QAYYUM'S WEAKNESS | OG

nabilllss által

738K 61.7K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... Több

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘35∘∘°

10.1K 905 29
nabilllss által

"Hey! Hey! Relax lah!" Fredella cuba menenangkan gadis itu. Dia menapak lebih rapat ke Qayyum.

Gadis itu menunduk sebaik sahaja Fredella berada di hadapannya. Nafas dikawal sebaik mungkin.

"Dia ada hutang dengan sayang ke? Kenapa kecut perut tiba-tiba ni?" Sikit lagi Qayyum nak fikir benda lain. Fredella dalam diam ketua gangster ke apa? Sampai pencuri pun takut dengan isterinya.

"Wait.. wait.." Apa yang Qayyum baru cakap tadi bagai berlalu ditiup angin. Tekun Fredella memeriksa gadis tadi. Topeng muka yang dipakai bukan menjadi masalah. Ligat otak Fredella mencari jawapan disebalik topeng muka itu. Mujur hanya bahagian hidung dan mulut sahaja yang ditutup.

Eh, mata perempuan ini macam...

"Macam pernah jumpa je sebelumni," Fredella membungkukkan tubuhnya agar lebih puas dia nak menilik. Ketinggian wanita itu hampir separas dengan suaminya. Disebabkan mangsanya pendek, jadi dia terpaksa membungkuk.

Qayyum hanya menonton gerak-geri Fredella. Apa yang dia perasan adalah, semakin isterinya merapatkan jarak, semakin gabra gadis itu.

"Jangan cuba buka mask saya!" Akhirnya terkeluar jua jeritannya. Dia berjaga-jaga dengan setiap tindakan Fredella.

"Saya?" Fredella dan Qayyum pandang sesama sendiri. Ada ke pencuri bahasakan diri dia 'saya'? Mereka berdua mendadak curiga.

Tidak lama selepas itu, Fredella menukar isyarat matanya.

"Sekarang ke?" Tanya Qayyum walaupun sudah faham dengan isyarat yang diberi.

"Esok sayang." Terlakar senyum sinis di bibir Fredella. Jelingan matanya hampir saja menikam Qayyum. Tajam!

Tiada respon dari Qayyum sebab dia tahu wanita itu sedang marah. Badan kekarnya kembali menegak. Dia mengubah posisi, berdiri di belakang gadis itu atas arahan Fredella. Dia disuruh untuk berdiri di belakang bukan saja-saja. Tapi untuk langkah berjaga-jaga.

"Upss, tak sengaja!" Fredella bertindak menarik topeng muka yang menutup separuh wajah gadis itu. Dia terpaksa tarik secara kasar sebab kalau dengan lemah lembut memang takkan tercabutlah mask itu!

"NO!!" Baru selangkah nak bergerak malangnya pergerakan terbatas dek kerana Qayyum yang sudah terpacak di belakang. Tangan gadis itu spontan naik menekup wajah. Mati akal dia apabila wajah sepenuhnya terlihat oleh Fredella.

Hampir jatuh dagu Fredella selepas dia berjaya melihat muka sebenar gadis itu. Dia... dia kenal! Cuma otak saja yang lambat berfungsi memikir namanya!

"Astagfirullah, In.. Intan!" Tepat pada waktunya nama itu disebut. Fredella langsung tidak beri peluang untuk gadis itu meloloskan diri.

"Buka! Bagi akak tengok muka Intan!" Masih tidak berpuas hati dengan apa yang dilihat dengan anak matanya sendiri. Fredella menggenggam tangan Intan lalu menjatuhkannya.

"In...Intan tak kenal akak! Ja-jangan!" Apabila pergerakan tangannya dikunci Fredella, dia hanya mampu menunduk. Sedaya upaya melarikan anak mata dan menyorok muka.

"Come on! You're lying!" Dagu Intan menjadi sasaran. Fredella menyentuh dagu Intan lalu menaikkannya. Dia masih tidak percaya wajah sempurna gadis itu sekarang dipenuhi dengan luka, lebam, dan parut.

