MAFIA GAME

By kenhendri

11.1K 2.2K 560

Tanpa sedar, mereka telah memilih untuk bertarung nyawa dalam permainan maut MAFIA GAME demi memenangi wang k... More

MAFIA GAME'S RULES
Prolog: Enter
Jilid 1: Detektif
Bab 1: The Key
Bab 2: Trust
Bab 3: No One
Bab 4: Traitor
Bab 5: Among Us
Interlude Chapter: Begin
Jilid 2: Mayor
Bab 6: Revenge (Part 1)
CHARACTERS POSTER
Bab 6: Revenge (Part 2)
Bab 7: The Other Roles
Bab 8: Promise
Bab 9: The Lost Leader (Part 1)
Bab 9: The Lost Leader (Part 2)
Bab 9: The Lost Leader (Part 3)
Bab 10: One Night Long (Part 1)
Bab 10: One Night Long (Part 2)
Bab 10: One Night Long (Part 3)
Jilid 3: The Joker
Bab 11: Kill Or Be Killed
Bab 12: The Only Wish (Part 1)
Bab 12: The Only Wish (Part 2)
Bab 13: "Ash Kill" (Part 1)
Bab 13: "Ash Kill" (Part 2)
Bab 15: No More Dream
Interlude Chapter: End
Jilid 4: The Eyes Of Truth

Bab 14: Jester

199 37 7
By kenhendri

Sesi Perbincangan pada pukul tujuh malam itu berakhir seperti petang tadi. Harisya, Xin, Fiqa dan Irene membuang undi untuk skip manakala Lutfi pula masih sama, mengundi Irene.

Setelah berpenat mencari petunjuk di Bilik Teater, Bilik Senaman dan Studio, tidak ada apa yang ditemui oleh mereka.

Fiqa pula bersuara bahawa dia telah memeriksa Bilik Pakaian tetapi dia tidak mengaku bahawa dia telah menemui dua surat. Lagipun, surat-surat yang dijumpainya bukanlah Surat Maklumat tentang Lutfi melainkan maklumat tentang sesuatu yang dia tidak fahami.

Dia ingin merahsiakan hal itu kerana dia tahu masih ada Mafia dalam kalangan mereka. Boleh jadi seorang, boleh jadi dua orang. Mungkin tuduhan bahawa Mikhail adalah Mafia itu benar.

Tetapi, Fiqa mengesyaki Xin dan Irene. Jika Mikhail adalah Mafia, salah seorang daripada mereka juga Mafia. Jika Mikhail adalah Villager yang dituduh sebagai Mafia, sudah tentu Xin dan Irene adalah Mafia. Itulah formula yang difikirkan oleh Fiqa.

Lagipun, Mafia tidak mengetahui identiti Mafia yang lain.

Apa yang pasti, identiti Lutfi masih samar. Sama ada dia Executioner ataupun Jester, itu masih tidak pasti.

Jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Fiqa kini menapak dalam Bilik Karaoke yang terbina di antara Bilik Teater dan Bilik Mesyuarat. Dia masih mencari ‘kad peranan’.

Xin dan Harisya pula masih tidak henti mencari Surat Maklumat di dalam Bilik Teater. Masih berbaki beberapa buah kerusi sahaja. Gadis itu mengeluh. Tidak menyangka pula begitu sukar bagi mereka untuk mencari sepucuk surat yang tersorok.

“Aku tak rasa surat tu ada kat mana-mana kerusi kat sini,” suara Harisya yang sudah pasrah.

Ketika itu juga, Xin mengangkat kusyen pada sebuah kerusi. Dia menjumpai beberapa helaian kertas.

“Harisya, aku jumpa benda ni.” Xin mengangkat helaian kertas yang dijumpainya.

“Apa benda ni?”

“Skrip pementasan teater. Nampak macam skrip biasa tapi takkanlah pihak atasan nak sorok skrip kat bawah kusyen. Mesti ada sesuatu.”

Mata Harisya tertancap pada tulisan kecil di bawah helaian skrip. “Tengok ni! Kat sini tulis ... ‘maklumat penting ada dalam skrip ini’.”

“Jadi, kita kena baca semua skrip ni? Ada tujuh muka surat semua.”

“Kita dah tak ada pilihan lain. Bagi aku baca muka surat ni.”

Harisya mengambil empat helai skrip. Dia mula membaca setiap babak yang tertulis. Xin sekadar mengikut kehendak gadis itu. Jika benar ada maklumat penting dalam skrip itu, dia akan membacanya.

