OG | | MEJAR'S CODE G28

By farhaenanurr

21.5K 1.2K 44

SYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa... More

𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
1' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
2' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
3' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
4' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
5' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
6' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
7' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
8' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
9' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
10' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
11' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
12' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
13' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
14' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
15' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
16' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
17' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
18' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
19' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
20' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
21' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
23' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
24' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
25' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
26' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
27' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
28' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
29' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
30' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
31' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
32' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
33' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
34' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
35' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

22' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

467 20 0
By farhaenanurr

Selepas kejadian pada malam itu, Tuan Arhan Ali meminta untuk pempercepatkan majlis perkahwinan anak mereka supaya Syed Aariz dapat menjaga anaknya secara halal.

Hari ini. Hari bahagia buat Nur Arfana Faiqa dan Syed Aariz Al-Farras. Bersamaan 28 Julai 2022, hari dimana dirinya akan diakad sebagai seorang isteri kepada lelaki berpangkat Tentera Udara itu. Hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka semua.

Wajah Arfana yang sedang disolek di dalam bilik Hotel sambil ditemani oleh sahabatnya, Cinta Mawar terlihat anggun. Gadis itu memandang dirinya sendiri di dalam pantulan cermin yang agak lain dari kebiasaan. Buat kali pertama dirinya menerima tema warna putih.

" You're Beautiful." Puji Theo ikhlas.

Benar. Theo menjadi Jurusoleknya juga. Bahkan pakaian Arfana juga direka khas oleh Theo. Mata mereka bertentang di dalam cermin yang sama. Mata Arfana berair menahan sebak bahawa dirinya akan menerima tanggungjawab yang besar selepas ini. Gelengan dari Theo membuatkan Arfana mengemam bibir menahan tangisan supaya tidak merosakkan solekannya.

" Akhirnya kau jumpa juga peneman sehidup semati kau, Ana. You're too Beautiful in white." Puji Cinta Mawar pula.

" Lepasni Turn kau pula, Cinta. Bercinta lama-lama buat apa? Buat tambah dosa je. Baik kahwin" Tersentap Cinta Mawar dengan ayat Theo. Padahal semua tahu yang Theo bukanlah beragama Islam tetapi dia tetap mengingatkan Cinta Mawar dan Arfana Faiqa tentang Islam.

" Aku bersyukur sebab sahabat aku ada di sisi aku hari ni. Aku takkan boleh sampai ke tahap ni tanpa Cinta dan Theo. Thankyou both of you." Cinta Mawar yang berada di belakang Arfana terus memeluk sahabatnya itu manakala Theo tersenyum di tepi mereka.

Hal hebat yang dia rasakan adalah kesempurnaan dalam memilih sahabat yang sentiasa ada di samping walaupun sikapnya yang keras kepala. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh sahabatnya demi diri yang serba kekurangan ini.

Theo, Dialah sahabat, Dialah pendengar, Dialah pemujuk, Dan Dialah Penyelamat.

Cinta Mawar, Dialah Sahabat, Dialah pelindung, Serta Dialah Jantung.

" Dah jadi isteri nanti, Ana dah tak boleh degil macam dulu lagi tau. Ana kena kuat jalani perjalanan rumah tangga. Banyak perkara yang Ana kena terima dan berfikir secara waras nanti. Apa pun yang terjadi, fikir sebab dan akibat dahulu sebelum buat apa-apa keputusan. Jangan risau, kami sentiasa ada. Theo akan sentiasa ada." Suara garau Theo menjengah ke telinga.

Sepasang mata coklat itu menatap dalam ke dalam mata Theo. Keikhlasan sebagai seorang sahabat terserlah menyinari di dalam kornea matanya. Andai sahaja dia halal untuk memeluk jejaka itu, pasti dia akan dakap tanpa dilepaskan.

" I will, Theo."

Rasa hiba semakin menyala. Masa terus berdetak, nadi terus berdenyut.

Theo menyiapkan usikan terakhir pada solekan Arfana. Gadis itu sangat anggun di dalam salinan perkahwinannya.

" You're Stunning Bride" Puji Theo dan Cinta bersamaan. Seraya bunyi tawa mereka memenuhi bilik itu.

Kaki melangkah ke Dewan diiringi Theo dan Cinta serta Bridesmaid yang lain. Debaran semakin terasa bila pintu Dewan sudah kelihatan di hadapan mata. Saat pintu terbuka, lagu yang dipilih mereka sebagai pembuka majlis terus berbunyi.

Cinta Sesungguhnya, Sabhi Saddi ft Marsha.

Senyuman diukir bila Mamanya sudah menunggu di hadapan tangga. Lagu berdendang disamping langkah perlahanya menuju ke pelaminan. Perlahan dia berjalan untuk menghayati majlis dan lagu itu sendiri.

" Kaulah cinta sesungguhnya..." Sebak hatinya mendengar ayat itu. Teringat kali pertama pertemuan dirinya dengan Syed Aariz. Sungguh dia sendiri tidak menyangka akan permulaan hidup mereka seperti ini. Perkahwinan yang dia tolak kini bakal menjadi miliknya. Milik Syed Aariz Al-Farras.

Kisah yang tidak romantis dahulu sudah dikuburkan sejak 7 hari usaha Syed Aariz mencuba mencuri hati Arfana Faiqa. Kini, berjalannya Arfana Faiqa di atas kaca ini sebagai seorang wanita yang sedang jatuh cinta. Cinta yang dibutuhkan di dalam kehidupannya.

Tangan disua kepada Mamanya yang sudah bersiap sedia menuntun dirinya naik ke pelaminan. Wajah separa tua itu tersenyum manis kepada satu-satunya puteri mereka. Tangga dipijak secara berhati-hati dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Kamera juga berkelip-kelip di dalam dewan itu memandangkan keluarga mereka berlatarkan 'Korperat'.