"Della..." Tegur Qayyum dengan nada tegas. Mata hitamnya menghala ke arah tangan Intan yang menggigil kuat akibat cengkaman isterinya. Dari apa yang dia lihat, menggigil itu mungkin terjadi disebabkan trauma.

"I'm.. I'm sorry," Rasa bersalah menghurungi diri Fredella. Dia melonggarkan cengkaman tadi. Sekarang genggamannya berubah untuk menenangkan Intan. Bukan lagi untuk mendesak.

"I need you to say something, Intan. Sekurang-kurangnya beritahu apa yang dah jadi dengan awak..." Sambungnya lagi dan kali ini dengan lebih lembut.

Intan cuba membalas renungan Fredella, kemudian turun memandang tangannya yang digenggam. Kusut kepalanya nak menyusun satu-persatu ayat.

"Intan taknak mencuri. Ta...tapi Intan kena paksa. La-lagi satu, Intan tak boleh lama-lama dekat sini.." Dia bukan seorang yang gagap bertutur. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia menjadi begitu.

"Kenapa? Intan pergi sini dengan siapa? Pergerakan Intan dikawal?" Selagi tiada pengganggu, lalat, atau pengacau, Fredella dan Qayyum takkan lepaskan peluang untuk bertanya.

Intan angguk sebanyak tiga kali. Ya, dia sedang diperhatikan juga dikawal. Mana mungkin dia bebas seperti hidup orang lain. Hidupnya berubah 360 darjah sejak terperangkap di dalam sarang GRO. Hampir saja dia lupa bagaimana hendak berbual dengan orang.

"Intan kena kuatkan semangat tau. Tak lama dah, nanti awak dengan kawan-kawan yang lain akan bebas," Hanya kata-kata semangat saja yang mampu diucap. Fredella seolah-olah main tarik tali dengan perasaannya sendiri. Hati batunya luluh saat mendengar luahan Intan. Jika dia terburu-buru, sudah pasti malam ini akan menjadi pesta darah.

"Della, watch out!"

Jerkahan Qayyum kembali membuatkan Fredella fokus. Dia terasa ada sesuatu yang menunjal kepalanya dari belakang. Keras, teksturnya pun Fredella dah sebati sangat. Dia kenal alat apa yang melekat di kepalanya sekarang.

"Akak..." Posisi Intan lagi membuatkan nafasnya melonjak laju.

"Drop it." Qayyum tidak akan duduk diam melihat kepala Fredella diacukan pistol. Dia membuka zip jaket sebelum mengeluarkan sebuah GLOCK 18. Sasarannya ialah tuan badan yang berani meletakkan senjata api di kepala isterinya. GLOCK 18 tadi dianaikkan ke wajah gerangan itu.

"Turunkan atau muka kau yang berkecai," Ujarnya dengan nada dingin.

"Nan...nanti dulu! Encik Kai jangan tembak dia. Intan kena pergi dulu, dia.. bodyguard yang kawal Intan!" Intan tak mahu keruhkan keadaan. Sudah tiba masanya dia serahkan diri. Orang-orang awam semakin kucar-kacir melihat mereka. Lebih-lebih lagi muka Intan yang penuh dengan luka itu ditayang.

"No you can't!" Fredella menghalang pergerakan Intan.

"Argh!"

BANG!

Sangkaan Qayyum isterinya sudah selesai ditembak namun lain yang pula yang terjadi. Fredella dan Intan terbaring di atas lantai mall itu. Intan berada di dalam pelukan Fredella dan mereka sama-sama terselamat.

"Sial punya perempuan! Kau bagi dia sekarang!" Geram lelaki itu apabila tembakannya terlepas ke arah lain.

"Aku takkan pulangkan dia! Kau pergi balik ke pangkuan Uqael!" Fredella meleraikan pelukan sebelum dia menegakkan lututnya untuk bangun. Dia tidak beri ruang walau seinci pun untuk lelaki itu mendapatkan Intan.

"Huh? Kau suruh aku balik? Aku tak boleh balik tanpa dia, bodoh!" Kalau ikutkan hati nak saja dia buat kecoh satu mall ini. Siapa gamaknya perempuan ni berani halang aku untuk buat kerja?!

