[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

35.2K 1.2K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 41: Kemaafan
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 38: 360 darjah

665 19 0
By Qstnaafrn


Ulang alik aku dari rumah ke hospital. Itu pun sebab bonda memaksa. Katanya kesian pada Armani yang terasa diabaikan sejak aku tanpa penat lelah menjaga Ahnaf yang koma di atas katil. Setiap detik yang berlalu sudah tidak ku hiraukan lagi. Entah harini hari apa pun aku dah tak peduli.

Armani aku pandang di sebelah. Anak sekecil ini masih tidak memahami akan kepahitan hidup; hanya tersenyum seperti dunia ini dia yang punya. Sedikit sebanyak membuatkan hati aku tercuit melihatnya.

" Abah. Nak abah," Armani bersuara sambil menunjukkan ke atas katil di mana Ahnaf berada.

" Abah masih tidur. Abah penat sangat. Jangan kacau abah ya?" Pujuk aku selembut-lembutnya.

" Lamanya abah tidur, ibu." Sungguh petah berbicara sekarang. Dah 2 tahun lebih umur dia. Persamaan dengan 4 bulan tempoh Ahnaf terbaring kaku di atas katil.

Terimbau kembali 4 bulan sebelum ni. Doktor berkongsikan keadaan Ahnaf yang berkemungkinan besar takkan bangun dalam keadaan normal seperti sebelum ini. Sama ada cacat kekal saat tersedar atau dia akan sentiasa terbaring dalam jangka masa yang lama.

" Abah nak kalahkan kita lah yang kuat tidur. Jangan jadi macam abah. Tak bangun-bangun." Aku menyimpulkan senyuman kepadanya.

" Cahaya, makan ni. Bonda ada bawa makanan yang kamu pinta," Bonda masuk ke dalam dan membawa bekal ikan pari asam pedas seperti apa yang aku pinta malam tadi.

" Maaf, bonda dah susahkan bonda untuk melayan tekak Cahaya. Sebelum ni Cahaya susahkan Ahnaf ini bonda pula yang kena buatkan," Aku tersenyum hambar. Wap panas yang terhasil membuatkan perutku berkeroncong.

" Susah apanya? Cucu bonda dalam perut ni juga yang minta," Balas wanita itu sambil mengusap perut aku yang semakin membesar.

" Ahnaf ada cakap pada bonda sebelum dia datang ke Abu Dhabi."

Aku terus memandang bonda. Wajah itu kelihatan hiba sekali. " Apa dia tu, bonda?"

" Anak ini hadiah terakhir buat kamu daripadanya andai kata dia pergi. Jagakan amanat ini. Ianya bermakna buat dia,"

Aku spontan menyentuh perutku. Seakan seleraku putus mendengar utusan Ahnaf yang berbentuk wasiat. Mana mungkin aku mampu menerima berita pemergiannya?

" Kalau dia tak kata pun Cahaya tahu. Cahaya takkan abaikan dia. Darah daging kami bukti cinta kami."

" Bonda bukan nak buat kamu sedih tapi bonda kena kuatkan mental kamu supaya kamu dapat menghidapi kemungkinan di masa akan datang."

Aku mengangguk lemah. " Cahaya faham." Kalau nak cakap bonda tak sedih, tipu lah. Ahnaf satu-satu anaknya. Tapi seperti apa yang aku pernah bagitahu. Bonda seorang yang kuat dan tabah.

Selepas makan, bonda meninggalkan aku bersendirian bersama Ahnaf sementara dia membawa Armani bersiar-siar di taman bawah hospital ini.

Tangannya ku capai. Aku tersenyum pilu. Air mata sudah kering untuk ditangisi. Kalau air mata ini jatuh, takkan ada lagi tangan yang akan menyapunya. Tangan kaku itu mustahil akan bergerak dan menghapuskan air mata di pipiku.

" Assalamualaikum, abang. Cahaya rindu abang..."

" Tak adil betul. Cahaya tak sedarkan diri 4 hari je haritu itupun dah buat abang jadi tak tentu arah. Ini abang tak bangun-bangun selama 4 bulan boleh pula? Ingat Cahaya ada masa untuk tunggu abang?" Aku cuba untuk berkomunikasi sebab doktor kata ia bagus untuk perkembangan neuronnya. Jika dia mampu dengar, otaknya akan bekerja seperti orang normal.

