roomie.

By -milkyuuu

1.7K 427 1.8K

꒰ complete ꒱ ❧ choi chanhee. in which grumpy pink guy having sunshine girl as his housemate. started : jun 1... More

0 0 ; prologue
0 1 ; new housemate
0 2 ; unfounded memories
0 3 ; secretly cared
0 4 ; pinky guy
0 5 ; this night
0 6 ; tulips, the novel
0 7 ; jealousy brother
0 8 ; fear of blood
0 9 ; fight till we drop
1 0 ; kimbap kidding
1 1 ; unclear scenarios
1 2 ; weird feelings
1 3 ; hot spring trip
1 4 ; sunset
1 5 ; pre midnight date
1 6 ; traumatic love
1 7 ; falling leaves
1 8 ; roommate unofficially
1 9 ; playing it cool
2 0 ; cool with you
21 ; cursed croissant
2 2 ; reset
2 3 ; pretzels & strawberry
2 4 ; rain inside
2 5 ; secret garden
2 6 ; yellow tulips
2 7 ; hopeless
2 8 ! ; don't blame me
2 9 ; farewell
love notes
epilogue : spring breeze

3 0 ; roomie officially

67 12 108
By -milkyuuu

•••

« youngmi »

a week later.

" Slowly Mimi." pinta Chanhee seraya memimpinku masuk ke dalam rumah.

Sebelah tanganku menyentuh perut yang masih terasa nyeri tiap kali melangkah walaupun sudah seminggu aku menginap di hospital. Sebenarnya doktor masih berkeras mahu pantau aku. Sudahlah baru keguguran, kena tikam, kemudian tumpah darah. Itu tak termasuk trauma yang aku alami sepanjang duduk bersama Younghoon. 

Tetapi biasalah seketul Youngmi yang degil, kita tunjuk mogok nak balik gara gara homesick melampau. Akibatnya bukan aku sahaja kena bebel, Chanhee turut dibasuh cukup cukup oleh perawat garang itu. Akhirnya lelaki bersambut blonde itu tayang muka pasrah dan cakap, okay doctor, she's my top priority now.

Cukup untuk buat aku melting sampai salting bikin kencing manis ting ting ting-

" Kejap eh." Chanhee bantu dudukkan aku di sofa. Kemudian dia menghilangkan diri bersama bagasiku.

Sempat aku memerhati segenap penjuru rumah yang menjadi permulaan segalanya kepada aku dan Chanhee. Memori suka, duka, gila, kelakar, memalukan. Bau aroma rumah ini sendiri juga aku rindu. Termasuk bau kepam Chanhee yang baru pulang dari uruskan cafe kampusku.

Home sweet home semuanyaa!

Kini lelaki itu sudah duduk bersila di hadapanku. Jemari runcingnya bermain dengan jemariku di riba. Aku senyum senang.

" Lapar tak?"

Aku angguk. Makanan terakhir yang masuk ke perut hanyalah dua roti bakar bersalut jem blueberry semasa bersarapan. Itu pun kena sidai lima jam sebelum aku dapat kebenaran untuk discharge. Sekarang dah petang, aku tak sempat lunch.

" Mimi nak makan apa?" soal Chanhee.

Badan disandarkan pada kusyen. Kepala didongak ke atas, sedang berkira kira apa jenis makanan yang sedang aku craving. Mmmm-, makanan local? Western? Rasanya aku takde craving apa apa sekarang melainkan apa apa jenis air tangan Chanhee.

Rindunya nak tengok malaun pink pakai apron hello kitty sambil memasak!

" Lamanya fikir roomie." pehaku terasa berat. Tahulah aku dagu Chanhee berlabuh di situ.

" Roomie?" ton suara sengaja kubuat geli annoying.

Ditambah pula dengan ekspresi jijik melampau. Niat mahu mengusik. Cukup untuk membuatkan Chanhee alihkan dagunya dari ribaku. Lekas dia berdiri tegak. Pandang aku tak puas hati. Aku kemamkan bibir, buat selamba. Standby Youngmi, dia nak sembur kau.

" Ohh kau, dulu bukan main beria claim aku ni roomie kau. Sekarang tak suka pulak. Kau nak apa sebenarnya Kim Youngmi? Perangai complicated kau memang tak pernah nak berubah. Haihh-, nasib sayang." ayat terakhir lelaki itu membuatkan aku hilang kata kata.

Nasib sayang? Aishhh-

" Oh, kau nak aku jadi roomie kau la ni?" bagai orang bodoh aku bertanya, kulit pipi sudah terasa berbahang.

