[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

35.2K 1.2K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 41: Kemaafan
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 40: Lupa II

823 25 0
By Qstnaafrn

Armani berjalan senyap-senyap sehingga ke arah Ahnaf yang sibuk termenung di buaian laman depan rumah.

" Abah,"

" Uish!" Dia tersentak bangun apabila Armani semakin mendekatinya.

" Hei, pergi ke mak kau semula lah. Aku bukan bapak kau." Ujar Ahnaf tiada perikemanusiaan.

" Abah! Abah!" Rengek Armani apabila dia tidak dilayan. Hairan dia apabila Ahnaf dah tak layannya seperti dulu.

" Tsk!" Ahnaf berdecit. Dia memandang sekeliling. Dia ingin mencari bayangan sesiapa yang dekat dengan mereka namun malangnya hanya mereka sahaja yang ada.

" Mak jenis apa dia ni tinggalkan anak dia seorang-seorang??"

" Abah..." Dia memeluk kaki Ahnaf dan menyembamkan mukanya ke kakinya. Ahnaf terkujat sedikit. Dia memerhatikan dengan tubuh kaku. Terasa seperti bulu romanya naik tiba-tiba.

" Anak abah Cahaya Armani!"

Dia memegang sisi kepalanya. Denyutan di kepala membuatkan dia terasa sakit.

" Abah... Nak abah," Pinta si kecil itu lagi.

" Adoi! Bising lah!" Tanpa dia sengaja, kakinya tersepak Armani menyebabkan gadis itu terjatuh ke atas tanah.

Tangisan kuat Armani kedengaran bergema menarik perhatian orang yang berada dalam rumah.

" Ya Allah, Armani?!" Aku datang memeluknya yang menggigil ketakutan. Lantas mataku mencerlung ke arah Ahnaf.

" Apa yang awak dah buat kat dia ha?! Dengan budak pun awak nak berkasar?!"

Ahnaf mencerlung ke arah aku. " Anak kau ni lah yang menyibuk menyondol kat kaki aku! Mak jenis apa kau ni tinggalkan dia seorang diri? Kau ni pandai buat anak tapi tak reti nak jaga!" Herdik Ahnaf membuatkan aku panas hati.

Aku menampar bahunya. " Jaga sikit mulut eh! Anak yang awak cakapkan ni anak awak juga. Benih awak sendiri! Jangan cakap macam orang tak ada otak lah,"

Ahnaf menahan marah kerana aku boleh nampak uratnya timbul di dahi dan lengan. Tangannya menggigil sampai aku yang takut kalau dia akan naikkan tangan.

Dia memegang sisi kepalanya lagi. " Anak aku?! Aku takkan mengaku lah anak-anak ni darah daging aku sendiri! Sebab aku takkan serahkan benih aku pada perempuan murah macam kau! Entah jantan mana kau serahkan tubuh kau selama ni lepastu kau nak cakap ini anak aku?! Kau dengan anak-anak kau ni boleh pergi mam-..."

Pang!

" Biadap. Kau nak hina aku, kau hinalah, Ahnaf! Tapi jangan sesekali hina anak kita. Bapak jenis apa kau ni?!" Aku tak dapat nak menahan perasaan geram aku. Aku terus meninggalkan dia yang tercengang di tempatnya.

" Nak bonda tambah penampar kat pipi kamu tu lagi?" Tanya bonda. Ahnaf tergamam melihat mutiara jernih yang jatuh ke pipi syurganya.

" Kamu dah melampau lah, Ahnaf. Ini ke balasan kamu untuk dia selepas dia dah berkorban nyawa melahirkan zuriat kamu?! Bonda kecewa! Arwah walid kecewa!"

Ahnaf tersentak apabila arwah walid dibangkitkan. Bibirnya menggigil tapi tiada perkataan yang terkeluar daripada bibirnya.



Aku dah tak kenal siapa Ahnaf Hadi lagi. Tiada apa yang mampu mengubati kesakitan yang aku rasakan dalam hati ini.

Hati aku mati sama seperti perasaan cinta antara kami.

Aku kalau boleh mahu mengelak daripada bertembung dengannya. Wajahku dingin sentiasa jika aku berdekatan dengannya. Tuduhan yang melampau itu asyik tergiang-giang di fikiran. Membuatkan aku mahu muntah.

Bluek!

Dah kali kelima aku berlari ke arah singki kerana tak tahan rasa membuak di perut. Sebulan berlalu dan begini lah keadaan aku sekarang.

Lemah dan tak bermaya.

