NJ. Ini Kisah Kita.

By Tulip_Haura0629

2.1K 188 25

NJ. Ini Kisah Kita. Macam mana kita bermula? Bermula dari dua kehidupan yang berbeza, tapi dipertemukan dal... More

Prolog 1
Prolog 2
Bab 1 : NJ
Bab 2 : NJ
Bab 3 : NJ
Bab 5 : NJ
Bab 6 : NJ
Bab 7 : NJ
Bab 8 : NJ
Bab 9 : NJ
Bab 10 : NJ
Bab 11 : NJ
Bab 12 : NJ
Bab 13 : NJ
Bab 14 : NJ
Bab 15 : NJ
Bab 16 : NJ
Bab 17 : NJ
Bab 18 : NJ
Bab 19
Bab 20 : NJ
Bab 21 : NJ
Bab 22 : NJ
Bab 23 : NJ
Bab 24 : NJ
Bab 25 : NJ

Bab 4 : NJ

68 6 0
By Tulip_Haura0629

~NJ. The Most Special.~

Nia Jasmine masuk ke bilik bacaan selepas selesai urusan di dapur. Nia mengeluarkan buku rujukan untuk mengulangkaji mata pelajaran matematik. Memandangkan dia agak lemah dalam subjek matematik, maka dia perlu memberikan penekanan kepada subjek itu. Lagi 2 bulan tarikh PMR akan menjelang. Sementara masih ada waktu, dia perlu manfaatkan dengan sebaiknya.

Pintu bilik dibuka dari luar, Nia toleh ke arah pintu dan terjengul kepala Nuh. Nia hembus keluh perlahan.

''Nak apa?'' tanya Nia seraya melabuhkan dudum dikerusi yang tertera shortform namanya, 'NJ'.

Nuh melangkah masuk dan menghampiri Nia. Buku-buku dan alat tulis Nia dipandang. Ada sesuatu menarik minatnya. Hujung sebelah bibirnya menaik.

''NJ? Tu short from nama aku ke nama kau?'' tanyanya tiba-tiba.

Nia kerut kening. 'NJ'? Bila dia pandangkan jari lurus Nuh tunding pada huruf NJ yang dia sendiri tulis pada kerusi, meja, kotak pensel dan buku notanya, baru dia faham maksud soalan Nuh.

'Nak kata itu nama dia la, kan? Metang-mentanglah pangkal huruf sama. Nuh Jazmin dan Nia Jasmine. NJ.' Nia mengerutu dalam hati, menjulingkan mata ke atas. Entah kenapa, tak suka betul dia dengan lelaki ini. Lelaki ini suka cari pasal dengan dia. Suka buat muka sinis, suka mencemik dia dari jauh. Langsung tak macam Luqman tu. Yang elok je perangainya.

''Tak kisah la mana-mana pun. Nak guna nama tu, guna jelah." Nia membalas dingin, malas melayan. Tangan ralit menghitung dan mencari jawapan bagi soalan quadratik. Ingat senang ke nak jumpa nilai x?

''So, barang-barang ni aku punyalah kan? Sebab ada tulis huruf NJ. Nama aku pun NJ," giat Nuh lalu mengambil buku nota Nia. Saja dia nak gertak Nia sebab Nia dah buat dia termalu sendiri di dapur tadi.

''Hish tu buku nota saya punya lah! Jangan pandai-pandai nak sentuh barang saya atau nak ambil barang saya. Saya tak sukalah!'' Nia hampir menjerit, terkejut dengan tindakan Nuh yang berani-beraninya mengambil buku notanya.

Buku nota itu bukan biasa-biasa. Buku itu lebih kurang sama fungsinya dengan buku diari walaupun dari segi luaran buku itu nampak macam biasa sahaja. Terus Nia tarik buku nota di tangan Nuh lalu dibawa ke belakangnya.

