[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

35.2K 1.2K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 41: Kemaafan
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 33: memoria

559 23 0
By Qstnaafrn

P.O.V. Ahnaf

Sudah 10 jam kehilangan Cahaya dan aku masih bercelaru. Lokasi terakhir yang sepatutnya menjadi tempat persembunyian utama Bashir sudah tiada sesiapa di sana. Ibarat seperti bangunan lama yang telah lama dikosongkan. Pasti dia dah berpindah lebih jauh ke tempat lain.

" Ahnaf," Bonda mendekati aku yang sedikit tidak terurus. Sejak daripada malam tadi aku tak mampu nak melelapkan mata kerana bimbang keselamatan anak dan isteri.

" Berehat. Biarkan Zavian dan yang lain ambil alih," Pujuk bonda. Aku tersenyum nipis.

" Mana mungkin Ahnaf boleh tidur dalam keadaan genting macamni, bonda. Kalau Ahnaf lambat sesaat..." Aku tidak mampu untuk meneruskan ayat aku. Aku tak boleh nak memikirkan soal kemungkinan yang masih belum berlaku. Aku kena percayakan kuasa Allah. Pasti akan ada hasil dalam pencarianku. Kuncinya adalah sabar dan taqwa.

" Bonda dah pesan jangan biarkan Cahaya mengandung. Kenapa Ahnaf tak fikir kemungkinan begini boleh terjadi? Ahnaf nak bahayakan keselamatan kandungan Cahaya ke?" Soal bonda bertubi-tubi.

Sekali lagi aku senyum tapi senyuman aku kelihatan hambar. Bibirku menggeletar mengetap menahan esakan. Aku tak sebodoh itu mahu merisikokan keadaan Cahaya yang sudah berbadan dua.

" Bonda, ada sebab kenapa Ahnaf kerap kali ingin bersama dengan Cahaya. Ahnaf tahu masa ini telah tiba dan Ahnaf yakin Ahnaf akan selamatkan Cahaya dan Armani tanpa terhasilnya luka di kulit mereka. Tapi Ahnaf tak yakin yang Ahnaf akan pulang ke pangkuan bonda dan mereka dengan selamat. Sebabtu Ahnaf nak berikan hadiah terakhir kepada Cahaya. Hadiah di mana roh yang ditiupkan ke dalam janin tersebut akan hidup bersama menggantikan kehilangan Ahnaf,"

Penjelasan aku membuatkan bonda terdiam dan tergamam. Dia tak sangka aku akan terfikir dan bertindak sejauh ini.

" Kenapa kena fikir macamtu??"

" Sebab Ahnaf tahu Bashir takkan sentuh Cahaya jika dia dah dapat Ahnaf nanti. Cahaya dan Armani cuma umpan untuk Ahnaf datang serah diri kepadanya," Aku tidak mampu memandang ke arah bonda yang tajam menikam anak mataku. Aku segera tertunduk dan hanya menekur lantai.

" Ahnaf tak boleh nak menafikan kenyataan bahawa Cahaya akan terima semua ni." Bonda berkata tegas. Hanya kami sahaja yang berada di bilik mesyuarat keluarga bawah tanah.

Sejak bonda masuk ke sini, mereka yang lain bergerak ke tempat lain memberi ruang kepada kami anak beranak untuk berbual.

Aku mengusap belakang tangan bonda. Menghilangkan kegusaran pada wajah itu. Bonda tahu yang Bashir bukan calang-calang manusia untuk dilawan. Kalau tak macam mana dia dapat membunuh orang dengan senang sekali dengan hanya menggunakan tangan dia sahaja?

" Ahnaf nak minta maaf segala dosa-dosa yang Ahnaf terbuat pada bonda. Ahnaf memang bukan anak yang baik untuk bonda dan arwah walid. Ahnaf tahu Ahnaf banyak sangat kekurangan untuk menjadi anak bonda dan walid," Adakah ini ucapan maaf yang terakhir aku kepadanya?

" Jangan cakap macamtu, Ahnaf. Segala perbuatan kamu itulah yang sebenarnya apa yang kami dah corakkan kepada kamu. Kalau Ahnaf buat salah kami yang salah." Dia mencium kedua belah pipi aku dengan linangan air mata. Aku tak boleh tunjukkan yang aku lemah kepadanya. Aku hanya tersenyum tawar.

Tak ada apa nak ditangisi kerana air mataku sudah kering dalam empangan. Sudahnya aku kena kental hati untuk membawa mereka pulang dengan selamat.

" Mama boy," Cilaka kau lah, Kazar. Sejak bila dia kat sini?

" Diam lah anak yatim piatu," Herdik aku kasar.

Bonda menggeleng. Dia rasa memang perbalahan kami sesama sepupu ni memang dah tertulis sejak dari azali lagi kot. Jarang sekali nak tengok kami berbaik.

