NJ. Ini Kisah Kita.

Tulip_Haura0629

2.4K 188 25

NJ. Ini Kisah Kita. Macam mana kita bermula? Bermula dari dua kehidupan yang berbeza, tapi dipertemukan dal... Еще

Prolog 1
Prolog 2
Bab 1 : NJ
Bab 3 : NJ
Bab 4 : NJ
Bab 5 : NJ
Bab 6 : NJ
Bab 7 : NJ
Bab 8 : NJ
Bab 9 : NJ
Bab 10 : NJ
Bab 11 : NJ
Bab 12 : NJ
Bab 13 : NJ
Bab 14 : NJ
Bab 15 : NJ
Bab 16 : NJ
Bab 17 : NJ
Bab 18 : NJ
Bab 19
Bab 20 : NJ
Bab 21 : NJ
Bab 22 : NJ
Bab 23 : NJ
Bab 24 : NJ
Bab 25 : NJ

Bab 2 : NJ

104 8 0
Tulip_Haura0629

"Nia.. kenapa diam je ni?" Tuan Ahmad Zakri pelik bila Nia hanya diam selepas sesi perkenalan antara mereka.

Dengar soalan abahnya Nia perasan lelaki yang bernama Nuh Jazmin memanggungkan wajah kepadanya. Terkedu sekejap dibuatnya ekoran dari rasa malu sebab terkantoi tadi. Nia segera mendeham menghilangkan rasa tak selesa yang datang tiba-tiba, segera dia tolak spek mata bulatnya agar betul-betul terletak elok di atas batang hidungnya.

"Err... tak ada apa-apa abah. Nia... Nia nak masuk dapur sekejap... em... bawa air." Ahh, tergagap-gagap pulak dah! Tak boleh jadi ni.

Baru hendak pusing mahu ke dapur, sedang elok Mia Jasmine tiba di ruang tamu. Penuh sopan kakaknya menghidangkan air dan sedikit kuih untuk tetamu abah. Nia tak jadi melangkah, terus dia diam ditempatnya.

Mia Jasmine memang sopan orangnya. Bukan setakat sopan, cantik dan manis pulak tu orangnya. Wajahnya asli melayu tulen, ikut acuan dari keluarga Tuan Ahmad Zakri. Berbeza pula dengan Nia Jasmine yang lebih banyak mewarisi genetik dari arwah isteri Tuan Ahmad Zakri.  Kata lelaki itu, wajah Nia persis arwah isterinya ketika muda dulu.

''Duduk la Mia, Nia..." beritahu Tuan Ahmad Zakri kepada kedua anaknya tatkala Mia sudah bersedia untuk mengangkat kaki meninggalkan ruang tamu.

Mia angguk lalu melabuhkan duduk di sebelah abah. Nia juga sama, tak jadi meneruskan niat untuk pergi dari situ meskipun terasa tidak selesa. Dia duduk disebelah Mia.

"Ni abah nak bagitahu sikit... abah tahu mesti Mia dan Nia pelik bila tiba-tiba muncul Luqman dan Nuh ni kan?"

Kedua mengangguk. Tuan Ahmad Zakri ukir senyuman dulu sebelum menyambung kata.

"Tok Penghulu mintak tukar dengan abah. Sepatutnya Nuh dan Luqman ni jadi anak angkat dia tapi sebab anak-anak perempuan dia ada balik, jadi mereka risau kalau anak-anak mereka tak selesa kalau ada lelaki lain di rumah dia."

Mia hanya angguk, faham. Tapi berlainan dengan Nia, melopong.

'Tok Penghulu tak selesa kalau ada lelaki lain di rumah dia sebab anak dia semua perempuan? Habis tu kami ni apa? Huh, tahulah anak-anak Tok penghulu tu semuanya berpakaian ala-ala wanita muslimah dan keluarganya pula biasa-biasa saja tapi tak perlulah Tok Penghulu nak pentingkan diri sendiri sampai macam tu sekali. Kalau dah tahu itu risikonya, kenapa terima kehadiran 'tetamu' dari UPM ni? Kan dah kena menyusahkan orang lain!' Nia membebel dalam hati. Tak puas hati betul dia dengan alasan Tok Penghulu tu!