''Tadi kau kata tak kisah!'' Nuh terundur setapak. Terkejut dengan pekikan Nia tadi. Nampak macam Nia betul-betul marah padahal dia bergurau je pun.

''Saya cakap, saya tak kisah kalau awak nak guna nama tu. Bukannya guna barang-barang saya,'' sangkal Nia sambil renung Nuh tajam. Tak boleh ke mamat ni buat dia rasa tenang sekejap?

Masing-masing diam. Nia tunduk kepada bukunya. Nuh pula masih berdiri di tempatnya.

''Awak nak apa datang sini? Rasanya baik awak keluar, tak elok kita berdua duduk dalam satu bilik. Duduk satu rumah pun tak elok, apatah lagi satu bilik." Nia mengendur. Rasa bersalah juga tinggikan suaranya tadi.

Selebihnya dia rasa tak selesa dengan adanya Nuh dalam satu ruangan dengannya. Kalaulah dia tahu Nuh tak sertai aktiviti di masjid bersama abah dan Luqman tak mungkin dia membiarkan Mia ke rumah Mak Cik Kiah tadi.

''Aku lapar.''

Nia angkat kening. Padang Nuh semula.

''So?'' Nia tunduk semula pandangannya. Selesaikan saki baki jalan kiranya. Soalan lain pula dibaca. Kali ini berkaitan dengan kiraan nilai sudut pula. Inilah bahagian yang dia agak lemah. Tan, sin, kos. Macam mana formulanya ya...

Nuh berdecit, rasa tercabar dengan kelakuan Nia.

'Tak padan dengan kecik, kurang asam betul! Kenapa lah budak kecik ni suka buat aku rasa sakit hati? Tak boleh ke budak ni layan aku elok-elok macam Mia dengan Abah layan aku?' Nuh mengeluh dihujungnya.

Tak boleh mengaku kalah dengan budak kecik ni, lalu dia tarik kerusi di meja sebelah yang bertanda huruf TY dan dia duduk. Bertentangan dengan Nia.

Nia mengadahkan mukanya. Tengah otak dia kerah cari klu untuk ingat semula formula cara nak guna tan, sin dan kos, tiba-tiba Nuh duduk bertentangan dengannya. Nia memanggungkan wajahnya. Mata saling menikam.

'Dia ni nak apa lagi ni?' Kerut sedikit kening Nia.

"Aku lapar." Lagi Nuh ulang sambil pandang tepat ke anak mata Nia. Mata yang selalu dilindungi dengan cermin mata bulat besar berbingkai hitam tapi tidak hari ini. Nia tidak mengenakan cermin matanya dikala ini.

''Aku ni tetamu kau, Nia Jasmine. Kau sepatutnya kena layan aku elok-elok. Macam mana abah dan Mia boleh layan aku elok-elok, kau pun kena layan aku elok-elok. Kau faham?"

Terkedu Nia, habis terabur segala formula dan klu untuk menyelesai soalan latihannya itu. Liurnya ditelan, kecut juga dia dengan muka tegang Nuh.

"Tak kan kau nak biar aku ni sebagai tetamu kau sorang diri dekat luar tu. Dan kau pula sedap-sedap senyap dalam bilik ni? Macam tu ke kau diajar layan tetamu?" sambung Nuh dengan mengendurkan wajah tegangnya, senyum senget ditayangkan walaupun timbul juga rasa bersalah pabila lihat Nia terkedu begitu.

Nia dalam diam memikirkan kata-kata Nuh. Ada betulnya juga, sekarang hanya tinggal dia saja di rumah sementara Kak Mia masih belum balik dan begitu juga abah dan Luqman.

''Ish... yelah-yelah! Sekejap, saya kemas barang saya dulu. Nanti saya keluar sediakan makanan dekat awak ye." Nia mengalah.

''Haa macam tulah. Kau sekarang ni dah jadi adik aku, jadi kau kena layan aku ni baik-baik, faham tak ni adik Nia?''

