HI, ENCIK PROFESSOR!

Od Angel_k20

126K 13.7K 7.9K

G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesai... Vรญce

Bab 1
BAB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10 [1]
Bab 10 [2]
Bab 10 [3]
Bab 11 [1]
Bab 11 [2]
Bab 11 [3]
Bab 12 [1]
Bab 12 [2]
Bab 12 [3]
Bab 13 [1]
Bab 13 [2]
Bab 13 [3]
Bab 14 [1]
Bab 14 [2]
Bab 14 [3]
Bab 15 [1]
Bab 15 [2]
Bab 15 [3]
BAB 16 [1]
BAB 16 [2]
Bab 16 [3]
PERHATIAN
Bab 17 (1)
Bab 17(2)
Bab 17 (3)
Bab 18 (1)
Bab 18 (2)

Bab 18(3)

1.5K 100 16
Od Angel_k20

"Tolong apa?" tanya Qarizh. Mukanya sudah berkerut-kerut menahan pedih perut dan rasa mual.

"Oh, kau tak sihat ke?" Cepat saja mata Aralyn menangkap perubahan raut wajah Qarizh.

"Aku okey aje. Cuma lapar," selindung Qarizh.

"Kalau macam tu, jomlah pergi makan dulu. Nak makan kat mana? Kau cakap aje." Bersungguh Aralyn bertanya.

"Dekat-dekat sini dahlah. Kafetaria pun boleh. Lagipun aku ada banyak lagi kerja belum siap. Aku tengah kejar masa," jawab Qarizh.

Aralyn mengangguk faham dengan jawapan yang diberi. Pantas dia merampas anak kunci kereta daripada Qarizh lalu menayangkannya ke muka jejaka itu. Dia belum cukup bodoh untuk tak faham situasi yang berlaku kepada Qarizh sekarang. Pasti gastriknya menyerang lagi sebab lupa makan.

"Aku drive," sengih Aralyn.

Qarizh hanya menggeleng melihatkan laku Aralyn. Elok juga kalau gadis itu yang memandu kereta sebab tatkala ini, sakit perutnya semakin menjadi-jadi. Nanti lepas makan dia nak singgah di farmasi sekejap untuk beli ubat gastrik.

"Pegang tali pinggang keledar kuat-kuat tau," pesan Aralyn sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.

Tanpa sepatah kata, Qarizh iakan saja. Namun, belum pun sempat dia pakai betul-betul tali pinggang keledar, Aralyn terlebih dahulu tekan pedal minyak dan "vrommm!", kereta bergerak laju meninggalkan kawasan parkir.

"Hati-hati!" Sempat Qarizh beri amaran sebelum badannya terdorong ke belakang.

'Gila punya laju minah ni bawa kereta.' Qarizh mengurut  dada. Terkejut!

"Kau nak mati cepat ke?" marah Qarizh.

Terkejutnya belum habis dengan gaya pemanduan Aralyn ketika ini. Lagi diberi amaran lagi dibuat, itulah Aralyn Awliya ketika ini. Gadis itu bukan sahaja memecut laju bahkan hampir langgar penghadang jalan. Nasib baik cekap elak kalau tak memang arwah mereka berdua.

"Kau tu yang aku nampak macam nak mati jadi aku pun lajulah," balas Aralyn.

"Aku? Nak mati?" Qarizh jegil mata kepada Aralyn.

"Muka kau pucat sangatlah. Sebab tu aku nak cepat sampai. Janganlah marah," pujuk Aralyn.

Pujukan Aralyn memang berbisa, berbekas sampai ke hati paling dalam. Entah kenapa dia berasa tak jadi nak marah padahal tadi dia betul-betul marah. Dia sayang Aralyn dan dia tak nak sesuatu yang buruk berlaku kepada gadis itu, juga diri dia sendiri kalau mereka kemalangan.

"Aku tak marah. Cuma bawa slow dahlah. Aku belum nak mati lagi, okey? Tengok ni masih sihat." Qarizh senyum kepada Aralyn.

Aralyn yang melihat senyuman Qarizh melalui kerlingan mata turut tersenyum. Dia suka kalau Qarizh senyum. Nampak tampan sangat walaupun pucat. Terus dia memperlahankan kenderaan dan memandu seperti biasa.

