Pengantin Last Minute

By rubydheo

26.1K 1K 191

Dari hanya menemani kawan ke majlis pernikahan, bertukar pula menjadi pengantin. Semuanya bermula apabila Ade... More

πŸ™‚
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 28.5
BAB 29
BAB 30 (Tamat)

BAB 24

544 23 0
By rubydheo

Jangan bergurau pasal benda ni

◑ ◑ ◑

THE number you have dial...”

Dahi Aiden berkerut mendengar suara sistem dalam talian tersebut. Sejak kelmarin dia cuba menghubungi Adella tapi tidak dapat. Dia mencuba sekali lagi, pun masih suara sistem yang sama. Jemu sudah dia mendengar.

Dia ok ke dekat sana?

“Oii, masam lagi muka tu kenapa? Kita dah nak balik Malaysia kut... kau dah nak jumpa bini kut...”

“Diamlah.”

Luthfi mencebik. Cakap sikit kena marah, cakap banyak pun kena marah. Bila je dia tak kena marah?

“Kenapa? Risau semacam aku tengok kau ni?” tanya Luthfi. Memang lelaki kalau berjauhan dengan isteri muka berkerut habis eh?

“Aku tak dapat call Adella. Dari kemarin lagi.”

“Ohh... Maybe she's busy?”

“Kalau dia busy, dia akan bagitau. Lagipun dia kat rumah mommy.” Memang kebiasaannya Adella akan beritahu jika dia sibuk dengan kerja sehingga pulang lewat atau jika ada apa-apa perkara yang urgent.

“Cuba kau tanya mommy. Call dia?”

“Dah... Mommy cakap Adella dah balik kemarin. Sebab tu aku call and mesej Adella. Tapi sampai sekarang... Langsung takda respon.”

“Mungkin phone dia rosak?” Luthfi angkat bahu, menayang wajah polos.

Aiden pula sudah malas berfikir. Dia cuba menyedapkan hati sendiri. Mungkin Adella sibuk sehingga lupa memberitahunya.

“Dahlah, jom.”

Beg bagasi masing-masing di tarik keluar bilik hotel. Hari ini mereka akan terbang semula ke Malaysia. Betul cakap Luthfi. Dia akan jumpa Adella kejap lagi.

“Hi, Aiden,” tegur seorang wanita juga membawa bagasi. Salah seorang anak kapal yang dibawa oleh Aiden.

Aiden tidak mempedulikan wanita itu dan terus berjalan ke lift.

“Aiden tunggulah I!” wanita itu terkedek-kedek berlari mahu mengejar Aiden.

“Eh, eh! Kau nak gi mana?”

Tapi dihalang oleh Luthfi. Dia berdiri tepat dihadapan wanita itu menjadi penghadang. Anak kapal yang lain turut berada di situ hanya membiarkan. Mereka sudah biasa dengan situasi itu.

“Ish, tepilah! I nak satu lift dengan Aiden.”

“Tak boleh!” bantah Luthfi. Dia tak kisah kalau perlu tunggu Lift yang seterusnya. Apa yang penting, wanita itu tidak boleh dekat dengan Aiden. Anak kapal yang lain juga sudah masuk ke dalam lift bersama-sama dengan Aiden.

“Shifa, you tahu kan Kapten Aiden tu dah kahwin? Yang you tergedik-gedik nak dekat dia lagi kenapa?” kata lagi seorang wanita. Juga memakai seragam pramugari sama seperti Shifa.

“Dia nak jadi penyondol la tu, Kak Ju,” tambah Luthfi. Wajah Shifa terus berubah cemberut.

Semua anak kapal tahu yang Shifa itu tergila-gilakan Aiden sejak awal lagi. Tapi Aiden langsung tak ambil peduli. Dia anggap Shifa tu macam tak wujud saja.

“Aiden! Ish, you all tengok tu! Lift dah tutup.” Shifa menghentak kaki geram.

Luthfi sudah acah-acah mahu termuntah melihat kelakuan wanita itu. Kalau comel takpelah... Ini? Tak langsung!

“Aku hempuk karang budak ni...” Kak Ju pula sudah mengangkat tangan. Terus terkulat-kulat Shifa di sebelahnya.

Luthfi tersenyum sinis. Tahu takut... Siapa suruh satu kerja dengan kakak sendiri yang garang.

“Shifa, aku bagi pesanan dekat kau ni. Kapten Aiden tu tak pandang perempuan macam you ni and takkan pernah pandang pun...”

“Dia dah kahwin and wife dia bukan lawan you. So, jangan berani kacau dia lagi. Nahas you nanti.” Tegas Luthfi.

“Kenapa? You nak buat apa kalau I kacau Aiden?” Shifa menjeling. Macamlah dia takut dengan Luthfi tu.

“Bukan i, tapi wife Kapten Aiden. I dengar...” Luthfi tunduk mendekatkan bibirnya dengan telinga Shifa.