"Jadi abah pulak macam mana? Tak kisah ke?" soal Nia, mahu juga dia dengar apa jawapan abah. Manalah tahu kalau abah juga berfikiran macam Tok Penghulu tu. Kalau abah pun terfikirkan macam tu, Nia berbesar hati jadi tukang sorak, berarak sekeliling kampung pun dia dah tak kisah. Asalkan 'tetamu' itu tidak jadi menginap di rumah ni.

Dia pun sebenarnya rasa tak selesa bila fikir 'abang-abang handsome' depan dia ni. Dah la dalam rumah ni ada dua orang anak dara sunti. Abah pula kerap tak ada dekat rumah, suka pergi melepak dekat padang kelapa sawit milik keluarganya. Tak ke haru kalau jadi apa-apa nanti? Hishhh!

"Tak ada apa lah. Abah tak kisah pun. Sekurang-kurangnya abah dapatlah juga merasa ada anak lelaki. Kan Nuh, Luqman?"

Okay, jawapan abah mengendurkan balik hati Nia yang baru berputik bunga-bunga api kegembiraan. Nia talakan matanya kepada lelaki yang duduk bertentangan dengannya.

Keduanya senyum segaris dan mengangguk berkali-kali. Depan abah angkat haruslah kena buat perangai elok-elok, kan?

"Tak apalah kalau macam tu abah. Kami ikut saja," jawab Mia bagi pihaknya dengan Nia.

Nia buat muka senyum paksa. Entah kenapa dia makin rasa tidak suka dan rasa tidak selesa. Penanda kepada sesuatu yang tak baikkah itu?

"Alhamdulillah kalau dah Mia dan Nia cakap macam tu, lega hati abah. Eh, jemput minum dulu Nuh, Luqman..."

"Ya... ya... terima kasih abah. Sekali lagi kami nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima kami sebagai salah seorang dari keluarga abah." Ayat skema Nuh laju keluar dari mulutnya. Paha Luqman disebelah ditepuk Nuh. Luqman terangguk-angguk.

"Hishh.. tak ada apa lah Nuh, Luqman, abah gembira ada Nuh dan Luqman. Boleh abah menumpang rasa kasih anak lelaki. Maklumlah anak-anak abah semuanya perempuan." Tuan Ahmad Zakri menepuk bahu  Luqman mesra.

Dia dapat merasakan kehadiran keduanya bakal menceriakan hari-harinya. Memang sejak dari dulu lagi dia menginginkan anak lelaki tapi rezeki tidak menyebelahinya bila takdir telah menetapkan dia cuma memiliki zuriat perempuan sahaja. Apa-apa pun dia tak kisah, dia bahagia dengan apa yang ada sekarang.

Lama mereka berborak, menceritakan serba sedikit tentang keluarga masing-masing. Sesekali terdengar Mia mencelah menanyakan beberapa soalan dan Nia lebih selesa mendengar sahaja. Sengih bila perlu, angguk dan geleng bila ditanya. Muka cuba dijernihkan sebaik mungkin bagi tidak menampakkan betapa bosannya dia.

"Nia dah siap kemaskan bilik untuk abang Nuh dan abang Luqman?" tanya Tuan Ahmad Zakri kepada anak bongsunya.

"Dah abah. Nia dah kemas bilik Kak Lya dan Kak Tya. Nanti boleh abang-abang berehat dekat sana." Nia membalas tenang walaupun mengeliat sungguh lidah hendak menyebut perkataan 'abang-abang' tu.

Nia menjeling kepada lelaki yang berkulit cerah itu bila perasan lelaki itu menyengih lain macam tatkala mata mereka bertembung. Nak saja dia tanya, 'kau ada masalah dengan aku?'

"Kenapa guna bilik Kak Lya dan Kak Tya pulak? Kan abah dah cakap, kemas bilik Nia bagi abang-abang guna. Bilik kak Lya tu bilik airnya, paip rosak. Abah tak sempat nak baiki lagi."