***

Irene melepaskan kepenatan dengan membaringkan tubuh di atas katil. Dia mengangkat tangan kiri, menatap cincin pada jari manis. Keluhan dilepaskan sebelum tangan itu menutup kedua-dua belah matanya.

“Aku ... tak tahu apa yang aku kena buat. Kalaulah kau ada dengan aku sekarang ... mungkin semua ni takkan terjadi, Welt.”

Tuk! Tuk! Tuk!

Lamunan Irene dimatikan dengan bunyi ketukan pintu. Dia bingkas dari perbaringan. Tanpa berfikir panjang, dia terus membuka pintu.

Ketika itu juga, seseorang di muka pintu menutup mulutnya dengan sapu tangan. Gadis itu ditolak sehingga jatuh terbaring di atas katil. Penglihatan Irene menangkap susuk tubuh yang menyerangnya.

Lutfi.

Lelaki itu mengunci pintu bilik. Ingin sahaja Irene bangun, wajahnya ditumbuk sehingga dia jatuh terbaring di atas lantai. Rambutnya ditarik kasar sebelum mulut gadis itu diikat dengan kain tebal. Tangan dan kakinya juga diikat ketat.

“Hmm! Argh!” Irene cuba menjerit tetapi jeritannya sekadar memenuhi ruang bilik.

“Mesti kau tertanya-tanya, kenapa aku ikat kau kan?”

Irene menatap Lutfi dengan pandangan tajam. Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri tetapi ikatan pada tangan dan kaki itu bagaikan tidak dapat dilonggarkan.

“Hey, bertenang. Ada dua sebab aku ikat kau. Pertama, aku tak tahu apa identiti sebenar kau. Yang pasti, kau bukan Villager. Kau Mafia atau Executioner? Sebab aku ialah Jester. Aku risau, kau ada peranan yang boleh bunuh aku. Jadi, lebih baik aku ikat dan kurung kau kat sini.”

“Argh!” Irene cuba berkata-kata tetapi apa yang terdengar hanya jeritan.

“Hey, aku tak habis cakap lagi. Sebab kedua aku buat macam ni, aku nak ikat semua orang sampailah Sesi Perbincangan esok. Jadi, bila korang semua tak masuk ke Bilik Mesyuarat, secara automatik nyawa korang akan melayang macam Mikhail! Hahaha!”

Irene masih cuba melepaskan diri.

“Cubalah lepas kalau kau boleh! Esok adalah hari terakhir untuk korang! Hahaha! Okey! Siapa pula lepas ni? Xin, Harisya? Atau ... Fiqa? Tunggu! Aku boleh gunakan Harisya untuk tekan butang kecemasan dan biarkan yang lain terikat! Idea aku, bijak!”

Lutfi bersiul dengan girang seraya melangkah ke pintu bilik. Pintu itu dibuka. Sempat dia melepaskan kata sambil senyum licik sebelum menutup pintu.

“Selamat tinggal, Irene.”

Irene masih meronta, ingin melepaskan diri namun dia hanya membazir tenaga.

Lutfi bersiul-siul dengan riang. Siulan itu memenuhi ruang koridor yang dilaluinya. Pada kedua-dua belah tangannya dipegang tali. Sebelah kanan diputar dan sebelah kiri pula disandang pada bahu.

Dia berjalan menuju ke tingkat tiga, ingin mencari mangsa seterusnya. Namun, ketika ingin melangkah ke tangga turun di tingkat empat, dia terserempak dengan Fiqa. Raut wajah gadis itu berubah bingung tatkala melihat yang membawa tali.

“Oh, hai? Tak sangka dapat jumpa mangsa kedua!”

Tanpa berfikir panjang, Fiqa membuka langkah seribu, ingin menyelamatkan diri di tingkat empat. Tetapi, larian Lutfi lebih panjang. Lelaki itu merangkul kolar baju Fiqa sehingga gadis itu jatuh terbaring di lantai koridor.

Rambut Fiqa ditarik, kepalanya didekatkan pada wajah Lutfi.

“Hey, aku hanya cakap ‘hai’. Kenapa kau nak lari? Kau tak kesiankan aku ke?” soal Lutfi.

Tiada balasan daripada Fiqa sebaliknya tangisan dan esakan.

“Ala, bosanlah kau! Asyik menangis je! Kau tahu, aku suka gadis yang suka melawan.”

Tangan dan kaki Fiqa diikat. Mulutnya pula disumbat dengan sapu tangan sebelum dililit ketat. Lutfi mengheret rambut Fiqa, membawa tubuh gadis itu masuk ke dalam Perpustakaan. Fiqa hanya mampu menjerit kesakitan tatkala diperlakukan sebegitu. Tangisannya juga kedengaran, tidak henti-henti.

