OG | | MEJAR'S CODE G28

By farhaenanurr

21.5K 1.2K 44

SYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa... More

𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
1' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
2' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
3' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
4' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
5' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
6' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
7' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
8' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
9' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
10' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
11' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
12' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
13' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
14' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
15' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
16' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
17' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
18' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
19' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
20' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
21' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
22' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
23' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
25' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
26' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
27' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
28' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
29' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
30' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
31' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
32' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
33' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
34' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
35' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

24' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

554 33 3
By farhaenanurr

" Aku Terima Nikahnya Nur Arfana Faiqa Binti Arhan Ali dengan mas kahwin sebanyak Rm 28000 dan senaskah Al-Quran, Tunai."

" Sah?"

Semua suara menjawah 'Sah'. Suara garau milik Syed Aariz bergema di seluruh dewan menyatakan akad dan ijab kabul ke atas Arfana Faiqa secara sah. Tanpa dia sedari, bibir menguntum senyum bila teringatkan mimpinya semalam. Habis dimarahnya Syed Aariz dek kerana mimpi buruknya itu. Lelaki itu hanya pasrah memujuk Arfana walaupun hanya melalui panggilan suara.

Sejujurnya, ada perasaan hiba yang bertandang di hati. Mungkin kerana mulai sekarang, dia perlu menjadi seorang 'Isteri' dan mempunyai tanggungjawab baru di dalam hidup. Air mata cuba ditahan sebolehnya kerana panahan mata Theo di hadapan. Takut juga jikalau sahabatnya itu mengamuk setelah bertungkus lumus menconteng wajah ayu Ini sejak pagi tadi.

Lagi bertambah hiba bila dia melihat Syed Aariz menitiskan air mata di hadapan kadi. Inilah perasaan sebenar kepada para pengantin di luar sana ketika terlafaznya akad untuk menjadi sepasang suami isteri. Sekarang, Arfana dan Syed Aariz sudah faham.

Sentuhan lembut di bahunya telah menghentikan imbauan semalam. Mata naik menikam anak mata Mama lalu dia menghadiahkan senyuman manis buat puteri tercinta yang sedang dilamun cinta. Arfana melabuhkan ciuman pada jemari Mamanya bersama senyuman nipis.

Debaran yang dirasakan bagaikan kompang dipalu di dalam dada. Apatah lagi bila Dirinya sudah sah bergelar isteri kepada Mejar Syed Aariz Al-Farras. Tapi sesungguhnya dia sangat bersyukur kerana semuanya telah menjadi kenyataan pada hari ini.

Terima kasih Tuhan kerana tidak merealisasikan mimpi buruknya semalam! Sungguh dia bersyukur tak terkata.

Alhamdulillah!

Melihat sepasang kaki bersarung seluar baju melayu berwarna putih bersih tiba di hadapan, Arfana sekali lagi mengangkat wajah memandang ke atas. Mata bundar Syed Aariz memandangnya bersama senyuman nipis.

Jejaka itu sangat kacak tanpa cacat cela, bagi Arfana, Syed Aariz adalah lelaki sempurna yang telah dihadiahkan oleh Tuhan untuk membimbingnya.

Saat suaminya melabuhkan duduknya di ruang sebelah, Tubuh Arfana menghasilkan getaran halus hingga lelaki itu melepaskan tawa kecil. Tangan Arfana dicapai dan digenggam dalam pegangan tangan kasarnya.

" Assalamualaikum, Ya Qalbii."

Perkara pertama yang dilakukan oleh Syed Aariz Al-Farras adalah mencium kekura tangan Arfana Faiqa penuh kelembutan dan kasih sayang.

" Kenapa terketar-ketar macam orang parkinson ni? Sayang berdebar ke, hm?" Arfana menunduk mendengar usikan suaminya bersama wajah yang sudah merah menahan malu.

Apatah lagi apabila ada bunyi-bunyi siulan nakal dari ahli keluarganya di sebelah.

Dagu Arfana dipaut lembut lalu Syed Aariz menatap ke dalam anak mata milik isterinya. Si cantik ini sudah menjadi miliknya.

" Tak nak jawab salam Abang ke?"

Ya, dia tersangatlah malu dan tersipu-sipu kerana panggilan yang digunakan oleh Syed Aariz. Aduhai! Tak tahu dimana dia perlu letak mukanya saat ini. Sumpah ini adalah perubahan yang sangat drastik baginya.

" Waalaikumussalam, A...Abang"

Terbit senyuman lebar di bibir Syed Aariz bila mendengar suara lunak milik isterinya menjawab salamnya. Terketar-ketar suara Arfana menyapa sistem pendengaran hingga menghasilkan tawa kecil dari bibir Syed Aariz.

Sesi pembatalan air sembahyang berjalan dengan lancar sesuai perancangan mereka. Saat tangan Arfana menyambut tangan Syed Aariz, timbul perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini.

Bahagia...

˚₊· ͟͟͞͞➳

Rangkulan pada pinggang Arfana diperkemaskan lagi apabila tubuh kecil itu hampir tumbang disisi Syed Aariz. Mujur sahaja suaminya sudi menjadi support untuk dirinya yang sudah kehabisan tenaga ini. Syed Aariz memandang isterinya dengan riak wajah penuh kerisauan. Sudah berkali-kali Syed Aariz mengajak Arfana untuk berehat tapi ditolak mentah-mentah oleh isterinya kerana mahu melayan tetamu yang tidak henti-henti berkunjung.

Kedegilan Arfana mengundang dengusan dan gelengan pasrah dari Syed Aariz.