'Bilik aku? Dah kenapa kena bagi bilik aku untuk diorang? Pantang betul kalau kena kongsi barang aku dengan orang lain! Ahh, sudah. Ini yang aku tak suka ni... Kenapa aku kena bagi bilik aku pada orang yang baru kenal tak sampai sejam? Emm, something yang sangat-sangat susah untuk aku tunaikan! Bilik aku hak privasi aku!' bentak Nia tidak puas hati dalam hati.

"Nanti Nia nak tidur bilik mana?" Nia menyoal dengan agak kuat, terkejut dengar usul abahnya.

"Nia boleh duduk bilik Kak Mia dulu. Nanti bila abah dah siap baiki bilik air bilik Kak Lya, Nia boleh pindah masuk bilik kak Lya. Boleh tak Nia?" Lembut abah memujuk tapi dia tahu tidak selembut itu Nia boleh terima.

Nia Jasmine mengeluh kasar.

'Pindah masuk bilik kak Lya dan kak Tya? Masuk bilik musuh dia? Memang taklah! Baik dia terus stay dengan kak Mia sampai mamat dua orang ni balik UPM.' Nia bergumam lagi. Dia pandang Nuh Jazmin, ada senyuman nakal menghiasi bibir lelaki itu.

'Dah kenapa kau senyum-senyum macam tu? Ingat kau tu handsome sangat ke?' Nia bagi sedas jelingan tak puas hati. Sakit pulak hati dia dengan Nuh yang tak habis provok dia dengan senyum sengetnya.

"Kalau tak bagi bilik Nia, nanti abang-abang nak tidur bilik mana? Tak kan nak bagi bilik abah. Atau Nia okay kalau biar tetamu kita tidur dekat ruang tamu saja?" Abah memujuk lagi. Lembut saja suara orang tua itu masuk ke hati Nia.

"Eh.. tak apa abah. Kami tak kisah pun. Tidur dekat ruang tamu pun okay, kan Luq?" tungkas Nuh sambil menyiku lengan Luqman Firdaus. Tak kan lah sebab dia dengan Luqman, ana- beranak tu nak bergaduh pulak.

Cepat-cepat Luqman Firdaus mengangguk. Mengeyakan kata-kata Nuh. Tuan Ahmad Zakri pula menggeleng tidak bersetuju.

"Hish.. tak dibuat orang nak biarkan tetamu tidur dekat ruang tamu. Tetamu kena la layan elok-elok. So, macam mana Nia?"

Mia menyiku lengan adiknya mengisyaratkan agar Nia bersetuju saja.

"Okay tak Nia? Boleh tak bagi abang-abang guna bilik Nia dulu? Untuk sementara je, boleh?" Sekali lagi abahnya bertanya.

Nia tunduk. Jari jemari dikait-kait. Tarik nafas sebelum angguk bersetuju. Mungkin betul kata abah, hanya itu sahaja caranya. Rumah mereka bukannya ada bilik tetamu, jadi salah satu bilik perlu dikorbankan kalau ada tetamu datang bertandang. Selalunya bilik Lya dan Tya yang menjadi mangsa tapi kali ini bilik dia pula. Nia mengeluh lagi. Apa-apa jelah.

*            *            *

Nuh Jazmin menepis kasar tangan Luqman Firdaus bila lelaki itu cuba mencapai tali beg pakaiannya.

Luqman meneguk liur. Kaku sekejap dia bila tangannya ditepis kasar oleh Nuh. Segera dia jatuhkan pandangan bila perasankan Nuh tenung dia tajam.

"Kau jangan nak malukan aku dekat sini, Luq. Jangan kau nak layan aku lebih-lebih. Aku tak suka. Aku dah biarkan kau ikut aku ke sini pun kau dah sepatutnya bersyukur," bisik Nuh keras di telinga Luqman setelah  mendekati rakan sekuliahnya.

