MUTIARA MILIK EDWARDS

By AnisAshikali

9.8K 108 6

Yang dah baca semua cakap cerita ni best! Mengisahkan tentang salahsangka dan rahsia seorang Mutiara. More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9

BAB 4

824 13 0
By AnisAshikali

Mutiara keluar dari tangga kecemasan ketika dia tiba di tingkat lapan. Mahu menaiki lif untuk turun ke lobi. Tak kuasa dia nak meniti anak tangga hingga ke bawah. Penat!

Lagipun dia yakin, Aqlan tak akan mengejar dia lagi memandangkan lelaki itu tak sempat mengenakan baju dalam cubaan untuk mengejarnya tadi.

Ting!

Mutiara bergegas masuk ke dalam lif yang kosong. Usai menekan butang lobi, telefon pintarnya berbunyi tanda ada pesanan masuk ke whatsapp. Dia buka mesej itu dengan santai usai melihat nama pengirim.

You free tak malam ni? I nak you! – Muayyad!

Mutiara ukir senyum gatal di bibir saat mindanya terbayangkan tubuh sasa Muayyad dan ketampanan yang dimiliki oleh lelaki itu. Sudah berhari-hari lelaki itu merayu domba, memujuknya agar bermalam di kondo lelaki tersebut.

Namun, berkali-kali juga Mutiara katakan, malamnya sudah dipenuhi dengan janji bersama lelaki lain.

Nampaknya, Muayyad juga jenis lelaki yang tak kisah dengan gaya hidupnya yang sering bertukar-tukar lelaki.

“Kau mampu ke Mutiara?” Dia bersoal jawab dengan diri sendiri.

Setelah menimbang tara selama beberapa saat, laju jari-jemarinya menaipkan jawapan balas kepada lelaki itu.

I tunggu you dekat kelab biasa, malam ni – Mutiara.

Sebaik saja lif tiba di lobi, Mutiara ayunkan langkah kaki penuh bergaya untuk keluar dari situ.

Tak susah untuk dia pulang ke rumah, kerana setiap pagi dia akan gunakan khidmat grab. Begitulah rutinnya setiap malam. Ke kelab malam untuk berhibur, kemudian ekori saja mana-mana lelaki yang mahukan dirinya sebagai peneman tidur sepanjang malam.

Keesokkan paginya, setelah pulang ke rumah dengan Grab, dia akan bersiap-siap untuk mula bekerja seperti biasa.

Apabila dia tiba di luar lobi apartment Aqlan, mata Mutiara cekap menangkap nombor kereta Myvi yang ditempah dalam aplikasi Grab tadi.

Dia mula berlari-lari anak ke arah Grab yang baru berhenti di bahu jalan, lalu terus masuk ke dalam kereta itu.

Namun sebaik saja pintu ditutup, Mutiara terkejut melihat ada seorang lelaki asing di sebelah tempat duduknya.

“Excuse me, I think you’re in the wrong car. This is my ride,” kata Mutiara lembut, seraya memandang wajah lelaki di sisi kanannya.

Kacak sungguh!

“I’m sure, I booked the ride first,” kata Ray pula dalam slang England yang pekat.

Dia menentang anak mata Mutiara dengan pandangan bersahaja. Mutiara tercengang sesaat.

Kemudian, laju dia periksa aplikasi Grab di telefon pintarnya. Mahu pastikan dia tak tersalah masuk ke dalam Grab yang ditempah oleh orang lain.

Melihat keyakinan lelaki asing ini, buat dia jadi canggung. Malu saja kalau betul dia sudah silap kereta!

“Err… Encik! Betul ke nombor plat kereta ni, WYX234?" tanya Mutiara kepada pemandu Grab tersebut, dalam keadaan bingung.

“Ya betul, cik! Maaf, saya tunggu masa nak mencelah sebenarnya dari tadi. Memang betul Encik ni tempah Grab saya dulu, lepas tu baru saya terima pesanan cik, sebab saya tengok kita menghala ke arah yang sama. Jadi saya rasa, tak salah kalau saya terima dua pesanan dalam satu masa yang sama. Cik okay tak dengan aturan saya?” tanya pemandu itu pula, seraya memandang ke arah kedua pelanggannya bersilih ganti.

Mutiara terdiam lagi buat sesaat dua.

“Err… okay kut! Tapi, mat salleh ni okay ke?” Mutiara lirik sekilas ke arah Ray, yang sedang fokuskan pandangan pada wajah mereka bersilih ganti.

Mungkin lelaki itu tak faham dengan intipati perbulan mereka sekarang ni.

“Sir, are you okay if we ride together? We’re going to the same place, after all,” tanya Mutiara, sedikit teragak-agak dengan penerimaan lelaki asing itu.

“My pleasure! After all, I get to spend my day with a beatiful angel like you, so there’s nothing to complaint of,” kata Ray lagi sebelum tertawa kecil.

Mutiara ketawa halus mendengarkan pujian spontan itu.

“I’m Ray Edwards! You are…?” Ray cuba mencipta perkenalan pertama antara mereka.

“Mutiara Arabella!” jawabnya seraya menyambut salam perkenalan yang dihulurkan oleh Ray.