Arfana menyandarkan badannya ke badan Syed Aariz apabila rasa letih menguasai segalanya. Tangan pula naik memeluk lengan Syed Aariz dari tepi. Dia mendongak memandang suaminya yang segak di dalam busana Tuxedo Maroon dan dipadankan dengan Gaun Maroonnya.

" Kita rehat dalam bilik ya?"

Pada Akhirnya, Arfana mulai akur. Syed Aariz menyengih bila Arfana mengangguk mengiyakan ajakannya.

Syed Aariz mendudukkan isterinya di kerusi lalu mencabut Heels di kaki Arfana. Tubuh itu diangkat lalu dibawa ke bilik. Arfana pula merehatkan kepala di dada milik Syed Aariz tanpa menghiraukan santapan tetamu dan ahli keluarga yang jelas sedang memandang mereka bersama senyuman penuh makna di bibir masing-masing.

Masuk sahaja di dalam lift menuju ke bilik hotel, sempat juga mereka saling bermesra memandang hanya mereka berdua yang berada di dalam lift.

" Ana ingat Abang nak tinggal Ana macam dalam mimpi tu..." Arfana memuncungkan bibir sambil bergumam. Tercebik-cebik bibirnya menahan tangisan.

" Kenapa Abang nak tinggal sayang pula? Nak dapatkan sayang pun dah susah, Abang takkan sia-siakan usaha Abang." Cebikan Arfana ditindih dengan bibirnya dengan laju.

Terkedu dengan perbuatan Syed Aariz, Arfana melekapkan wajah ke dada suaminya demi menutup malu. Sayup-sayup suara tawa geli hati dari Syed Aariz kedengaran. Tak betah dipermainkan, Arfana menggigit dada suaminya kuat.

Terus mengaduh suaminya. Arfana tayang gigi bila Syed Aariz membuat muka garang. Aduhai Mejar sorang ni, kalau Mood Askarnya datang, terus Arfana kecut perut.

Arfana kemam bibir sambil membuat mata bulat dan comel kepada suaminya. Tak lama, Syed Aariz terus tersenyum dan telinganya memerah setelah melihat kecomelan isterinya.

" Sayang nak jadi ikan Nemo ke buat comel macam tu?" Berkerut dahi Arfana mendengar soalan itu.

" Ikan Nemo?"

" Ya, Ikan Nemo. Spesis Ikan yang berwarna oren dan sangat comel. Mata bulat macam sayang. Tapi sayangnya, kisah mereka agak sedih." Jawab Syed Aariz dengan senyuman nipis.

TING!

Keluar dari Lift, Syed Aariz berjalan ke bilik khas mereka lalu melekapkan access card di pintu sebelum kunci terbuka.

Dengan perlahan badan Arfana dilabuhkan di birai katil dan berlalu ke tandas untuk membersihkan diri. Arfana pula mula membuang tudung dan perhiasan yang memberat di badan sebelum berdiri tegak di hadapan cermin. Melihat dirinya yang kelihatan agak berlainan dari hari-hari sebelumnya menghadirkan rasa gembira yang mendalam.

Lama dia merenung diri sendiri sampaikan tidak sedar akan kehadiran suaminya di belakang. Tuala separas pinggang dipandang dari dalam cermin. Jejaka itu sedang tunak memandangnya di belakang. Terlalu ralit mereka saling memandang, Syed Aariz bergerak perlahan ke arah Arfana yang sudah keras dan kaku di hadapan.

Tangannya naik memeluk Arfana dari belakang. Dagu direhatkan di atas bahu isterinya. Mata mereka masih belum lepas dari bertaut.

" Isteriku..." Seru suara serak basah milik Syed Aariz.

Arfana tidak mampu berbuat apa. Bahkan suara juga sudah melekat di kerongkong. Aura Syed sangat berlainan bila sudah halal. Rasa malunya semakin menebal.

" Ya Zawjatii... Zawjatii al jamilatu..." Bisiknya penuh syahdu.

" Kenapa diam ni, hm?" Jarak mereka sangat dekat hingga bibir suaminya melekat pada cuping telinga.

Rambut Arfana dihidu sebelum menarik sanggul hingga terburai rambut nan indah milik isterinya. Wangiannya sungguh memikat naluri seorang lelaki.

Jantung Arfana usah ditanyalah, memang sedang membuat pertandingan larian dan paluan kompang hingga dia tidak mampu berfikir secara rasional. Bibir Syed Aariz melorek senyuman di tepi wajahnya.

" Sayang dah jadi milik Abang. Hak mutlak Abang." Anak rambut Arfana yang terjuntai disangkut ke telinga.

" Please, be loyal to me. Mrs. Mejar Syed Aariz Al-Farras." Satu ciuman singgah pada bahu wanitanya itu.

" I will. Ana akan stick dengan Hubby sampai Abang rimas. Ana nak jadi satu-satunya wanita yang berada di samping, Abang." Balas Arfana pula.

" Yes, Abang tak boleh berjanji untuk beri harta pada Sayang tapi Abang Janji untuk sentiasa bahagiakan Sayang, dan jadikan Sayang sebagai ketua Bidadari syurga Abang."

" Boleh pakai ke Janji tu?"

" Janji ni akan termeterai dalam ikatan kasih kita. Tuhan sebagai saksi janji Abang ucapkan hari ini. Kalau Abang lupa, tolong buktikan dengan CCTV bilik hotel ni ya." Syed Aariz menghabiskan kata-kata dengan tawa kecil.

Kini, Janji telah mengikat mereka berdua ke alam perkahwinan yang sempurna ini.

Continue Reading

You'll Also Like

29.3K 2.5K 29
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
387K 12.1K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
67.9K 3.8K 61
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...