BUSH!

Terbatuk terus lelaki itu sebaik sahaja pipi kirinya ditumbuk kuat oleh Qayyum. Tempat yang terasa pijar itu diusap sebelum dia memalingkan wajah ke arah Qayyum. Nampaknya dia tak boleh duduk diam bila Qayyum mulakan sesuatu.

"ERGH!" Lelaki itu merengus geram seraya merapatkan jaraknya dengan Qayyum.

Pistol yang dipegang dia hentak pada bahagian rahang Qayyum. Sasarannya ialah leher Qayyum namun sempat ditepis oleh jejaka itu.

Qayyum tidak beranjak, hanya kekal di posisi. Dia menyentuh rahangnya yang baru saja dihentak. Ada dua garis yang mungkin menyebabkan luka calar. Tangan diturunkan, Qayyum pandang jarinya yang berkesan darah.

"A murderer will kill you, a thief will steal from you, but you'll never know where you stand with a liar.." Ujar Qayyum mendatar. Hujung bibirnya naik mengukir senyuman.

"Ap... apa kau cakap ni? Kau orang berdua ni siapa huh?! Serabut!" Stand with a liar? Lelaki itu bertambah serabut apabila Qayyum cuba memanipulasikannya.

"Intan ikut aku! Sini!" Tubuh dipusing kembali menghadap Fredella dan Intan. Tapi kali ini dia taknak buang masa. Dia nak Intan sahaja!

"Akak... Intan kena pergi.." Rayu Intan pada Fredella. Walaupun jiwanya meronta-ronta ingin mengikut wanita itu....

"Sini aku cakap!" Jerkah lelaki itu lagi memaksa.

Fredella membisu tetapi tidak dengan otaknya. Dia sibuk memikir strategi untuk mengambil Intan dari musuh ketatnya, Uqael. Terserlah sisi gelap Fredella disebalik tatapan tajam iris hazelnya.

"Aku akan bagi kau mimpi buruk kalau kau cuba ambil dia dari aku," Fredella mula bersuara dan genggamannya semakin erat pada lengan Intan.

"Kau tak faham bahasa ke? Kau tak boleh tuntut dia! Dia hak Uqael! Aku repeat... dia hak Uqael!" Berombak ganas dada lelaki itu menengking Fredella. Jaraknya dengan wanita itu tidaklah jauh mana. Tengkingnya tadi membuatkan Intan sekali lagi menggigil.

"MALEDETTO UOMO!" Sebaris carutan itu disebut, tangan Fredella sudahpun menghinggap di belakang kepala lelaki itu. Dia menyambar segenggam rambut lelaki itu lalu disentak kuat kebelakang. Sebelah tangan Fredella lagi meraba keliling pinggangnya sebelum sebuah belati tajam dikeluarkan.

"I fucking hate that name!" Membuak-buak dendamnya mendengar nama itu disebut berkali-kali. Fredella sudah hilang sabar.

"Kau... kau me..memang sial!" Lelaki itu mengerang sakit apabila peha kanannya ditikam mengejut oleh Fredella. Langsung dia tidak sedar akan kehadiran belati wanita itu.

"Fredella!"

"Enough!"

Qayyum cuba menghentikan Fredella dari bertindak berlebihan. Bunyi siren sudahpun kuat kedengaran. Semua orang di dalam mall itu berkerumun ke arah mereka. Ada yang menjerit, takut melihat adegan yang baru sahaja dilakukan oleh Fredella.

"Della dah! Cukup tu!" Qayyum menyedarkan isterinya yang hampir tenggelam dengan isu kemarahan.

"Pandang saya Della! Eyes on me!" Selagi iris hazel Fredella tidak dilihat, selagi itulah Qayyum akan menyeru nama wanita itu.

Fredella akhirnya melarikan anak matanya memandang Qayyum. Namun tangannya masih setia menusuk belati.

"Good. Now, take out the knife," Arah Qayyum lagi.

