Belongs to Him [C]

By dfzsyh

32.1K 2.7K 193

Rasa ingin tahu yang tinggi berjaya menghasutnya untuk membawa diri memasuki hutan yang sunyi di malam hari d... More

|| introduction ||
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46 [End]
Special Chapter

Bab 41

505 41 8
By dfzsyh

"patutlah, akak bekas pelatih PLAK rupanya" Mikha menganggukkan kepalanya beberapa kali

Aku pula hanya tersenyum nipis selepas menceritakan sedikit lagi pengalaman yang aku punya sebelum mengenali mereka.

"Tapi kenapa akak keluar?" Darwish bertanya

"Sebab abah akak tak bagi so dia paksa akak berhenti" jawabku

"Sebelum masuk tu, abah akak tak tahu ke?" Tanya dia lagi

Aku menggelengkan kepala. Aku main masuk aje dulu tanpa bagitahu sesiapa kecuali abang aku dan juga emak aku sahaja. Pada mulanya, emak aku pun tak bagi mengikuti latihan itu tetapi aku tetap berdegil dan berkeras hati mahu mengikut keputusan sendiri sehingga akhirnya kantoi dengan abah yang aku tiada di rumah selama beberapa bulan dengan alasan nak pergi berjalan dengan kawan-kawan sehabis diploma konon.

"Oh...patutlah" mereka hanya menganggukkan kepala sekali lagi

"Macam mana akak boleh minat dalam bidang macam ni eh?" Mikha bertanya sambil berjalan ke tempat yang aku bermain dengan senjata api itu tadi

"Sebab terpengaruh dengan kerja abah akak" santaiku bersuara dan terus bangun mengikutinya

"Ayah akak...polis?" Mikha memasang wajah kaget sedikit

Dan sekali lagi aku menganggukkan kepala.

"Tapi waktu akak masuk latihan tu, dia dah pencen so kononnya akak nak ikut jejak dia cuma...ye lah, dia dah tak bagi nak buat macam mana" terangku lagi

"Jadi tak ada sesiapa lah yang ikut jejak dia?" Tanya Darwish pula

"Ada, arwah abang akak" jawabku

"Wah..." Kagum Mikha dan Darwish

"Mungkin sebab akak perempuan kot, tu yang dia tak bagi" gumam Mikha

"Hm...agaknya lah" aku menyetujui kata-kata Mikha itu tadi

"Patutlah akak pandai jaga diri ek" Darwish menyangkan sengihan

"Mesti lah kena pandai, kalau tak macam mana nak selamat daripada manusia yang ada niat jahat?" Aku kembali ke posisi tadi, bersiap sedia untuk mulakan tembakkan seterusnya

"Betul, saya setuju" angguk Mikha

"Hm...patutlah saya kena tendang dengan akak waktu dalam hutan tu dulu" Darwish menggaru leher belakangnya

"Oh, itu kau ke?" Aku terkejut selepas melepaskan tembakkan sekali

Darwish yang masih menggaru leher itu hanya mempamerkan sengihan malu. Serta merta tawaku terlepas tanpa ditahan lagi. Kelakar bila membayangkan orang yang aku tendang di bahagian sensetifnya itu dulu ialah Darwish, haha!

"Sorry lah ya? Waktu tu kita bukan kawan, memang padanlah kau kena" aku meminta maaf sambil bergurau

"Mhm...tak apa lah kak, saya faham" dia membuat muka pasrah

Mikha dan juga Zafran turut tertawa tetapi Zafran tidak lah tertawa sebesar Mikha.

"Tabah weh" Mikha menepuk bahu Darwish sekali dua sebelum menyambung tawanya

"Kau ni, dah dah lah tu gelakkan aku" jeling Darwish

"Tak boleh lah, lawak!" Mikha mula memegang perutnya, sakit lah tu sebab asyik tertawa saja

"Senyap kau sebelum aku pula yang tendang kau, nak?" Darwish mula mengacah

"Suka hati aku lah" Mikha membuat muka selama

"Nasib kita dekat sini, kalau dekat rumah memang dah lama kau kena" geram Darwish

"Maaf lambat, bos" satu suara dari belakang kedengaran dan terus aku tidak jadi mahu menyambung latihan tadi

"Panjang umur kau bang" usik Darwish kepada Darwin yang baru tiba bersama seseorang

Tunggu sekejap, bila dilihat dari rupa paras seseorang yang berada di sebelah Darwin itu seperti seseorang yang aku kenal pula cuma wajahnya tidak dapat aku melihat dengan jelas kerana ditutupi oleh topi.

"Kau nak ke aku pendek umur?" Darwin memandang tajam Darwish

"Tak, gurau je" kecut Darwish, haha

"Darwin, kau bawa siapa?" Wajah Zafran mula dingin apabila melihat ada orang asing yang masuk ke dalam tempat ini selain orang yang dia kenal

"Dia..." Darwin memandang wajah di sebelahnya

"Dia bakal kakak ipar saya, doakan eh bos?" Gurau Darwish

"Boleh dipercayai?" Tanya Zafran

Kelihatan gadis di sebelah Darwin itu seperti sedang bercakap sesuatu dengannya secara berbisik dan hanya dapat didengari oleh mereka berdua sahaja.

