𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀�...

By amiieya

300K 15.2K 588

"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan k... More

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 1
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 2
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 3
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 4
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 5
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 6
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 7
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 8
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 9
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 10
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 11
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 12
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 13
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 14
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 15
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 16
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 17
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 18
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 19
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 20
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 21
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 22
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 23
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 24
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 25
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 26
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 28
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 29
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 30
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 31
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 32
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 33
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 34
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 35
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 36
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 37

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 27

5.9K 351 11
By amiieya

"Sayang?", tercungap-cungap Izrail mendekati Qaira yang sedang berpelukkan dengan Hayder itu.

Hayder menjeling ke arah ayahnya apabila Izrail menolaknya dengan lembut ke belakang agar dia dapat memeluk isterinya itu.

"Move. Move" Qaira sudah menggelengkan kepalanya.

"Ish, daddy ni tak tengok Ayder ke ?", omel Hayder lalu mencubit punggung Izrail itu. Izrail hanya mengabaikan anak lelakinya itu.

"Lebih baik, mommy cari daddy baru", sambung Hayder kembali sebelum berdiri di dalam pelukkan Alesya.

"Ya Allah, abang! Kuat sangat abang peluk ni, sesaklah", keluh Qaira sambal menepuk kuat belakang suaminya itu.

"Ya Allah, budak ni ! Rael!", marah Puan Sri Farida yang melihat anaknya itu tidak mendengarkan apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Telinga Izrail ditarik.

"Aa-aww, sakitlah mama!", keluh Izrail lalu mengelus perlahan telinganya tadi. Qaira yang melihat kelakuan suaminya itu tergelak kecil begitu juga yang lain.

Hayder seorang sahaja yang gelak sakan melihat ayahnya itu dimarahi oleh neneknya itu.

"Suami kamu ni semalaman menangis, Qaira." Izrail menjeling ke arah Fawish yang mengadu kepada isterinya itu.

Secara perlahan Fawish mendekati adik perempuannya itu dan duduk disebelah kiri sisi katil itu manakala Izrail berada disisi kanan Qaira.

"Bini aku, biarlah", jawab Izrail lalu mencebik kepada abang iparnya.

"Kau tengoklah, perangai mengada bapa orang ni. Kalau kau ada macam inilah perangainya."

"Betul, Qai. Si Rael ni, mengada tak nak makan sampai sekarang", sampuk Danial.

Qaira mengerling ke arah suaminya yang berada di hadapannya itu. Izrail mengelus lehernya apabila mendengar sepupunya dan juga abang iparnya itu mengadu kepada Qaira.

"Qai, cuba kamu beletiaq sikit dekat abe Rael kito ni. Dia ni degil nau", sambung Kharl pula.

Mereka bertiga sepertinya berpuas hati mengenakan Izrail itu. Puan Sri Farida dan juga Datin Daznia hanya menggelengkan kepalanya melihat kelakuan mereka itu.

"Abang ni mengada ya sampai tak nak makan?". Izrail hanya membalas dengan senyuman kepada isterinya itu.

"Macam mana abang ada selera nak makan kalau risaukan sayang terbaring macam ni. Semalam sebelum pergi kerja sayang kata nak masakkan untuk abang, sebab itulah abang tak nak makan", terang Izrail.

Qaira menepuk dahinya. Sampai begitu sekali suaminya itu sanggup menepati janjinya seperti yang dia katakan semalam.

"Abang, sayang tahu abang janji yang abang tak akan makan selagi tak makan masakkan sayang. Tapi, ikut situasilah abang kalau macam ni kan sayang..."

Mulut Qaira ditutup dengan tangan oleh Izrail.

Isterinya itu kalau dah membebel, pagi sampai ke petang pun tak akan ada habisnya.

"Alololo, risaukan abang eh? Abang ni lagi risaukan sayang dengan berbadan dua lagi tu". Qaira tergamam.

Berbadan dua? Apa yang laki aku ni maksudkan?

"Abang ni demam ke apa? Apa yang badan dua? Nak cakap sayang gemuk ke?"

"Abang nak makan batang penyapu ke?", bertubi-tubi soalan ditanya olehnya.

Izrail menggelengkan kepalanya apabila melihat isterinya itu bagaikan mempunyai isi peluru di dalam mulutnya.

"Eh, kamu ni Qaira tak elok cakap suami macam tu! Dengarlah sampai habis apa yang Rael ni nak cakap", celah Datin Daznia yang mendengar anak perempuannya itu bertalu-talu memarahi menantunya.

"Ini...", Izrail meletakkan tangannya di atas perut Qaira.

"Dalam ni ada si comel", kata Izrail sambal tersenyum manis kepada isterinya itu. Qaira mengerutkan dahinya. Dia masih lagi tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Izrail.

"Awak pregnant sayang". Qaira terdiam seketika.

"Sa-sayang, pregnant? Anak kita?", soal Qaira dengan satu persatu perkataannya disebut. Izrail mengangguk.

Tanpa disedari pipinya kebasahan. Air mata kegembiraan itu mengalir dipipi Qaira. Dia tidak menyangka rezeki dia akan secepat ini. Tidak berhenti dia mengucap syukur kepada Pencipta-Nya.

"Kita ada baby abang. Hayder ada adik"

"Yes, sayang. So, from now on sayang tak boleh pergi kerja dan setiap kali sayang pergi mana-mana akan ada bodyguard yang baru temankan", kata Izrail lalu mencuit hidung isterinya itu.

