[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

35.2K 1.2K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 41: Kemaafan

1.1K 26 0
By Qstnaafrn


Makin hari Cahaya makin dingin dengan aku. Aku tak mengharapkan apa-apa tapi sakit juga bila aku tengok dia yang masih berdiam diri tanpa mahu bercakap. Hilang seri di wajahnya itu.

" Cahaya, jom kita pergi checkup baby," Ajak bonda. Cahaya memandang ke arahnya lalu tersenyum nipis. Mereka berada di gazebo. Cahaya sedang mengunyah kuaci sambil menikmati suasana pagi itu.

" Cahaya tak ada mood lah, bonda. Kaki Cahaya dah bengkak. Lain kali boleh?"

" Lah. Itulah bonda dah pesan. Duduk je dalam bilik. Jangan asyik turun naik turun naik sahaja. Kalau macamtu nanti bonda suruh Ahnaf urutkan."

Dia menggeleng laju. Kalau boleh dia tak nak bersua muka dengan aku lagi. " Lama-lama surut lah ni. Cahaya ok lah, bonda."

" Tapi..."

" Bonda, Cahaya mengidam sesuatu," Dia menyampuk sebelum bonda sempat nak menghabiskan ayatnya.

" Apa dia tu, sayang? Insha Allah bonda boleh tunaikan,"

" Nak tengok pantai,"

" Tengok pantai je?"

Dia mengangguk laju. Nak juga dia tengok keindahan ciptaan tuhan di bumi arab ini. Mesti cantiknya melangkaui ciptaan manusia.

" Nanti bonda suruh Ahnaf bawa."

" Ish apa pula? Nak pergi dengan bonda. Cahaya mengidam nak pergi tengok pantai dengan bonda. Bukan dengan Ahnaf," Dia memeluk tubuh sambil mengembungkan pipinya.

Bonda ketawa melihat telatah comel Cahaya. " Ye lah. Nanti bonda bawa,"

" Thank you bonda!" Dia kembali ceria sambil menghayunkan kakinya ke depan dan ke belakang.

Bonda meneliti kakinya. Nampak begitu bengkak. Pasti banyak berjalan. Ke mana lah dia pergi? Sudah lah dengan pemakanan yang tidak seimbang dia amalkan. Nak paksa pun tak boleh.

Aku muncul mendekati mereka berdua. Pandangan Cahaya berubah mendatar. Kunyahannya dan kopekannya semakin laju. Matanya tetap memandang ke tempat lain.

" Bonda tadi kata ada nak pergi ke mana-mana kan? Ahnaf boleh hantarkan,"

" Ada sebenarnya. Tapi tak jadi. Tak pun bawa kan Cahaya ke pantai. Dia nak sangat tengok pantai sini."

Aku memaling ke arah Cahaya yang terbeliak memandang bonda. Seakan seperti bonda sedang mengenakan dirinya.

" Kalau macamtu Ahnaf pergi panaskan enjin dulu."

" Erm tak apa lah, bonda. Baby tak jadi nak tengok pantai. Dia rasa macam mengantuk sangat-sangat harini. Huwa!" Dia membuat gaya mengantuk sambil menutup mulut menguap.

Dia bangun lalu melepasi kami. Dia masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang.

" Padan muka. Bini dah tawar hati." Bonda pula meninggalkan aku sendirian. Aku sudah mengeluh halus. Apa yang bersungguh sangat kau nak rapat dengan Cahaya? Bukan ke kau tak suka dia?

" Ahnaf, are you busy?" Tanya Cyra. Aku menoleh dengan kerutan di dahi.

" If you have free time, let's go grab some ice cream,"

" You have aunt Celina to bring you there," Aku terus masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan dia tercengang habis.

Langkahku tiba-tiba terbawa ke ruang dapur. Pintu yang terbuka sedikit aku intai. Bayangan Cahaya yang berusaha memakai stokin kerana perutnya yang membesar itu menyukarkan dia.

Aku menggigit bibir. Kakinya kelihatan sungguh bengkak. Mungkin kerana aku mengenakannya dengan menghantarkan aku segelas susu setiap kali habis ke atas sejak beberapa hari ini.

