πŒπ‘.πˆπ™π‘π€πˆπ‹ π‹π”π‚πˆπ€οΏ½...

By amiieya

299K 15.2K 588

"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan k... More

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 1
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 2
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 3
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 4
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 5
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 6
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 7
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 8
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 9
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 10
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 11
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 12
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 13
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 14
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 15
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 16
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 17
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 18
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 19
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 20
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 21
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 22
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 23
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 25
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 26
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 27
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 28
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 29
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 30
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 31
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 32
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 33
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 34
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 35
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 36
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 37

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 24

5.6K 282 14
By amiieya

Lamborghini berwarna hitam dipecut laju memasuki perkarangan rumah agam Izrail.

    Pintu rumah itu dibuka perlahan. Dia mengerutkan dahinya apabila hanya melihat Hayder seorang sahaja yang berada di ruang tamu itu.

    Dia sedikit curiga. Hatinya tak tenang.

"Ayder? Where is mommy ?", soal Izrail yang baru sahaja sampai dirumah itu kepada anak lelakinya yang sedang duduk di ruang tamu itu.

"Erm, mommy? Mommy tak balik lagi", jawab Hayder lalu memuncungkan mulutnya. Dia merindukan Qaira. Semenjak bekerja semula Qaira jarang meluangkan masa untuk bersamanya.

Jam di tangan di perhatikan. Sudah hampir pukul 10 malam , isterinya itu masih belum lagi tiba dirumah. Izrail menekan nama Raffael di skrin telefonnya itu.

"Raff, Qaira tak balik lagi ke?"

"Eh, tadi dia chat aku dia kata kau ambil dia balik"

"Kau biar betul, Raff?"

"Betullah. Sejak bila aku ni pandai tipu kau"

"Oh, takpalah kalau macam tu"

Panggilan telefon tadi terus diletakkan oleh Izrail. Tanpa menunggu lama dia pun bergegas mengambil kunci keretanya kembali untuk menuju ke hospital milik keluarga mereka itu.

"Alesya, maaflah ganggu kau malam-malam ni. Aku nak tanya Qaira ada dengan kau tak?", soal Izrail sambil memecut laju keretanya.

Alesya yang mendengar apa Izrail katakan di dalam telefon itu agak terkejut kerana tidak pernah Qaira balik selewat ini jika bukan kerana pekerjaan.

Namun, Alesya tahu bahawa Qaira itu tidak pernah lupa untuk memberitahu orang yang terpenting di dalam hidupnya jika dia mempunyai pekerjaan melebihi masa.

Kerana dia bukanlah seseorang yang suka membuat orang lain risau akan tentangnya.

"Qai tak ada dengan saya, Rael. Kenapa?"

"Aku nak minta tolong kau boleh?"

"Apa dia Rael ?"

"Tolong jaga Hayder dekat rumah dulu boleh? Tadi aku tinggalkan dia seorang diri dekat rumah", pinta Izrail.

Alesya juga tidak menolak dengan permintaan itu kerana dia juga merindukan anak cilik yang comel itu.

"Okay nanti Lesya pergi temankan Ayder" Izrail berasa sedikit lega kerana ada yang menemani anaknya dirumah itu daripada sendiri.

Dia cuba menelefon Qaira beberapa kali namun tidak pernah diangkat.

"Sayang, mana awak ni"

Dia sangat risau akan keadaan isterinya ketika itu. Siapalah yang tak risau kalau musuh sendiri berada di dalam satu bangunan tempat isteri bekerja.

"Tuan Izrail ?", sapa salah satu jururawat yang melihat Izrail terburu-buru itu.

"Eh, ada nampak Doktor Qaira tak?"

"Doktor Qai ? Dia dah balik dah tadi"

"Pukul berapa dia balik ?"

"Erm, dalam pukul 5 tadi."

"Doktor Faris?"

"Dia tak datang hari ni"

Setelah dia mendengar jawapan daripada jururawat itu tong sampah yang berada di tepinya itu disepak oleh Izrail.

Beberapa orang yang berada di ruangan itu sedikit terkejut melihat apa yang dilakukan oleh Izrail.

