Tainted Love [OG]

By nckmelur

6.3K 489 20

// THE BOY NEXT CLASS SEQUEL // ❝ In a hundred lifetimes, in a hundred worlds, in any version of reality, i'd... More

♡♡♡
☆ 1
☆ 2
☆ 3
☆ 4
☆ 6
☆ 7
☆ 8
☆ 9
☆ 10
☆ 11
☆ 12
☆ 13
☆ 14

☆ 5

389 38 1
By nckmelur

"Angah!"

Lena Qaisaraa terganggu apabila wad yang tadinya sunyi bertukar riuh dalam sekelip mata. Tidak perlu Qaisaraa berpaling untuk mengetahui empunya suara nyaring itu.

"Bisinglah, Laila. Tengok, angah dah bangun." Berkerut muka Luqman memarahi kembarnya itu.

Tapi seperti biasa Laila hanya mengabaikan kata-kata lelaki yang lebih tua tujuh minit daripadanya itu. Sebaliknya dia terus menerpa ke arah kakaknya yang sudah duduk bersandar di kepala katil.

Qaisaraa hanya mampu tersenyum. Sudah masak dengan kerenah kembar itu.

"Korang buat apa dekat sini? Bukan ke sepatutnya korang pergi asrama hari ni?" Kata Qaisaraa sebaik sahaja dia bebas daripada pelukan Laila.

"Diorang ni lah. Rindu sangat dekat angah dia katanya."

Perhatian Qaisaraa teralih apabila ada suara garau yang menyampuk. Tahulah dia macam mana Luqman dan Laila boleh tiba-tiba tercengak dekat hospital ini.

"Lepas tu suruh Abang Ikmal yang hantar? Ni driver angah tau? Bukan driver korang." Qaisaraa bersuara tegas. Namun dia tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. Terharu dengan keprihatinan adik-adiknya.

Tetapi dia tidak mahu mereka risau akan dirinya. Perkara terakhir yang dia mahukan ialah membuat adik-adiknya risau. Dia tahu sebenarnya Luqman dan Laila takut. Takut kehilangan dirinya. Takut kehilangan satu lagi tempat bergantung.

Qaisaraa mengerling Ikmal yang sedari tadi hanya membatukan diri. Saat mata mereka berlaga, cepat-cepat lelaki itu melarikan pandangannya. Takutlah tu!

"Luqman, tolong belikan angah dua botol air mineral dekat kedai runcit kat bawah. Bawa Laila sekali. Lepas tu korang belilah apa yang korang nak." Qaisaraa menghulurkan beberapa keping wang kertas kepada adik lelakinya.

Sebenarnya dia cuma mahu adik-adiknya meninggalkan dia dan Ikmal. Ada perkara yang perlu dia bicarakan dengan lelaki itu.

Sebaik sahaja kembar itu melangkah keluar, Qaisaraa memandang tajam pemandunya. Tangannya disilangkan di dada.

"Jangan tengok aku macam tu." Tanpa rasa bersalah Ikmal mendekati majikannya.

"Ikmal, jangan ikutkan sangat cakap dua orang tu. Diorang dah nak SPM tahun ni. Diorang kena pergi sekolah."

"Ya, aku tahu. Tapi aku tak sampai hati bila diorang beria-ria nak melawat kau. Lagi-lagi si Laila tu. Kau pun tahu bab-bab muka kesian ni dia memang pro." Bukannya dia sengaja tidak mahu menghantar kembar itu ke asrama. Tapi hati lelakinya juga mudah cair apabila dua orang remaja itu seolah-olah merayu ingin mengunjungi kakak mereka.

Qaisaraa hanya mampu mengeluh. Dia sudah faham sangat dengan perangai adiknya yang pandai membodek. Dia sendiri pun sering kalah dengan muka kesian itu.

"Tapi esok kau kena hantar diorang pergi asrama. Dah tak ada alasan."

"Baik, bos!" Ikmal tersengih menunjukkan barisan giginya. Dia tahu amarah majikannya tidak lama.

"Kak Wani tak datang ke hari ni?" Soal Qaisaraa apabila menyedari batang hidung pengurusnya pun dia belum nampak hari ini.

"Sebab tu aku yang ada depan mata kau sekarang ni. Kak Wani ada hal. Katanya malam ni baru dia datang untuk teman kau."

Qaisaraa sekadar mengangguk. Tidak lama sebelum dia menundukkan kepala dan bermain-main dengan jarinya.

"Ada benda yang tak kena ke?" Ikmal yang perasan akan perubahan emosi wanita itu pantas bertanya. Mungkin dia tidak dapat menjalankan tugas sebagai pemandu peribadi memandangkan wanita itu terkandas di hospital ini. Tetapi sekarang ini dia masih boleh menjalankan tugas sebagai seorang rakan.