" Cahaya," Bonda menegur saat dia turun daripada tangga rumah. Aku membalas dengan senyuman.

" Ok ke tak ni?"

" Ok je, bonda. Kenapa? Nampak tak ok ke Cahaya ni?"

" Iya. Nampak pucat. Cahaya nampak cengkung. Kita pergi hospital ya?"

" Eh tak apa, bonda. Cahaya ok. Mungkin kurang rehat kot." Aku memegang dahi aku. Terasa panas seperti orang mahu demam.

" Pergilah rehat. Bonda risau. Sudah lah hubungan kamu dan Ahnaf bertambah teruk. Janganlah sampai terjadi apa-apa buruk berlaku terhadap kamu dan kandungan,"

" Bonda, pandailah menantu bonda ni jaga diri. Menantu bonda ni kuat," Aku menunjukkan gaya kuat kepadanya. Dia terpaksa senyum dan akur sedangkan dalam hati galau memikirkan kesihatan tubuh aku.

" Mana Armani, bonda?"

" Ada dalam bilik. Sejak kejadian haritu terus dia tak nak keluar bilik. Dia takut bila nampak Ahnaf. Bonda minta maaf bagi pihak Ahnaf,"

Aku menggeleng laju. " Bonda tak perlu wakilkan Ahnaf apa-apa. Biar je lah dia buat masa sekarang. Cahaya tak mampu nak berfikir dah. Mati akal rasanya sekarang ni,"

Bonda mengusap belakang aku bagi kekuatan semangat. Dia juga mati akal nak fikirkan cara untuk kembalikan Ahnaf yang dulu.

P.O.V. Ahnaf

Pada malam itu, aku tak mampu nak tidur dengan lena. Sebenarnya sudah hampir sebulan aku tak boleh nak lelapkan mata. Jiwaku tak tenang. Seolah rasa ingin meronta dan meracau. Hati aku bagaikan resah semacam.

Aku bangkit. Aku menuju ke luar koridor sambil menatap pemandangan langit yang tiada kehadiran bintang. Angin sepoi bahasa menampar lembut wajahku.

Seakan ada satu belaian yang lembut menyisir rambut dan pipi. Aku terasa nyaman apabila dibelai dengan kasih sayang. Namun hati aku meragui sesuatu. Tangan siapa yang menjadi igauan setiap malamku?

Langkah dibawa turun sehingga ke dapur. Air susu diminum bagi melegakan tekak yang kering. Kemudian mata terpandangkan pintu yang tertutup itu. Tanpa aku sendiri sedar langkah dibawa sehingga betul-betul di hadapan pintu.

Tombol dipulas lalu pintu dikuak sedikit. Wajah yang terpancar dari celahan lampu dapur sedikit sebanyak memudahkan aku untuk melihat. Dengan gaya yang cermat, aku masuk ke dalam lalu menutup pintu kembali.

Simbahan cahaya malap dari tingkap bilik itu menyenangkan aku seraya duduk di birai katil sambil menatap tanpa kelip wajah tenang sang isteri yanh ketiduran.

Tenang. Itu yang aku rasakan saat melihat wajah ini.

Tangan pantas mengusap wajah itu tanpa menghasilkan sebarang kecurigaan. Mata kututup perlahan. Usapan diwajah itu seperti aku pernah rasa sebelum ni. Aku pernah melakar wajah ini. Wajah yang mahu aku simpan tersemat dalam fikiran.

Aku membuka mataku semula. Air jernih membasahi wajah. Tanpa aku tahu apa maksud disebalik air mata ini.

Aku terpandangkan perutnya yang memboyot. Gigilan ditangan saat aku mahu menyentuh perutnya. Aku menggenggam penumbuk. Tidak terdaya. Segala hinaan yang aku hamburkan seakan menyucuk dadaku sekarang. Aku berlaku zalim pada yang tak bersalah.

Aku tak tahu kenapa aku sekeras-kerasnya mahu menafikan bahawa mereka adalah sebahagian daripada hidupku. Sedangkan segala kertas hitam putih terpapar di hadapan mata tapi aku masih buta.

Apa guna ada mata tapi masih buta di hati, Ahnaf Hadi?

" Siapa sebenarnya kau ni, Cahaya Inara?"

Pandangan kami bertembung tapi dia cepat-cepat kalihkan. Riak biasa dia ukirkan sedangkan aku tahu dalam hati dia ingin meronta memandang ke arah aku.

Aku berjalan untuk masuk ke dalam bilik. Tubuhku terasa mahu mandi sekali lagi. Selepas pulang daripada melakukan workout di gym badan yang berpeluh perlu dibilas segera.

