisi jadualnya dari tengah malam hingga ke pagi.

Kemudian, paginya pula dia ada Amanina di rumah. Jadi, mustahil dia boleh bawa Mutiara pulang ke rumahnya malam ini.

“Oh, come on Muayyad! Jangan bagi I alasan bodoh macam ni!” Mutiara mula bengang dengan sikap acuh tak acuh lelaki ini.

“Betul, I busy sangat sampai tak ada masa nak kemas rumah. Tak kan I nak bawa you tidur dalam rumah bujang yang serupa tongkang pecah tu. You pun mesti tak selesa nanti. So, please… kita ke rumah you ya?” Muayyad cuba nasib untuk memujuk Mutiara.

“No! You sewa hotel malam ni,” putus Mutiara geram. 

Memang tak akan sekali-kali dia khianati prinsipnya sendiri. Apa yang ditetapkan, itulah yang akan berlaku.

Lagipun, itu caranya untuk menguji kesungguhan lelaki-lelaki yang mahu menidurinya.

Jika benar lelaki itu serius dengannya, pasti tak akan timbul sebarang masalah untuk bawa dia pulang ke rumah mereka.

Namun, jika lelaki-lelaki itu punya alasan demi alasan seperti yang Muayyad lakukan, pasti ada sesuatu yang mahu disorokkan dari pengetahuannya

“Membazirlah...” keluh Muayyad panjang.

Berdesing telinga Mutiara mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Muayyad.

Dia rasa tercabar dengan kata-kata lelaki ini, pantas Mutiara merenung tajam wajah tampan Muayyad. 

Berseronok dengan ramai perempuan memang menjadi hobinya, tapi Muayyad paling tak suka berhabis duit semata-mata untuk meniduri perempuan murah.

Cantik bak bidadari sekalipun, kalau dah tak suci, Mutiara tetap murah dimatanya. Jadi, memang tak kan sewenang-wenangnya dia keluarkan ratusan duit untuk Mutiara.

#AnisAshikali
#MutiaraMilikEdwards
#Readyebook

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 64.8K 62
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...
125K 11.4K 54
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
355K 13K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
268K 13.2K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...