"Mesti aku dah menyusahkan ramai orang, kan?" Qaisaraa cuba untuk tersenyum.

Dia benci perasaan ini. Dia benci apabila dia terpaksa bergantung pada orang lain. Dia benci apabila orang lain risau akan dirinya.

Ikmal mengerutkan dahinya seraya menggeleng. Tidak suka wanita itu berkata sedemikian.

"Mana ada. Kau tak menyusahkan sesiapa pun. Bukannya kau minta semua ni terjadi. Takde orang pun yang tahu kemalangan tu akan berlaku."

Mendengarkan kata-kata Ikmal, hati Qaisaraa tenang sedikit. Namun tidak lama sebelum dirinya teringat akan sesuatu.

"Macam mana kalau aku cakap... ada orang yang tahu kemalangan tu akan berlaku?"

Kata-kata Qaisaraa menarik perhatian Ikmal. Tetapi dia masih dilanda keliru.

"Maksud kau?"

Qaisaraa mengeluh perlahan. Dia teringat akan perbualannya bersama dua orang anggota polis berkenaan kes kemalangannya. Ada perkara yang tidak dia katakan kepada mereka.

"Betul-betul sebelum kemalangan tu berlaku, aku terima panggilan telefon daripada satu unknown number ni. Tapi bila aku angkat, tak ada orang pun yang menyahut. Macam sengaja nak alih perhatian aku." Wanita itu memandang pemandunya yang masih mempamerkan riak keliru.

"Maksud kau?"

"Maksud aku, macam mana kalau orang yang telefon aku masa tu dan yang langgar kereta aku... ialah orang yang sama?"

Barulah Ikmal mengangguk faham. Tapi dia hanya diam. Menanti Qaisaraa menyambung bicaranya.

"Dan pagi tadi, Inspektor Ekhwan telefon aku. Dia bagitahu aku, kereta yang langgar aku hari tu ialah kereta curi. Jadi diorang tak dapat cari siapa pemilik kereta tu." Qaisaraa mengukuhkan lagi teorinya.

"Saraa, aku rasa kau perlukan rehat." Ikmal cuba untuk menenangkan wanita itu.

Walaupun teori Qaisaraa ada betulnya, takkanlah ada orang yang nak buat macam tu. Haters? Takkan sampai macam tu sekali? Siapa pula yang berdendam dengan wanita sebaik Qaisaraa?

"Mesti kau rasa aku merapu kan sekarang ni?" Qaisaraa mengeluh kecil.

Sejujurnya, dia sendiri pun merasakan dirinya dan macam orang tak betul sekarang. Tapi entah mengapa firasatnya kuat mengatakan yang ia bukanlah satu kebetulan.

"Saraa-"

"Percaya aku, Ikmal. It was not a coincidence. Someone planned for it to happen. Ada orang yang rancang untuk bunuh-"

Bicara Qaisaraa terhenti apabila pintu wad itu dikuak dari luar. Pantas kedua-duanya berpaling.

Wajah Ikmal tidak beriak melihat jejaka berkot putih yang berdiri di muka pintu itu. Tetapi berbeza dengan Qaisaraa, wajahnya terus berubah dingin sebaik sahaja lelaki itu melangkah masuk.

"Saya perlu buat pemeriksaan terhadap Cik Saraa." Suara garau Aryan kedengaran. Doktor muda itu memandang wajah dua orang di hadapannya silih berganti.

Ikmal mengangguk. Faham dengan arahan doktor tersebut. Sempat dia berpesan kepada Qaisaraa yang dia akan menunggu di luar. Wanita itu hanya mengangguk.

Ikmal melangkah keluar dari wad tersebut. Meninggalkan majikannya bersama doktor muda itu. Mungkin sekadar perasaannya, tapi Ikmal dapat merasakan jelingan doktor tersebut saat mereka berselisih tadi.

_______

Dengan pemergian Ikmal, maka tinggallah mereka berdua di dalam wad tersebut. Seorang doktor dan seorang pesakit.

Qaisaraa cuba untuk menenangkan dirinya. Namun gagal apabila doktor tersebut sudah berdiri di sebelah katilnya.

Aryan memulakan tugasnya. Beg drip yang masih berisi separuh air itu diperiksa. Kemudian dia memeriksa keadaan kaki dan kepala Qaisaraa yang berbalut.

Doktor lelaki itu menanyakan soalan yang sama dia soalkan kepada setiap pesakitnya. Seperti bagaimana keadaan mereka hari ini, makin teruk ke kesakitan mereka dan ingatkan mereka untuk segera memberitahunya atau jururawat sekiranya kesakitan mereka bertambah teruk.

Tetapi entah mengapa dia dapat merasakan yang pesakitnya kali ini seolah-olah sengaja ingin mengelak daripada berbicara mahupun bertentangan mata dengannya. Dua ayat dia bertanya, sepatah perkataan yang dijawab.