Aku mengetuk kepala sendiri sambil ketawa kecil. " Lupa pula. Abang pernah tunggu Cahaya sedar selama 4 tahun. Jadi abang nak balas dendam ya? Suka sangat buat orang terseksa macamni?"

Rajin tangan aku untuk mengelus kepunyaannya. Sentuhan fizikal yang sering dia berikan kepada aku mampu membuatkan aku cair dengan perbuatannya. Jadi aku mahu buatkan benda yang sama. Aku mahu dia tahu yang aku sentiasa berada dengannya.

" Allahumma innaa nas alukal 'afwa wal 'aafiyata fiddiini wad dun-ya wal aakhiroti" Bisik aku di telinganya.

" Ya Allah, kami mohon ampunan kepada-Mu serta limpahkan kesejahteraan agama dunia serta akhirat"

" Terima kasih sebab ajarkan cebisan doa ringkas untuk Cahaya gunakan dalam kehidupan seharian. Banyak Cahaya belajar daripada abang. Dengan ilmu yang abang pernah kongsikan kepada Cahaya akan Cahaya gunakan sebaik mungkin. Biar pahala abang mengalir seperti air sungai yang tenang tanpa henti."

Aku memerhatikan gelang tangan yang masih setia di tanganku. Sejurus itu aku tersenyum. Ada sesuatu istimewa yang Ahnaf letakkan pada hadiah ini. Bila diamati semula sewaktu aku meneroka ukiran gelang tangan ini, aku dapati ada satu keunikan terdapat di buah berbentuk sayap itu.

Apabila sayap itu terkena pada pantulan cahaya, ia memancarkan sesuatu tulisan pada permukaan yang terkena dengan pantulan tersebut. 30 bahasa yang terhias menunjukkan kata-kata cinta kepadanya.

" Cahaya tahu abang bukanlah sealim ahli sunnah waljamaah, abang juga bukan sejahat manusia yang sehina-hina disisi tuhan, tapi abang tetap suami kepada Cahaya Inara; yang banyak baiknya daripada yang jahat." Dahinya ku cium lembut. Lama aku terperangkap dalam perasaan hiba ini. Tanganku tidak terlepas daripada mengusap wajahnya.

" Bangunlah, abang. Lama sangat abang tidur. Kami semua rindu abang." Bisik aku syahdu.

Azan asar berkumandang kuat menyebabkan aku kembali ke realiti. Aku meninggalkan Ahnaf buat sementara aku pergi menunaikan kewajipan.

" Cahaya pergilah bersihkan diri dulu. Seharian kamu jaga Ahnaf. Biar bonda pula yang menjaga,"

" Tapi..."

" Pergilah. Harini makcik Celina nak melawat. Baik Cahaya pergi sebelum dia serang kamu."

Aku terpaksa mengangguk akur. Memang malas nak hadap wajah-wajah yang pernah mencalarkan maruah aku. Ini hanya kerana kami masih di Abu Dhabi je. Kalau di Malaysia memang aku larang sekeras-kerasnya.

Aku pulang ke rumah dengan bertemankan Na'eem, Jibril dan Jibran. Kazar perlu menguruskan hospital manakala Chaira perlu menjaga anak-anak di rumah.

Melihat aku yang diam, Jibran bersuara. " Angel, you need to keep your smile up. Dah macam ayam sembelit muka tu,"

Aku mengukirkan senyuman seketika sebelum bibirku kembali mengendur. " Macam mana I nak tersenyum semula kalau penyebab senyuman I tiada di hadapan mata?"

" Alaa janganlah sedih-sedih. Tak best lah macamni. Kalau you sedih, anak you pun akan sedih."

" Anak I bukan bodoh macam you lah. Dia pun boleh rasa perasaan I. Even if I show my happiness, deep inside I'm crying," Aku mengusik Jibran di awal ayat.

" You tu pun bukan cerdik mana pun. Kalau tak kenapa SPM 5A je? Ada sijil SPM je pula tu."

" Hoi! 5A tu pun kira ok lah! I tak sambung belajar sebab I punya cita-cita bukan ada berkenaan dengan akademik pun." Aku ketawa apabila berbalas kata dengannya. Sedikit terbang masalah yang membelenggu otak.

" Kan elok you ketawa. Baru macam angel. Ini asyik sedih je. Dah macam demon."

" Sikit-sikitlah, Jibran. Lebih-lebih siapa nak layan?" Aku menjelingkan mata ke atas.

