[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

35.3K 1.2K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 41: Kemaafan
End of the story

Bab 42: Sign off

1.6K 32 1
By Qstnaafrn


Aku memandang ke arah Cahaya dengan sebuah wajah yang kepastian. Cahaya mengangguk menyuruh aku teruskan.

Aku melutut ke lantai menyamai paras kami. " A-anak abah... Cahaya Armani." Aku panggil dia dengan senyuman di wajah. Armani masih belum mahu melihat wajahku. Aku tersenyum pilu melihat anak sendiri tak mahu tengok wajah abahnya lagi.

" Pujuk lagi, abang."

" Armani, meh sayang kat abah. Abah rindu kamu..." Aku mengetap bibir bila mengenangkan anak sendiri takut dengan kewujudan bapanya.

" A-Armani, abah tahu Armani marah sangat dengan abah. Abah minta maaf, sayang... A-abah salah sebab buat kamu menangis... Abah jahat kan? Abah patut lindungi kamu... Abah yang patut sayangkan kamu lebih daripada orang lain... Sebab abah lelaki cinta pertama kamu... kan?"

Perlahan aku menjatuhkan tangan apabila melihat Armani tak berganjak daripada belakang langsir. Wajahku kendur dari senyuman.

" Tak apa lah, abang. Bagi dia masa. Dia masih tak faham," Pujuk Cahaya. Aku hanya mengangguk akur.

Bonda hanya melihat kami dengan pandangan sebak. Air matanya dari tadi asyik tumpah melihat kesungguhan aku memujuk Armani.

" Abang dah kehilangan satu-satunya puteri kesayangan abang... Abang tak boleh nak maafkan diri sendiri, sayang..." Aku terus memeluk Cahaya. Dia mengusap belakang aku mengusirkan kesedihan yang membelenggu.

" Insha Allah nanti lembutlah hati dia. Abang kena sabar tau. Armani anak kita yang baik. Dia takkan marah lama-lama." Ujar Cahaya sedikit melegakan hati aku.

Kami perlahan bergerak keluar daripada bilik bonda. Mungkin lepasni bonda boleh cuba nasib dalam memujuknya.

Seketika kakiku seperti dilanggar seseorang. Kami serentak pandang ke bawah. Tubuh kecil itu sedang elok memeluk kakiku erat tanpa lepas.

" Abah..." Dia mendongak bersama lelehen air mata.

" Alhamdulillah... anak abah!" Aku pantas memeluknya erat.

" Abah, takmo marah-marah Armani..." Pinta dia dalam kesebakan. Tangannya elok mengusap dadaku supaya diredakan kemarahan dalam diri.

" Tak! Abah takkan marah Armani lagi. Armani anak ibu abah yang solehah... Terima kasih sebab maafkan abah, sayang... Abah tak nak kehilangan kamu lagi... Abah tak nak kehilangan kamu semua lagi..." Aku memeluk Cahaya sekali ke dalam pelukan.

" Allah, terima kasih untuk peluang kedua ni, Ya Allah..."

" Alhamdulillah... Ahnaf, bonda bangga dengan kamu..." Bonda mencium dahiku dengan penuh rasa syukur.

" Bonda, Ahnaf minta maaf kalau Ahnaf bertindak derhaka dengan bonda... Ahnaf tahu Ahnaf dah banyak susahkan bonda selama ni... Terima kasih sebab masih tak berputus asa dengan Ahnaf selama bonda membesarkan Ahnaf..." Aku mencium tangan bonda lama. Kucupan yang membawa erti syurga sebenar.

Bonda dan Cahaya berpandangan sebelum mengukirkan senyuman lebar. Mereka mengelap air mata yang tumpah itu.

" Abah... Nak aiskrim..." Sambil menggigit jari dia menarik-narik lengan baju aku. Kami tak dapat nak menahan senyuman geli hati terus terukir lebar.

" Boleh, sayang... Kamu nak aiskrim apa? Abah belikan seberapa banyak yang kamu nak ok?"



P.O.V. Cahaya

Alhamdulillah. Semuanya kembali seperti normal walaupun tak banyak impak yang diberikan Ahnaf. Dia masih lagi berusaha untuk mengingati setiap kenangan dan memori antara kami bersama.

Dia berkerut seketika. " Ermm abang rasa abang ada ingat sesuatu,"

Aku menunjukkan riak sinar harapan. Menunggu dengan sabar untuk dia memberitahu apa yang dia ingat.

" Cara awak goda abang di Mansion Malek,"

Aku terus mematikan senyuman aku. Dasar gatal punya jantan. Dalam banyak-banyak benda itu yang kau ingat?

" Seriously abang?!"

" What? It's still a good progress, right?" Dia mengangkat bahu tak bersalah.

" Ingat tak apa yang berlaku dulu? Sebelum kita kahwin?"

" Ermm abang rasa... abang tak ingat,"

" Haih, tak apa lah abang. Take it slowly. Kenangan lepas mungkin bermakna tapi kenangan akan datang apa kurangnya?" Aku cuba memujuk dirinya.

