0 7 ; jealousy brother

53 14 37
                                    

•••

« youngmi »

" Tunang oppa tahu tak oppa datang sini?" soalku. Lincah tanganku mengeringkan bekas yang dibawa oleh Younghoon.

Tiada balasan. Aku toleh ke meja makan. Lelaki itu merenung lama ke arahku membuatkan aku bingung sendiri. Younghoon ni kena microsleep ke apa? Tangan aku lambaikan pada wajah lelaki itu suapaya dia sedar diri.

" Oppa?"

" Oh, tunang oppa tahu. Don't worry." dia berdeham kecil lalu alihkan pandangan.

Bekas Tupperware yang baru siap dikeringkan aku bawa ke meja makan. Ingin bungkus kembali supaya mudah untuk Younghoon bawa pulang.

" Teringin nak jumpa tunang oppa, nanti bawak la adik jumpa dia."

" Housemate adik mana?" seperti biasa dia akan mengelak untuk jawab soalan yang berkaitan dengan tunangnya. Aku tak kisah, mungkin privasi. Taknak lah aku ikut campur.

Soalan yang diaju oleh Younghoon tadi aku hanya balas dengan senyuman.
Tak penting untuk dia tahu. Risau betul aku igauan Younghoon rembat tubuh keding New bakal menjadi nyata. Harap harap New balik lewat hari ini.

Bekas makanan yang telah kosong aku ikat semula ke dalam kain yang dibawa oleh Younghoon. Aku suka cara Younghoon, style kampung sangat. Buatkan aku teringat suasana kampung. Nyaman, sejuk, sahutan dari unggas dan segala jenis haiwan peliharaan yang hanya boleh didapati di kampung.

Sangat dejavu-

" Mimi, termenung pulak!"

" Eah?" aku terpinga pinga. Mataku melorot memandang bekas makanan aku yang ikat dengan kain. Waduh, aku tersimpul mati pula!

" Takpe, nanti oppa gunting je." Younghoon menghalang tanganku dari membetulkan semula ikatan itu. Aku hanya menurut saja, senang kerja aku.

Sempat aku mengerling ke arah bilik New. Hish mata aku ni, lima minit sekali nak melencong ke situ! Pandangan aku alih semula pada Younghoon yang setia memerhati aku. Senyuman aku hadiahkan pada lelaki itu.

" Wae? Teringat dekat New ke?" duga lelaki itu. Sinis bunyinya.

Tetapi aku tak ambil hati. Younghoon selalu sangat jadi protective bila aku bercakap tentang New. Aku sengih kerang busuk. Tanganku mencapai jag kaca lalu aku tuangkan air sejuk ke dalam gelas. Gelas itu aku tolak kepada Younghoon.

" Mana adalah, rasa macam pelik rumah ni ada orang lain selain adik. Adik dah tak rasa lonely macam dulu." gumamku, gembira.

" Happy?"

" Nae. Happy sangat."

Sumpah aku rasa bahagia semenjak New tinggal denganku. Sekurang kurangnya telinga aku dapat dengar bunyi yang dihasilkan oleh manusia seperti bebelan New yang selalu naik jengkel denganku. Dan aku suka!

" Kalau adik pindah rumah oppa dulu, takde la lambat sangat adik rasa happy macam ni." ungkapnya bersahaja. Cukup membuatkan senyuman terukir di bibirku mati.

Aku sangkakan lepas dapat roommate baru, Younghoon akan berhenti pujuk aku pindah ke rumahnya. Ternyata sangkaan aku silap. Wajah lelaki itu aku tatap tak puas hati. Sampai bila aku nak bergantung harap kepada Younghoon? Umurku pula hampir mencecah 30 pun. Walaupun memoriku berusia 16 tahun, bak kata Aeri.

" Adik nak cuba berdikari la. Umur adik dah nak masuk 30. Takkan la nak harapkan oppa lagi. Apa tunang oppa kata nanti tengok adik still duduk bawah ketiak oppa lagi? Malulah." luahku. Dengan harapan Younghoon memahami.

" Mimi tu adik oppa. Pedulilah orang cakap apa. Apa apapun, keselamatan adik terjamin sikit bila kita duduk serumah. Kalau adik sakit lagi macam mana?" tegang wajahnya.

Aku ketap bibir. Younghoon tetap berkeras. Kata katanya macam doakan aku untuk terlantar di hospital lagi. Sudahlah aku serik dengan segala bunyi bunyian mesin di situ!