" Adik takut la Mama."

" Mama pun macam ni juga dulu, tapi percayalah gembira tu akan datang lepas diijab kabulkan" Puan Qalesya Fatehah menenangkan anaknya yang sudah terketar itu. Kekura sang anak diusap lembut supaya tenang.

" Puteri tunggal Mama cantik sangat hari ni. Macam Puteri Raja. Mama suka tengok Adik senyum macam ni, nampak berseri. Mama rasa macam baru semalam lahirkan anak mama ni, harini dah nak jadi isteri orang." Luahan Mamanya mengundang rasa sedih yang tak terhingga. Pertama kali dia melihat Mamanya sedih.

" Mama" Seru Arfana Faiqa saat matanya turut berair.

" Mama sayangkan adik. I love you soo much, My Dear Survival"

" Adik sayangkan Mama lebih dari segalanya, Mama" Tangan Mamanya dicapai lalu dicium cukup lama. Air mata gembira jatuh satu persatu di atas tangan Puan Qalesya Fatehah.

Deringan telefon pintar Mama memhentikan drama air mata mereka berdua. Panggilan itu dijawab jua pada jarak jauh dari Arfana. Hujung tangga menjadi pilihan kakinya terpasak sebelum lemah. Tuan Arhan Ali yang sedang duduk di hadapan kadi memandang sang isteri yang hampir rebah lalu berlari ke arahnya dan di paut pinggangnya manakala Arfana Pula sudah mengheret kain turun menuju ke arah Mamanya.

Keluarga mereka yang lain sudah berdiri menuju ke arah mereka. Theo dan Cinta berdiri tegak di belakang Arfana.

" Mama? Kenapa? Mama tak sihat ke?" Soal Arfana penuh tanda tanya.

" You good, Sayang?" Suaminya pula mengaju soalan dengan riak yang cemas dan risau.

" Anak Mama kuat kan? Puteri Mama Kuat kan?" Tanya Puan Qalesya sambil memegang pipi kemerahan Anak perempuanya.

Arfana Faiqa memandang Mamanya dengan wajah bercelaru. Kenapa dengan soalan itu dan mengapa dengan riak wajah Mama itu?

" Look at that!" Bisik Theo kepada Cinta namun sempat didengari oleh Arfana Faiqa.

Skrin besar di tepi dipandang oleh ketiga pasang mata itu sebelum turut menjadi tumpuan manusia lain juga. Video berdurasi 50 saat itu menggambarkan kehancuran sekeping hati milik Arfana Faiqa. Video akad Syed Aariz bersama wanita lain. Lututnya terus longgar dan hampir menyembah bumi. Longlai segala urat saraf dalam badan. Jelas nama dan suara Syed Aariz bergema di dalam video itu.

Hancur.

Kecewa.

Tubuhnya jatuh terduduk di bawah bersama pegangan erat pada bahunya oleh Ardhan. Matanya jelas keliru dengan kejadian hari ini. Hari bahagianya tragis.

" Ana!" Puan Fatema dan Tuan Ammar terus menerpa kearah Arfana.

" Umi minta maaf, Nak! Umi tak sangka Riz akan buat macam ni. Maafkan Umi, Nak." Jelas riak kecewa terbentang di wajah separa tua itu.

" Ana, Ayah minta maaf bagi pihak keluarga kami. Ayah betul-betul Minta Maaf." Ucapan maaf keluar lagi dari bibir orang tua Syed Aariz.

Arfana sudah tidak mampu bersuara. Otaknya seakan berhenti dari berfikir. Tangannya naik memegang dada yang sudah berdetak laju. Air mata gembira bertukar sedih begitu sahaja. Padahal baru sahaja dirinya mahu mengecapi ambang kebahagiaan.

" U-Umi Ayah, it's okey" Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dia ucapkan saat ini.

Dunianya sudah bercelaru. Hatinya sudah hancur.

Kedua belah tangan naik menolak semua tangan yang sedang menyentuh tubuhnya lalu bangun menuju ke pintu Dewan. Tubuhnya terhuyung-hayang menahan pening. Kepala pula dipegang dengan wajah kosong.

" Adik!" Ardhan memanggil dirinya dari jauh bersama langkah mengejar Arfana.

Lobby Hotel menjadi saksi air matanya jatuh tanpa dipinta. Dia berjalan keluar bersama esakan buat pertama kalinya. Buat pertama kali dia menangis untuk lelaki. Terasa bagai maruah dipijak-pijak begitu sahaja.

" Don't cry, Princess. Abang lemah bila adik abang menangis. Tolong jangan menangis" Rayu Ardhan bersama air mata juga. Tubuh Arfana dipeluk erat dari belakang.

" Ana sedih" Balas Arfana dengan pandangan kosong.

" I know. But you have me. I'm your brother"

" Tell me Qal, Ana ni tak layak untuk dicintai ke? Atau Ana tersalah pilih? Tapi ini jawapan dari solat istikharah Ana. Im so lost" Matanya melurut memandang wajah Abang keduanya di bahu.

" Allah nak uji kita, Adik. Kita hanya manusia biasa yang tak boleh menghalang, ini semua kerja Yang Di Atas. Kita hanya melaksanakan suruhannya saja. Abang yakin, Allah uji kita dengan kesedihan ni sebab DIA nak bagi yang terbaik untuk kita, untuk adik."

Tiada kata yang mampu dia ucapkan selain Kecewa yang teramat. Tidak tahu bagaimana kehidupannya akan berlangsung selepas ini. Dan semestinya hari ini akan viral kisahnya di media sosial. 

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
29.6K 2.6K 29
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
389K 12.1K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
866K 85.7K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...