" Sediakan baju bersih untuk aku." Arah aku tanpa menoleh ke arahnya.

Seusai mandi, kelihatan dia baru sahaja selesai meletakkan baju bersih di atas katil. Melihat aku yang tercegat di depan bilik air cepat-cepat langkahnya dibawa ke arah pintu untuk keluar.

" Nak pergi mana?"

" Nak bagi 'anak saya' makan. Dia lapar," Perkataan anak saya itu ditekan. Matanya tetap merenung ke hadapan. Aku tidak membalas dan dia terus angkat kaki mahu keluar.

Aku segera menahan lengannya sebelum dia sempat untuk menapak keluar satu langkah daripada bilik.

" Apa ni?? Lepaskanlah saya!"

Pintu aku tutup kembali. Tubuhnya aku tolak sehingga dia tersembam di permukaan pintu. Tubuhnya aku kunci dan diapit oleh kedua belah tangan.

" Apa ni, Ahnaf? Saya tak suka lah," Dia menoleh ke tepi tak nak memandang ke arah aku.

" Apa guna ada isteri tapi tak nak siapkan suami sendiri?"

Dia terus beralih kepala memandang aku dengan muka tak percaya. " Baru sekarang awak nak mengaku yang saya ni seorang isteri?" Nadanya sinis dan senyuman perli terukir.

" Tak kisah lah apapun. Kalau kau rasa kau nak pahala seorang isteri, cepat siapkan aku,"

" Kalau saya tak nak?" Dia membalas renungan aku tanpa gerun. Tiada sesiapa yang berani berbuat demikian. Hanya dia yang mampu melawan setiap apa yang aku kata dan buat.

" Aku akan tuntut hak batin aku sekarang juga. You can't even say no. Nak kena laknat dengan malaikat ke sepanjang malam?"

Dia senyum senget. " Gila."

" Cepat! Kau nak buat ke tak?"

" Ye lah! Lepaskanlah saya dulu,"

Barulah aku melepaskan dia. Dia terus mengibas jubahnya sebelum perlahan berjalan ke arah katil. Aku mengekori dengan senyuman kemenangan.

Jelek dia tonjolkan saat terpandangkan wajahku. Baju tshirt hitam dia sarungkan ke kepala aku. Tapi matanya tetap meneleng ke arah lain.

" Pandang lah muka suami." Kuasa veto aku gunakan. Dalam keterpaksaan dia membalas pandanganku.

Sudut hati aku berbicara. Aku mengakui kecantikannya. Walaupun tidak secantik model tapi wajahnya cukup menarik perhatian aku daripada memandang ke tempat lain.

Aku menarik dia supaya duduk di atas riba aku. Pada mulanya dia berkeras tapi aku tetap memaksa sehingga dia berputus asa. Rambutku disisir menggunakan sikat. Lembut sahaja perbuatannya sehingga membuatkan aku terbuai-buai. Perlahan tanganku memeluk pinggangnya.

Sisiran di rambut terhenti sebaik sahaja aku mencium lehernya. Tudung yang elok terlilit dikepala aku buka.

Cantik beralun ikal mayangnya. Membuatkan aku bertambah geram. Baru aku tahu dia ada rambut secantik ini.

" Ahnaf, dah siap. Lepaskan saya," Dia menolak lalu bangun daripada duduknya. Aku tak mampu untuk memaksa; takut dia akan bertindak agresif. Tadi pun sudah keras badannya melarikan diri daripada disentuh.

Aku bangun dan menatapnya yang berada paras daguku. Terus aku mencium ubunnya dengan penuh kelembutan. Aku tak tahu apa yang telah merasukiku tengah harini tapi aku terasa mahu melakukannya. " Terima kasih,"

Dia mengangguk dengan gugup. " Sama-sama," Dia terus melangkah pergi sehingga hilang bayang.

Di meja makan pula, kami semua menikmati makanan yang sudah disiapkan oleh pembantu rumah.

" Mana Cahaya?" Soal bonda. Mana lah aku tahu. Aku turun-turun je dia memang tak ada.

" Panggil dia cepat." Aduh, bonda ni. Dah kalau orang tak nak tak payah lah paksa.

" Ahnaf Hadi!"

Belum sempat aku mahu membalas, Cahaya muncul dengan segelas air susu di tangan.

" Tadi awak minta susu kan?" Dia meletakkan di hadapan aku. Sejak bila aku teringin nak minum susu pun aku tak pasti. Bukannya aku penegar minum susu.

Bonda berkerut apabila melihat dia kembali masuk ke dapur. " Ke mana tu, Cahaya?"

