QAYYUM'S WEAKNESS | OG

By nabilllss

739K 61.8K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... More

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘34∘∘°

10.6K 1K 20
By nabilllss

Terhincut-hincut kakinya menyusun langkah. Fredella paksa dirinya untuk berjalan dengan sempurna. Asyik terbaring je bila nak sihat kan? Sekarang dia menuju ke bilik kerja Qayyum yang agak tersorok dek kerana melangkaui bilik-bilik lain.

Qayyum pun katanya selesa buat kerja dalam bilik yang terpencil macam itu. Jauh sikit, tapi takpa. Fredella gagah juga untuk sampai ke bilik tersebut.

TOK TOKK

Pintu diketuk sebanyak dua kali. Takut jika Qayyum tak selesa dia terjah tiba-tiba. Kemudian, barulah Fredella memutar tombol pintu itu.

"Sayang.." Panggil Fredella lembut sebaik sahaja dia berjaya membuka pintu. Pandangan dihiasi dengan susuk tubuh Qayyum yang sedang duduk membelakanginya.

"Ya?" Qayyum tidak terkejut dengan kehadiran isterinya. Tetapi dia hairan bagaimana wanita itu sanggup berjalanan tanpa bantuannya. Kerusinya dipusing kebelakang.

"Perlukan apa-apa ke, isteri? Lapar?" Terjungkit sebelah kening Qayyum. Dia bangun lalu mendapatkan Fredella. Jejaka itu bertindak memapah isterinya untuk dibawa ke kerusi yang dia duduk tadi.

"Ermm.." Panjang deheman Fredella sebelum menghabiskan jawapannya. Dia menyepi sehingga Qayyum selesai membantunya duduk.

"Haah, saya lapar. Tapi..." Wajah manja ditayang. Renungan Qayyum dibalas tenang.

"Tapi?" Jaranglah Fredella cakap tak habis. Apa lah agaknya yang isteri dia nak ni? Qayyum menaikkan kedua-dua tangan lalu dia peluk tubuhnya sendiri.

"Saya nak ajak awak makan dekat luar. Saya dah lama tak makan masakan Itali. Saya rindu sangat nak makan semua tu," Jika dulu, Tengku Rossa lah yang akan melepaskan semua kempunan Fredella untuk makan masakan Itali. Kalau sekarang, takkanlah dia nak susahkan suaminya untuk cari resepi semata-mata?

"Larat ke sayang nak keluar ni?" Hari ini, memang banyak sangat Qayyum nampak pemulihan Fredella. Lukanya pun semakin kering. Tapi dia tak mahu isterinya menanggung sakit disebabkan jalan terlalu banyak.

"Saya larat. Tak tipu! Alaaa, kalau saya jatuh mesti suami saya tolong angkat.." Fredella sengih macam kerang busuk. Eh tapi betul apa?!

Qayyum sengaja paparkan wajah serius. Reaksi bekunya ditayang. Lama isterinya direnung sementara otaknya berfikir sama ada nak setuju atau tidak.

Aih, suami aku ni tak tergoda ke dengan muka manja ni? Makin garang pula dia. Fredella mula gelisah.

"You know your husband very well," Akhirnya terlakar senyum nipis di bibir Qayyum. Lesung pipitnya menambah manis pada senyuman itu. Kalau dibiar lama Fredella buat muka macam ni, boleh angau tak tidur malam dia.

"Jom, siap." Tangan kanan dihulur buat Fredella. Dia mengharapkan wanita itu akan menyambut hulurannya.

Alangkah gembiranya hati Khalisa Fredella. Wajah takutnya hilang serta merta. Rasa macam nak melompat tapi sebab kaki dia masih belum pulih sepenuhnya terpaksa batalkan niat.

"Thank you suami!" Huluran tangan Qayyum disambut segera.

Fredella memilih restoran Itali yang halal dan menepati cita rasa kehendaknya. Dia mahukan restoran Itali yang kelihatan tradisional. Sebab, biasanya restoran macam itulah hidangan makanan mereka akan sedap. Biarpun restoran yang dia pilih ini tidak ramai orang, tetapi dia tak kisah sebab lagi tenang dan privasi.

"Sayang? You okay with my choice?" Itu soalan pertama Fredella buat Qayyum sebelum melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Iyalah, mana tahu Qayyum tak suka dengan pilihannya. Dia tahu suaminya jarang makan makanan luar. Apatah lagi makanan Itali.