Nia tayang giginya yang putih dan cantik tersusun itu kepada Nuh, sengih paksa.

''Ye, adik Nia faham abang Nuh. Terima kasih sebab sudi tegur salah dan silap adik Nia ni ya. Boleh tepi sikit tak abang? Adik nak lalu ni," perli Nia sambil membongkokkan sedikit badannya meminta sedikit laluan dari Nuh dan tanpa banyak soal Nuh mengalihkan kerusinya. Nia segera berlalu keluar dan menuju ke dapur.
 
Nuh tersengih, lucu juga dengan telatah Nia. Nia sudah hilang dari pandangan mata. Nuh kembalikan tatapannya ke meja studi Nia. Dia perasan ada sesuatu di atas lantai. Nuh tunduk lalu mengambilnya. Sekeping foto.

Foto berlatarbelakangkan kawasan bersalji memutih dan tebal. Ada Nia di gambar itu, dipeluk oleh seorang lelaki yang dianggarkan umurnya mungkin lebih kurang dengan Nuh.

_Abang sayang An-jell, sangat-sangat._

Itu yang ditulis di belakang foto itu bila diterbalikkan oleh Nuh. Nuh mengerut dahi. Abang? Budak kecik tu ada abang ke? Bukan ke abah cakap dia cuma ada 4 orang anak dara?

*               *                  *

Nuh perhatikan setiap tindak tanduk Nia yang sedang menghidangkan makanan tengahari mereka pada hari ini. Nuh perasan tangan Nia sedikit terketar-ketar. Nuh sembunyikan senyum, dia ketawa jahat dalam hati.

'Tahu takut jugak budak kecik ni, tadi kemain eksen lagi dengan aku.' Nuh mengejek dalam hati.

Nia tarik kerusi setentang dengan Nuh bila siap kerjanya.

''Silakan makan ya abang Nuh."

Nuh tersenyum senget dengar suara manja Nia yang disengajakan itu. Dia tahu Nia sengaja. Nia mahu membalas, mengenakan dia semula.

''Haa kan sejuk hati aku ni bila kau panggil aku ni abang. Kau tu budak kecik lagi, jadi kena sedar diri tu sikit. Cuba tunjuk rasa hormat kau tu pada aku ni sebagai abang kau." Nuh selamba membahasakan Nia sambil menyudu lauk asam pedas yang terhidang di depan mata.

Nia menjulingkan matanya keatas. Tak kuasa nak panggil mamat k-pop ni 'abang'. Cukuplah dia hanya ada seorang abang. Satu-satunya abang yang dia ada.

''Saya lupa nak tanya, mana kawan awak? Bukan ke sepatutnya awak terlibat dengan program petang ni? Kenapa awak ada dekat sini?'' aju Nia bila teringatkan tentang program anak angkat itu.

''Aku ponteng. Malas nak join aktiviti petang ni.'' Nuh membalas dengan bersahaja. Suapan pertama selamat masuk ke mulut. Dikunyah-kunyah penuh berselera.

Nia kerling Nuh. Boleh percaya ke mamat k-pop ni?

''Ponteng? Kenapa? Apa aktiviti petang ni?'' Ringan pula mulutnya bertanya, saja mencari topik untuk hilangkan bunyi krik... krik... krikk..

''Lepas berkumpul dekat dewan, ada aktiviti bersih kawasan masjid. Gotong royang masak memasak dengan orang kampung. Aku malas nak join sebab nanti ada sekali dengan program solat hajat, bacaan Yaasin. Aku tak nak join. Aku tak berminat.''

''Ehh dah kenapa?'' Nia tak jadi meneruskan suapannya, terhenti tangannya yang ada makanan di depan mulut. Terkejut.

Nuh berdecit kecil. Nia dipandang dengan mata helangnya. Tandanya, 'Dia. Tak. Suka'.

''Kau tak payah sibuk nak tahu boleh tak?'' Nuh membalas sedikit kasar, dia tidak suka Nia banyak tanya tentang dia.