"Don't worry boss, we can trust her" yakin Darwin bersuara

"So cuba buka topi dia" aku bersuara tiba-tiba dan mencelah di antara Mikha dan Zafran yang berdiri di hadapan aku tadi sebaik sahaja Darwin menghampiri kami

Nasib lah aku ni boleh tahan tinggi, jadinya dapat juga lah tengok ada orang lain selain Darwin tadi ish.

Kelihatan Darwin sedang membisikkan sesuatu kepada gadis itu. Dan dalam masa beberapa saat, topi itu sudah pun dilepaskan oleh gadis itu sendiri.

"Laura?" Kagetku bersama riak wajah tidak percaya

"Eh, Dina? Zafran?" Dia juga tiba-tiba memasang riak wajah terkejut

"Hah?" Trio itu turut hairan dengan apa yang baru sahaja terjadi

"Kau buat apa dekat sini?" Tanyaku laju

"Aku teman bakal tunang aku...kau?" Tanya Laura balik

"Ini lah bakal tunang kau?"

"So ini lah yang kau kata kau nak keluar tu?"

Kami bertanya serentak dan dalam hitungan 3 saat, tawa kami tiba-tiba meledak.

"Aku tak faham" Mikha tercengang

"Sama" diikuti dengan Darwish

"Kau, faham?" Darwish bertanya kepada Darwin dan lelaki itu mengangguk bersama senyuman

"Hai Zafran, berjumpa lagi ya kita?" Tegur Laura selamba

Zafran pula hanya tersenyum senget memandang wajah Darwin.

"Pandai kau pilih pasangan, Darwin" Zafran menghampiri Darwin dan menepuk bahu lelaki itu

"What a surprise, boss" balas Darwin memandang Zafran di sampingnya

"Hm...kenapa aku rasa kita ada bau-bau akan jadi semakin sendu di sini ya Wish?" Mikha memandang Darwish

"Pandai kau sorok daripada aku ya? Macam mana kau orang boleh kenal ni?" Tanyaku selepas menghabiskan tawa

"Aku fikir lain kali aje aku nak kenalkan kau dengan dia tapi tak sangka yang kau orang sebenarnya dah kenal" jawab Laura

"Betul-betul banyak kejutan ya hidup ni" ucapku

"Itulah" jawab Laura dan kami semua tertawa di situ.

"Gempak lah kau Dina, tak sangka kau ada bakat juga dalam benda macam ni" pujinya sewaktu aku duduk di sebelahnya

"Thank you" ucapku bersama sengihan

"Aku nak tanya ni weh" Laura merapatkan kerusi nya denganku

Aku yang baru menggapai air botol mineral di bawah kerusi itu pun memberi tumpuan kepadanya.

"Tanya lah" balasku

"Macam mana hubungan kau dengan dia? Dah bagi jawapan?"" Tanyanya

"...belum" aku menggelengkan kepalaku beberapa kali

"Habis tu? Apa pasal dekat sini? Bukan dating ke ni namanya?" Pelik Laura

"Kitaorang mulakan dengan kawan aje dulu" kataku

"Kawan eh?" Tanyanya meminta kepastian dan aku mengangguk

"Ikut kau lah, janji bahagia" ucapnya

"Kau tu...dah lama ke tahu bakal tunang kau tu kerja dalam bidang macam ni?" Aku cuba menjadi busybody pula kali ini

Dia menggelengkan kepalanya.

"Serious, hari ni aku baru tahu" ceritanya

"Lah, ye ke?" Aku bertanya sekali lagi

"Ye weh, mula-mula seram juga aku dengan tempat ni tapi okay dah lepas jumpa kau" dia tersengih

"Eleh kau" aku menjelingnya

"Nanti kau tanya lah kerja dia ni sebenarnya macam mana" aku memberikan cadangan

"Boleh juga, setakat tengok dia berlatih tembak-tembak ni mana lah aku dapat tahu kerja dia yang sebenarnya" setuju Laura

"Goodluck, semoga kau cepat tahu lah ya" ucapku bersama senyuman nipis.

11:45 pagi

"Baiduri, kita pergi cari makan tengah hari dulu nak?" Dia mengajakku setelah puas berlatih

"Boleh juga" anggukku

"Okay, kalau macam tu saya pergi mandi sekejap dan tukar baju dulu" balasnya dan terus berlalu pergi

"Kak, best ke rasa bercinta?" Mikha tiba-tiba duduk di kerusi sebelah

"Kenapa? Jealous ke?" Sengaja aku menyakatnya

"Siapa je tak cemburu kalau tengok dua ketul tu bersawit dekat tempat tembak tu" dia menjuihkan bibirnya untuk menunjuk dua orang manusia yang masih berdiri di sana

"Ini kan kak, nasib saya baik tau. Kalau tidak, confirm saya tembak diaorang" kata Mikha

"Haah, lepas kau tembak tu nanti keluar berita yang pasangan di tembak oleh seorang lelaki muda yang masih bujang" celah Darwish

"Lepas tu nanti mesti orang ingat yang kau ni orang ketiga, kan kak?" Darwish memandangku

"Boleh jadi" aku turut sama naik dengan Darwish untuk menyakat Mikha

"Dan lepas tu kau sambunglah sendu kau tu dalam penjara" sambung Darwish lagi

"Bukan main kau mengarang cerita pasal aku eh?" Mikha memandang Darwish tidak puas hati

Geram lah tu agaknya apabila Darwish tidak habis-habis meyakatnya.