" Abang rasa teruk sangat sebab tak ingat apa-apa pasal kita," Tangan aku dicapainya lalu diramas lembut.

Aku tak boleh nak paksa dia juga. Dia dah banyak berusaha daripada kelmarin lagi. " Abang, kita balik Malaysia ya? Mungkin di sana abang boleh ingat segalanya memandangkan semua kenangan tercipta di sana."

Tanpa berfikir panjang, Ahnaf segera mengangguk setuju. Kami menyatakan hasrat kepada bonda dan bonda pun bersetuju memandangkan dia pun mahu pulang ke tanah air suaminya.

Jibril, Jibran, Na'eem dan Kazar datang melawat kami pada harini. Setelah sekian lama baru lah mereka boleh nampak batang hidung masing-masing tapi bagi Ahnaf dia tak nampak mereka pun dia tak kisah kot.

Ahnaf mencari-cari seseorang. " Where's Zavian?"

Kami berpandangan sesama sendiri. " Erm..." Aku termati kata. Dia terkejut tak kalau cakap aku dah bakar dia hidup-hidup?

" Zavian dah mampus kena telan dengan jaws. Haritu dia ada pergi bercuti ke Maldives," Kazar memberi alasan yang tak masuk akal.

" Serius ah... Kesian gila," Wah tak sangka Ahnaf akan percaya kata-kata Kazar bulat-bulat??

" Hmm bodoh dia masih ada lah," Komen Na'eem lalu meninggalkan kami lalu masuk ke dalam rumah.

" So semuanya dah selesai?" Kazar memandang ke arah aku. Aku mengangguk kepala dengan hati yang gembira.

" Eloklah. Lepasni jangan lagi jejakkan kaki ke sini. Tiada apa lagi urusan yang perlu kau orang datang kecuali majlis keluarga,"

Ahnaf mendengar dengan riak pelik tapi dia tidak bertanyakan soal itu. Harapnya dia takkan tanya sampai bila-bila.

Lagi beberapa jam jet peribadi akan berlepas. Aku akan rindukan tanah Abu Dhabi ini walaupun banyak kenangan pahit daripada manisnya.






BEBERAPA BULAN KEMUDIAN...

" Push, sayang! Sikit lagi. Abang dah nampak kepala anak kita!"

" Argh!!" Dengan sekali teranan, bunyi tangisan bayi lelaki bergema memenuhi ruang. Suara sebak Ahnaf kedengaran dengan ucapan syukur kepada Allah kerana telah memudahkan proses persalinan aku.

" Alhamdulillah anak kita sihat, sayang. Terima kasih sebab-..."

" Argh! Sakit!!"

" Eh?!" Ahnaf memandang aku yang tiba-tiba mengerang kesakitan.

" Encik, saya rasa ada lagi satu baby belum keluar,"

" Oh shit. We got twins?" Dia pantas menyambut kelahiran kedua setelah aku meneran sebanyak tiga kali. Lah selama ni menyorok ya?

" Yeay! Baby girl is onboard. Assalamualaikum, ibu, abah. Kami dah selamat dilahirkan dengan sempurna dan sihat," Ujar doktor perempuan dengan gembira sekali.

" MashaAllah Tabarakallah... Sayang, selama ni awak bawa dua nyawa dalam rahim awak. Kuatnya awak, sayang... Abang bangga dengan awak," Ahnaf menghujani ciuman pada dahi aku. Aku yang lemah terus mengukirkan senyuman lebar kerana dapat melahirkan anak-anak untuk Ahnaf.

" Abang, jangan lupa..." Aku berbisik lemah.

" Jangan lupa apa sayang?"

Aku menaikkan dua jari ke atas. " Dua biji Buggati,"

Ahnaf ketawa mendengar permintaanku. " Of course, sayang. Buggati bungkus ikat tepi dua is on the way,"

Dua troli bayi selamat sampai ke wad aku. Kami sungguh gembira melihat senyuman manis yang terpahat di wajah ahli keluarga masing-masing.

" Saya nak nama Arabella lah untuk anak perempuan kita, abang,"

" Cahaya Arabella. Sedapnya sayang bagi." Puji Ahnaf dengan senyuman lebar.

" Untuk lelaki boleh tak saya nak namakan Arasy Haq?"

" Boleh sayang. Nama-nama yang awak bagi insha Allah akan memimpin mereka sepertimana nama mereka diberikan,"

" Abang..."

" Ya?"

" Tak nak mengandung lagi... Sakit..."

" Sakit itu sementara. Tapi anak ramai mendapat-... Adoi! Bonda, sakit!!" Dia terus mengelak daripada dicubit bonda di sebelah.

" Sedapnya dia cakap 'sakit itu sementara'. Meh bonda jahit bawah kamu dengan dawai besi tanpa bius! Bonda cubit pun dah menjerit sakit, inikan pula bersalin seorang perempuan. Haiyo! Lahirkan kamu pun dah satu seksaan bagi bonda dulu tau!"