Nia teguk liur.

'Eh, serius pulak dah? Dia ni makan harimau ke apa? Tahu nak marah je.' Nia mengutuk Nuh dalam hati.

''Okay. So kawan awak, dia ada dekat sana?'' Nia menukar topik.

''Emm... dia ada kat sana.''

*                    *                     *

''Abah, boleh Nia masuk?" Nia mengetuk dulu pintu bilik tidur Tuan Ahmad Zakri.

Bunyi abah memberi keizinan dari dalam lalu Nia memulas tombol pintu.

"Nia nak mintak izin abah, boleh?'' ujar Nia sebaik sahaja pintu bilik tidur abahnya dibuka sedikit.

''Boleh. Masuklah. Nia nak mintak izin apa?'' tanya abah pula sambil menguak tangan menggamit Nia masuk ke bilik tidurnya.

Sejujurnya Tuan Ahmad Zakri agak pelik dengan kemunculan anak bongsunya yang tiba-tiba pada malam ini. Seperti yang dia sendiri tahu, hubungan dia dengan Nia bukannya rapat sangat seperti orang lain. Hubungan mereka seolah-olah ada jurang yang menghalang untuk mereka terus bermesra seperti 'hubungan ayah dan anak' macam orang lain. Walaupun dia ayah kandung Nia tapi dia sendiri akui yang anaknya itu lebih selesa dengan adik iparnya, Dato Seri Andrew yang kini menetap di London bersama keluarganya.

''Minggu depan Violet Band ada competition. Abah izin tak kalau Nia nak join diorang?'' Berhati-hati Nia menyusun kata, takut kalau abahnya marah.

Tuan Ahmad Zakri diam dulu. Cari cara yang terbaik untuk dia jelaskan kepada Nia supaya hati anak gadisnya tidak terluka andai kata kalau dia tidak mengizinkan Nia menyertai pertandingan itu. Dia sendiri tahu minat Nia dalam bidang muzik sukar untuk dikikis kerana sejak kecil lagi Nia sudah terbiasa dengan pelbagai jenis alatan dan genre muzik. Bertahun Nia di kota London sedikit sebanyak cara dan kelakuan Nia masih terikut-ikut dengan budaya bumi orang putih itu.

''Bila competition tu?'' tanya abah.

Nia senyum dulu sebelum menjawab pertanyaan itu. Dari gaya soalan itu, ada peluang cerah untuk abah bagi 'green light' Nia join kumpulannya.

''Hujung minggu ni. Hari sabtu.''

Tuan Ahmad Zakri diam sambil merenung wajah ceria Nia yang mengharapkan keizinan darinya.

''Nia betul-betul nak join ke? Kan PMR dah nak dekat. Extra kelas banyak, tuition malam pun banyak, kan? Sempat ke Nia nak praktis nanti?''

Nia membulatkan mata sepetnya segera tangan kanan diangkat separas bahu, berjanji.

''Nia janji dengan abah, Nia tak kan tuang kelas-kelas tambahan Nia. Nanti Nia akan bincang dengan group tu untuk arrange masa praktis tu. Nia cuma harap abah izinkan Nia join Violet Band untuk competition tu je. Boleh abah?''

Tuan Ahmad Zakri senyum dulu. Dia percayakan anak bongsunya.

''Abah boleh bagi keizinan tapi dengan syarat, Nia kena bagitahu abah dulu bila masanya waktu korang nak praktis. Baru abah bagi izin. Boleh?''

''Okay abah. Nanti Nia tanya Zam dengan Bai.'' Nia senyum segaris sebelum meminta diri ke bilik tidurnya.

Tuan Ahmad Zakri diam tanpa membalas pamitan Nia untuk ke kamarnya, sebaliknya dia hanya tenung wajah anak bongsunya yang saling tidak tumpah dengan wajah arwah isterinya. Sungguh dia kesal dengan tindakannya dulu.

