๐Œ๐‘.๐ˆ๐™๐‘๐€๐ˆ๐‹ ๐‹๐”๐‚๐ˆ๐€๏ฟฝ...

By amiieya

299K 15.2K 587

"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan k... More

๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 1
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 2
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 3
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 4
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 5
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 6
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 7
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 8
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 9
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 10
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 11
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 12
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 13
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 14
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 15
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 16
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 17
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 18
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 19
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 20
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 21
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 22
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 24
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 25
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 26
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 27
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 28
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 29
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 30
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 31
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 32
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 33
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 34
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 35
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 36
๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 37

๐•ธ๐•ด๐•ท : ๐•ญ๐•ฌ๐•ญ 23

6.6K 389 12
By amiieya

"OKAY dah jumpa!", sorak Fawish. Ketiga-tiga mereka segera memandang ke arah komputer riba milik Izrail itu.

Fawish mengerutkan dahinya apabila melihat kelakuan ketiga-tiga sepupu ini. Satu demi satu kepala diketuk olehnya termasuk Izrail.

Tak sangka muka dah handsome pun otak tak handsome kadang-kadang.

"Otak kau, sakit gila!" Izrail menjeling ke arah Fawish. Dia mengelus kepalanya yang sakit akibat diketuk oleh Fawish tadi.

"Iyalah Fawish ni! Entah kenapa tak ada angin tak ada ribut kepala kita diketuknya", bebel Kharl pula.

"Sekarang ni baru nak guna ke kebodohan tu?", soal Fawish.

"Itu yang ditayang dekat skrin sana apa? Sampai semua nak berebut tengok sini", bebel Fawish. Dia menggelengkan kepalanya.

"Alah biasalah manusia ada silap dan kekurangan. Hamba Allah kan tiada yang sempurna", sempat juga Izrail bertazkirah di situ. Fawish, Kharl dan Danial memandang antara satu sama lain lalu memegang dahi Izrail untuk memastikan bahawa dia demam atau tidak.

"Ish, dah kenapa dengan korang bertiga ni? Nak kena lempang dengan aku ke?"

"Tak demam si Izrail ni", kata Fawish.

Haa sudah ni mesti kes menyakat aku ni. Tahu aku ni tak adalah rupa baik sangat kalau nak bercakap. Tapi kalau dah salah orang dengan aku bercakap memang beginilah jadinya.

"Aku risau dua kali lagi aku solat jumaat ni", tambah Danial.

"Balik ni aku nak taubat dah. Aku nak jadi mafia pencen janji Izrail bagi aku nafkah", merepek Kharl. Mereka bertiga memecahkan ketawanya disitu.

Izrail memicitkan dahinya. Sakit kepala dia melihat kerenah ketiga-tiga lelaki yang berada di hadapan matanya itu.

Dalam sehari tidak pernah ada yang normal jika mereka bertiga ini bergabung dan cuba mengusik Izrail itu.

"Dah, jangan main-main! Cepat cakap apa yang kau dapat Fawish"

"Okay, inilah surprise yang cuba aku katakan. Kharl" Satu rakaman video daripada dashcam dimainkan di hadapan itu.

Terdapat beberapa anak buah daripada kumpulannya sedang berkumpul bersama kumpulan Evros dan juga Cobra itu.

Alangkah terkejutnya apabila mereka melihat bahawa mereka telah dikhianati oleh anak buah sendiri yang telah menjadi kepercayaan mereka.

"Wait! Semua ini sebahagian daripada rancangan aku. Kau nampak budak ni?", salah satu daripada anak buah mereka itu ditunjuk oleh Fawish.

"Budak ni aku suruh dia menyamar dan bekerja di dalam kumpulan Cobra", sambung Fawish kembali.

"Okay then", Izrail menyuruh Fawish menyambung kembali percakapannya. Nasib baik dia sempat menerangkan situasi yang sebenar kepada mereka bertiga.

Risau juga balik markas budak tu terus ke alam barzakh dibuat oleh Izrail.

"Selama dua minggu ni aku dapat tahu bisnes paling kecil yang dorang buat dan boleh dikatakan teruk daripada hari tu"

"Hari tu maksud kau tepung ke?", celah Danial.

"Nial, kau ni nak kena sepak ke ? Syabu , Nial. Syabu!", kata Kharl dengan geram sambil menarik telinga Danial yang sedang duduk disebelahnya itu.

"Aku tahulah, gila! Saja nak bersopan santun"

"Ahh, sudah! Ini kalau dibiarkan tak habis aku cakap ni"

Fawish menyambung kembali topik yang tengah dibincang dengan serius antara mereka tadi. Kali ini muncul gambar beberapa gadis yang berumur 20 tahun keatas dan dituruti lima orang gadis remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun.

"Kau biar betul, Fawish ? Cobra jadikan mereka semua ni pelacur?", soal Izrail.

Fawish hanya mengangguk sebelum meneruskan apa yang hendak disampaikan.

"Salah seorang perempuan yang mereka jadikan pelacur ini merupakan isteri Cobra. Kau rasa ? Laki tu tak gila ke?"

"Kau dah cari tahu latar belakang Cobra ?", soal Izrail.

"Mikhael Arjuna. Bekas kekasih Qaira", dengan ringkas Fawish menjelaskan siapa sebenarnya Cobra.

Izrail tidak sedikit pun terkejut mendengar apa yang dikeluarkan daripada mulut Fawish itu dia hanya menganggukkan kepalanya dan terus menyambung perihal tadi.