"Sekarang aku tahu kenapa papa kau tak bagi kau bawa kereta. Lagi laju dari pelesit rupanya," komen Qarizh.

"Jangan bagitahu papa, okey?" Aralyn melontarkan senyuman minta tolong.

"Tengoklah nanti," balas Qarizh. Senyuman dikulum.

"Qarizh..." rengek Aralyn.

"Yalah, yalah," angguk Qarizh.

Malas dengar, akhirnya dia setuju rahsiakan Aralyn memandu kereta hari ini. Lagipun, silap dia juga kerana tak ingat larangan Prof. Dato' Dr. Hisham. Pasti selepas ini dia juga akan larang gadis itu memandu kereta jikalau perangainya ketika memandu tidak berubah.

"Okey kita dah sampai." Aralyn memberhentikan kereta di sebuah restoran.

"Nak makan kat sini atau tapau aje?" tanya Aralyn.

"Kat sini aje," jawab Qarizh.

Aralyn dan Qarizh segera keluar dari kereta lalu menapak masuk ke dalam restoran. Mereka dibawa ke meja kosong dan setelah memesan makanan, Qarizh mula bertanya apa maksud Aralyn ketika di pejabat tadi.

"Tak apa ke aku cakap sekarang? Risau kau semakin terganggu pula." Tiba-tiba aje Aralyn rasa macam tak baik pula dia tambah beban Qarizh sekarang.

Sebelum pergi ke pejabat Qarizh tadi, dia tidak tahu yang jejaka itu tengah sibuk. Dia juga tidak tahu yang disebabkan kesibukan itu, jejaka itu lupa makan sampai gastrik menyerang. Kerana itu dia berasa bersalah pula kalau beritahu masalahnya sekarang.

"Cakap aje. Aku dengar ni," jawab Qarizh.

"Macam ni..." Aralyn cerita satu per satu arahan CGP Karim kepada dia semalam.

"Tapi serius aku nak siasat kes tu. Jiwa aku ni membuak-buak nak tahu," tekan Aralyn.

Melihat kepada gaya Aralyn yang kelihatan amat serius untuk siasat kes, Qarizh terdiam. Sejujurnya dia sependapat dengan CGP Karim yang mahu Aralyn gugurkan kes. Tak payah siasat apa-apa. Tapi Qarizh juga tahu betapa degilnya seorang Aralyn Awliya.

Kalau kata A, A jawapannya.

"Jadi, kau nak aku buat apa je?" tanya Qarizh.

"Senang aje. Aku nak kau backup aku kalau tiba-tiba rancangan aku ni bocor ke pengetahuan orang tua tu," jawab Aralyn.

Mendengar jawapan Aralyn, terus terlepas tawa dari mulut Qarizh. Lucu pula tengok mimik wajah Aralyn ketika ini. Macam orang tengah rangka pelan untuk buat jenayah pula. Aduhai, Aralyn.

"Kalau jadi apa-apa kat kau, aku nak jawab apa kat orang tua tu?" duga Qarizh. Dia nak tengok sejauh mana tekad Aralyn dalam menyiasat kes itu.

"Kau jawablah kau tak tahu aku siasat senyap-senyap." Mudah sungguh Aralyn beri jawapan.

"Okey." Lagi mudah Qarizh beri jawapan balas.

"Yes!" Aralyn berteriak teruja.

"Janji ya kita dua aje yang tahu," pintanya pula.

"Ya, janji." Qarizh mengangguk.

Sebaik sahaja "janji" dimeterai, pelayan datang membawa makanan dan minuman. Mereka makan dalam keadaan senyap selayaknya menghormati rezeki yang dihidangkan di depan mata. Tiada lagi cakap-cakap sampailah kedua-duanya selesai makan dan keluar dari restoran.

"Kau nak singgah mana-mana tak?" tanya Aralyn.

"Farmasi," jawab Qarizh sepatah.

Aralyn menyambut jawapan itu dengan anggukan. Laju saja dia mengambil tempat duduk pemandu lalu menghidupkan enjin kereta. Setelah itu, dengan berhati-hati dia memandu. Tak naklah kena marah dengan Qarizh macam tadi. Tiba-tiba rasa insaf pula.

"Lepas ni kau nak buat apa?" tanya Araly.

