Gangster Hot Suami Aku

By ishackxzz_2345

14.5K 658 64

Merlina kazandra seorang yang cantik,peramah.. Sopan santun.. Pandai siapa sahaja yang tidak suka dengan gadi... More

PROMOTE
caracter
Prolog
✨part 1✨
✨Part 2✨
✨Part 3✨
✨Part 4✨
✨Part 5✨
✨Part 6✨
✨PART 7✨
✨Part 8✨
✨PART 9✨
✨PART 10✨
PART 11
PART 12
PART 13
PART 14
PART 15
PART 16
PART 17
PART 18
PART 19
PART 20
PART 21
PART 22
PART 23
PART 24
PART 25
PART 26
PART 27
PART 28
PART 29
PART 30
PART 31
PART 32
PART 33
PART 34
PART 35
PART 36
Part 37
PART 38
Part 39
PART 40
PART 41
PART 42
PART 43
PART 44
PART 45
PART 46
PART 47
PART 49
PART 50
PART 51
PART 52

PART 48

111 9 1
By ishackxzz_2345

Syazira yang sedang membelek belek baju dihadapannya itu dipandang. Bebola matanya dinaikkan ke atas. Sudah berbuih mulutnya membebel kepada syazira supaya tidak membeli baju tersebut. Namun Syazira tetap syazira.

"Sudah sudah lah Syazira kita nak terperuk berapa lama lagi dalam kedai ni?. Aku lapar la. " Ujar Merlina. Tangannya naik mengusap perutnya yang kelihatan sedikit besar itu.

"Ala beb rilexlah.. Baru je kita masuk sini tau"Kata Syazira. Matanya dan tangannya masih lagi pada barangan disitu. Rambang matanya melihat barangan disitu.

"Masalahnya... Dah berapa kedai kita masuk ni syazira.. Banyak sangat ni.. baby pun belum keluar lagi.. Tapi kau dah beli banyak sangat baju dia.. "Kata Merlina lagi. Ya, mereka sekarang berada di dalam kedai menempatkan barangan bayi.

"Tak salahkan prepair  awal - awal. Bak kata orang dulu Sediakan payung sebelum hujan, Tak ke gitu merlina?."Balas Syazira dengan selamba. Merlina sudah memeluk tubuhnya.

"Lagi pun merlina.. Buatnya kau nak terberanak pula macam mana?. Jadi aku sebagai aunty yang baik lagikan cantik ni kene sediakan barang awal awal untuk anak buah dia ni.. " Ujar Syazira lagi lalu meninggalkan merlina dibelakang. Merlina sudah terpinga pinga apabila ditinggalkan begitu sahaja. Langkah milik Syazira diikuti juga.

Habis sahaja mereka membeli belah mereka terus menuju ke cafe yang dijanjikan syazira itu. Merlina sedang menghirup air itu dipandang syazira sebelum dia mengumpulkan nafas untuk bertanya kepada merlina.

"Merlina..? "Panggil Syazira. Merlina memandang ke arah syazira.

"Ye kenapa? " Soal Merlina pula.

"Aku nak tanya kau something ni tapi... kau jangan marah yer.. "Kata Syazira dengan nada suara yang serba salah. Merlina sudah mengerutkan dahinya. Tidak lama kemudian dia mengangguk.

"Kau... tak nak balik jumpa family kau ke?... I mean macam.. kau tak rindu diaorang ke?.. Family kau mesti risau kau hilang macam tu je.."Ujar Syazira serba salah.

"Hurmmm aku tak tau lagi.. Aku tak sedia lagi nak hadap family aku.. Nanti mesti diaorang persoalkan pasal aku dengan Izz semua.. Aku tak nak lagi.. Kau faham kan maksud aku.. " Kata Merlina lagi. Air nya itu dikacau kacau menggunakan straw.Syazira mengangguk lalu tersenyum

"Tak apa aku faham.Lagi pun aku yakin.. Dengan situasi kau macam ni.. mesti kau pening nanti..Kau tak salah pun dalam hal ni.. Ada masa nanti insyaallah ada petunjuk untuk kau"Ujar syazira lalu mengenggam tangan milik Merlina untuk menyalur kekuatan untuk sahabatnya itu.

"Merlina... "Panggil seseorang.Terus kepalanya dihadapkan ke belakang..

"Akak Izzarah"Ujar merlina perlahan..

"Akak sihat? " Soal Merlina lembut pada kakak iparnya itu.Sudah lama tidak bersua muka dengan izzarah.

"Alhamdulillah sihat.. Merlina dengan anak buah akak sihat ke? " Soal Izzarah tetapi matanya tertacap pada perut bulat milik merlina itu. Merlina mengusap perutnya itu

"Alhamdulillah merlina dengan baby sihat. "Balas merlina sambil Tersenyum. Tidak sangka hari ini dia berjumpa dengan kakak iparnya ini.

"Mama dengan papa okey ke kakak? " Soal Merlina lagi.

"Alhamdulillah mama sihat...tapi papa.... "Kata kata Izzarah terhenti seketika membuatkan Merlina mengerutkan dahi licin miliknya.

"Papa kenapa akak? " Soal Merlina. Wajah jelita milik izzarah dipandang.

"Papa dekat hospital merlina.. " Terus mati senyuman milik merlina.

"Papa?  Hospital? Kenapa akak?  papa sakit ke? " Soal Merlina lagi. Dia masih lagi tidak dapat menangkap apa yang di sampaikan oleh izzarah. Izzarah menganggukkan kepalanya dengan lemah.

"Papa kene serangan jantung merlina.. " Balas Izzarah penuh kesal. Sayu sahaja suaranya.

"Allahuakbar.. "Mengucap merlina apabila mendengar kenyataan yang keluar dari pada mulut izzarah. Dato Izz Malik ayah mertua nya sudah dianggap seperti ayah kandungnya. Jujur dia sedih dan terkejut apabila mendengar bahawa ayah mertuanya terkenan serangan jantung.

"Macam mana boleh jadi ni akak? Papa buat apa sanpai boleh kene serangan jantung? " Izzarah mendiamkan Dirinya. Tiada niat ingin membuka mulut. Dia tahu sekarang bukan situasi yang sesuai untuk dia beritahu tetang apa yang berlaku.

"Merlina nak jumpa papa"Ujar merlina . Izzarah menghela nafasnya.

Izz yang berada di balkoni biliknya itu mengehela nafas berat.Kata kata Balqiz masih lagi terngiang ngiang di mindanya.

""Kalau you pilih merlina.. You and I are nothing.. But kalau you pilih I.... "

""Ceraikan Merlina. "

2 perkataan itu sudah membuatkan dirinya Gila. Cerai? Jangan harap! . Tidak semudah itu dia melepaskan Merlina!.

Kini dia teringat akan keluarganyanya pula. Berpuluh puluh mesej dan panggilan daripada Datin Marina tidak terjawab. Kata perdebatan antara dia dan Izzarah kembali berulang.

"Kau ingat Izz sekali kau jejak kaki dalam rumah ni kau jangan sesekali ingat panggil aku kakak kau selagi kau tak putuskan hubungan kau dengam perempuan ni! "

"Argh Bodoh! Semua nak serabutkan kepala aku! " Katanya. Buku limanya ditumbuk ke dinding balkoni tersebut sebagai pelepas amarah. Semenjak pemergian Merlina semakin banyak masalah yang ditimpanya.

"Aku tak akan semudah tu cerai kan kau merlina.. "Ujar Izz sambil menguntum senyuman sinis. Mati hidup balik pun belum tentu dia akan menceraikan wanita tersebut. Dia tamak!. Balqiz dia nak merlina juga dia nak.

Bunyi mesin denyutan nadi itu memenuhi ruang wad yang menepatkan Dato Izz Malik itu. Wayar wayar yang melekat di badan dato Malik itu dipandang merlina. Hati nya sedih melihat orang yang dia sayang sebegitu rupa.

"Papa menantu kesayangan papa datang melawat papa ni.. Dah lama menantu kesayangan papa tak melawat papa kan? ". Kata merlina seorang diri. Muka dato izz malik yang memakai alat pernafasan itu dipandang.

Kata kata doktor tadi membuatkan merlina ingin menangis..

Sebaik sahaja merlina sampai di Hospital yang menempatkan Dato Izz Malik terus dia mengatur langkah ke wad itu. Namun seorang doktor lelaki sedang merawat dato izz malik itu menegah merlina daripada memasuki bilik tersebut buat sementara waktu atas sebab pemeriksaan sedang dijalankan.

Sebaik sahaja doktor itu keluar dari bilik yang menempatkan dato Izz malik terus Merlina menyerbu pelbagai soalan kepada doktor itu.

"Doktor macam mana keadaan Dato Izz Malik?.Bila dia boleh sedar?. Dia akan bangun ke dalam masa terdekat ni?"Pelbagai soalan keluar dari mulut merlina. Riak gelisahnya terpapar di muka jelita miliknya.

"Boleh saya tahu puan siapa ya?. Sebab selama ini hanya datin marina dan puan Izzarah sahaja yang hadir" ujar doktor itu

"Saya merlina menantu Dato Izz Malik.. Macam mana dengan keadaan ayah mertua saya Doktor?"Soal Merlina lagi.

"Seperti sedia maklum, Dato Izz Malik menghadapi serangan jantung atas sebab terkejut dan benda yang membuatkan dirinya serabut. Jadi mungkin mengambil masa beberapa hari untuk dato Izz malik menyedarkan diri. Bergantung pada alat pernafasan itu.. Insyaallah kita doakan yang baik baik sahaja " Mendengar kata kata doktor itu membuatkan merlina merasa dirinya seakan akan dihempap dengan batu yang besar.

"Kalau tiada apa apa lagi saya minta diri dulu ya. "Ujar doktor itu lagi lalu meninggalkan merlina sendiri.

"Papa merlina minta maaf dah lama tak datang jumpa papa.. Kalau merlina tahu awal awal merlina datang papa"Katanya sayu. Hatinya dihurung rasa bersalah.

"Merlina...? "

"Mama? " Wajah datin Marina terpancul di hadapannya. Jelas muka milik Datin Marina agak terkejut dengan kehadiran Merlina. Setelah hampir 5 bulan tidak bersua.

"Cucu mama sihat ke? " Soal datin marina sambil mengusap perut milik merlina yang kembung itu.

"Alhamdulilla mama sihat.. "Ujar merlina.

"Merlina pergi mana selama ni sayang? " Soal datin Marina. Soalan yang cukup membuatkan mulut merlina terkunci..

"Ermm tak ada kemana pun mama.. Merlina.. travel cuti cuti.. "Ujar merlina. Kedengaran tidak logic tapi hanya itu sahaja yang terlintas di kepalanya.

"Dah berapa bulan cucu Mama dalam ni? " soal. datin marina lagi . Soalan itu membuatkan merlina menguntumkan senyumannya. Tangan kecilnya diusap ke perut.

"Cucu mama dalam perut ni nak masuk 5 bulan dah."Ujar merlina teruja. Sudah hampir nak masuk 5 bulan janin ini berada di dalam kantunng perutnya.

"Alhamdulilla lega hati mama dengar.. Tapi merlina mama nak tanya ni.. merlina jangan ambik hati ya"

"Boleh mama.. Mama nak tanya apa? " Soal Merlina.

"Sebelum merlina pergi izz dah laksanakan.... "Kata kata datin marina terhenti apabila merlina menganggukakn kepalanya perlahan lahan.

"Salah merlina mama sebab cabar dia buat benda bodoh.. Tak sangka pula dia boleh buat perkara luar kawalan macam tu.. "Kata merlina.Air matanya sudah mula bergenang di tubir mata.

"Tapi merlina tak kisah.. Mama tau.. Merlina happy sangat sangat bila dapat tahu merlina mengandung..Merlina tak expect merlina nak jadi ibu dah.."Katanya bibirnya diukir senyuman yang manis.

"Mama minta maaf merlina bagi pihak Izz. Izz tak patut buat merlina macam tu.. Mama tak sangka boleh jadi macam ni... " Tutur Datin Marina. Sungguh dia tidak sangka anaknya berperangai sebegitu rupa.
Merlina menggelengkan kepalanya.

"Tak apa mama.. Sekurang kurangnya merlina dah jalan kan tanggungjawab merlina sebagai seorang isteri.. " Kata merlina.  Dia tidak kisah akan hal itu. Hatinya berasa senang sangat apabila dia sedang membawa nyawa seseorang di dalam badannya.

"Walaupun dengan secara tidak rela dan tak sedia?." Soalan yang keluar dari mulut datin marina membuatkan merlina terdiam. Datin marina menghela nafas beratnya.

"Merlina.. Mama minta maaf kalau soalan mama kasar mengguris hati merlina. " Kata Datin Marina. Merlina menggelengkan kepalanya.

" Tak apa mama.. merlina terima.. mungkin semua berlaku ada hikmahnya.. Allah gantikan kesedihan merlina dengan hadirkan nyawa dalam perut merlina ni.. " Ujar merlina Tenang. Datin marina tersenyum mendengar apa yang dikatakan merlina.

"Mama harap baby ni dapat bahagiakan ibu dia ya...Selalu buat ibu dia tersenyum.. " Kata datin Marina. Merlina tersenyum mendengar kata kata datin marina tadi. Dia juga berharap benda yang sama. Jika suaminya tidak melayannya dengan baik biarlah anaknya yang melayannya dengan baik.


.BERSAMBUNG.

HI AWOK AWOK

SIHAT KER TU?

Continue Reading

You'll Also Like

89.2K 7.5K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
28.7K 2.5K 29
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
124K 2.8K 38
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...