" Oppa, adik dah ada roommate. Kenapa oppa nak risau sangat? Selama ni elok je adik duduk sorang. Kenapa baru sekarang oppa nak bukak isu ni? Kalau adik sakit ke apa, New boleh hantarkan. Apa susah?" aku tetap berdegil. Cuma degil aku kali ini, aku kaitkan New untuk kuatkan hujahku.

Itu pun kalau New baik la nak tolong angkut aku ke hospital. Silap haribulan kalau aku pengsan, ditinggalnya aku terbaring sampai esok. Tak ke haru?

" Dahlah oppa. Malaslah bincang pasal ni. Adik tetap nak tinggal sini, titik!" tegasku. Cuba mengelakkan perang mulut antara kami semakin serius.

Younghoon bangkit dari kerusinya. Bingit telinga aku dengar kaki kerusi yang diperbuat daripada metal bergesek pada lantai. Tajam Younghoon menatap aku. Penuh bengang.

" Ikut suka adiklah, kalau jadi apa apa bukan tanggungjawab oppa. You do you." ucapnya berbaur kasar.

Bungkusan bekas kosong tadi dicapainya ganas. Berdentam dentum bunyi tapak kakinya menapak menghala ke arah pintu utama. Aku hanya menghantar kelibatnya melalui pandangan mata sehingga dia menghilang.

Bam! Pintu rumahku dihempas. Lah, macam itu sekali lelaki itu marah. Selama ni okay je kalau aku tolak permintaannya untuk pindah rumah. Apahal nak emosi?

Agh! Rimas!

Bangs yang menutup dahi aku sebakkan ke belakang. Panas pula lepas bergaduh mulut. Side effect panas hati agaknya. Entahlah masalah apa yang Younghoon tengah hadap sekarang. Semua benda dia nak angin.

Nak marah, tapi kena sabar.

Padlock pintu berbunyi menandakan pintu diakses dari luar. Tidak lama kemudian kelibat New berjalan masuk menjadi tatapan. Lelaki itu menonong sahaja masuk, langsung tak pandang ke arah aku. Lekas aku betulkan rambut.

" New."

Langkah lelaki yang mengenakan sweater pink itu terhenti. Kedua dua tangannya dimasukkan ke dalam poket. Kepalanya disengetkan lalu menatap aku yang masih berada di meja makan. " Wae?" dingin dia menyoal.

Lantas aku melompat turun daripada kerusi tinggi. Langkah aku atur sehinggalah aku berdiri betul betul di hadapan lelaki pink ini. Nafas aku hela seketika.

" What if saya pengsan dalam rumah ni, awak hantar saya ke hospital tak?"

Sebelah keningnya terjongket. Mungkin tidak menyangka aku bertanyakan soalan sebegitu secara rawak. Badannya dibongkokkan sehingga ketinggiannya menyamai aku. Aku tahan nafas. Risau bau seaweed yang aku makan tadi dia hidu.

" Asal? Kau nak berlakon pengsan depan aku ke? Seronok nak aku dukung kau lagi?" perlinya dalam nada berbisik. Siap smirk lagi tak tahannya!

Ciss, mulutnya pun! Bukannya aku yang mintak kau dukung!

" Bukan, saya cuma curious." jujurku.

Lelaki itu berdiri tegak sambil memeluk tubuh. Tidak lepas sepasang almond eyes miliknya pandang aku.

" Well, kalau kau berlakon pengsan aku biar kau pengsan sampai esok. Kalau real pun aku biar jugak. Manalah tahu kau berlakon. Hati manusia, macamlah aku boleh baca. Busuk ke tidak manalah aku nak tahu." ujarnya penuh makna tersendiri. Selamba dia angkat bahu lalu menapak ke bilik tidurnya.

Aku buat muka. Eleh, kita tengok siapa yang panik dulu kalau aku pengsan. I mean kalau, takkan la aku nak doa diri sendiri ni pengsan. Itu meminta bala namanya.

" By the way ada seaweed lekat dekat celah gigi kau tu." laungnya sebelum pintu bilik terkatup rapat.

What the hell?! Laju lidahku mencari di segenap gigi, di manakah tersoroknya seaweed yang dikata oleh New. Aku ketap bibir. Memang ada secebis seaweed terselit di celah gigi kacip atas. Mukaku terasa semakin tebal. Lelaki pink ni, memang suka sangat malukan aku!

" Hergh! Tak gentleman langsung!"

Tumpang simpati betul dengan wife lelaki ini.

•••

roomie.Kde žijí příběhy. Začni objevovat