"Saya ikut je. But I can't speak Italian," Qayyum memang tak kisah. Tapi kalau bab-bab order ni jangan bagi dia. Tahu-tahu karang dessert dulu yang sampai.

Pandangan Qayyum pada restoran ini sangat istimewa. Mungkin kerana orang tak ramai, atau lebih tepat lagi bukan calang-calang pelanggan yang masuk.

"Qay... mestilah saya yang akan pilih untuk awak. I know your taste, okay?" Soal Bahasa Itali itu hanya perkara kecil bagi Fredella. Dia dengan Itali sangat sebati. Bahasa apa je yang dia tak fasih? Jerman? Itali? Kedua-duanya bahasa ayahanda dia.

Korean je dia tak pandai walaupun tiap malam marathon K-Drama.

"Okey. Let's get in." Putus Qayyum tanda setuju dengan ajakan isterinya. Apa saja untuk Fredella dia sanggup tau! Moga hidangan Itali boleh diterima oleh tekak melayunya.

━─━─━──༺༻──━─━─━

Tahu-tahu aje meja makan mereka dah penuh dengan beberapa hidangan. Semua itu Fredella yang pilih. Qayyum tukang pasang telinga je sewaktu wanita itu berbahasa Itali bersama waitress.

Ada dua hidangan dan Qayyum masih tak tahu apa panggilan menunya. Fredella punya nampak macam spaghetti, dia pula nampak macam steak. Itu jelah yang dia tahu memandangkan bukan penggemar makanan western.

"Awak order apa ni untuk saya?" Lama pinggannya ditenung. Surprisingly, nampak sedap! Perut Qayyum pun boleh tahan lapar.

"Bistecca fiorentina," Jawab Fredella sambil mengelap sudu garfunya bersama kain kecil.

Qayyum hanya ulang di dalam hati. Kalau ulang pakai mulut nanti memalukan je. Dahlah bini ada kacukan!

"Rasa lah, Qay. It's just a steak. But with a very special taste.." Tambah Fredella lagi mengukir senyum nipisnya. Teruja dia nak tengok reaksi Qayyum.

Bistecca fiorentina memang steak. Dan ianya berasal dari potongan daging lembu yang istimewa dari Itali. Malah, dagingnya juga digunakan bahagian filet yang merupakan bahagian paling lembut. Akhir sekali dihidangkan dengan sekeping mentega di atasnya. Lihat saja bila dipotong nanti, pasti ada jus yang mengalir dari daging tu!

Fredella yakin Qayyum akan suka dan jatuh cinta! It's her favourite too.

Sewaktu Qayyum memotong daging itu, memang kelihatan semudah ABC. Terlalu lembut sehinggakan dia semakin teruja untuk menelannya.

Fredella masih setia menunggu suaminya menjamah. Makanannya masih terbiar dari tadi. Tangannya digunakan untuk menongkat wajah.

"Bismillah.." Potongan kecil disuap. Qayyum hanya fokus mengunyah. Fuh! Dia sendiri tak tahu nak gambarkan rasa bistecca fiorentina macam mana. Hanya beberapa kali kunyah sahaja dah selesai masuk di dalam perut. Juicy and salty.

"It's good, sayang.." Qayyum beri komen ikhlas hendak memuaskan hati si isteri. Bukan apa.. Fredella tunggu dia suap dari tadi tau! Malu pula.

"I know you gonna love it!" Ujar Fredella lega. Akhirnya barulah dia senang hati nak makan dan melepaskan craving.

Lain pula dengan kehendaknya malam ini. Dia tak rasa nak makan steak. Jadi, linguine adalah pilihan Fredella. Linguine ini sejenis pasta yang boleh dikatakan terkenal di Itali. Sosnya diperbuat daripada campuran seafood, dan Fredella pilih sendiri sos apa yang dia mahu. The best part is she love this menu because of the garlic taste!

Mereka sama-sama nikmati hidangan Itali itu. Harini perbelanjaan semuanya dibawah tanggungan Fredella. Dia bantah semampu yang boleh semasa di rumah lagi untuk elak dari Qayyum yang bayarkan.

"Qay, nak beli hoodie baru tak? Saya nak belanja," Lengan kekar Qayyum dipeluk erat. Fredella mendongak sedikit untuk mencari wajah jejaka itu. Lepas perut kenyang wajib kena dating.

"Taknak lah. Hoodie saya elok lagi, belum lusuh." Qayyum balas tatapan wanita itu dengan senyum nipis.

Pelik juga bila Fredella tiba-tiba tanya pasal hoodie.