Luqman semakin menunduk setelah menerima kerlingan tajam Nuh sebelum lelaki itu berlalu ke anak tangga untuk ke tingkat atas, membuntuti Tuan Ahmad Zakri. Luqman Firdaus hela nafas lega bila Nuh Jazmin melepasinya dia. Sesak nafas setiap kali berdekatan dengan Nuh yang begitu namun demi tugas yang dipikul, dia tidak sesekali boleh nampak lemah di mata Nuh. Lagipun ini tugasnya. Tugasnya mudah sahaja, pastikan Nuh sentiasa berada di depan matanya dan dia tidak boleh jauh dari Nuh.

Mengingatkan kedinginan Nuh, Luqman menghela nafas berat. Dia menunduk, capai dan galas beg pakaiannya lalu mengikut Nuh dari belakang. Dia akan berkongsi bilik dengan Nuh sepanjang program ini berlangsung. Tapi itu bukannya satu masalah besar. Dia sudah terbiasa malah mereka juga sebilik di hostel UPM.

"Ni biliknya. Masuklah Nuh, Luqman." Tuan Ahmad Zakri mengamit anak angkatnya masuk ke bilik Nia yang telah disiapkan oleh anak bongsunya. Anak gadisnya mengemas bilik itu dengan muka masam mencuka. Dia tahu Nia protes dengan keputusannya.

"Terima kasih abah." Nuh membalas sopan. Kaki mengatur masuk ke dalam bilik itu. Beg pakaian diletakkan di tepi katil. Luqman juga mengikut masuk.

"Ini bilik Nia. Bersepah la sikit, bilik budak-budak macam ni lah gayanya. Nia tu baru form 3." Tanpa ditanya, Tuan Ahmad Zakri memberitahu tentang Nia kepada keduanya.

"Oo.. baru form 3..." Nuh bergumam.

"Berehat la dulu Nuh, Luqman, abah tahu kamu penat tak hilang lagi. Nanti sekejap lagi kita makan malam bersama sebelum kita ke dewan untuk aktiviti malam ni."

"Baik abah." Serentak Nuh dan Luqman menjawab. Tuan Ahmad Zakri tersenyum senang sebelum meminta diri meninggalkan keduanya.

Nuh mengitari pandangan ke seluruh bilik. Bilik yang tidak luas seperti biliknya yang ada di kediaman keluarganya tapi cukup cantik dan kemas dengan hiasan yang cukup simple. Konsep minimalist. Gabungan warna ungu muda dan pink muda menampakkan ciri-ciri pemilik bilik itu memang berjiwa muda.

'Well... budak tingkatan 3 kot.'

Ada satu almari buku kecil tersedia di bilik itu. Tersusun buku rujukan PMR, buku latihan dan terselit juga beberapa buah novel tersusun elok di rak itu. Tipikal remaja perempuan, suka baca novel walaupun tengah sibuk dengan exam. Nuh juling mata ke atas.

Nuh mendekati set meja belajar yang lengkap dengan lampu study. Ruangan itu dihiasi dengan 4 jenis botol kaca. Dari jauh isi botol itu nampak berwarna-warni dan berbentuk kecil-kecil menarik minatnya untuk mendekat. Tanpa menahan Nuh menapak langkahnya sambil menyepetkan matanya mengamati isi kandungan botol kaca itu. Nuh angkat salah satu botol yang tersusun disitu, mengintai sedikit isi dalam. Dahinya berlapis.

'Eh, bukan ke ini... origami bintang? Cantik!' Nuh teruja, bibirnya melekung nipis. Kemudian dia meletakkan kembali botol itu ke tempat asal.

Matanya beralih kepada bahagian tepi meja study, ada tiga frame gambar disitu. Nuh mengambil salah satu darinya dan melihatnya. Tak asing lagi, itu gambar Nia walaupun dalam gambar itu mungkin umur Nia lebih muda daripada sekarang tapi dia tahu itu adalah Nia.

"Boss, tak baik ceroboh hak privasi orang.." tegur Luqman Firdaus dibelakangnya.

Nuh letakkan kembali frame gambar itu ke tempatnya, sedikit kasar sehingga berbunyi bila frame gambar itu berlaga dengan permukaan meja. Dia toleh ke belakang, mata tajamnya terarah pada Luqman.