Sampai sahaja di rumah, aku bersiap-siap dan berehat buat seketika. Armani juga aku siapkan. Walaupun terasa penat sedikit kerana kandungan semakin membesar aku tetap melaksanakan tanggungjawab untuk si kecil ini.

Panggilan daripada bonda melajukan pergerakan tanganku menekan punat hijau. " Ya bonda?!"

" Cahaya! Ahnaf! Dia dah sedar,"

" Ya Allah, bonda! Seriuslah! Bonda tak main-main kan?" Hampir mahu melalak aku mendengar perkhabaran ini.

" Ya, Cahaya. Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa kita. Mari ke sini cepat sementara doktor tengah periksa keadaannya bonda akan tunggu kamu sampai,"

Tanpa membuang masa, aku terus memecut laju ke arah hospital. Setiap derapan kakiku disusuli dengan zikir kesyukuran. Akhirnya aku dapat bertemu dengan Ahnaf secara bertentangan.

" Abang!" Aku tak pedulikan sesiapa di situ terus menyambar tubuh Ahnaf. Aku menangis kuat dibahunya.

" Alhamdulillah, abang dah sedar! Cahaya takut kalau apa-apa terjadi pada abang waktu abang masih koma tapi nasib baik Allah memudahkan urusan kita,"

Aku hairan apabila tubuh itu kaku dan tidak membalas kata-kataku. Aku dapat merasakan tubuhku ditolak perlahan.

Mata itu. Kelihatan mati.

" Bonda, who is she?"

Kami yang berada dalam bilik ini tergamam. Bagaikan ada malaikat lalu, suasana wad itu terlalu senyap dengan begitu pantas.

" Ahnaf, jangan main-main. Ini Cahaya lah, sayang," Bonda cuba untuk mengenalpasti riak wajah Ahnaf yang cuba berbohong. Senyuman itu kendur apabila Ahnaf menunjukkan riak keliru.

" Abang... Abang, it's not funny lah! Takkan abang tak ingat Cahaya?" Aku terus memegang pipinya supaya menghadap aku. Matanya cuba untuk menganalisis gerangan yang berada di hadapannya.

" Err bonda?" Tanganku dilepaskan daripada memegang pipinya.

" Bonda, kenapa ni? Siapa ni?" Dia memaut lengan bonda meminta kepastian.

" Ahnaf, ini Cahaya Inara. Your beloved wife,"

" Wife?!" Suara petir Ahnaf bergema dengan riak tercengang. Tiba-tiba dia ketawa.

" Nice one, bonda. I will not fall into your prank this time,"

" Astagfirullah, Ahnaf!" Bonda menekup mulutnya. Aku sudah terbangun daripada dudukku. Air mata aku mulai mengalir perlahan. Semampu boleh aku menahan tangisan aku pecah.

" Abah?" Suara Armani memanggilnya. Membuatnya dia menunduk ke bawah. Armani mengangkat tangannya meminta untuk diangkat.

" Anak siapa ni?"

" Ahnaf, are you kidding right now?" Suara dingin Jibril kedengaran.

" Err I guess not. Ini kenalan kau eh, Jibril? Tadi aku nampak kau orang datang sama-sama,"

" Fuck!" Na'eem mencarut kuat. Rambutnya serabai akibat disisir kasar.

" Abang! Please look at me. Takkan sesenang tu abang lupakan Cahaya? Armani ni anak abang! Takkan dia pun abang lupa juga?? Mustahil! Cakap yang ini semua tipu! Abang saja nak kenakan kami kan?!" Aku memaksa Ahnaf sehingga membuatkan dia berasa rimas.

" Can you please understand his condition?! You're such an idiot!" Herdik Makcik Celina yang dari tadi hanya memerhatikan drama tadi.

" Shut up! This is none of your business!" Marah aku tidak dapat ditahan. Adakah ini semua kerja keluarga jahat ni??

Jibril dan yang lain sudah memincingkan mata ke arah Makcik Celina.

Ahnaf pula memandang aku dengan pandangan kosong. " I don't know what is your real intention but I only want my family members in here. You can stay outside. One more thing, respect my family, outsider!"

" Tapi abang-..."

" I said get out! I want some spaces!"

" Ahnaf!"

" Tak apa, bonda. Mungkin dia masih keliru. Bagi dia masa ok?" Pujuk aku menahan nada sebak. Aku perlahan keluar membawa Armani keluar sama.

" Abah! Nak abah, ibu!" Rengek Armani tapi aku tak hiraukan. Dah orang tak sudi, sayang. Tak perlu kita nak terhegeh-hegeh lagi.