" Iya sayang, barang kau dah masuk bilik aku pun. Masa kau hilang, aku dah plan. Kalau aku jumpa kau, aku nak kita jadi roommate sampai kau fully jatuh cinta dengan aku. Lepas tu kau jadi girlfriend aku, aku propose kau, then kita kahwin." penuh semangat Chanhee merancang flow perjalanan hidup kami. Siap sengih sengih miang pandang siling.

Rahangku jatuh, speechless kuasa dua. Sungguh aku sangkakan tahap delusional aku sudah kronik, ternyata Chanhee lebih ekstrem. Harus berjumpa pakar.

" Jomlah masak! Layan perangai delulu kau, delulu aku pun insecure. Cepatlah pink! Aku laparr!" desakku pantas. Cuba elakkan Chanhee berfikir diluar kotak seperti nak berapa anak bila dah kahwin.

" Pink? Aku dah blonde la Mimi. Pink Chanhee dah lepak underground." bebelnya seraya menapak beriringan denganku ke dapur.

Aku ambil tempat di kaunter pulau, Chanhee pula mula mencari bahan bagi memasak. Mengikut bahan bahan yang sedang lelaki ini prepare, mungkin hidangam cold noodle atau seangkatan dengannya.

" Mana apron hello kitty?" persoalan yang bermain di benak terkeluar tanpa sedar.

Barang pink yang berkait dengan hello kitty semuanya dah takde. Mana aku tak pelik.

Chanhee berhenti membasuh sayur, lalu menoleh ke arahku. Segera paip ditutup dan pandangan kami berlaga. —" I've told you Mimi, aku dah move on. Pink Chanhee yang terhasil daripada heartbroken husband dah takde. Now this new version of Chanhee is standing in front of his present lover." dia tersenyum hangat. Sempat dia kenyitkan sebelah mata.

Ceyy- flirty sangat!

Tak sangka panjang berjela jawapan yang aku dapat. Sekali lagi membuatkan mulutku terkunci. Jiwa turut terusik dengan bait bait patah yang keluar dari bibirnya. Chanhee yang ini, geliga bermain dengan kata.

Lekas aku berdeham, cuba menutup perasaan terharu.

" Tapi aku suka tengok kau pakai apron tu. Seksi." tangan diletakkan di atas meja, menongkat dagu. Mata terarah pada lengan kemeja Chanhee disingsing sehingga siku. Salur darahnya timbul menimbul membuatkan lelaki itu kelihatan extra attractive.

Aku senyum gatal. Muka terasa panas.

" Pardon?" lelaki itu mendekat, kalut aku melambaikan tangan supaya dia menjauh. Sebaliknya makin rapat pula dia berdiri. Mujurlah meja pulau ini memisahkan kami.

" What roomie? Saya tak dengarlah awak sebut tadi." bisiknya miang. Ketinggiannya direndahkan, menyamai aku. Smirk tersungging di bibir pinkishnya.

Aku senyum sengit, mahu mengusik. " Pink, itu soalan ke cemburu?"

" Amboi roomie ni nakal! Sini nak babap!"

Aku tergelak besar seraya cuba larikan diri. Tetapi lelaki itu lebih tangkas, dicempungnya aku yang dalam keadaan paksa rela lalu dibawa ke kaunter pulau semula.

Bahagia, sungguh aku bahagia.

May everything between us are everlasting.

Itulah doa dalam diam aku titipkan. Aku harap sangat kebahagiaan yang aku kecapi sekarang tidak diragut dalam sekelip mata. Tidak untuk masa terdekat kerana disebalik rasa bahagia yang mengasyikan ini, deep down aku rasa ada sesuatu yang tidak kena.

Sesuatu yang sepatutnya aku selesaikan segera. Tetapi aku memilih untuk tidak mahu berbuat apa apa.

--❦︎--

Aku tersedar daripada lena. Suram ruangan kamar Chanhee yang hanya diterangi lampu tidur. Lama pandanganku menatap siling, cuba menafsir mimpi yang sama sudah membelenggu malamku berminggu minggu lamanya. Mimpi yang membuatkan aku dihantui rasa bersalah yang tidak berpenghujung.

Tahulah aku masa untuk aku habiskan bersama Chanhee kian suntuk. Kepala ditoleh ke kanan. Deruan nafas hangat menampar pipi. Wajah Chanhee yang sedang terlelap disampingku ditenung lama.

Eyes.

Nose.

Lips.

Segalanya terlihat sempurna. Jariku dilarikan pada segenap inci wajahnya. Mulus kulitnya jika nak dibandingkan dengan aku. Akhirnya aku berhenti di bibir pinkish yang terbuka sedikit. Kedengaran dengkuran halus darinya.