"Kalau macam tu, kita tengok wayang lah!" Entah kenapa wayang yang terlintas di dalam otak Fredella pada ketika itu.

Mungkin kerana dia jarang dapat meluangkan masa dengan Qayyum beberapa hari ini. Jadi dia taknak lepaskan peluang yang ada. Bila mereka berdua tidak dipanggil oleh Khalaf mahupun Rykarl untuk bertugas, kena guna masa sebaik yang mungkin.

"Kenapa tak bagi tahu kita awal-awal? Kalau tidak, boleh booking tiket dari rumah,"

"Awak nii.." Keluhan ringan dilepaskan. Ada beza ke kalau tempah tiket secara online ataupun secara bersemuka? Fredella rasa takda masalah pun kalau last minute.

"Kan saya cakap, tonight is my turn to treat you. Mahal ke murah, it's not a big problem." Sambung wanita itu seraya menarik lengan suaminya menghala ke arah lif yang akan membawa mereka ke aras panggung wayang.

Qayyum akur sahaja apabila Fredella kata begitu. Sementara itu, matanya melilau ke seluruh sudut mall tersebut. Dia tak cari apa-apapun. Cuma saja tengok sekeliling kawasan itu. Mana tahu mereka diekori oleh sesiapa.

Dia tahu sekarang bukan waktunya untuk berkerja, namun sikap berjaga-jaganya susah nak dibuang.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Kenapa tiket kita berdua nampak lain je ni?" Terangkat sebelah kening Qayyum. Dia menilik tiket yang baru saja dihulur oleh Fredella. Dia bukan pelik atau tak suka dengan movie yang dipilih. Cuma tiket mereka tertera dengan perkataan 'VIP LUXURY CINEMA'. Biar betul Fredella ni?

"Sebab saya order yang VIP punya. Sekali sekala apa salahnya. Kalau ambil normal room punya tu banyak masalah. Bau kentut lah, bunyi budak menangis lah, tidur berdengkur bagai," Panjang lebar Fredella ulaskan ketidakpuasan hatinya. Memang dah lama pendam! Kadang-kadang dia tak faham dengan perkara yang macam itu.

Qayyum rasa nak tergelak dengar isterinya membebel. Siapa je tak kenal dengan sikap Fredella yang sentiasa mahukan kesempurnaan? Silap-silap orang yang kentut sesuka hati itu boleh jadi makanan Fredella!

Takda lah teruk mana, tapi yang paling sopan pun pipi 'orang itu' jadi biru.

Lima minit berlalu, dan mereka masih perlu beratur untuk menunggu tayangan bermula. Takda lah panjang mana, sebab queue itu hanya untuk tempahan VIP.

"You keep staring at me. Falling for me again?" Ingat tak sedar agaknya! Qayyum memang pandang depan, tapi ekor matanya sempat menangkap Fredella yang tersenyum seorang diri memerhatinya dari tadi.

Tubuh direndahkan, Qayyum sengaja mendekatkan jaraknya.

Yang Qayyum ni kenapa buat macamni? Kalau takda orang boleh lah Fredella lepaskan jerit. Argh!

Sedaya upaya Fredella cuba mengetap bibir dan menahan senyumannya dari terlihat. Tapi tak sampai 5 saat dah terlepas. Hujung bibir wanita itu ternaik jua mengukir senyum. Cepat-cepat Fredella larikan anak matanya ke arah lain.

"Eyes never lie, remember that.. my lady." Perlahan dan serak nada suara Qayyum berbisik. Dah hafal sangat dengan perangai si isteri. Fredella memang susah nak jujur atau luahkan perasaan. Well, her hazel irises are shining now.

"That's enough, okay!" Dah tiba masanya untuk Fredella hentikan mulut Qayyum yang semakin berbunga.

Bila Qayyum tergelak kecil setelah puas mengusiknya, Fredella merengus kasar.

Sedang mereka menghabiskan sisa tawa, ada seorang pengawal yang menuju ke arah dimana mereka beratur.

"Alright, it's time. Semua boleh ikut saya, ya?" Ujar lelaki itu seraya memberi laluan untuk kesemua pelanggan VIP. Tidak lekang senyuman dari bibir lelaki itu, tanda dia hormat akan semua orang.

Qayyum dan Fredella hanya menurut. Mujur tidak lama mana mereka berdua perlu beratur tadi. Langkah diatur mengekori pengawal tersebut.

"TOLONG! PEREMPUAN TU CURI HANDBAG SAYA!"