Aku masuk ke dalam lalu mencapai stokinnya yang baru suku berjaya dimasukkan.

" Tak payah. Saya boleh buat sendiri." Dia mengelak tapi aku tetap menahan kakinya.

" Badan dah macam kodok kembung ada hati nak berlagak kenapa?" Sinis aku sambil memakaikan dia stokin. Dia mengetap gigi.

" Baguslah kalau awak fikir macamtu. Boleh lah awak cari perempuan yang lebih langsing dan cantik daripada saya. Ye lah. Saya ni kan perempuan-..."

" Boleh senyap tak? Tak penat ke?" Aku terus menolak dia sehingga dia terlentang di atas katil. Dia mahu menjerit tapi aku sempat tutup mulutnya dengan tapak tangan.

" Shh! Nanti bonda dengar. Kalau tak nak menyesal baik tutup mulut. Pintu terbuka luas ni. Ada yang join kita sekali kang," Ugutan aku berjaya menakutkannya. Aku melepaskan tekupan di mulutnya lalu tangan mencapai minyak angin di atas meja.

Kakinya ku sapu dan ku urut sehingga dia lega. Dia hanya diam tidak berkata. Matanya seakan tidak bernyawa menoleh ke tempat lain. Pasti dia masih terluka dengan kelakuan aku sebelum ni.

Ya aku tahu aku salah. Aku kejam terhadapnya. Aku biadap dengannya.

" Cahaya, aku... minta maaf. Aku tahu aku tersakitkan hati kau. Dengan anak dalam perut ni. Aku terlepas kata." Ucap aku ikhlas.

Dia tersenyum sinis. " Saya dah sakit pun. Tak ada guna kemaafan awak, Ahnaf," Balas Cahaya kosong menyakitkan hati aku.

" Bagi aku masa untuk ingat balik siapa kau kepada aku. Beri aku peluang,"

" Saya tak pernah letakkan had masa untuk awak ingat siapa diri saya tapi ada ke awak beri peluang untuk saya dilayan sebagai seorang isteri sebelum ni?"

Kata-kata sentapnya berjaya mengecilkan hati aku. Aku tak mampu untuk menjawab persoalannya. Sudah jelas terbukti yang aku tak ada jawapan.

" Malah awak hina saya, hina anak-anak saya. That is too much," Suaranya mendatar seakan mati. Tangan yang sedang mengurut kakinya dia tolak lembut.

" Leave me alone, Ahnaf. I don't wanna see your face for now," Pinta dia lemah.

" As your wish I command, my angel," Aku terus berjalan perlahan keluar sehingga pintu terkatup rapat.

Cahaya menekup wajahnya dengan bantal saat tangisannya hampir mahu pecah. Panggilan angel yang sudah lama dia tak dengar menghambat rasa rindu kepada Ahnaf suaminya yang penyayang.

Aku cuba selongkar identiti Cahaya sebelum ingatan aku hilang. Aku mencari maklumat di dalam telefonku. Gambar dari awal perkahwinan sehingga ke tahun ini. Banyak kenangan tapi kenapa satu pun tak ada yang melekat di kepala? Terasa kosong tanpa terasa ada satu momen terindah dalam hidup aku bersamanya.

Aku mengingat kembali penceritaan bonda sebelum ni. Gila lah aku pernah menunggu jawapan risikannya selama 13 tahun. Hanya orang gila sahaja yang akan mencuba dan menunggu walaupun peluang itu senipis kulit bawang.

Aku buta? Seriuslah aku pernah buta? Buta sebelum mengahwininya ke? Nak ke dia terima suami buta masa tu?

Cahaya Armani; puteri sulung yang aku tertunggu-tunggu. Sampaikan aku bergaduh dengan Cahaya bila dia cuba menyembunyikan kandungannya daripada aku disebabkan kerjayanya yang mahu dicapai. Kerjayanya? Kerjaya apa ya?

" Argh! Sakit kepala aku," Aku terduduk di birai katil. Aku tak mampu nak mengingati senuanya.