“Dia bunuh orang,” bisiknya perlahan. Setelah itu, dia angkat muka. Dia menahan tawa apabila melihat wajah Shifa yang kelihatan terkejut.

Dia saja nak takut-takutkan wanita itu. Ada hati nak kacau suami orang.

“And it's Captain Aiden, not 'Aiden'. Dia bukan kawan you, dia best friend I! Buerkk!” Luthfi memijak kuat kaki Shifa sebelum berlari masuk ke lift yang sudah kosong.

“Auch!” Shifa terlompat kecil. Sakit tau!

Kak Ju pula sudah tergelak kuat. Boleh nya dia pijak kaki perempuan macam tu? Kapten Luthfi, Kapten Luthfi.

* * *

MALAYSIA

Aiden dan Luthfi baru saja keluar dari balai ketibaan.

“Kau nak singgah mana-mana dulu ke?”

“Taknaklah... Hantar je aku balik terus.” Aiden berjalan lebih cepat. Tak sabar nak balik rumah dan berjumpa dengan Adella.

Dia nak cerita tentang banyak benda yang dia lalui sepanjang dia berada di Osaka. Bukannya pertama kali ke sana, cuma dia rasa teruja pula mahu berkongsi cerita dengan sang isteri.

Luthfi menggeleng kepala. Untunglah orang tu ada buah hati yang tunggu dekat rumah. Dia ni? TV dengan sofa je jadi penyambut bila dia balik rumah. Takpelah... Sekurang-kurangnya ADA juga kan?

“Aiden.”

Serentak langkah mereka berdua terhenti. Aiden dan Luthfi saling berpandangan seketika. Farhan buat apa dekat sini?

“Aku datang nak jemput kau. Kita terus pergi hospital.” Farhan terus straight to the point. Dia tiada masa untuk buat ucapan pembukaan lagi.

Aiden dan Luthfi sekali lagi bertentang mata. Hospital?

“Untuk apa kita pergi sana?” tanya Aiden.

“Adella...”

Nafasnya seperti terhenti beberapa ketika mendengar nama itu. Dia mula rasa tak sedap hati. Tak... Sebenarnya dari kelmarin dia rasa begitu. Dia cuba berfikiran positif, tapi apa je yang baik bila dengar tentang hospital?

“Kenapa dengan Adella?”

Farhan diam, menatap wajah Aiden sebelum mengalihkan pandang ke tempat lain.

“Farhan, kenapa dengan isteri saya?” tanya Aiden semula. Hatinya makin resah. Tolong jangan beritahu dia sesuatu yang dia taknak dengar. Perasaannya terasa ada sesuatu yang buruk berlaku.

“Dia accident, semalam.”

Aiden terkedu.

“Jangan bergurau pasal benda ni.” Suaranya ditekankan. Tanda tidak mahu mendengar sebarang gurauan seperti itu. Tak mungkin Adella...

Farhan menggeleng, "Aku pun takda masa nak main-main.”

Nafas Aiden mula tak teratur. Jantungnya berdegup laju. Mata juga terkebil-kebil dan dia tidak tahu mahu kata apa. Sukar untuk dia percaya, tapi setelah dia fikir semula panggilan yang langsung tidak disambut oleh Adella itu...

“Kita gerak sekarang. Kereta aku dekat sana,” ujar Farhan. Dia tahu Aiden terkejut dan sedang cuba menerima situasi ini.

“Luthfi, aku...”

“Aku faham. Sabar ya, istighfar banyak-banyak,” pesan Luthfi. Dia tepuk bahu Aiden cuba menyalurkan semangat biar sedikit. Dia juga terkejut sama dengan berita ini.

Tanpa membuang masa lagi, Aiden terus mengikuti langkah Farhan ke kereta. Sepanjang perjalanan dia hanya diam membisu. Dia genggam tangan yang berpeluh. Dalam hati tidak henti-henti berdoa agar diberikan kekuatan.

Ya, Allah... Pinjamkan aku kekuatan untuk mengatasi rasa takut ini.

Dia takut. Dia takut hilang Adella.



BUKK!

Kolar baju Din dicengkam kasar oleh Aiden. Badannya ditolak kuat ke dinding.

“Aku ada hak jumpa dia!” keras nada suara Aiden. Tak puas hati kerana dihalang. Dia tak gentar langsung dengan pengawal peribadi Adella itu. Cuma Adella saja dalam kepalanya sekarang ini.

Entah kenapa dia perlu dihalang oleh mereka.

“Tuan Aiden, sabar.” Kata Don sedikit kuat. Dia menahan tangan Aiden. Lelaki itu terus tersedar dari tindakannya. Dia terdiam seketika.

“Sorry...” Tangannya perlahan-lahan jatuh. Dia tak patut lepaskan amarah pada mereka. Gelisah hatinya tak dapat dikawal. Dia cuma mahu lihat Adella dengan segera.