Automatik terhenti langkah pasangan itu begitu juga dengan pelanggan lain. Pengawal tadi kembali toleh kebelakang mencari dimana punca suara itu. Jelas terpancar reaksi takut dan gelabah pada wajah masing-masing. Seorang gadis yang kelihatan hilang hala tujunya berhenti tidak jauh dari situ. Mungkin dialah orang yang dirompak.

"Qay? Awak dengar kan? Wanna join me?" Pantang dengar benda yang aneh atau berbahaya. Fredella pandang Qayyum dan reaksinya seolah-olah mengajak untuk segera beredar dari sini.

"Bagi tiket kita pada orang lain." Sebaris ayat itu diucap, terus mereka berlari mencari sesiapa yang bertuah untuk diberikan dua tiket mahal tersebut.

Orang awam disitu semuanya kecoh setelah mendengar jeritan tadi. Ada satu pasangan yang menjadi sasaran Fredella di hujung kaunter bayaran. Dengan pantas dia menarik tangan Qayyum menuju ke arah sana.

"Maaf ganggu! Do you want these two VIP tickets? For free!" Senyum manis diukir sekadar untuk menarik perhatian pasangan tadi.

"Seriuslah? Kitaorang nak!" Teruja nada suara si gadis yang menjawab. Bersinar matanya melihat dua keping tiket VIP itu.

"Good. Take it, and enjoy the movie lovebirds!" Fredella terus hulur tiket-tiket tersebut lalu dia dan Qayyum sekelip mata menjauh dari kaunter.

"Terima....." Ternganga pasangan itu apabila mereka tidak sempat berterima kasih. Ya Allah baiknya! VIP pula tu?! Rugi betul lah akak tadi tu! Apa-apapun terima kasih.

"She's there, Qay!" Jerit Fredella hampir mengah berlari bersama Qayyum. Jari telunjuknya menghala ke orang-orang awam yang sedang berkerumun.

Ya, mereka mengekori perempuan yang menjadi perhatian orang ramai dek kerana mencuri di aras panggung wayang tadi.

"Ingat Della, don't show yourself too much. Saya ambil kedudukan saya, dan awak ambil kedudukan awak." Sempat Qayyum mengatur strategi untuk mendapatkan perempuan itu. Memandangkan mereka masih nampak dari jauh gerak-gerinya, jadi terpaksalah lakukan tangkapan secara halus.

"Wear it," Satu alat kecil penghubung suara diberikan buat Fredella. Qayyum turut pasang alat itu pada telinganya.

Selesai itu mereka berpecah dan menjauh ke posisi masing-masing.

Dua minit berlalu, Fredella akhirnya berjaya masuk ke dalam kerumunan orang ramai dimana menjadi tempat gerangan pencuri itu menyembunyikan diri. Wajah ditoleh ke kanan dan kiri, mencari kelibatnya. Semakin lama Fredella berada di situ, dapat dia rasakan ada benda yang tidak kena. Dia gagal menjejaki perempuan tadi!

Peluh Fredella mula menitik disebalik shawl hitamnya. Melilau iris hazel wanita itu ke seluruh kawasan. Lima saat kemudian bebola matanya tepat menghala ke arah pintu keluar mall.

TIT
Alat hitam ditelinganya ditekan segera. Sementara itu kaki panjang Fredella membuka langkah besar mengejar susuk seseorang.

"Qay! Where are you? Pintu exit. I need you to catch her!" Perkataan 'pintu exit' sengaja ditekan. Kali ini Fredella menjaga langkahnya agar tidak terburu-buru.

"I'm on time." Suara garau Qayyum mula kedengaran.

"ARGH!"

Nafas dihembus lega. Apa yang Fredella nampak dari posisinya sekarang ialah Qayyum bersama pencuri licik tersebut. Jeritan sakit tersebut juga terhasil dari arah yang sama.

"Don't hurt her, Qay." Walaupun dah lega, tapi risau pula dia dengar suara perempuan itu mengaduh sakit. Suaminya buat apa agaknya?

"She try to escape, you better not blame me okay!"

Dapat sahaja respon Qayyum yang cemas itu, Fredella segera berlari mendapatkan mereka.

Continue Reading

You'll Also Like

8.8K 185 10
kisah ustazah anis sopan dan cantik tetapi sebalik jual tubuhnya di media sosial
192K 3.2K 13
Romance Action | Terbitan Penerbitan Kaseh Aries Harga : RM 35 Previously known as Love You Miss Mafia ____ Siapa sangka di sebalik wajah anggun itu...
67.7K 9.5K 19
#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama y...
1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...