Persoalannya, bahagiakah aku sekarang? Keluhan kecil terbit. Perlahan lahan lengan Chanhee dari pinggangku dialihkan lalu berjengket jengket aku melangkah keluar.

Dua pagi, suasana rumah terasa suram. Lampu kecil di tangga aku petik bagi menerangi jalanku ke bilik lama. Semenjak aku pulang ke sini, kamar lamaku sudah tidak lagi digunakan. Dan ini kali pertama aku jejak di sini selepas aku pulang.

Suis lampu dinyalakan sebelum aku melangkah masuk. Semuanya terlihat seperti sediakala. Barang lamaku tidak berusik, dan ada jugak penambahan barang lain. Mungkin milik Chanhee.

Lamunanku terhenti tatkala aku terlihat satu bouquet bunga tulips kering berada di atas mejaku. Setahu aku, bunga ini digantung di belakang pintu.

" Tulips." aku gumam perlahan sebelum mengeluh berat.

Bouquet itu aku ambil dan belek. Tiga tahun bouquet ini berada padaku, dan masih kekal utuh. Satu petal bunga aku cabut dari tangkai. Teringat pula persoalan yang aku pernah tanyakan kepada Younghoon ketika hari pertama Chanhee pindah masuk ke sini.

Adakah bunga ini kegemaran Kim Youngmi?

Aku senyum kesal dan menjatuhkan bunga itu secara sengaja ke lantai. Rahang diketap kuat.

Tulips adalah kesukaan Chaera. Bukan aku.

Dan bagaimana bunga ini berada pada kau?

Aku mengilai seorang diri bagai dirasuk. Kemudian aku bertinggung dan merenung kosong ke arah petal kering yang bertaburan di lantai.

Kerana aku curi daripada Chaera. Hari Chaera dibunuh, aku berada di situ. Aku ambil bunga ini kerana aku dengki. Aku dengki melihat orang di sekeliling Chaera tetap peduli tentangnya. Tidak seperti aku yang pada waktu itu sedang sakit di hospital yang sama tetapi langsung tiada siapa yang ambil peduli.

Suara itu tergelak sinis, jadi kau nak salahkan orang lain?

Waktu itu aku sakit! Aku tak sedar apa yang aku buat! Tolonglah faham! Aku takde niat nak sakiti Chaera-

Penipu! Dari dulu kau dengki dengan Chaera. Kau yang jahat!

" Yaish-!" aku bertindak melempar segala benda yang berada dekat denganku. Jujur aku mula hilang kewarasan diri.

Bahagia tak sekarang? Dapat apa yang kau nak?

" Diam! Diam! Diammm!" aku menempik. Tangan dihayunkan pada kepala sendiri.

Rambut diserabaikan. Rimas tatkala dua suara di dalam kepala saling berbalah sesama sendiri. Air mata deras mengalir keluar. Dek kerana terlalu tertekan, aku mencakar diri sendiri secara tidak sedar.

Sekarang baru nak menyesal? Manusia bodoh. Kau tak payah nak menyesal sangatlah. Dah bahagia kan sekarang? Chanhee bukannya tahu apa yang kau buat kan? soal suara itu, sinis.

Younghoon, Younghoon yang paksa aku!

Kalau kau tak bukak mulut pada Younghoon, Chaera mungkin masih hiduplah sial!

Tiada jawapan dikemukakan oleh suara yang berpihak kepadaku. Monologku terhenti di situ, teresak esak aku menangis di lantai. Penuh penyesalan.

" Mimi? Hey, bangun! Awak mengingau ni!" suara lembut Chanhee mengetuk gegendang telinga. Menghilangkan ilusi yang sedang membelenggu.

Wajah risau Chanhee masuk ke iris, serta merta aku memeluk erat tubuh itu. Tagisan terluah tanpa sedar. Sungguh aku belum bersedia untuk philang Chanhee. Tangan lelaki itu melingkar di belakang tubuhku. Setelah aku dapat bertenang, barulah Chanhee leraikan pelukan.

" Ini ke parut yang buat kau amnesia?" jemarinya bermain di ruas dahiku.

Aku hanya mengiakan. Senyuman nipis tersungging di bibir lalu dia mendekatkan wajah. Satu kucupan hangat singgah di situ. Cukup untuk membuatkan fikiranku terasa damai semula.

" Chanhee." jeda, sepasang mataku menyelami dasar matanya. Cuba untuk mencari kekuatan mengucapkan bait kata yang seterusnya. " I- I have something to tell you."