Raut wajah lelaki yang menjadi mangsa Fredella itu jelas penuh azab. Mukanya dibanjiri dengan peluh sewaktu Fredella mengeluarkan kembali belati tersebut. Wanita itu seolah-olah tiada perasaan ketika mengeluarkan belati kegemarannya.

BUSH

"Argh!" Penglihatan Qayyum berbayang sekejap. Entah dari mana muncul musuh lain menumbuknya. Hampir saja terkena mata sepenuhnya.

"Kak Ailen! Jangan pukul Encik Kai!" Terkejut besar Intan menyedari akan kehadiran Ailen.

Selesai wajah Qayyum dikerjakan, Fredella pula menjadi sasaran Ailen sekarang.

"Perempuan jalang!" Ailen sangkakan kiraannya tepat, pukulan tangannya disambut oleh Fredella.

"Oh, maybe you missed this one.." Ketika tangan menjadi sasaran Fredella, Ailen menggunakan peluang lain yang ada. Kakinya dibawah sudah bersedia hendak menendang Fredella.

BUK!

Fredella lebih tangkas dari apa yang Ailen sangkakan. Dia menghentak perut Ailen menggunakan pemegang belatinya. Ailen perempuan. Dia tidak mahu mengotorkan tangannya dengan darah gadis itu.

"Perempuan jalang! Menyusahkan!" Ailen terbongkok sedikit akibat perutnya yang terasa senak.

"If you don't take your hands off me, in the next two seconds you won't have hands." Tangan Ailen masih setia ditahan oleh Fredella dari tadi.

"Pu.. pulangkan Intan, dan aku akan lepaskan kau.." Hanya satu tujuan Ailen, dapatkan Intan dan bawanya kembali kepada tempat asal.

"It's time, Della." Suara garau Qayyum mencelah di tengah perbualan kemuncak mereka. Memang tiada jalan selain mengalah. Bakal berdepan dengan musuh ketiga pula selepas ini? Bukan itu yang dirancang sejak permulaan tadi sepatutnya.

"Lepaskan Intan," Pinta Qayyum lagi.

Seminit Fredella berdiam. Dia memainkan lidahnya di dinding mulut. Dengan rasa terpaksa, dia akhirnya akur dengan arahan Qayyum. Dingin wajah wanita itu membalas renungan Ailen. Bahang!

"Intan pergi dulu ya, akak..." Intan menerpa kehadapan apabila Fredella memberinya sedikit ruang.

"Se.. selamat tinggal.." Dia merapat ke Ailen. Dia juga terpaksa menggerakkan kaki, menjauhkan diri dari Fredella dan Qayyum.

"Let's end this." Bicara Qayyum tegas. Dia berdiri disamping Fredella setelah wanita itu kelihatan jauh lebih tenang dari tadi.

"Sudah Intan. Kita kena balik. Banyak sangat buang masa dekat sini." Ailen mula membelakangi mereka. Dia menarik tangan Intan lalu mendekati baringan bodyguard yang cedera akibat Fredella.

Setelah semuanya berakhir, Qayyum dan Fredella memulangkan beg tangan yang dicuri oleh Intan tadi kepada tuan badannya. Mereka keluar dari tempat itu dengan penuh rasa kesal. Hati Fredella tidak tenang mengenangkan saat dia terpaksa melepaskan Intan.

To be continued...

Olvasás folytatása

You'll Also Like

94.5K 1.2K 1
(On Going) MMA: Mixed Martial Arts "I don't care, Ammara sayang. Abang dah janji dengan Asad, abang akan jaga Ammara macam nyawa abang sendiri. Ammar...
731K 8.9K 6
𝑴𝒊𝒙 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒖𝒂𝒈𝒆 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 / 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂 #2 𝑮𝒂𝒗𝒓𝒊𝒆𝒍'𝒔 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐍𝐚𝐮𝐠𝐡𝐭𝐲 𝐆𝐢𝐫𝐥 Kerana k...
874K 27.8K 20
[COMPLETE] [TERBIT] 3rd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER "𝒀𝒐𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒐𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 �...
2.3M 167K 51
# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, T...