" Ya Allah, apa yang susah sangat aku nak ingat seseorang yang pernah jadi perkara terpenting dalam hidup aku??"

Aku mengambil wuduk lalu mendirikan solat sunat. Lewat malam itu aku senyap-senyap datang ke biliknya. Lampu yang masih menyala itu aku andaikan yang dia belum masuk tidur.

Alangkah terkejutnya muka dia melihat aku datang secara senyap-senyap. Dia memandangkan aku atas bawah. Aku yang masih berpakaian solat. Baju melayu dan kain pelekat.

" Nak apa ni? Kan saya dah cakap saya tak nak jumpa awak buat masa sekarang?" Tanya dia perlahan.

" Nak jumpa isteri sendiri. Takkan tak boleh? Tak berdosa kan?" Nada aku diubah kepada lemah lembut. Namun ianya tidak mampu memancing perhatiannya.

" Jom naik atas,"

" Nak buat apa?" Dia berkerut seribu.

" Teman aku tidur di atas," Aku mengelus belakang tangannya seakan memujuk.

" Bukan ke awak tak sudi untuk tidur dengan orang asing?" Entah berapa banyak kali das dia tembak tepat ke dahi aku.

Aku mengusap bahunya tapi dia tepis perlahan. " Kau masih sakit hati ke dengan apa yang aku cakap? Kan aku dah minta maaf sebelum ni,"

Dia tidak menghiraukan aku sejurus itu terus berbaring membelakangi aku. Aku duduk dibirai katil. Rambutnya aku elus lembut. Dia memejamkan mata malas nak layan.

Ciuman aku di jinjang lehernya membuatkan dia kegelian. " Tak payah lah, Ahnaf. Malam-malam ni dah buang tabiat ke?"

" Sampai bila kau nak berkeras dengan aku ni?" Bisik aku ke telinganya.

" You know the answer, Ahnaf,"

" Please..." Aku menariknya supaya baring menghadap aku. Dia masih terkaku tanpa bergerak. Walaupun aku sudah mengelus badannya itu tidak dapat membuatkan dia beriak.

" Takkan kau nak layan suami sendiri macamni, Cahaya?"

" Saya akan tetap melayan awak. Tapi bukan dengan cara yang awak inginkan. Kalau boleh saya nak Ahnaf Hadi saya yang dulu. Saya ni sekadar pemuas nafsu untuk awak je kan sekarang? Saya ni kan perempuan murah, yang sapu semua jantan-..."

" Enough!" Aku bangun daripada dudukku. Hembusan nafas berubah keras dan deras. Sikit sahaja lagi aku mahu meletup tapi mengenangkan aku tak nak mencipta masalah aku terpaksa berundur diri.

" Aku minta maaf..." Aku segera bergerak keluar meninggalkannya terpinga-pinga.

" Allahuakhbar... What have I done...?" Cahaya menekup mulutnya tersedar akan keterlanjurannya.

Aku tak mampu nak melepaskan kemarahan yang terbuku di hati. Aku terasa ego aku dipijak. Maruah aku dikunyah lalu diludah ke lantai.

" Aku minta maaf, Cahaya... Aku tahu aku bodoh sebab lukakan hati kau!" Aku mengetuk kepala aku beberapa kali. Kesakitan yang menyengat tidak aku endahkan. Kesakitan yang Cahaya rasa lagi sakit untuk dia telan sendiri.

Air mata jantan aku jatuh ke lantai. Ego yang membawa keruntuhan. Aku sendiri pun tak mampu nak maafkan diri sendiri! Aku kejam!

" Aku cintakan kau tanpa aku sedar bila tu berlaku! Aku tak tahu kenapa aku cintakan kau, aku sayangkan kau tapi aku rasa aku perlukan kau untuk terus hidup! Aku tak mampu nak berjauh dengan kau lagi... Aku perlukan kau, Cahaya Inara! Kau je yang boleh pimpin aku ke arah cahaya yang betul..." Aku meringkuk menangis di atas lantai. Aku menyerah kalah dengan permainan takdir ini.

Jika diberi peluang untuk aku tebus kesalahan aku, aku takkan sia-siakannya. Aku mahu membalas setiap kebaikan yang dia telah berikan walaupun aku melayannya buruk.