Chanhee terpinga pinga, lekas dia menjarakkan diri.

" Pasal Chaera." sambungku.

Senyuman yang terukir di bibirnya serta merta mati. Seakan akan tidak suka hal Chaera dibangkitkan sekarang. Tangannya dialihkan dari aku dan berura ura untuk pergi. Lekas aku menghalang.

" Chanhee- please." rayuku, memintanya untuk dengar.

Chanhee tidak membalas, sebaliknya memalingkan wajah kepadaku semula. Menandakan dia bersedia mahu mendengar. Aku hela nafas sedalamnya.

" Aku yang bunuh Chaera." ujarku, pandangan jatuh ke riba. Takut untuk menentang sepasang mata cantik Chanhee.

" Younghoon yang bawak aku ke hospital lepas dia langgar kau dengan Chaera. Chaera waktu tu koma, Younghoon- Younghoon yang bawak aku ke wad Chaera and-" aku pandang tangan. Terbayang skapel yang berlumuran darah selepas aku tikam Chaera pada waktu itu.

Dan aku tak tahu bagaimana mahu cerita kepada Chanhee mengenai itu. Aku pasti Chanhee akan membenci aku selepas tahu kebenaran yamg aku sorokkan selama ini. Nafas dihela berat, sekurang kurangnya bebanan di hati terasa ringan sedikit.

" Mimi-" daguku diraih Chanhee. Sepasang mata cantiknya menjelajahi serata wajahku. " Aku dah tahu."

Bibirku melompong. Serta merta tubuh terasa longlai. Cepat cepat Chanhee memaut tubuhku, memberi sokongan.

" K- kau dah tahu? Kau tahu dari awal aku yang bunuh Chaera?"

Jemarinya naik mengelus rambutku yang sedikit menggerbang. Lemah lembut diselitkan ke belakang telinga. Bibirnya mengutar kata, " Kau tak salah Mimi, kau kena anaiya. Everything is Younghoon's fault. Dia yang manipulate semuanya dari awal."

" Macam- macam mana kau tahu?" tanpa sedar aku meramas t-shirt putihnya. Terlalu terdesak untuk tahu.

" Polis tak cukup bukti. Malam tu semua CCTV down tanpa sebab. Aku tahu itu semua kerja Younghoon. Lepas aku sedar, aku decide untuk siasat sendiri selepas polis tutup kes tu. And every evidence pointing at Younghoon amd you. Termasuk bouquet bunga tu." bahuku diusap lembut.

Pandanganku jatuh pada bouquet bunga yang bersepah. Aku raupkan wajah. Masih tak dapat hadam apa yang diucap Chanhee.

" Kau maafkan aku apa yang aku buat?" cengkaman pada baju Chanhee terlerai.

Chanhee koyak senyum, tangannya mengusap pipiku pula. " It's not your fault Youngmi, because of Younghoon you've been through a lot. You are a victim too." Tanpa kuduga Chanhee menarikku masuk ke pelukannya. Aku tenggelam dalam perasaan.

" Thank you Chanhee, thank you." bisikku diantara dengar atau tidak.

Bibir membentuk tersenyum nipis, lega kerana akhirnya aku dapat melepaskan apa yang terbuku selepas lama memendam rahsia ini seorang diri.

" Next time kalau ada masalah, jangan pendam sorang tahu? Masalah kau, masalah aku jugak. Aku risau kau jadi gila macam tadi. Understand roomie?" Chanhee leraikan pelukan.

Bersungguh aku angguk bagaikan burung belatuk, " Okay roomie, Tapi salah kau la tak beritahu dari awal yang kau sebenarnya dah-" tidak sempat menghabiskan ayat, ulas bibir Chanhee menempel padaku. Lama, rama rama terasa berterbangan bebas di dalam perutku.

May everything between us are everlasting.

--❦︎--

- the end -

- kim youngmi & choi chanhee signing off -

•••

Continue Reading

You'll Also Like

6K 539 37
Cinta? Itulah yang dialami oleh segelintir pasangan ketika sedang dimabuk cinta. Namun tidak bagi pasangan ini Taman di sebuah bandar bernama York m...
23K 3.5K 33
[COMPLETE] Hyn . Korea digemparkan dengan kehadiran pembunuh bersiri wanita-wanita yang mati dalam keadaan tragis selepas di 'sentuh' olehnya . Menja...
9.7K 742 49
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
8.4K 2K 26
❝The growing gap between you and me❞ THE STORY CHAPTER : ETERNITY Soobin sering kali didatangi mimpi mimpi pelik yang berbaur satu amaran tegas. Pad...