His Return

By Shieyruna

8.8K 885 28

š€š©šš š¤ššš® ššš¤ššš§ š›š®ššš­ š¤ššš„ššš® š’š¢ šƒš¢šš š¤šžš¦š›ššš„š¢ š®š§š­š®š¤ šššš©ššš­š¤ššš§ š¬šžš¦š®š„ļæ½... More

Dear Readers šŸ’•
HR 1
HR 2
HR 3
HR 4
HR 5
HR 6
HR 7
HR 8
HR 9
HR 10
HR 11
HR 12
HR 13
HR 14
HR 15
HR 17
HR 18
HR 19
HR 20
HR 21
HR 22
HR 23
HR 24
HR 25
HR 26
HR 27

HR 16

245 24 1
By Shieyruna

"OKAY, terima kasih ya." Qis sempat hadiahkan senyuman buat staf receptionist itu. Beberapa sampul putih kini ada di tangannya. Dalam ni ada kad akses masuk ke dalam chalet dan gelang akses untuk masuk ke dalam kolam renang nanti.

Tak pakai tak boleh masuk. Tak mandi sekadar nak pantau anak kecil pun kena pakai. Katanya.

Qis menghampiri ahli keluarganya yang duduk di tengah lobi dan ada kerusi sofa di situ.

Sampul putih itu diserahkan kepada setiap ketua keluarga ikut nombor bilik yang sudah ditetapkan.

"Keluarga paklong bilik 225... Bilik paklang nombor 219. Bilik atok nenek dan acik su nombor 226 sebelah chalet paklong. Dalam sampul tu ada gelang akses nak masuk kolam. Mandi ke tak mandi wajib pakai okay?" pesan Qis.

Sekarang dah selesai. Mereka bergerak ke arah sayap kanan resort itu berdasarkan nombor yang tertera di dinding sebagai petunjuk.

Mereka melalui satu laluan pendek seperti terowong. Keluar saja sudah disajikan dengan landskap alam. Chalet semua tersusun rawak dan dikelilingi pokok palma, pokok-pokok renek lain yang dia tak tahu nama serta rimbun pokok bunga pelbagai jenis.

Ayahnya sudah membelok arah lain ikut atok dan nenek sebab nak bawakan beg sampai chalet.

"Bilik kita nombor berapa eonni?"

"Nombor 210."

"I think it's over there. Papan tu tunjuk bilik dari nombor 201-210 kena ikut arah sana." Qisha tunding jari di sebelah kiri sana.

"Tak nampak pun nombor biliknya," ujar Puan Jannah.

Qis setuju. Macam mana nak tahu. Takkan nak pergi ketuk chalet orang lain semata nak tanya nombor bilik.

"Qis Arlynna?"

Sedikit terkejut bila nama dipanggil. Belum pun nak menoleh tapi kenapa dia rasa macam kenal pemilik suara tu? Jantung Qis berdentak tidak menentu. Teragak-agak untuk menoleh.

"Eh Hirzan..." Suara emaknya.

"Abang Hirzan!" Serentak Qhaira dan Qisha menjerit menyebut sebaris nama itu.

Tak tunggu sesaat lagi, Qis menoleh ke sisi. Muka yang sedia terkejut semakin terkejut sebab memang Hirzan Daniq!

Muka Qis berkerut kesal. Apatah lagi tengok sengihan Hirzan. Suka lah mamat tu sebab dapat jumpa lagi. Dia ingat balik dari main ATV dah bebas daripada Hirzan. Kena jumpa lagi mamat ni kat The Bayu Resort ni?

Ceh! Tadi masa nak tinggalkan tempat ATV pun hati dah sendu sebab berpisah dengan Hirzan. Sekarang jumpa balik, dah lain perasaannya.

Dasar lalang kau ni Qis Arlynna!

"Makcik duduk resort ni ke?" Hirzan menghampiri beberapa wanita itu.

"Tanya lagi. Nampak orang seret bagasi berat-berat ni mesti lah duduk sini. Takkan nak cuci kolam pula," sindir Qis laju kemudian menjeling ke arah lain.

Hirzan cuma senyum.

"Tak apalah. Saya tolong bawakan beg sampai ke chalet. Bilik nombor berapa?" Laju Hirzan pergi capai bagasi yang dibawa Puan Jannah.

"Nombor 210!" jawab Qhaira.

"Okay jom."

"Eh tak payahlah Hirzan. Jangan susahkan diri tu." Puan Jannah menegah tapi Hirzan tetap capai besi penarik bagasi itu.

"Tak susah pun makcik. Bawakan beg aje. Yang susah tu nak bawa anak makcik yang sorang tu jalan-jalan. Kena saya terima nikah dulu."

Terus meletus tawa Puan Jannah.

Qis dah mengeram. Perlu ke bagi ayat macam tu dekat emak dia? Mata dah mencerlung ke arah Hirzan yang mendekatinya pula.

"Hirz tolong bawakan bagasi ya?" bisik Hirzan seraya ambil besi penarik dari tangan Qis tapi wanita itu teguhkan pegangannya. Macam tak nak bagi.

"Tak payah! Aku boleh tarik sendiri." Qis tinggalkan Hirzan di situ dan mengekori langkah emak dan adik-adiknya yang sudah jalan dulu.

Rasa kesal sebab Hirzan ada. Pulak tu buat perangai tadi. Nak buat apa? Nanti emaknya sibuk kenenkan dia dengan Hirzan pula. Ini yang tak suka ni.