Fikirannya bercelaru kini, kemana dia hendak mencari keberadaan isterinya itu. Seluruh cctv di situ telah pun di periksa oleh dirinya sendiri namun tiada satu pun kelibat yang menunjukkan Qaira itu menghilang.

RING! RING!

Telefon milik Izrail berdering. Nama Fawish tertera di skrin telefonnya itu.

"Kau dah jumpa Qaira?", soal Fawish.

Izrail yang belum sempat menjelaskan apa-apa kepada Fawish itu sedikit terkejut dari mana abang iparnya tahu tentang kehilangan Qaira secara tiba-tiba itu.

"Dari mana kau tahu?"

"Raffael call aku tadi, dia kata Qaira tak balik lagi"

"Selepas aku hantar Alesya dekat rumah  kau, kita cari sama-sama" sambung Fawish di dalam pangilan.

"Kau tahu tak . . ."

Izrail berhenti berbicara apabila dia melihat kemunculan Zafri yang berdarah-darah itu bersama seorang perempuan yang berada di dalam dukungannya itu.

"Ya Allah, sayang !"

Tanpa dihiraukan, Fawish yang sedang berada di dalam talian tadi pun hanya ditinggalkan begitu sahaja. Dia bergegas berlari ke arah isterinya.

"Nanti aku cerita dekat kau", kata Zafri tercungap-cungap lalu meletakkan tubuh Qaira yang berlumuran darah di atas katil hospital yang dibawa oleh jururawat tadi.

"Hanis, panggil Doktor Sharyn kita bawa Doktor Qai ke emergency sekarang"





"Rael, aku nak kau duduk dulu boleh?", kata Fawish yang dari tadi melihat Izrail itu hanya ke hulu hilir berjalan di hadapan bilik kecemasan itu.

"Aku risau Fawish", jawabnya lalu duduk tepat disebelah Fawish.

Lebih dari dua jam mereka berada di dalam itu namun tiada satu pun yang memberitahu mereka tentang keadaan Qaira.

Siapalah yang tak risau kalau dalam keadaan macam ni. Jantungnya hampir berhenti berdetak melihat keadaan isteri kesayangannya itu baring lemah dengan darah.

"Tak lama lagi mereka keluarlah tu. Sekarang ni sebenarnya apa yang berlaku, Zaf?"

Zafri dari tadi hanya tertunduk diam dengan keadaan baju putihnya itu berlumuran darah.

"Ini semua permainan Cobra"

"Aku dah agak dah, Rael. Kau nak diam berapa lama?", soal Fawish.

"Bagitahu perkara sebenar macam mana boleh berlaku", kata Izrail.

"Sebelum aku balik daripada resort kau, aku ada nampak beberapa orang anak buah Cobra dan Evros dekat kawasan kau"

Itulah yang dia nampak ketika dalam perjalanan menuju ke arah keretanya. Beberapa orang suruhan musuh Izrail sendiri sedang menyamar untuk masuk ke kawasannya itu.

"And then aku pergi sini, aku nampak anak buah Cobra bawa lari Qaira sampai ke pangkalan sempadan. Kalau seminit aku terlambat mungkin sekarang Cobra akan fikir dia menang habis-habisan"

"So, macam mana Qaira boleh cedera teruk macam tu?", soal Izrail kembali.

Zafri ditatap dengan tajam.

"Aku tak tahu benda ni lawak ke tak. Kau nak tahu apa bini kau cakap sebelum dia pengsan?"

"Apa dia?"

"Mingyu-si", dengan ringkasnya Zafri menjawab. Fawish dan Izrail menepuk dahi masing-masing. Kemaruk kpop betul bini dia ni agaknya. Keadaan macam tu pun sempat memikirkan oppa dia. Itulah yang dikatakan oleh Izrail di dalam hati.

"Tapi betul juga apa yang kau kata. Muka kau memang macam oppa dia", celah Fawish pula. Izrail hanya menjeling ke arah abang iparnya disebelah itu.

"Kau dah bagitahu mama dengan papa?"