Sengaja dia buka bicara kerana dia rasa suasana di dalam kereta senyap sunyi. Nak buka radio dan melalak menyanyi lagu, segan pula. Terbongkar nanti perangai tidak semenggahnya yang satu itu pula di depan Qarizh.

"Solat, sambung buat kerja," jawab Qarizh.

"Oh..." angguk Aralyn.

Suasana kembali sunyi. Ketika ini, Aralyn benar-benar tidak tahu nak buat apa. Perjalanan balik ke kampus yang berjarak hanya tiga kilometer dari restoran dirasakan seperti 30 kilometer jauhnya. Semuanya gara-gara dia bosan dengan suasana sunyi dan tidak boleh memandu laju.

"Kau nak tanda jawapan student aje kan? Nak aku tolong tak?" Sengaja Aralyn tawarkan khidmat percuma, manalah tahu mudah kerjanya selepas ini sebab mesti Qarizh akan rasa terhutang budi.

"Tak perlu. Aku boleh handle semua tu sendiri," tolak Qarizh.

"Oh..." Sekali lagi Aralyn angguk.

Seperti tadi, keadaan kembali senyap. Sempat Aralyn kerling wajah Qarizh dengan ekor mata. Jelas di matanya raut muka keletihan jejaka itu. Mata Qarizh terpejam rapat. Kesian sangat dia tengok Qarizh tapi nak buat macam mana, pertolongan yang ditawar tidak mahu disambut. Sudahnya, dia meneruskan pemanduan dan berhenti di sebuah farmasi.

"Qarizh, dah sampai. Kau nak beli ubat apa?" kejut Aralyn.

Qarizh membuka mata lalu melontarkan pandangan ke luar. Bangunan Farmasi Keluarga Bahagia memenuhi ruangan mata. Dia tidak menjawab soalan Aralyn bahkan terus keluar dari kereta lalu menapak masuk ke dalam farmasi.

"Ish ish ish..." Aralyn menggeleng perlahan. 

Agaknya mulut Qarizh kena gam dengan gam cap gajah kot sampai susah sangat nak jawab soalan. Sudahnya sementara Qarizh masuk semula ke dalam kereta, Aralyn mengeluarkan telefon pintar dari beg tangan lalu menatal perlahan skrin telefon.

"Apek ni nak apa pula? Banyak betul missed call," gumam Aralyn. Laju tangannya membuka aplikasi WhatsApp lalu membaca pesanan yang dihantar oleh Jacky.

"Program High Intelligent Child? Qarizh?" Tak berkelip Aralyn tenung skrin telefon.

"Seriuslah..." Dia pandang pula figura Qarizh yang sedang membayar ubat di kaunter farmasi.

Buat seketika, Aralyn kaku di tempat duduk. Tidaklah dia sangka begitu besar sekali rahsia Qarizh yang tersimpan selama ini. Sungguh tak sangka rupa-rupanya dia berkawan dengan monster yang pernah bakar hutan pada 20 tahun lepas.

'Betul ke keputusan aku untuk kahwin dengan kau, Qarizh?' Perlahan-lahan rasa takut mula menyelimuti hati Aralyn.

Done!

Angel_k20 | 18 Ogos 2023

Pokraฤovat ve ฤtenรญ

Mohlo by se ti lรญbit

230K 8.8K 65
๐‡๐ˆ๐‹๐Œ๐€๐ ๐ˆ๐’๐€๐€๐‚ ๐๐ˆ๐‚๐Š & ๐“๐”๐€๐ ๐๐”๐‘ ๐€๐Œ๐ˆ๐‘๐€๐’๐‡ ๐—๐€๐๐ƒ๐„๐‘ "๐•Ž๐•š๐•๐• ๐•’๐•๐•จ๐•’๐•ช๐•ค ๐•“๐•– ๐•ช๐• ๐•ฆ๐•ฃ ๐•ก๐•ฃ๐• ๐•ฅ๐•–๐•”๐•ฅ๐•š๐• ๐•Ÿ, ๐•„๐•ฃ๐•ค โ„•๐•š...
GAVRIEL Od LOLLYSNOW

Akฤnรญ

2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
11.7K 1.3K 16
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu
2.7K 138 14
becky baliklah aku perlukan kau,i'm sorry- freen maaf freen,aku ingkar janji aku-becky