Kenapa dia sanggup berjauhan dengan Nia suatu masa dahulu? Kenapa dia boleh bersetuju dengan permintaan arwah isterinya dulu? Dan kesan dari tindakan dia suami isteri, dia terlepas untuk melihat saat-saat Nia membesar.

Nia segera memusingkan tubuh bila tiada jawapan dari abahnya. Dia sebenarnya segan bila ditenung begitu oleh abah. Dia tahu, setiap kali abah melihatnya tunak, secara tidak langsung abah akan melihat wajah arwah ibu disebalik wajahnya.

''Nia...''

Panggilan dari Tuan Ahmad Zakri itu membuatkan kaki Nia pasak di ambang pintu. Nia tidak segera menoleh, hanya menanti abahnya menyambung kata.

''Nia masih marah pada abah dan arwah ibu?''

Soalan abah itu langsung tidak terduga oleh Nia. Dia kaku seketika di muka pintu. Tangannya yang memegang tombol juga kaku.

5 tahun sudah berlalu dan dalam tempoh itu jugalah dia cuba merawat luka sendiri. Berpisah dengan orang yang dia sayang hanya kerana permintaan seorang insan yang bergelar 'abah' bukannya mudah bagi dia.

Bertahun dia membesar dengan mereka yang sudah dianggap lebih dari saudara kandung dan tiba-tiba dia dipanggil balik ke sini, ke tanah airnya sendiri. Bukan keputusan yang mudah tapi dia mengalah demi wasiat seorang ibu.

Nia jatuhkan tangannya lalu pusing tubuh mengadap abahnya.

''Tak ada apa yang perlu Nia marahkan abah dan arwah ibu. Nia tahu masa tu, itu keputusan yang terbaik yang perlu abah fan ibu putuskan. Lagipun Nia pergi sana, Nia tak rasa luak pun kasih sayang dari semua orang. Walaupun diorang bukan keluarga kandung Nia tapi diorang dah jadi sedarah sedaging dengan Nia. Nia jauh dari keluarga kandung Nia, jadi hanya kepada diorang tempat untuk Nia bersandar. Tempat Nia menumpang kasih. Nia tak marahkan abah dan ibu. Nia tahu semua orang dah cuba lakukan yang terbaik untuk masa depan Nia," ujar Nia ikhlas.

Nia senyum lebar sebelum berlalu ke kamarnya. Sejujurnya tidak ada sekumit pun perasaan marah dalam hatinya kerana perkara itu. Dulu, mungkin dia marah sebab dia masih lagi budak hingusan tapi seiring dengan usia, dia sudah semakin matang. Sedikit sebanyak dia cuba memahami setiap pekara yang berlaku. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, itu kata mama Roslina setiap kali dia bertanyakan kenapa dia perlu berpisah dengan keluarga kandungnya.

Tuan Ahmad Zakri pula membisu di tempatnya.

'Sayang, anak bongsu kita, Nia Jasmine. Dia sudah besar dan berfikiran lebih jmatang dari usia dia. Dia sudah tak memberontak macam dulu lagi. Betul kata sayang, tindakan kita menyerahkan Nia kepada keluarga Andrew itu adalah tepat. Diorang dah berjaya didik anak kita jadi sesempurna ini," bisik Tuan Ahmad Zakri seolah-olah dia sedang berbicara dengan isterinya.

Penderitaan yang mereka tanggung hanya sebahagian sahaja dari 'mereka' yang faham dengan tindakannya dahulu.

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 34.5K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
746K 39.4K 21
𝐒𝐡𝐢𝐯𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 𝐱 𝐑𝐮𝐝𝐫𝐚𝐤𝐬𝐡 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 𝐀𝐧𝐢𝐤𝐚 𝐑𝐚𝐢 𝐱 𝐊𝐚𝐛𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 ...
4.1M 169K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
1.3M 67K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...