Dia pun tak tahu kenapa. Muka dia comot ke? Ataupun nafas dia berbau?

Tidak menghiraukan segala persoalannnya, Aryan meletakkan fail laporan pesakitnya di atas meja kecil sebelum mengambil stetoskop yang digantung di lehernya. Kemudian dia memeriksa degupan jantung pesakitnya.

Sedikit meluas matanya apabila mendengar rentak degupan jantung Qaisaraa. Berbeza dengan keadaan wanita itu yang kelihatan tenang, degupan jantungnya seperti baru sahaja lari balapan!

Aryan berdehem sebelum menegakkan badannya. Stetoskop miliknya digantung semula di leher.

Melihatkan reaksi doktor lelaki tersebut, tahulah Qaisaraa apa yang berlaku. Pasti doktor itu keliru mengapa jantungnya berdegup laju sedangkan dia tidak bergerak seinci pun sejak tadi.

"Maaf kalau soalan saya kedengaran peribadi tapi... Is there something bothering you, Cik Saraa?" Aryan tidak dapat menahan rasa ingin tahunya. Kerana baginya, kesejahteraan pesakitnya ialah tanggungjawabnya.

Qaisaraa mengeluh perlahan. Dia dah dapat agak perkara ini akan berlaku. Tapi tiada apa yang dapat dia lakukan.

Dia benci apabila dia tidak dapat mengawal degupan jantungnya setiap kali berada dekat dengan jejaka itu. Sejak dahulu lagi begitu.

Perlahan dia memalingkan wajah memandang jejaka itu. Senyuman cuba diukir.

Dan sekali lagi jantungnya berdetak laju saat pandangan mereka bertaut.

"Nothing. I'm fine." Payah untuk kata-kata itu keluar dari mulut Qaisaraa.

Sebenarnya masih banyak yang mahu dia luahkan kepada jejaka itu. Namun sedaya upaya cuba ditahan.

Aryan hanya mengangguk. Tidak mahu bertanya lebuh lanjut. Bimbang dikatakan busy body pula.

Lagipun, selain hubungan seorang doktor dan pesakitnya, mereka hanyalah orang asing. Dia tiada hak untuk bertanyakan soal privasi wanita itu.

"Baiklah. Saya akan tinggalkan Cik Saraa untuk berehat." Fail laporan yang dibawanya tadi diambil. Kepalanya ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat.

Aryan berniat untuk terus meninggalkan wad tersebut. Tetapi entah mengapa hatinya menghalang. Seolah-olah masih ada perkara yang belum selesai antara dia dan wanita itu.

Disebabkan itulah dua berpaling. Dan alangkah terkejutnya dia melihat wanita itu sudah pun memandangnya.

"If there's something wrong, you can just tell me. I'll always be here."

Aryan sendiri terkejut apabila kata-kata itu begitu mudah terpacul dari mulutnya. Dalam diam dia menyumpah dirinya dalam hati. Bimbang sekiranya wanita itu tersalah tafsir akan maksud ayatnya.

Kata-kata doktor lelaki itu mengetuk sesuatu di pintu hati Qaisaraa. Membuatkan nafasnya terhenti seketika.

Deja vu.

Itulah yang dirasakannya sekarang ini. Segala memori yang dia sangka sudah terkubur mula menerjah fikirannya.

"You can talk to me, or not, but I am here. I'll always be here."

Kata-kata jejaka itu hampir tujuh tahun yang lepas kembali segar dalam kotak memorinya. Tidak akan pernah dia lupa janji jejaka itu terhadap dirinya. Janji yang sehingga sekarang masih dipegangnya.

Namun dia kecewa apabila 'here' yang dimaksudkan jejaka itu sekarang berbeza dengan yang dimaksudkannya dahulu.

Berbeza dengan yang dimaksudnnya tujuh tahun dahulu.

Tidak menunggu balasan daripada wanita itu, Aryan membuka langkah untuk berlalu.

Qaisaraa masih berkira-kira sama ada ingin memanggil jejaka itu semula atau hanya membiarkannya pergi.

Dan akhirnya dia hanya mampu merenung saat doktor lelaki itu membuka pintu wad tersebut.

'Tak. Kau tak ada dekat sini. Kau tinggalkan aku, Aryan.'

__________

Sedari tadi Aryan berdiri di balkoni hospital itu. Dia hanya termenung memerhatikan gelagat pelawat dan staff yang lalu lalang di lobi hospital.

Waktu syifnya sudah lama tamat. Namun dia belum rasa mahu pulang ke rumah.

Banyak perkara yang mengganggu fikirannya.

Aryan tersentak apabila telefon pintarnya tiba-tiba berdering minta diangkat. Tanpa membuang masa poketnya disauk sebelum dia mengangkat panggilan tersebut.