Din terbatuk-batuk sejurus Aiden melepaskan kolarnya. Dia menepuk-nepuk dadanya, mencari udara. Dia tak nafikan, memang kuat genggaman Aiden tadi. Sampaikan dia tak mampu bernafas.

“Saya cuma nak jumpa isteri saya. Takkan tak boleh?”

“Bukan tak boleh. Cuma... Kami taknak... taknak tuan terkejut nanti dan belum bersedia.” Din dan Don saling berpandangan. Entah alasan apa yang harus mereka beri. Mereka terpaksa halang Aiden daripada masuk ke dalam wad King. Ini atas arahan Valentino.

“Isteri saya tengah sakit. Saya perlu ada dengan dia.”

Aiden terduduk di kerusi berhadapan bilik wad yang tertera 'Mawar Adella'. Dia tunduk menekup wajah. Sampai sekarang, kepalanya rasa seperti dihempap dengan batu besar mendengar berita kemalangan Adella.

Dia tidak tahu keadaan Adella macam mana, tapi Farhan kata dia koma. Kalau dah sampai koma, tentu... Ah! Memikirkan bagaimana kemalangan itu berlaku pun sudah membuat kepalanya sakit. Hatinya remuk.

Kenapa waktu dia jauh isterinya berhadapan dengan bahaya? Kenapa waktu dia jauh nyawa isterinya hampir melayang?

“Aku dah cakap dengan daddy. Biar dia masuk.”

Aiden mengangkat wajah memandang Farhan. Entah kemana lelaki itu pergi tadi selepas menghantarnya ke sini. Dia cuma bagitahu nombor wad Adella saja.

Din dan Don tidak berkata apa-apa lagi. Mereka berdua membuka pintu wad itu perlahan. Aiden laju menolak pintu itu dan terus masuk ke dalam.

Sebaik saja dia masuk ke dalam wad tersebut, dia terkedu. Mata terkebil-kebil memandang tubuh yang terbaring di katil. Kenapa hati dia rasa sangat sakit saat ini? Tolong beritahu dia ini cuma mimpi.

“Adella...” suaranya hampir tidak kedengaran. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati katil itu. Mata terasa panas apabila melihat wajah Adella yang penuh dengan luka-luka. Terdapat alat bantuan oksigen yang dimasukkan ke dalam mulut wanita itu.

Aiden menarik nafas dalam sekali.

Tangannya menggeletar ingin mencapai tangan Adella. Sebaik saja dia memegang tangan wanita itu, air matanya terus mengalir keluar. Betapa remuk hatinya melihat isterinya terbaring dalam keadaan begitu. Kepala Adella yang berbalut disentuh perlahan. Kemudian usapannya beralih pula ke wajah Adella. Sangat berhati-hati agar tidak menyentuh luka di wajah sang isteri.

“Ya Allah...” dia tertunduk dan esakan berat mula kedengaran. Matanya dipejam rapat. Tiada kata-kata yang tepat untuk mengungkap perasaannya ketika ini. Sedih, pilu dan hancur hatinya bercampur menjadi satu...

Hanya tuhan saja yang tahu sakit yang dia rasakan.

Sekali lagi dia pandang wajah Adella... Tiada perubahan, malah air matanya mengalir lebih deras. Tumpah air mata seorang lelaki kerana melihat orang yang disayangi dalam keadaan yang memilukan.

“Adella... wake up... wake up, please.”

Pipi Adella diusap perlahan dengan jarinya. Wajah wanita itu ditatap lama, penuh kasih. Berharap agar dia membuka mata. Tapi tidak. Aiden mengetap giginya kuat. Sedang menahan perasaan sakit yang mencengkam dada.

“Tolong... tolong jangan tinggalkan saya,” rintihnya. Tangan Adella digenggam erat. Dicium lama, lalu dipeluk ke dada. Esakan kian kuat kedengaran. Jujur, dia tak sanggup lihat Adella dalam keadaan begini.

Maaf andai dia menjadi hamba yang pentingkan diri sendiri saat ini. Maaf andai dia marah pada takdir, tapi dia sangat-sangat belum bersedia. Masih ada perkara yang belum dia selesaikan...

“Saya sayang awak, Adella.”


























Hye readers, sweet dream💖💫

Continue Reading

You'll Also Like

76.7K 8.8K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
3.3M 290K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
135K 6.1K 52
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...
1.4M 64.1K 62
β„•π•’π•šπ•π•’π•™ π•π•’π•Ÿπ•Ÿπ•’π•™ 𝕃𝕖𝕗π•₯π•–π•Ÿπ•’π•Ÿ π•‚π• π•žπ•’π•Ÿπ••π•–π•£ π•Œπ•₯π•™π•žπ•’π•Ÿ π”½π•šπ•£π••π•’π•¦π•€ π‘²π’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š π’‰π’‚π’π’šπ’‚π’π’‚π’‰ π’“π’†π’Œπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...