Fawish hanya menggelengkan kepalanya. Izrail menghembus nafas lega. Sepertinya, Fawish memahami apa yang hendak disampaikan oleh Izrail itu.

Mereka berdua pun tidak ingin jika orang tua mereka mengetahui bahawa musuh mereka berada di mana-mana.

Semua itu cukup bahaya untuk mengancam nyawa orang disekelilingnya sekarang terutamanya Qaira dan Hayder kerana itulah sumber kelemahan Izrail.

Namun, titik kelemahan itu tiada siapa mengetahui jika ia akan membangkitkan kembali penyakit Izrail yang sudah lama hampir sembuh.


"Tuan Izrail"

Salah satu doktor yang sedang merawat Qaira di dalam selama dua jam lebih itu tadi menyapa Izrail.

Sempat dirinya menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Itu memang menjadi kebiasaan para pekerja disitu.

"Macam mana dengan bini aku?", soal Izrail lalu bangun dari tempat duduknya tadi diikuti oleh Fawish dan juga Zafri.

"Qaira, maksud saya Puan Qaira alhamdulillah selamat. Tetapi saya harap Tuan Izrail tak izinkan dia bekerja selama setahun lebih sebab kesihatan dia akan kembali teruk jika tidak berehat seketika", terang Doktor Sharyn.

"Mak-maksudnya ?"

"Tuan Izrail, luka ada di badan Puan Qaira akan teruk jika tidak disuruh berehat dan alangkah bernasib baiknya janin Puan Qaira berjaya diselamatkan juga"

Izrail dan Fawish menatap satu sama lain. Mata Izrail berkaca. Janin? Itu maksudnya dia akan mempunyai anak bersama Qaira selepas ini?

"Maksudnya, bini saya mengandung?"

Doktor Sharyn mengangguk.

"Usia kandungan Puan Qaira baru sahaja masuk lapan minggu. Tahniah saya ucapkan. Tuan Izrail kena ingat kesan jahitan di perut Puan Qaira masih belum sembuh oleh kerana jahitan itu sedikit terbuka dan menyebabkan dia banyak pendarahan tadi"

"Weii, aku ada baby!" Izrail mendakap tubuh abang iparnya.

"Sekarang kita boleh masuk?", tanya Fawish.

Doktor Sharyn hanya menyilakan mereka bertiga untuk memasuki ruangan itu.

Qaira masih lagi berbaring di atas katil itu. Ini kali kedua dia melihat isterinya itu cedera oleh kerana permusuhan antara dia dan musuhnya. Izrail menghampiri Qaira.

Dahi isterinya itu dicium agak sedikit lama tanpa disedari ia menyebabkan air matanya mengalir.

"Sayang, sayang bangun okay? Abang tak nak tengok sayang baring macam ni lama-lama", bisik Izrail ke telinga isterinya itu.

Perasaannya sedikit sebak dan bercampur dengan rasa amarah. Dia sungguh tidak menyangka jika permainan Cobra akan sejauh itu setakat ini.

"Dalam perut sayang ni ada anak kita. Nanti, Ayder dah jadi abang. Cepat bangun, okay?"

Perut Qaira di elus dengan lembut.

Fawish dan Zafri hanya mendiamkan diri sahaja di hujung katil itu.

"Fawish, malam ni telefon mama dan papa tentang keadaan Qaira tapi aku nak dalam keadaan yang senyap-senyap. Sebab aku pindahkan Qaira dekat hospital satu lagi, pesan dekat budak - budak untuk jaga-jaga dekat depan pintu dan seluruh hospital", kata Izrail.

Fawish hanya mengangguk dan keluar daripada ruangan tempat adiknya dirawat itu.

"Zafri, aku nak kau jadi bodyguard bini aku mulai sekarang"

"Baik", jawab Zafri sebelum meminta diri untuk keluar daripada situ dan meninggalkan Izrail bersama isterinya itu.

Continue Reading

You'll Also Like

136K 12.3K 56
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
49.8K 5.7K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
60.6K 3.7K 60
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
339K 6.9K 55
( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung p...