Baru sahaja telefonnya ditekap ke telinga, sekelip mata dia menjauhkan kembali peranti tersebut. Dahinya berkerut. Sakit telinganya mendengar suara kuat lelaki di hujung talian.

"Aku baru 25 tahun, tau? Kau nak aku pekak awal ke, Adam?" Dingin suara Aryan menegur sahabatnya sejak sekolah menengah itu.

Memang sejak dahulu Adam berperangai sebegitu. Kadang-kadang dia terfikir mungkin sahabatnya itu ada kad lain selain IC.

"Relakslah, bro. Kau ni... sejak jadi doktor, serius kemain." Makin galak Adam mengenakan doktor muda itu. Bahagia betul dia. Tak lengkap rasanya hidup kalau tak kacau Aryan sehari.

"Kenapa kau call aku?" Malas mahu melayan, Aryan terus bertanya. Telinganya dapat menangkap dengan jelas keluhan yang terbit dari mulut Adam.

"Aku dengar artis yang accident hari tu masuk hospital tempat kau kerja. Betul ke?"

"Haah. In fact, aku yang ditugaskan untuk rawat dia." Tanpa ragu Aryan mengangguk walaupun dia tahu Adam tidak dapat melihatnya.

Apabila Adam sudah membangkitkan hal itu, tiba-tiba Aryan teringat akan interaksinya dengan pesakit itu tadi. Gelagat Qaisaraa yang seolah-olah janggal dengannya, dan kata-kata manis yang entah mengapa begitu senang terpacul dari bibirnya, membuatkan dia sendiri keliru.

"Tapi kau tahu tak, Adam? Setiap kali aku dekat dengan dia, aku rasa... something. Mungkin kau akan cakap aku gila tapi aku rasa macam aku kenal dia dan tak kenal dia pada masa yang sama. Aku tak tahu nak describe macam mana, but it's like... I supposed to feel something, but i just don't."

Tanpa berselindung Aryan mengutarakan isi hatinya. Memang sejak dahulu dia tidak pernah merahsiakan apa-apa daripada sahabatnya itu. Dia tahu Adam sentiasa mempercayainya dan mempunyai solusi untuk semua masalahnya.

Tetapi kali ini, Adam membisu. Bunyi nafasnya pun tidak didengari Aryan.

"Adam? You're still there?"

"Ha? Oh, sorry. Aku mengelamun sekejap."

Tawa kecil Adam sedikit pun tidak berjaya meyakinkan sahabatnya. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan lelaki itu daripadanya.

"Kau telefon aku semata-mata untuk tanya tentang Cik Saraa? Kenapa? Kau kenal dia ke?" Sekali lagi soalannya hanya dibiarkan sepi tanpa sahutan. Aryan semakin keliru. Dah kenapa dengan Adam ni?

"Bagitahu aku, Adam. Siapa sebenarnya Dahlia Qaisaraa dalam hidup aku?"

Setelah sekian lama Aryan dapat mendengar keluhan berat di hujung talian.

"Aku tak tahu tentang sekarang, tapi tujuh tahun lepas... dialah orang yang paling penting dalam hidup kau."

__________

Setelah menamatkan panggilan, telefonnya diletakkan di atas meja sisi katilnya. Entah buat kali ke berapa keluhan terbit dari bibirnya. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya.

Mengapa? Mengapa selepas tujuh tahun? Adakah semua ini hanyalah kebetulan... ataupun takdir yang sudah tertulis?

Isterinya di sebelah dijeling dengan ekor mata. Mata isterinya masih tertancap pada skrin televisyen yang memaparkan berita mengenai seorang selebriti terkenal yang kini menerima rawatan setelah terlibat dalam satu kemalangan. Tidak lepas isterinya merenung skrin tersebut.

Atau lebih tepat, gambar selebriti itu.

"Kita boleh pergi melawat dia kalau sayang nak." Penuh berhati-hati dia menuturkan ayat itu sambil mengkaji wajah isterinya.

Namun wajah isterinya kekal kosong sebelum perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.

Tahulah Adam yang isterinya belum bersedia. Dan dia tidak akan pernah memaksanya.

Kerana dia tahu, lambat laun semuanya pasti akan pulih semula. Yang dia harus lakukan hanyalah tunggu dan sentiasa berada di samping wanita yang amat dicintainya itu.

Continue Reading

You'll Also Like

28.3K 1.9K 36
Segalanya bermula apabila Dahlia Qaisaraa menjumpai sekeping kad di dalam laci mejanya. Tanpa nama, tanpa sebarang petunjuk, hanya ungkapan cinta yan...
4.9M 241K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
22.4M 170K 45
"Everyone knew she was his." ~ Ava and Lucas have been best friends since Lucas saw Ava at the playground when she was 4 years old. She is inn...