" Aku tahu aku ego dengan kau... Aku cuba untuk ingat siapa sebenarnya kau... Aku tak mampu nak tolak kehadiran kau lagi, Cahaya... Tolonglah berikan aku lagi satu peluang... Aku tak nak kita masih tarik tali dengan semua ni..."

Aku cintakan dia buat kali kedua. Kenapa perkara ini boleh terjadi??

Satu tangan menyentuh bahu aku. Aku mendongak dan tergamam melihat dia yang berada di hadapan aku.

" Cahaya..."

" Cukuplah menangis, Ahnaf Hadi. Saya... Saya..." Dia menggigit bibirnya kuat. Aku perlahan menariknya ke dalam pelukan.

Tangannya pantas menyauk tubuhku lalu dihamburkan tangisan. " Saya rindu abang..."

Aku menghela nafas berat. Sesak dada aku mendengar rintihannya. Air mata aku membasahi bahunya.

" Saya rindu abang sangat-sangat... Saya tak nak berjauhan dengan abang... Saya tak nak tolak abang lagi... Ampunkan Cahaya..." Raungannya bertambah kuat disusuli dengan rayuan isteri solehah.

Dahinya aku kucup. Aku pun tak mampu nak tolak dia jauh-jauh. Semakin aku tolak dia semakin sakit aku rasa. Inikah yang aku pernah rasa selama ni bila aku berkata benci kepadanya? Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. " Abang minta maaf, Cahaya... Abang banyak buat dosa dengan awak dan anak-anak kita... Dua bulan abang abaikan awak semua... Ampunkan abang, hukumlah abang kalau itu dapat melegakan hati awak..."

Dia menggeleng laju. " Cahaya tak layak hukum abang! Abang pernah maafkan dosa Cahaya yang seluas lautan tapi kenapa Cahaya tak mampu nak maafkan dosa abang yang sebesar kuman? Abang tak salah... Abang cuma mangsa keadaan je..." Balas Cahaya menyesakkan dada aku lagi. Aku memeluknya erat sambil menghamburkan tangisan hiba. Hiba melihat ketulusan hati Cahaya yang sanggup melupakan segala perbuatan keji aku terhadapnya.

" Terima kasih, Cahaya... Thank you, angel. Abang akan usaha untuk ingat kenangan-kenangan kita semula. Memori yang sangat berharga dan sangat rugi jika dilupakan,"

Perutnya aku usap setelah sekian lamanya aku abaikan. Nak aku maki diri ini sebab menuduh Cahaya dan anak aku yang bukan-bukan.

" Maafkan abah, sayang... Abah jahat... Abah buat ibu menangis... Abah dah sakitkan kakak kamu sampai dia menangis... Abah lelaki yang jahat... Jangan jadi macam abah..."

" Cukup, abang. Jangan cakap macamtu. Baby dah maafkan abahnya. Baby dah happy sebab ibu dah happy," Dia mengelapkan air mata aku yang membasahi wajah. Senyuman yang aku bazirkan aku tatap dengan penuh dalam.

Dia menarik wajah aku lalu dikucup bibirku lama. Suasana hening malam ini aku dapat rasakan yang ianya hidup berbanding dengan malam-malam sebelumnya.

Cahaya, abang dah kembali ke pangkuan awak, sayang...

Continue Reading

You'll Also Like

162K 8.4K 51
❗❗PLEASE READ ZAQWAN HAIRA FIRST TO AVOID CONFUSION ABOUT THE CHARACTER Dua orang insan yang berbeza. Mempunyai kisah silam yang berbeza. Dan hanya...
19.1K 1K 50
Written by Itsfarraa [HOLD ON] Known as Ace Series, -ACE SERIES 2- ⚠️ DILARANG KERAS UNTUK PLAGIAT ⚠️ Happy reading and jangan lupa vote Arthur Lee...
52.4K 1.3K 45
[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani meneg...
132K 7.2K 56
𖤐 BROKEN SERIES BOOK 1 ⊹♡ start : 02072023 end : 07022024 ⚠️clichè