Air mata yang membasahi di pipinya tadi diusap lembut oleh Izrail.

"Bodyguard baru? Raffael? Abang pecat ke?"

"Eh, mana ada abang pecat sepupu sendiri! Sebab, Raffael kena temankan abang pergi mana-mana".

"Eh, wait! Sayang nak cerita ni."

"Apa dia?", soal Izrail sambal menolong Qaira untuk duduk bersandar di katil itu supaya lebih selesa.

"Sayang jumpa Mingyu!", katanya dengan gembira. Izrail yang tadinya tersenyum manis kini berubah senyumnya tawar.

Fawish, Kharl dan Danial melepaskan ketawanya disitu. Hayder sudah menepuk dahinya mendengar yang dikatakan oleh Qaira.

"Sayang ni, bukannya tanya tentang suami malah excited nak cerita dia jumpa Mingyu. Panggil si Mingyu tu masuk, Danial".

Sengaja Izrail menekankan nama Mingyu itu. Qaira menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu. Padahal, setahu dia yang dia jumpa Mingyu itu hanya dalam mimpi tapi kenapa suaminya itu menyuruh orang lain masuk.

"Mingyu, eh ? Ashiappp, aku panggil madu kau", usik Danial sambil ketawa.

"Ini, Encik Mingyu kita". Seorang lelaki mengenakan pakaian hitam memasuki ruangan itu. Mata Qaira tidak alih melihat sosok lelaki itu.

Izrail hanya diam memerhati isterinnya yang bagaikan terpesona melihat wang jatuh daripada langit.

"Assalammualaikum, Puan Qaira. Saya Zafri Isyraf, pengawal peribadi Puan", Zafri bersuara.

"Mingyu?". Sekali lagi dia mengatakan nama itu. Izrail menjeling isterinya tidak henti.

Ish bini aku ni laki dia depan mata yang terpaling kacak ni pun masih ingat si Mingyu tu!

"Amboi, amboi! Tutup mata tu, tutup!". Mata Qaira ditutup oleh Izrail. Macam tak biasa. Cemburulah!

"Sayang! Ish, abang merajuklah macam ni", katanya. Datin Daznia dan Puan Sri Farida tidak mampu berkata apa-apa melihat kelakuan anak menantu mereka itu.

Satu perangai macam budak-budak dan satu lagi suka buat hal.

"Alololo, janganlah merajuk!", pujuk Qaira lalu menarik tangan Izrail yang hendak berlalu pergi itu.

"Kahwinlah dengan Mingyu tu pergilah kahwin"

"Eh, betul abang ni? Tapi tak nak, sayang nak abang". Matanya sengaja dikelipkan beberapa kali.

"Nasib baik pandai pujuk".

"Ish, aku pula menyampah! Gaduh balik please, gaduh", sampuk Fawish lalu memberikan reaksi seolah ingin muntah.

"Hei, hei! Sini kamu , Fawish!", Datin Daznia menarik telinga anak lelakinya kali ini. Giliran Izrail pula mengenakan Fawish. Izrail mencebik ke arah Fawish.

"Sakitlah, mama!", adu Fawish. Alesya tergelak kecil melihat Fawish diperlakukan seperti itu. Qaira memerhati daripada jauh cara Alesya melihat abangnya itu.

"Kamu ni bukan suruh adik kamu berbaik dengan adik ipar, kamu! Malah suruh bergaduh , nanti pandai pula kamu sedih tengok adik kamu ni sakit", bebel Datin Daznia.

"Bagi kahwinlah si abang ni mama. Calon menantu mama tepi tu dah lama menunggu". Qaira menunjuk ke arah Alesya yang berada di samping Datin Daznia itu.

Dia yang dari tadi tersenyum melihat Fawish kini tergamam.

"Kau ni memang sengaja kan?", kata Alesya dengan cara mulut sahaja bergerak namun tiada satu pun suara yang didengar.

Qaira hanya tersenyum melihat Alesya tersipu malu.

"Betul tu, mama. Sebagai, menantu lelaki mama yang terpaling handsome di muka bumi ini sangatlah setuju kalau Fawish kahwin dengan Alesy"

Fawish menjeling ke arah Izrail. Namun, dia hanya mengendahkan abang iparnya itu.

"Kalau Fawish tak nak, nanti aunty bagi dekat Danial pula", celah Puan Sri Farida. Fawish beralih ke arah mama Izrail itu.

"Eh... apa pula aunty ni main bagi-bagi pula dekat Danial. Tak boleh juga. Danial tak nak", jawabnya.

"Eleh, aku nak kalau dia nak. Haa, ke kau yang tak nak bagi Alesya dekat aku?". Pipi Alesya sudah kemerahan.

Kulitnya yang putih itu menyebabkan wajahnya kini warna kemerahan menahan malu.

"Alesya pergi dulu, aunty. Ada kerja dekat luar. Qai, aku gerak dulu ya?", kata Alesya.

Qaira yang melihat sahabatnya itu tergesa-gesa pergi kerana malu hanya ketawa.

"Macam-macam budak sekarang ni. Kamu kalau nak dia  bagitahu mama awal, Fawish nanti tak adalah melepas", bebel Datin Daznia. Fawish hanya mengangguk.

Dia tahu jika mamanya itu mengetahui bahawa dia juga turut menyimpan rasa terhadap gadis itu.

Continue Reading

You'll Also Like

89.3K 7.5K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
501K 5K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...
125K 2.8K 38
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...