" Err kemas dapur. Sekejap lagi Cahaya makan." Bukan aku tak tahu dia nak masuk ke dalam biliknya semula. Sampai sekarang bonda tak tahu yang Cahaya dah berpindah bilik asing katil dengan aku. Pandai Cahaya menutup rahsia kami dari bonda.

" Tak payah. Dalam rumah ni ada orang gaji. Duduk sini makan."

" Amberlee, if she wanna go, just let her be. We still have appetite to eat our lunch together," Sampuk makcik Celina. Disokong oleh dua orang anak perempuannya yang gedik itu.

Bonda terus menoleh ke arah aku. Jawapan aku penentu segalanya.

" Ahnaf, isteri kamu tu ada atau tak itu tak membawa makna apa-apa. Kita tetap kenyang. Tak perlu nak tunjuk simpati sangat. Kita kena ajar isteri biadap ni supaya hormat kita." Ujar makcik Celina.

Aku mengeluh sebelum membasuh tanganku semula. " Hilang selera makan Ahnaf,"

Aku masuk ke dapur mencari kelibat Cahaya. Dia sedang elok meninggung di atas kerusi meja Island sambil memakan sebiji pisang.

" Oi. Kau tak makan nasi ke?"

Dia mengerling ke arah aku seketika sebelum menjeling tajam. Dia masih mengunyah kuat pisang di tangan tapi dengan gaya seperti memberontak.

Aku senduk dia nasi lalu aku mengambil lauk-pauk yang masih tersisa dalam periuk.

" Makan,"

" Jangan paksa lah." Suaranya membalas dingin.

" I have a right to force you. So eat it before you regret,"

" Tak takut,"

Aku mengetap gigi dengan kuat. Aku pantas mencempung dia seperti beras lalu dibawa masuk ke dalam bilik.

Dia meronta kuat. " Ahnaf! Awak ni dah gila ke?! Turunkan saya lah!"

" Makan! Apa yang susah sangat kau nak makan ha?? Kau tak kesian ke dengan anak dalam perut tu?!" Marah aku sekuat hati.

" Apa awak cakap?? Saya kurang dengar. Awak kesian dengan anak ni?" Cahaya membuat riak terkejut. Aku tahu dia perli.

" Enough. Tak payah perli. Makan! Kalau kau sakit, anak dalam perut tu pun sakit. Kalau jadi apa-apa kau nak dipersalahkan ke?!"

" Why would you even care?! Anak yang bukan dari benih awak sendiri awak cakap ni! Kenapa kena kisah pasal kami, Ahnaf?! Kau kejam! Kejam!! Aku benci kau!" Dia menumbuk-numbuk dada aku dengan kuat sambil menghambur tangisan yang paling perit aku dengar.

Aku tahu tumbukannya takkan dapat melegakan hatinya. Betapa sakit apabila difitnah oleh lelaki yang dia cinta. Aku tahu aku bodoh sebab menuduhnya sedemikian rupa.

Aku menangkap tangannya. Dia tetap meronta kuat. Aku cuba untuk menenangkannya tapi dia tetap menyemburkan amarahnya.

" Sudah! Aku cakap sudah, Cahaya. Okay I'm sorry. I'm sorry for what I said to you before! Please, jangan macamni. You're hurting me with your tears!" Aku memeluknya erat sambil membaringkannya di atas katil.

Dia masih menangis kesedihan. Tapi tangannya sudah tenang daripada memukulku. " Jahat! Awak jahat, Ahnaf! Saya benci awak!"

" Yes, I know. I'm a bad person. Please, stop. Mengucap, Cahaya!" Aku terus mencium ubunnya lama. Perlahan aku bisikkan ayat suci alQuran yang aku tak tahu macam mana boleh terlintas di fikiran aku. Semakin lama tangisannya berkurangan dan dia terus terlena dalam dakapan aku.

" I'm sorry... I'm really sorry... Please, angel..."

Angel? Dari mana gelaran itu muncul?

Continue Reading

You'll Also Like

162K 8.4K 51
❗❗PLEASE READ ZAQWAN HAIRA FIRST TO AVOID CONFUSION ABOUT THE CHARACTER Dua orang insan yang berbeza. Mempunyai kisah silam yang berbeza. Dan hanya...
195K 5.5K 52
Book 1 || 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 Bermula kisah di Antara seorang Jejaka dan juga seorang Gadis Rose Al Husna Mempunyai perasaan...
52.4K 1.3K 45
[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani meneg...
129K 9K 53
'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang memilih awak"