"Ada bakat tak rasanya nak jadi penulis juga?" Tanya Darwish mengambil kesempatan

"Tak payah nak mengada, nanti kau pergi tulis pasal buaya dengan itik dalam buku tu" larang Mikha

"Eh okay apa? Seekor sibuk kuek kuek dan seekor lagi sibuk ngap ngap itik tu. Maka, tamatlah kisah mereka berdua" karut Darwish lagi

"Dah lah Wish, makin bodoh bila aku duduk dengan kau ni lama-lama" Mikha bingkas bangun dan mula melarikam diri ke tingkat atas

"Kau kena lah bodoh bersama aku, baru lah sehati dan sejiwa!" Darwish turut bangun dan cuba mengikuti langkah Mikha

"Acik kau lah sehati sejiwa, aku yang sakit jiwa nanti ada lah!" Balas Mikha dan aku yang masih di tingkat bawah ini hanya mampu tertawa kecil sahaja apabila melihat keletah mereka

Selepas suara mereka berdua mula menghilang di tingkat bawah, aku kembali meneliti sekeliling.

Bila aku tengok Laura bersama Darwin, lega sedikit hati aku apabila aku dah tak perlu tadah telinga mendengarkan aduan dia yang tengah rindukan buah hati yang ldr dulu tu. Baguslah bila Laura pilih Darwin, budak itu pun memang baik orangnya cuma agak muda beberapa tahun aje lah daripada kitaorang tapi dah kalau itu yang Laura suka nak buat macam mana kan?

Lagipun kadang-kadang, pasangan yang lebih tua daripada kita pun belum tentu dia berani nak memperisterikan orang yang dia cinta.

Apabila aku melihat coffe bar yang berada dekat dengan pintu masuk itu membuatkan aku teringin nak buat satu dekat rumah sendiri, tapi nak buat apa kan? Masuk rumah dan kalau terus pandang kanan aje dah boleh masuk dapur so tak jadi lah heh.

Tempat macam ni pun lawa ya? Kataku dalam hati. Sungguh cantik padananan warna tempat ini bersama peralatan yang ada di dalamnya. Aku suka.

"Baiduri, jom?" Tegur Zafran yang sudah menggantikan pakaiannya

"Jom" aku mengangguk setuju dan terus bangun daripada kerusi yang aku duduki tadi.

"Kita nak makan dekat mana?" Tanyanya sewaktu kami berjalan menuju ke kereta

"Mana-mana pun boleh, saya tak kisah" jawabku

"Kalau macam tu...jom kita pergi restaurant semalam, nak?" Tanyanya dengan nada seperti mengusik

Dan apabila aku memandang wajahnya, memang jelas terukir senyuman mengusik daripada bibir lelaki itu.

"Tak nak lah, nak tempat lain" aku cuba mengawal perubahan muka

Haish dia ni, sengaja aje nak kena kan aku?

"Baiduri pilih lah, kalau tidak saya nak makan dekat situ je" jawabnya selamba

"Mengada" aku berdecit dan dia pula tertawa kecil

"Garang-garang pun lawa, tak faham betul saya dengan awak ni Baiduri" gelengnya bersama senyuman yang masih lagi terukir

"Lawa tu bonus, garang tu wajib" balasku

"Sorry lah" ucap Zafran tiba-tiba

"Aik, kenapa pula awak tiba-tiba minta maaf ni?" Hairanku

"Sebab awak nampak comel bila berlakon garang, so tak sampai rasa dia punya takut tu" selamba dia berkata dan terus mendahului langkah kaki ku

"Sejak bila awak macam ni?" Tanyaku jujur

Kalau sebelum ini, kerja dia asyik nak mengutuk aku aje kan?

"since I started falling for you" jawabnya dengan tenang

Okay, aku ni dah lama tak dengar ayat-ayat macam tu jadi aku rasa sedikit tidak terbiasa dan itu membuatku geli. Sorry, Zafran hehe.

"Okay, jom kita pergi Mcd!" Kataku sedikit kuat dan terus masuk ke dalam perut kereta sebaik sahaja kami sampai ke kereta dia

Dia pula hanya tertawa riang.

Continue Reading

You'll Also Like

15.4K 2.5K 65
Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cabaran mereka hadapi untuk meneruskan kump...
29.4K 618 11
( my first book ) - I WILL MAKE YOU WORTH IT HAVING ME LOVE - ----------------------------------------------------------- Dejavu. Itulah yang Rania A...
505K 17.4K 70
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
3M 267K 89
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...