Lutfi berjalan keluar dari Perpustakaan, meninggalkan Fiqa terkurung di situ. Dia tertawa girang. Bagaikan sudah dirasuk. Namun, inilah wajah Lutfi yang sebenar. Seorang penjenayah yang kejam, yang hanya inginkan kemenangan.

“Aku tak boleh bunuh mereka sebab aku bukan Mafia! Hahaha! Siapa pula lepas ni, ya? Oh, lupa! Xin!” monolog Lutfi sendiri. Kakinya membawa diri ke tingkat tiga pula.

Tiba di Bilik Teater, pintu bilik itu ditendang kuat membuatkan Harisya dan Xin terkejut. Malah, mereka lebih terkejut dengan kehadiran Lutfi.

“Kat sini rupanya korang. Apa khabar?”

Lutfi membuka langkah, berlari ke arah Xin. Tanpa berfikir panjang, Harisya dan Xin membuka langkah seribu. Mereka berlari menuju ke pintu keluar di sebelah pentas.

“Lutfi ialah Mafia? Kita kena tekan butang kecemasan!” cadang Harisya yang sedang berlari ke Bilik Mesyuarat.

“Tunggu! Aku tak rasa dia Mafia! Kau dah lupa, Mafia dah tak ada!”

Langkah Xin dan Harisya terhenti.

“Kau gila? Dia kejar kita! Dia nak bunuh kita!”

“Dia pegang tali, bukan pistol! Kau dah lupa apa yang jadi dengan Eden dan Ivan? Eden guna pistol untuk bunuh Ivan. Aku yakin, Lutfi nak kurung kita sampai Sesi Perbincangan esok!”

Lutfi keluar dari Bilik Teater. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah mangsanya. Dia menjadi perhatian Xin dan Harisya.

“Betul apa yang Xin cakap! Hahaha! Aku hanya nak ikat kau, Xin! Dan biarkan Harisya tekan butang kecemasan! Biarkan korang mati macam Mikhail! Bijak tak rancangan aku? Oh, lupa! Aku tak kenalkan diri aku aku! Aku ialah Jester dan malam ini, korang semua akan mati!”

Harisya mengetap gigi, geram.

“Kau lari dan menyorok. Aku akan tahan dia,” cadang Xin.

“Tapi...”

“Jangan membantah. Kalau dia tangkap kita semua, dia akan menang.”

Harisya akur dengan cadangan Xin.

Serentak, pada masa yang sama Lutfi dan Xin saling berlari ke arah bertentangan. Lutfi sudah mengangkat buku lima, Xin pula cuba memeluk tubuh Lutfi, ingin menahan pergerakan lelaki itu.

Tumbukan Lutfi dielak. Tubuh Lutfi dipeluk erat oleh Xin.

“Cepat lari!” arah Xin.

Harisya membuka langkah seribu, berlari menuju ke tangga naik.

“Oh, teamwork?

Lutfi cuba menggapai tangan Harisya tetapi Xin pula menarik tubuhnya sehingga lelaki itu jatuh terbaring.

“Tak guna!”

Lutfi menyiku belakang badan Xin dengan kuat. Lelaki itu mengerang kesakitan. Ingin sahaja Lutfi bangun, mengejar Harisya namun gadis itu sudah hilang dari pandangan. Dia berdecit.

“Laju pula betina tu lari. Tak apa. Korang dah tak boleh buat apa-apa lagi.”

***

Irene masih menggelepar. Sedaya upaya ingin melepaskan diri. Tetapi, ketika itu juga pintu biliknya dibuka oleh seseorang. Terbuntang matanya melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya.

Irene terpaku.

Ikatan pada mulut, tangan dan kaki Irene dibuka. Gadis itu menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembuskan nafas tenang. Matanya beralih semula pada susuk tubuh yang menolongnya.

“Kau...”
























----------
follow Ken on Instagram
ken.hendrii

jester: no more dream

Continue Reading

You'll Also Like

95K 2.8K 36
Aww, I'm fucking obses to you Turtle! Let me 'eat' you! Warning:-(18 and above) -sebab ada kata kesat. -Scene...
74.8K 2.6K 45
[KARYA PERTAMA] [COMPLETE] [FANTASY + THRILLER] [PROSES MENGEDIT SEMULA] โ€ผ๏ธWARNING โ€ผ๏ธ (rajinkan diri anda untuk membaca) ๐Ÿ“ขSinopsis ada di dalam. ๐Ÿ“ข...
407K 34.9K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
21K 1.1K 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini ๐Ÿ˜ญ BOOK 1 "My story...