" Cahaya," Bonda menahan aku di muka pintu.

" Tolong jangan tinggalkan Ahnaf ni. Dia tak sengaja, sayang,"

" Bonda, bagi dia masa seketika. Cahaya faham dia keliru sekarang. Tak apa. Allah ada bersama dengan dia dan kita semua," Aku melepaskan pautan tangan bonda lalu bergerak pergi.

Air mata yang aku tahan terus mengalir laju. Segala kesakitan yang aku simpan di dada terasa seperti mencucuk urat-urat yang menjalar di badan.

Aku tipu. Aku tak kuat.

Sejak daripada itu, aku mampu melihat dia daripada luar wad sahaja. Dia tak mahu berjumpa dengan sesiapa yang dia tak kenal. Apabila disoal dia hanya mengingati peristiwa terakhir sewaktu berumur 16 tahun. Hanya lagi satu tahun sahaja sebelum berjumpa dengan aku.

" Ahnaf, please say this is just a prank. Kesian Cahaya rindukan kamu separuh mati,"

" Bonda, enough. Ahnaf tak kenal dia siapa. Dia tu isteri Ahnaf bonda kata? Nonsense! Bonda kenal Ahnaf macam mana. Ahnaf takkan sesenang itu jatuh cinta. Ahnaf bukannya kenal ramai sangat perempuan. Macam mana Ahnaf boleh kenal dia tu?" Ahnar bersuara tak puas hati. Dia memandang ke arah luar tingkap wad. Setiap hati pasti bayangan perempuan tak dikenalinya akan berada di luar senyap-senyap memerhatikannya.

" Dah penat mulut bonda ceritakan pada kamu tapi kamu tak nak percaya. Nak sampai berbuih ke mulut bonda untuk buatkan kamu percaya??" Keluh bonda sambil menyuapkan dia makan.

" Jangan buat dia macamtu. Dia tengah bawa anak kamu tu. Kalau terjadi apa-apa kamu akan bonda salahkan. Emosi dia memainkan peranan. Ada ke bonda ajar untuk biadap dengan orang??"

Ahnaf tidak membalas malah hanya memandang ke tempat lain dengan wajah yang dingin. Dalam hatinya masih ragu dengan penceritaan bonda.

" Dah lah, bonda. Ahnaf penat. Ahnaf dah kenyang dan Ahnaf nak tidur," Dia terus baring lalu menarik selimut sehingga menutupi kepalanya.

Bonda mengeluh kesedihan. Dia meletakkan pinggan di atas dulang semula. Kakinya melangkah keluar untuk berjumpa denganku.

Aku dengar perbualan mereka tapi aku malas nak beriak. Kecewa yang aku dapat. Namun senyuman tetap aku ukirkan. Untuk tak nak buat bonda rasa serba salah.

Tangan aku dicapainya. " Tunggu hingga tiba masanya. Ahnaf akan kembali kepada kamu. Anak bonda pasti akan kembali. Percaya pada kuasa...?"

" Allah," Sambung aku pula. " Allah uji sebab sayang. Allah uji sebab dia tahu Cahaya kuat," Aku menahan sebak dengan mengukirkan senyuman pahit.

" Macamnilah menantu bonda. Mana Armani?"

" Sejak Ahnaf tolak dia, dia dah mula pasifkan diri. Mungkin dia merajuk sebab abah dia tak ingat dia," Balas aku sedih.

Bonda mengetap bibir. " Kesiannya cucu nenda."

Bonda membawa aku ke turun ke tingkat bawah, Perut yang kosong perlu diisi. Tapi apa gunanya perut penuh tapi hati masih kosong?

Continue Reading

You'll Also Like

5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
348K 17.2K 66
TENGKU ARJUNA MIKAEL | LILY SOFIA♠️ Tengku Arjuna Mikael seorang jewellery designer yang sangat terkenal.Setiap rekaannya pasti akan mendapat sambu...
282K 4.6K 20
Previous title : His Assassin Girl (Dalam proses editing dan publish balik) " No one can tame me, not even love - Tengku Airis Almas " "Some women li...
136K 5.4K 50
𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐀𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐗 𝐇𝐞𝐫 𝐁𝐢𝐠 𝐆𝐨𝐫𝐢𝐥𝐥𝐚 ⊰⊹ฺ Perkahwinan bersama lelaki tercinta sudah menjadi angan-angan buat DARLA CAROLINE...