“Sweet name!” puji Ray lagi. Matanya tak henti-henti menilik wajah dan tubuh Mutiara sedari tadi.

Mutiara juga sepertinya.

“You too!” balas Mutiara lagi.

Senyuman tak henti-henti terukir di wajahnya kerana dia rasa sungguh bertuah dapat mengenali Ray Edwards.

Tak pernah lagi dia bergaul dengan lelaki barat. Bertuahnya kalau dia dapat menawan mat salleh kacak ini.

“What are you doing here? I’m sure you’re not local!” Mutiara teruskan sesi beramah tamah dengan pemangsa terbarunya.

Terpaksa dia sambung bercakap dalam bahasa Inggeris kerana dia yakin Ray tak mampu berbahasa Melayu.

“Owh, just visiting families here for awhile before I’m going back to England for good.” Ray anggukkan kepalanya beberapa kali, tanda sangat fokus dalam perbualan mereka.

“Owhhh, you’re from England?!” Mutiara semakin teruja.

Kalaulah dia dapat menetap di negara barat itu, alangkah seronoknya!

“You’ve been to England yeah?” Makin pekat slang yang keluar dari mulut Ray.

“No, I haven’t! But, I would love to, one day!” jawab Mutiara, bersama tawa halus.

“Well, you can follow me though, if you want to…” Ray mulakan sesi flirting antara mereka.

Melihat penerimaan Mutiara yang sangat mesra, dia jadi berani untuk mulakan langkah memikat wanita itu.

“Wow, that’s one intresting offer!” Senyuman Mutiara semakin melebar di pipinya.

“Can I?!” tanya Mutiara lagi. Matanya bersinar galak.

“Of course, you can! While visiting England, maybe you know… we can hang out, day and nights, have a few drinks in the club, partying all night long… cause that’s literally how I live my life there,” kata Ray lagi, dalam cubaan untuk mengumpan minat si gadis.

“Wow, I would love to!” Mutiara terus setuju tanpa berfikir panjang. Berseronok dengan Ray Edwards di luar negara?
Pastilah dia mahu! Rugi kalau dia tolak tawaran lelaki ini.

Tubuh badannya saja sudah sasa, wajah pula kacak maut! Tiada apa lagi yang perlu dia fikirkan melainkan terus setuju saja dengan tawaran menarik ini.

“Great! Here’s my number, you can save it. If you feel like wanna spend some nights together here, you can just call me, anytime!”

Ray tulis nombor telefonnya dia atas kertas kecil sebelum serahkan kertas itu kepada Mutiara.

Dan, sebaik saja kertas bertukar tangan, cepat-cepat Mutiara simpan nombor itu ke dalam senarai kenalannya.

“And, this is my number,” Mutiara hubungi Ray, dan tinggalkan missed call pada lelaki itu pula agar Ray juga punya nombor telefonnya.

Cepat-cepat Ray simpan nombor itu ke dalam senarai kenalannya sebelum dia terlupa.

“Sooo… where were you last night?” tanya Ray selamba, walaupun pada hakikatnya dia sudah tahu ke mana gadis ini habiskan masa malam tadi.

“Huh?” Terbit rasa janggal di hati Mutiara dengan soalan yang keluar dari bibir lelaki ini.

“By looking at your dress, I know you’re out partying.” Ray halakan matanya ke tubuh Mutiara yang dibaluti dengan dress bewarna ungu, yang pendeknya cuma separas peha, tanpa lengan dan jarang.

“Owh, I was just having a sleepover at some friend’s house,” akui Mutiara dalam kiasan yang agak lembut di telinga.

Pandai-pandailah Ray meneka maksud yang sebenarnya. Kalau lelaki itu kaki party, pasti lelaki itu akan faham dengan maksud yang tersirat itu.

“Owh, I get it!” Ray kenyitkan mata, sambil mengangkat isyarat bagus dengan ibu jarinya.

Mutiara senyum bangga. Sah, lelaki itu faham apa yang dia maksudkan dengan sleep over tadi.

“Kita dah sampai cik,” celah pemandu grab, setelah mereka sampai ke kawasan rumah sewa Mutiara.

Mutiara jengah sebentar ke luar tingkap untuk mengesahkan lokasi mereka. Leka berbual, hingga dia tak perasan mereka sudah sampai ke kawasan rumah sewanya.

“Well, see you again Ray!” Mutiara hadiahkan senyuman paling manis, serta renungan menawan buat lelaki England itu, sebelum dia buka pintu kereta.

“I’m looking forward to see you!” kata Ray pula sebelum gadis itu menutup pintu.

Mutiara menunggu hingga kelibat grab itu menghilang dari pandangan matanya, barulah dia beredar masuk ke dalam rumah. 

“Jackpot! Let the games, begin…” sorak Mutiara teruja.

Ray pula tayang wajah serius dan beku usai gadis itu keluar dari kereta yang mereka naiki. Perbualannya bersama gadis itu tadi, kembali terngiang-ngiang di telinga.

“Sleep over, huh?!” desisnya bersama gigi yang diketap kuat.

#MutiaraMilikEdwards
#AnisAshikali
#ReadyEbook

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 256K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
57.6K 3.8K 42
Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semu...
62.3K 2.3K 73
Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepa...
743K 41.7K 59
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab...