INDAH CINTAKU (TERBIT)

By msroses_

735K 5.8K 418

3rd story 💛 Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi... More

Introduction
Prolog
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Terima Kasih Semua ♥️
Cover Dah Reveal!
Contest!

Bab 1

20.5K 763 24
By msroses_

Laju sahaja tangan Dayana menaip laporan pesakit yang dijaganya sepanjang shift petang tadi. Dia sudah terlambat sebenarnya. Sebentar lagi dia perlu pass over kepada jururawat yang berkerja shift malam, tetapi satu laporan pun belum siap kerana daripada mula masuk shift tadi sehinggalah sekarang, semua pesakit dibawah jagaannya membuatkan Dayana rasa nak kerat badannya jadi lapan belas.

Sana misi, sini misi. Itu belum lagi kena hantar pesakit ke Unit Haemodialysis, Jabatan Xray, Unit Echo, pindahkan pesakit ke wad lain. Ya Allah, rasa nak tercabut kaki! Tu belum lagi cerita bab melayan ragam pesakit dan juga pelawat-pelawat. Memang hari ini adalah hari terpaling huru-hara bagi seorang Dayana Aleesa.

Rehat tak rehat pun cuma waktu solat Asar dengan Maghrib tadi je. Itupun dah hujung-hujung waktu Asar baru sempat Dayana pergi solat. Terus dia sambung solat Maghrib.

Makanan yang dibeli sebelum masuk kerja tadi pun belum sempat dijamah. Mujurlah Kak Suhaila ada berikan dia sebungkus roti tadi. Sempatlah dia makan di kaunter jururawat ni.

"Yana!"

Dayana menoleh. Dahinya berkerut apabila melihatkan wajah Suhaila yang sudah nampak cemas.

"Ya, Kak Su.."

"Yana jaga patient Bed 26 kan?"

"Haah, kenapa Kak Su?" Dayana sudah rasa tidak sedap hati. Bingkas dia bangun daripada dudk.

"Patient tak response la. Akak panggil banyak kali dia tak menyahut pun," ujar Suhaila sambil laju dia berjalan menolak mesin vital signs (mesin yang digunakan untuk mengambil bacaan tekanan darah, kadar nadi dan paras oksigen dalam darah) ke arah katil bernombor 26 itu.

"Hah? Tadi pukul 8.00 Yana ambik vital signs patient okay lagi kak.." Dayana turut mengatur langkah laju ke arah katil pesakit yang dimaksudkan Suhaila.

"Puan Asmah! Puan.. Bukak mata puan!" Kalut Dayana menepuk bahu pesakit yang sudah terbaring kaku itu.

"Kak Su, tolong panggil doktor dekat bilik MO (medical officer). Tadi Yana nampak Dr Aliff ada dalam tu," ujar Dayana. Tangan laju memeriksa tanda vital (tekanan darah, kadar nadi, kadar pernafasan dan bacaan paras oksigen) Puan Asmah.

"Puan Asmah!" Dada wanita separuh usia itu ditekan kuat. Cuba memberi ransangan supaya wanita itu membuka mata namun masih tiada tindak balas daripada wanita itu.

"Farah, tolong ambil emergency trolly!" Laung Dayana kepada Farah yang baru tiba. Farah yang berkerja shift malam itu terus melajukan langkah apabila mendengar laungan Dayana. Sudah terbiasa, apabila emergency trolly diperlukan, itu bermakna ada seorang pesakit yang perlu diselamatkan dengan kadar segera.

"Vital signs?"

Dayana menoleh ke arah Dr Aliff yang sudah bergegas menghampiri katil pesakit itu.

"Unrecordable Dr Aliff," jawab Dayana apabila mesin vital signs tidak menunjukkan sebarang bacaan.

"Start CPR now!" arah Dr Aliff apabila nadi di jugular vein sudah tidak berjaya dirasai dengan jari.

Mendengarkan arahan Dr Aliff, salah seorang houseman yang berada di situ terus naik ke atas katil Puan Asmah. Dada wanita ditekan berulang kali mengikut rentak dan kekuatan yang sesuai.

Pantas tangan Dayana memasang ambu bag (alat bantuan pernafasan) sebelum ambu bag itu disambung ke port oxygen yang terdapat di dinding wad itu.

"IV Adrenaline dah prepared?"

"Dah, Dr Aliff.." jawab Suhaila pula.

Suasana di kubikel itu agak kelam kabut. Segala arahan yang diberikan oleh Dr Aliff cuba dilaksanakan sepantas mungkin. Sedaya upaya mereka mencuba untuk menyelamatkan Puan Asmah.

"Dah berapa lama kita buat CPR?" Soal Dr Aliff dalam kekalutan itu.

"Dah tiga puluh minit Dr Aliff.."

Suhaila sempat mengerling ke arah telefon bimbitnya yang sudah disetkan pemasa.

"Check semula pulse patient," arah Dr Aliff kepada houseman yang baru selesai melakukan tekanan dada kepada Puan Asmah.

"Not palpable, boss.."

Dr Aliff mengangguk perlahan. Dia menoleh ke arah mesin Cardiac monitor yang sudah menunjukkan garis lurus.

"Time of death 9.35 pm.." Berat hati Dr Aliff menuturkan. Walaupun kerjaya mereka ini boleh dikatakan setiap hari akan menyaksikan sebuah kematian, namun hati masih terkilan kerana tidak mampu menyelamatkan nyawa pesakit.

"Dah call family members?" Dr Aliff berpaling kepada Dayana yang sedang mencabut alatan-alatan perubatan yang telah dipasangkan ke tubuh Puan Asmah.

"Dah Dr Aliff. Diorang dah on the way," jawab Dayana perlahan. Dia pun turut terkilan. Baru sahaja tadi Puan Asmah sempat bergurau dengannya walaupun wanita itu dalam keadaan lemah. Tidak sangka itu adalah senyuman terakhir yang dilemparkan oleh wanita itu kepadanya.

"Okay. Nanti saya akan pronounce death to family members. Staff nurse boleh buat LO (last office) dulu. 

*Last office - menguruskan jenazah/mayat di wad mengikut SOP yang telah ditetapkan

"Okay, Dr Aliff.." Dayana, Suhaila dan Farah serentak.

Dr Aliff hanya mengangguk perlahan sebelum melangkah meninggalkan kubikel tersebut. Ingin memberi ruang kepada jururawat untuk menguruskan jenazah sebelum di hantar ke Jabatan Forensik.

"Yana, Yana pergilah siapkan report Yana. Kak Su dengan Kak Jas boleh buat LO ni berdua.." Suhaila sudah memandang ke arah Dayana.

"Tak apa ke Kak Su?"

"Tak apa.. Pergi siapkan report Dayana tu. Nanti nak kena buat report kematian lagi..Pukul berapa nanti boleh balik," tambah Suhaila lagi. Dia kesian sebenarnya dengan Dayana. Sudahlah satu shift tadi Dayana tidak menang tangan. Makan pun tak sempat. Dia hanya dapat tolong yang mana mampu sahaja kerana dia pun agak sibuk petang tadi. Tapi tidak sesibuk Dayana yang menjaga kubikel pesakit yang kritikal.

"Terima kasih Kak Su, Kak Jas..Jasa akak berdua tak mampu Yana balas.. " Dayana sudah tayang muka terharu. Laju dia melangkah ke kaunter jururawat. Mahu menyiapkan laporan yang belum siap.

***************************************

"Kak Yana balik dulu ya, Farah. Esok akak cuti. Kalau ada silap apa-apa dengan death report tu nanti bagitau lah. Berdesup Kak Yana datang hospital untuk baiki.."

Farah melepaskan tawa kecil. Sempat lagi wanita itu bergurau walaupun raut wajahnya nampak penat.

"Okay Kak Yana. Kak Yana hati-hati tau.. Bahaya malam-malam macam ni"

Dayana hanya ukir senyum nipis. Mata sempat mengerling jam di dinding wad itu. Sudah pukul 11.30 malam. Jarang-jarang berlaku dia balik lambat macam ni. Biasanya paling lambat pun pukul 10.00 malam.

"InsyaAllah.. Thanks Farah sebab tolong akak tadi.." ujar Dayana sambil mengatur langkah longlai menuju ke pantry. Tenaganya sudah habis harini. Nasib baiklah esok dia cuti. Dapatlah dia berehat sepuas-puasnya.

"Eh! Kenapa Kak Su dengan Kak Jas tak balik lagi?"

Dayana sudah menekup mulut saat pintu pantry itu sudah terkuak. Terkejut apabila melihat Suhaila dan Jasmin yang masih belum pulang.

"Tunggu Yana la, takkan nak biar anak dara ni balik sorang-sorang. Dah la tempat parking hospital tu sunyi malam-malam macam ni.." Jasmin mengukir senyum nipis apabila melihat wajah Dayana yang jelas terharu itu.

"Alahai.. sweetnya kakak-kakak Yana ni," ujar Dayana sambil mengeluarkan beg dari lokernya.

"Dah, jom lah kita turun.. Abang Hamdan pun dah tunggu Kak Su dekat bawah tu.."

***************************************

Masuk sahaja ke dalam kereta, Dayana dah rasa tak sedap hati apabila enjin keretanya tidak berjaya dihidupkan. Beberapa kali dia mencuba namun tiada tanda-tanda kereta Perodua Myvinya itu berjaya dihidupkan.

"Kau jangan buat hal ye, Ketot!"

Dayana meraup wajah. Entah kenapa harini banyak betul dugaan yang dihadapinya. Nafas dalam ditarik. Cuba untuk bertenang. Dia memang tidak tahu apa-apa langsung tentang kereta. Yang dia tahu setiap kali sampai waktu servis, dia pergi servis. Jadi bila keretanya tiba-tiba buat hal macam ni, Dayana tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

Tiba-tiba wajah Kak Su dan Abang Hamdan terlintas di fikiran. Pasti mereka berdua masih berada berhampiran kawasan hospital ini. Pantas tangan mencari telefon bimbitnya di dalam beg sebelum nombor telefon Suhaila didail.

"Ya, Yana? Kenapa?" Tanya suara di hujung talian.

"Kak Su, sorry.. Kak Su ada dekat area hospital lagi tak?"

"Kak Su baru nak keluar pagar hospital. Kenapa Yana?"

"Kak Su, kalau Yana nak mintak tolong abang Hamdan tengokkan kereta Yana boleh ke? Tak boleh start la.." Dayana sudah rasa hendak menangis.

"Laa yeke? Okay sekejap Kak Su patah balik.."

"Terima kasih, Kak Su.."

***************************************

"Bateri kong dah kereta Yana ni.. Yana ada jumper tak dalam kereta?" Pertanyaan daripada Hamdan itu membuatkan Dayana tercengang.

"Jumper? Apa tu Abang Hamdan?"

Hamdan mengukir senyum. Biasalah perempuan.

"Sekejap abang tengok dalam kereta Kak Su kamu. Rasanya abang tak keluarkan haritu," ujar Hamdan dengan senyuman.

Selepas dibantu oleh Hamdan, barulah kereta Dayana berjaya dihidupkan semula. Pening dia tengok abang Hamdan sambung wayar daripada bateri kereta Kak Su ke bateri keretanya . Tahu-tahu kereta dah boleh hidup.

"Terima kasih Kak Su, Abang Hamdan sebab tolong Yana. Kalau akak dengan abang tak ada tak tahulah Yana nak buat apa dekat sini. Silap-silap Yana call grab je tadi," ujar Dayana. Dia sangat berterima kasih kepada pasangan suami isteri itu.

"Tak ada hallah Yana. Sikit je ni. Tapi bateri kamu ni memang dah weak dah ni. Memang nak kena tukar dah," balas Hamdan.

"Ni Yana kerja shift apa esok?" soal Suhaila pula.

"Yana cuti esok Kak Su. Sehari.."

"Haa.. Alang-alang cuti tu, esok pergi tukar terus bateri," tambah Suhaila lagi.

"Esok rasanya pun tak boleh nak hidup dah enjin kereta ni. Bateri weak sangat."

Dayana yang mendengar terus menoleh ke arah Hamdan.

"Alamak! Pastu macam mana Yana nak tukar abang Hamdan?"

"Nanti abang bagi nombor kedai bateri yang abang biasa pergi. Dia boleh datang tukar dekat rumah.."

Dayana menarik nafas lega.

"Terima kasih sekali lagi, Kak Su, Abang Hamdan.."

"Sama-sama. Yana nak balik ni hati-hati, tau. Dah nak pukul 12.00 malam ni. Awak tu dah la sorang-sorang."

"Okay, Kak Su.."

***************************************

Dayana berbaring malas di atas katil. Selepas solat subuh tadi, dia bermalasan sahaja di atas katil. Kebetulan hari ini dia cuti. Dapatlah dia melepaskan lelah yang dirasa semalam.

Telefon yang berdering di atas meja tepi katil dicapai malas. Tanpa melihat nama pemanggil, panggilan terus diangkat.

"Hello?" Dayana menjawab malas.

"Ya Allah! Anak dara ibu ni tak bangun lagi ke time-time macam ni? Dah pukul berapa dah ni Yana oii!"

Dayana menjarakkan telefon daripada telinga.

"Tak baik tau ibu fitnah Yana. Ibu tahu tak, menfitnah itu lebih berdosa da-"

"Dah! Kamu tak payah nak bagi ceramah dekat ibu pagi-pagi ni!" Laju Puan Azlina memotong.

Dayana melepaskan tawa perlahan.

"Yana dah bangun subuh tadilah ibu.."

"Pastu kamu tidur balik? Kamu tahu tak Yana, tidur lepas subuh ni tak baik tau. Waktu tu lah rezeki kita ni tengah dibahagikan. Kalau kita tengah sedap tidur lena, banyak mana lah rezeki yang tinggal untuk kita.."

"Eh, ibu! Tak aci la macam ni!"

Puan Azlina mengerutkan dahi.

"Kenapa pulak?"

"Tadi Yana nak ceramah, ibu tak bagi. Ni sekarang ibu pulak ceramah Yana.."

Puan Azlina menggeleng kepala perlahan. Perangai anak bongsunya ni memang macam ni. Ada je nak menjawab.

"Lagipun ibu, Yana tak tidur semula pun lepas subuh tadi. Yana baring-baring je," tambah Dayana lagi.

"Amboi anak dara sorang ni, dah pukul sepuluh pun tak bangun-bangun lagi ke daripada katil tu? Tak sibuk nak buat sarapan ke apa?" bebel Puan Azlina.

"Kejap lagi la ibu. Badan Yana ni penattt sangattt.." Sengaja Dayana meleretkan perkataan penat itu.

"Amboi, panjang sangat harakat tu.."

"Ibu tak tahu kisah sadis Yana semalam. Kalau ibu tahu, mesti ibu akan menitiskan air mata akibat rasa simpati yang melimpah ruah terhadap Yana.."

Puan Azlina tergelak kecil.

"Tak payah nak propa sangat la, Yana. Apa yang sadis sangat tu?"

"Ibu nak tahu tak, semalam kan, Yana dah nak balik dah, tau. Yana tinggal nak buat report je. Tiba-tiba ada patient Yana collapsed. Nak dekat pukul sebelas baru settle semua. Lepastu sampai-sampai dekat kereta, ibu tahu tak Si Ketot tu boleh pulak taknak hidup!" Panjang lebar Dayana menceritakan tentang kejadian semalam.

"Hah? Tak hidup kenapa pulak?"

"Bateri habis.."

"Dah tu macam mana kamu balik semalam?"

"Nasib baik ada Kak Su dengan suami dia. Abang Hamdan la yang tolong hidupkan semula pakai bumper.."

"Hah? Pakai bumper?" Puan Azlina mengerutkan wajah.

"Haah. Alaa ibu, wayar yang sambung daripada bateri kereta Kak Su ke bateri kereta Yana. Takkan ibu tak tahu?" Dengan yakin Dayana menuturkan.

"Itu jumper Yana. Jumper! Bukan bumper. Bumper tu bonggol!"

Berdekah tawa mereka berdua.

"Yana saja je nak test ibu. Nak tengok ibu perasan tak Yana salah sebut."

"Dah! Kamu tak payah nak goreng ibu. Habis tu bila nak tukar bateri kereta tu?" soal Puan Azlina selepas tawanya reda.

"Sekejap lagi Yana call orang kedai tu. Abang Hamdan ada bagi nombor. Dia boleh datang tukar dekat rumah."

"Uish, tak bahaya ke kalau orang tu datang rumah? Housemate Yana yang lain ada ke?"

"Ada, bu. Huda pun cuti harini. Lagipun memang kereta dah tak boleh start dah. Nak kena orang tu datang jugak."

"Sebab tu lah ibu cakap. Susah kalau kamu sorang-sorang kat sana. Kalau ada orang jagakan kamu kat sana lega sikit hati ibu ni," ujar Puan Azlina sebelum melepaskan keluhan kecil.

Dayana mengerutkan dahi. Aikk?

"Tu mujur ada si Suhaila tu. Kalau tak ada, siapa nak tolong kamu malam-malam macam tu?"

"Yana boleh balik naik grab.." Dayana menjawab sambil tersengih walaupun dia tahu ibunya tidak dapat melihat.

"Bukan tu maksud ibu, Dayana Aleesa!"

Dayana melepaskan tawa kuat. Memang dia sengaja menyakat ibunya itu.