Hampir ahli keluarga yang lain meletuskan ketawa mereka. Lagi kelakar melihat wajah cemburut Ahnaf apabila dimarahi.

Aku menarik Ahnaf mendekati seraya memberikan satu ciuman ringkas di pipi. " Boleh. Tapi bagi gap banyak sikit antara mereka. Tak terlayan saya nak bergusti dengan tiga anak abang ni," Keluh aku.

" Your wish is my command, my lightning angel," Dia menciumkan ciuman ringkas pada ubun aku.

" Ingat ya, Ahnaf Hadi! Kalau bonda tahu kamu kerjakan badan Cahaya lepas je dia berpantang memang siap bonda kerjakan kamu!"

" Alamak. Kantoi-... Adoi!! Ya ya bonda! Ahnaf janji!!"

" Abah,"

" Ya princess abah?" Dia mengangkat Armani dekat dengan katil.

" Betul ke abah dah tak cayang Armani?"

" Eh kenapa cakap macamtu?"

" Sebab adik dah ada."

" Siapa cakap macamtu?"

" Ibu,"

" Sayang!" Ahnaf menoleh pantas dengan riak tak senang. Aku terus mengigit kuku apabila semua mata memandang ke arah aku.

Aku tersengih kerang busuk. Aku cuma main-main je tapi tak sangka Armani mengambilnya terlalu serius.

" Ibu bergurau lah. Armani tetap anak kesayangan abah." Ujar aku lembut. Aku mengelus lembut kepalanya. Sengihan di bibir mungil itu terukir. Kami serentak tersenyum melihat.

Malam itu aku hanya memerhatikan Ahnaf yang tidak lepas tangan menjaga mereka bertiga. Yang seorang kalau menangis, lagi dua pun kaki mengekor juga.

" Macam mana abang boleh ingat semula semuanya?" Soal aku secara tiba-tiba. Dia yang sedang mendodoikan Arasy Haq mengukirkan senyuman nipis.

Tubuh kecil itu diletakkan semula ke dalam baby hatchnya. Punggung dia labuhkan di birai katil lalu tangan aku dicapainya.

Aku perasan sinar matanya kembali selepas kami menjejakkan kaki ke bumi Malaysia; di mana kisah percintaan kami bermula di litar Sepang sana.

" Abang perasan bunga tulip putih di bilik kita. Bunga kegemaran abang. Bunga yang menjadi lambang suci cinta abang kepada seseorang yang bernama Cahaya Inara." Jawab Ahnaf ringkas tapi mampu membuatkan aku melelehkan air mata.

Siapa sangka bunga yang tidak beberapa nak ada monumen bersama mampu mengembalikan ingatan dia terhadap aku.

" Mana mungkin abang boleh terima hadiah sehebat sayang daripada Allah. Yang kuat membawa 4 cahaya mata abang di rahim awak sepanjang kita bersama. Anaar Deen; anak lelaki sulung kita pasti akan menunggu kita semua di syurga."

" Boleh tak kalau saya nak melawat kubur Anaar, abang?" Pinta aku luhur di hati. Perasaan rindu kepada anak syurga itu tak dapat dibendung lagi.

" Boleh. Apa pula tak boleh? Anaar pasti suka ibunya datang melawat dia nanti." Dia membelai wajahku dengan pandangan penuh kasih sayang.

Aku memegang belakang tangannya dengan pandangan yang ingin tahu sesuatu. " Abang, saya ada satu persoalan dari haritu bermain di fikiran saya."

" Apa dia?"

" Macam mana abang boleh jatuh cinta dengan saya semula?"

Ahnaf tersengih menampakkan barisan gigi yang cantik. " Sebab abang menilai awak dengan pandangan mata hati. Kecantikan yang abadi datang daripada sini. Bila abang pejamkan mata abang dapat melihat bayangan bidadari yang cantik di hadapan abang. Alus matanya yang bundar, bibir nisbah 1:2 yang menawan dan rahang tajam yang mampu membelah setiap inci jantung abang."

Aku mendakap tubuh Ahnaf dengan erat. Aku menangis kebisuan. Tiada apa yang mampu melawan cinta mati Ahnaf kepada aku. Nirmalanya kasih seorang Ahnaf membiarkan aku terbuai dengan belaian yang tiada sesiapa boleh mengganti tempatnya.

" Cahaya Inara, walaupun abang mati pun cinta abang tetap hidup bersama dengan awak,"



Tamat.

Continue Reading

You'll Also Like

24.7K 2.6K 44
Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia dib...
52.4K 1.3K 45
[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani meneg...
348K 17.2K 66
TENGKU ARJUNA MIKAEL | LILY SOFIA♠️ Tengku Arjuna Mikael seorang jewellery designer yang sangat terkenal.Setiap rekaannya pasti akan mendapat sambu...
129K 9K 53
'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang memilih awak"