Sampai depan chalet, Qis tengok sekeliling.  Walaupun pemandangan bukan depan kolam renang dan sedikit tersorok ke dalam di belakang dua buah chalet lain tapi bolehlah. Dari beranda sini dah nampak pantai.

Qis lekap kad akses pada tempatnya sampai cahaya kecil berwarna merah bertukar hijau. Terus pintu dibuka.

"Terima kasih ya Hirzan. Buat susah aje."

Bibir Qis entah berapa kali mencebik hari ini. Susah apanya? Nak sangat buat kerja staf resort kat sini tolong angkat beg tetamu.

"Tak susah pun makcik. Petang nanti buat apa? Kat depan tu ada pantai. Sebelah sana kolam kedua kalau korang berdua nak pergi mandi," beritahu Hirzan siap-siap sekali pada adik beradik itu.

"Tengoklah dulu. Makcik nak rehat kut. Pandai-pandailah mereka ni nanti."

"Kalau macam tu, Hirz pergi dulu. Assalamualaikum." Hirzan berjalan meninggalkan chalet itu. Sempat dia pandang Qis yang masih masam mukanya.

Bila Qis pandang emaknya. Ada senyuman. Qis tahu senyuman itu.

"Kenapa mak senyum-senyum ni?" tanya Qis.

"Eh korang berdua pergi cari ayah. Nanti dia tak jumpa chalet kita," suruh Puan Jannah.

"Mak..." panggil Qis meleret sambil ikut langkah Puan Jannah masuk ke dalam bersama bagasi adik-adiknya yang terletak di beranda.

"Apa?"

"Mak senyum ni jangan macam-macam eh. Qis tak nak," ujarnya sebab macam dapat teka apa diakal Puan Jannah. 

"Alah, kalau mak dah berkenan nak buat macam mana," balas Puan Jannah pula lalu duduk di sofa. Lenguh kakinya sebab duduk sedikit terkangkang atas ATV.

"No! Hubungan kita orang dah lama habis dan Qis tak nak bagi peluang kedua."

"Dah tu kenapa masih berkawan?"

Qis berkerut. Apa maksud soalan emaknya? Takkan nak berkawan pun salah. Okaylah kan? Dari silaturahim renggang atau putus.

"Kawan aje pun. Itu pun Hirzan yang nak."

"Dia berkawan ada sebab. Kau terima nak berkawan dengan dia sebab apa pula? Eh jaranglah perempuan tu nak berkawan dengan lelaki yang dah sakitkan hati dia. Selain Hirzan, kau berkawan ke dengan ex-ex yang lain? Tak ada kan? Jangan keliru dengan perasaan sendiri boleh tak? Dah, mak nak rehat." Puan Jannah perlahan berdiri untuk ke bilik yang bertanda master room.

Qis terdiam. Soalan emaknya semua tak ada jawapan yang utuh untuk dia bidas. Bila difikir balik, dia terima jadi kawan lepas hubungan putus dulu sebab sekurang-kurangnya dia masih boleh berhubung dengan lelaki itu walaupun atas dasar pertemanan.

Waktu itu, dia masih simpan perasaan pada Hirzan. Tapi bila Hirzan hilang untuk tempoh tertentu atas alasan kerja luar dan sudah lama tidak berbalas mesej, dia jadi terbiasa. Kecewanya macam dibawa angin.

Lepas itu dia dah tak kisah apa nak jadi antara dia dan Hirzan. Sekarang bila lelaki itu muncul lagi dengan tingkah yang lain dari kebiasaan sebelum ni buatkan Qis pelik juga.

Qis menghela.


***


SAMPAI depan chalet, kasutnya ditanggalkan dan letak pada anak tangga pertama. Seraya itulah, pintu dibuka dan seorang wanita keluar.

"Haih... Sampai kotor sebab nak tolong awek ya," kata Puan Shue tiba-tiba dan buat Hirzan sedikit tersentak. Laju saja bibir mengoyak senyuman.

"Kak Haina dah bagi tahu ibu lah ni?" Kepala Hirzan menggeleng perlahan. 

Masa nak balik ke resort tadi pun, macam-macam soalan Haina tanya tentang Qis memandangkan baru sempat rapat dan bertanya masa berhenti makan tengahari di kampung nelayan.

"Macam mana boleh jumpa? Dah berjanji eh..."

"Tak ada la ibu. Hirz pun terkejut dia ada kat situ. Lagi mengejutkan dia stay kat resort ni," katanya. Satu senyuman terbit di wajahnya bila mengenangkan balik apa yang jadi hari ini dan tadi. 

Macam dalam mimpi. Tapi... Boleh jadi ke kalau ni semacam petanda dari Tuhan? Bukan ke ni yang selalu dia doakan?

"Ya ke? Ya Allah... Kebetulan sangat tu. Alang-alang tu kan ajak lah diorang makan malam sekali dengan kita malam ni. Boleh ibu kenal-kenal sekali dengan keluarga Qis." Puan Shue senyum sekali mencadangkan.

Hirzan fikir sekejap. Dia tak kisah tapi Qis mesti akan menolak punya. Tak apalah, belum cuba belum tahu.

"In sha Allah," jawab Hirzan.


Continue Reading

You'll Also Like

33.8K 3.4K 38
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perni...
73.3K 9K 24
4th story šŸ¤ Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi...
36K 1.7K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...
55K 3.6K 41
Ian Fayyaz šŸ¤ Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semu...