"Maksud ibu, kalau kamu dah ada suami, ada jugak orang yang boleh tengok-tengokkan kamu dekat sana. Lagi satu bila ada emergency macam ni, sekurang-kurangnya ada jugak orang yang boleh diharap untuk tolong kamu," tambah Puan Azlina lagi. Dia memang risaukan anak bongsunya itu. Sudahlah berseorangan di Selangor. Jauh daripada dia yang berada di Pahang.

Dayana yang mendengar menjulingkan mata ke atas. Ibu ni, pantang ada peluang, laju betul masuk jarum!

"Ibu, ibu ingat cari suami tu macam cari ikan dekat pasar malam ke? Picit-picit sikit lepastu terus beli?" soal Dayana sambil ketawa.

"Ibu tak suruh pun kamu beli dekat pasar malam. Ibu suruh kamu cari dekat hospital tu. Takkan tak ada doktor bujang-bujang dekat sana?"

"Amboi, taste ibu bukan main, ek? Doktor-doktor tu mana nak pandang misi-misi macam Yana ni ibu.."

"Lagi satu ibu, buat apa ada suami kalau Yana boleh je jaga diri sendiri?" tambah Dayana lagi.

Mendengarkan jawapan Dayana, Puan Azlina melepaskan keluhan perlahan. Memang susah betul kalau nak bercakap tentang jodoh dengan anaknya yang seorang ni.

"Kalau doktor tak ada yang bujang, kamu cari la siapa-siapa dekat sana yang nak kahwin dengan kamu. Ibu ni tak memilih pun..Janji boleh jaga anak ibu dekat sana.."

Dayana membuntangkan mata.

"Amboi ibu, cara cakap macam Yana ni tak laku sangat je.."

Puan Azlina melepaskan tawa.

"Memang tak laku pun, sebab tu tak kahwin-kahwin.."

"Auch! Ibu! Sakitlah! Janganlah tembak tepat sangat!" ujar Dayana sambil ketawa kuat. Dia memang dah biasa kena perli dengan ibunya bab jodoh. Bukan apa, dia cuma malas terikat dengan komitmen. Sebenarnya bukan tak ada yang ingin berkenalan, tapi Dayana
tidak berminat.

"Betullah! Kalau kamu tu laku, sekarang dah ada teman istimewa dah.."

"Ibu, berdosa tau ada pakwe-pakwe ni semua. Menghampiri zina. Allah murka nanti." Dayana sembunyi tawa.

"Malas lah ibu nak bercakap dengan kamu. Nanti siapa-siapa yang datang meminang kamu, ibu terima je! Senang cerita.."

"Amboi Puan Azlina ni nak main ugut-ugut pulak!"

"Tapi Yana tak kisah pun, kalau ada yang pinang ibu terima je lah, Yana okay je, " sambung Dayana lagi. Sengaja menyedapkan hati ibunya walaupun dia tahu hal itu takkan pernah terjadi. Dia mana ada teman istimewa. Buang masa je!

"Betul ni?"

"Ya.. Kalau ada lah.. Tapi Yana yakin tak ada!" tutur Dayana dengan gelak perlahan .

"Apa-apa je lah Yana." Akhirnya Puan Azlina mengalah. Memang jarang-jarang pun dia menang kalau bercakap soal ini.

"Ni ibu telefon kamu ni sebab nak tanya, kamu balik tak Dila kahwin hujung minggu ni?"

"Eh, mestilah balik ibu.. Ibu nak Mak Su tu mengungkit tujuh keturunan ke kalau Yana tak balik kenduri anak dia?" Dayana ketawa lagi. Terbayang pula wajah Mak Su nya yang seorang itu. Mulut pun boleh tahan pedas.

"Alhamdulillah. Risau betul ibu kalau kamu tak dapat cuti.."

"Nanti kita jumpa ya ibu, Yana rindu betul dengan ibu dengan abah," ujar Dayana.

"Ibu pun rindu dengan si becok ibu ni. Nanti bawak kereta elok-elok."

"Okay, ibu.."

***************************************

Continue Reading

You'll Also Like

403K 11.9K 71
Cinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya...
578K 16.2K 39
KEPADA SESIAPA YANG DAH PERNAH BACA, AISHA NAK INGTKAN NI VERSI EDIT YE. JALAN CERITA AKAN SEDIKIT BERUBAH ❤ Menjadi anak buangan tidak pernah diimp...
2.6M 68.3K 69
- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna...
221K 7.9K 73
" Jangan cabar saya. Saya rasa awak kenal siapa saya " -Ahmad Zakri. Kapten Ahmad Zakri. Seorang pegawai tentera yang berpersonaliti tegas dan garang...