"Berapa kali aku nak pesan dengan kau, Luq? Jangan panggil aku boss. Aku bukan boss kau dan kau tu kawan aku. Tak lebih dan tak kurang dari tu. Aku tak suka kau merendahkan diri kau dengan panggil aku macam tu!" bentak Nuh keras.

Sakit betul telinga dia setiap kali dengar Luqman panggil dia 'boss' padahal dia dengan Luqman tu sudah berkawan lebih dari 20 tahun.  Gara-gara Luqman terpaksa terima tugas dari seseorang, Luqman sendiri yang menukar cara panggilan itu walaupun sudah acap kali ditegur dan ditegah. Dia cukup tidak selesa bila sahabat baiknya sendiri sudi memperhambakan diri untuknya. Dia cuma mahu jadi Nuh Jazmin. Nuh Jazmin orang biasa-biasa sahaja tapi fahamkah Luqman dengan kehendak hati dia?

"Maaf Boss. Saya dah terbiasa dan saya kena biasakan diri," jawab Luqman sedikit menunduk. Dia mengambil beg pakaian Nuh lalu membukanya. Kerja hakikinya perlu dimulakan. Dia mengeluarkan satu persatu pakaian milik Nuh untuk disusun di dalam almari seperti yang selalu dia lakukan di bilik asrama mereka.

Nuh meramas rambutnya. Sakit jiwa betul dia kena hadap perangai Luqman yang satu ni.

"Please la Luq. Jangan buat aku macam ni! Just treat aku sama macam orang lain. Aku tak suka kau buat aku macam ni!" Begnya di tangan Luqman ditarik kasar.

Luqman terdiam. Sudah terbiasa dengan perangai Nuh yang sebegini. Dia hanya perlu sabar dalam menjalankan tugasnya.

"Tapi semua ni kerja saya boss..."

Dengar sahaja jawapan Luqman, Nuh mendengus. Tanpa amaran, dia lemparkan semula beg pakaiannya kepada Luqman dengan kasar sehingga terkena wajah lelaki itu tanpa sempat mengelak.

Luqman mengalihkan beg itu, sedikit pedih mukanya dengan lemparan padu seorng Nuh itu.

"Kau nak sangat aku jadi macam ni kan?" Nuh menyinga.

Luqman hanya diam tidak menjawab. Tanpa pedulikan Nuh menyinga, dia meneruskan kerja yang tergendala tadi.

Melihat perbuatan Luqman itu, Nuh kepal tangan. Sakit hati dan kegeraman. Kenapa susah sangat Luqman hendak faham permintaannya? Dia cuma mahu dilayan seperti biasa dari seorang kawan, bukannya begini! Kalau begini layanan yang dia perlu terima, semuanya bagaikan tiada beza samada di sini ataupun di sana.

Hidupnya sentiasa terikat kemas! Nuh sesak dengan keadaannya.  Sesak dengan kehidupannya. Rasa mahu larikan diri dari semua ini, tapi bagaimana? Kemana sahaja dia pergi, dia tidak akan terlepas dari pandangan cctv seseorang.

Nuh henyakkan kadar punggungnya ke birai katil. Serabut betul dia fikirkan masalah yang tak pernah jumpa jalan penyelesaiannya. Paling penting dia mahu jauhkan diri dari 'mereka' tapi bagaimana caranya?

Продолжить чтение

Вам также понравится

223K 10.2K 40
#yuyachi ဖန်းတီးမှုတစ်ခုသာဖြစ်၍အပြင်လောကနှင့်သက်ဆိုင်မှုမရှိကြောင်း...❗ start:July 9,2024(Tue) End:september 21,2024(sat) 7:22PM Total- 75 Days #warn...
YUVIKA: The Needed Love Riona

Любовные романы

4.3M 287K 61
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
Tere Liye ..... Hobby writes

Любовные романы

789K 79.6K 55
3 lives got entangled due to the twisted Destiny...... Vidyut Rajvanshi married his college sweetheart Sanjana and was leading a happy life ......bot...
DAKSHIKA chandrarohini

Любовные романы

530K 33.6K 69
"Sshhhhh....." he hushed and pinned us against the wall leaving no space between us. I held onto his biceps with my hand in reflex. He shook his head...