"Aku dah lama tahu, tapi akhir-akhir ni aku dapat tahu dia mula untuk dekatkan diri dengan Qaira dan bekerjasama dengan Evros. Tapi wajarlah kalau dia dengan Evros. Itu sepupu dia"

"Lagi satu, aku tahu kenapa dulu dia tinggalkan Qaira sekian lama dan aku juga tahu alasan kenapa kau izinkan Qaira belajar di Turki", sambung Izrail kembali.

"Sebab kau tahu Cobra cuba bunuh Qaira kan ?"

Fawish hanya mendiamkan diri. Tidak sangka jika adik iparnya itu akan cuba untuk mengetahui segala yang cuba dia rahsiakan.

"Aku tak bermaksud nak rahsiakan itu semua dari kau, Rael"

"Itu bukan masalah. Sekarang masalah besar sistem kita kena serang dan projek kita pun banyak kena sabotaj. Reputasi syarikat kita semakin menurun"

"Paling besar sekarang keseluruhan markas kita hampir diketahui oleh Cobra dan Evros. Hanya markas BR selamat buat masa ini"

"Sebab kau semua tahu kan hanya BR sahaja tahu segalanya" sambung Izrail kembali.

Mereka memandang satu sama lain. Secepat ini permainan dimulakan oleh pihak musuh. Disebabkan itulah mereka sentiasa memastikan bahawa setiap langkah yang akan dilakukan hendaklah berwaspada dan peka dengan pihak musuh.

Selangkah sahaja tersilap membolehkan pihak musuh menindaskan mereka.

"Tak, aku tak faham Izrail. Tadi kita cakap tentang Qaira sekarang sistem? Mana satu ni?", soal Danial yang masih lagi kebingungan tentang apa yang hendak mereka bincangkan.

"Sekarang kita semua dah tahu latar belakang Cobra. Pasal bini aku nanti aku uruskan. Sekarang yang penting sistem kita ni perlu cari cara untuk ketatkan balik"

"Tak faham lagi ? Kalau tak aku suruh makcik tu buatkan susu anmum essential biar sel otak kau berhubung sikit", kata Izrail. Danial mencebik.

Padahal orang tanya pun salah. Sikit - sikit nak marah. Patutlah kau cepat tua.

Danial bebel sendiri di dalam hati.

"Sistem ni aku cuba untuk ketatkan balik", kata Kharl. Izrail mengangguk.

"Haa, Rael. Aku dah jumpa budak yang sesuai untuk jadi mata-mata kita. Nah, amik ni . . .", satu fail dilemparkan ke arah Izrail oleh Danial.

Nampak sangat dendam, nasib baik sempat disambut kalau tidak habislah muka yang tampan dia miliki itu.

"Kurang ajar, punya sepupu!", dengan nada yang mendatar Izrail berkata.

Danial yang mendengar itu hanya tersenyum senget apabila dia tahu yang dia berjaya membalas balik perasaan dia tadi.

Black Beast

Muhammad Zafri Isyraf

28 Tahun

"Dia merupakan agen rahsia dan pernah berkhidmat sebagai EOD", terang Danial.

"Okay, aku nak dia", tanpa ragu-ragu Izrail terus menyetujui siapa orang yang dicadangkan oleh Danial tadi.

"Kau nak aku panggil dia masuk sekarang?"

"Yes, Danial!"



"Evil, panggil kau"

Lelaki yang sedang duduk menunggu di lobi itu meletakkan kembali majalah yang dibacanya tadi ke atas meja sebelum bergerak mengikuti Danial daripada belakang.

Izrail memerhati sosok tubuh badan bermaskulin di hadapannya itu. Badannya yang tegap hampir sama dengan dirinya itu sungguh cukup menawan mata para gadis jika ditatapi.

Tingginya 178cm hanya kurang 4cm daripada tinggi Izrail. Lelaki itu cukup mempunyai sepasang mata yang unik berwarna biru. Itulah yang dilihat oleh diri Izrail.

"Perfect! Mulai sekarang aku nak kau bekerja dekat hospital aku. Kau ada ambil bidang ni kan ?" Lelaki itu hanya mengangguk.

"Okay, nice. Jangan pernah berkhianat dengan aku kalau tak nak hidup kau kucar-kacir", tegas Izrail.

"Baik. Jika begitu saya juga ada satu perkara yang hendak disampaikan", katanya dengan serius.

"Di dalam resort ini, ada seorang yang bekerja di bawah musuh kau sendiri Evil. Tapi kalau kau nak tahu aku cuma boleh bagi hint yang budak tu perempuan"

Dia telah banyak mengenali pihak musuh dan tidak mustahil juga jika dia tidak mengenali semua orang yang berada di situ.

"Okay itu biarkan aku uruskan"

"Aku akan memulakan misi aku esok. Pastikan tiada siapa mengetahui kehadiran aku datang sini, Evil"

Izrail hanya mengangguk permintaan Zafri itu. Patutlah sebaik sahaja memasuki ruangan pejabatnya itu Izrail sedikit terkejut melihat penampilan diri dia yang menggunakan hoodie dan juga pelitup muka berwarna hitam.

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 61.7K 38
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-๐Š๐€๐‘๐‹ ๐€๐™๐‘๐ˆ๐„๐‹ Mana mungk...
81.9K 7.1K 27
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...
48.4K 5.5K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
326K 6.6K 55
( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung p...