3 jam berlalu dari tempoh aku berborak dengan bonda tadi. Rindu pada Cahaya aku tak dapat menanggung lagi. Sambil mata aku memerhatikan skrin monitor koordinat yang aku dah letakkan pada cip di dalam gelang Cahaya aku pernah bagi itu, hidung aku tak henti-henti mencium selendang kepunyaan Cahaya yang sedang elok melilit sepenuh tangan kanan aku.

" Ya Allah, aku memohon padaMu. Aku mahukan petunjuk. Sikit pun jadi lah. Janji aku dapat bertemu dengan anak isteri aku semula."

Dulang berisi makanan ditolak sehingga terlanggar siku aku. Aku menoleh sedikit. Terdapat nasi putih bersama sambal sotong kegemaran aku terhidang di hadapan mata.

" Eat, Beast. You didn't swallow anything from yesterday,"

Alexa; sepupu perempuan yang aku tak terasa terancam dengan kewujudannya. Dia dan Ravendell sahaja mempunyai sifat kejantanan dan keberanian berbanding dengan sepupu perempuan yang lain. Tambahan pula, mereka akan memanggil aku dengan gelaran yang sedia ada berbanding dengan nama betulku.

" It's bonda, right?"

" You don't have to torture yourself." Pesan Alexa dengan wajah yang tidak senang. Geram dengan sikap aku yang selalu mengikut kata hati sangat.

" You don't understand how it feels to be a loser. Fail to keep your family safe," Ujar aku dengan keluhan halus.

" Who said? I failed to protect my brother from that evil Bashir. You know why I am still here helping to search for him,"

Ya. Adik lelaki Alexa dibunuh sewaktu adiknya menginjak umur ke 20 tahun. Bashir tanpa diundang masuk ke kawasan rumah dan membunuh sebelum hilang dari muka bumi buat sementara.

Dan sekarang dia kembali kerana dirinya pula. Selepas melihat yang aku tiada ura-ura mahu mengalihkan tumpuanku, Alexa pergi meninggalkan aku sendirian.

" Grr..." Suara dengusan kuat dari arah belakang aku membuatkan aku menoleh. Nova sedang berjalan menuju ke arah aku.

Aku hanya senyum menyambut kedatangannya yang entah kenapa. Dalam kalangan keluarga kami Nova hanya akan jinak dengan orang-orang yang terpilih sahaja. Salah seorangnya aku lah.

" Nova, you haven't met your mummy yet,"

Nova kelihatan bingung. Bagaimana dia boleh faham itu diluar bidang kuasa aku. Mungkin juga kerana orang dalam rumah ni selalu berinteraksi dengan dia sehinggakan dia faham akan bahasa manusia.

" Yes. I'm married now. Sorry for not telling you earlier,"

Nova mendengus marah. Dia marah lah tu bila aku tak kongsikan benda macamni pada dia. Dia hanya memandang aku dengan mata birunya memandangkan dia adalah seekor harimau albino.

" What? You're mad?"

" Grr..."

" You're mad because you're afraid that I will not love you anymore?" Ke sekarang ni aku dah gila pergi cakap dengan harimau ni? Tapi aku lagi rela bercakap dengan binatang daripada bercakap dengan manusia yang menyakitkan hati.

Nova meletakkan kepalanya di riba aku sambil duduk santai di atas lantai. Aku mengusap kepalanya sebelum mengadah kepala ke atas.

" Macam mana lah mereka ya sekarang? Dah makan ke belum? Armani merengek tak di sana? Ada apa-apa terjadi pada mereka ke" Aku mengumam perlahan.

Nova mendongak memandang aku saat aku berbicara. Aku rasa dia faham apa yang aku katakan; kerisauan terhadap seseorang yang aku sayang.

Aku menunjukkan gambar Cahaya dan Armani di skrin telefon aku. Wajah jelita Cahaya Inara sentiasa menjadi tatapan mataku setiap kali aku membuka telefon.

Nova memandang skrin lama sebelum dia menoleh ke arah aku semula. Seperti aku tahu apa persoalan yang bermain di dalam otak kecil harimau ini.

" You don't need to worry about who I married to, Nova. You can't imagine how kind hearted she was when you see her for the first time." Jelas aku dengan senyuman nipis. Mataku memandang jauh ke hadapan seperti membayangi wajah Cahaya yang lembut apabila melakukan apa sahaja.

Fikirannya terlintas mengingatkan peristiwa sebelum berlakunya kekecohan yang dibuat oleh Bashir semasa kami bersiar-siar di taman petang itu.



" Ahnaf! Oooo Ahnaf!"

Aku menghentikan hayunan batang buih plastik yang aku belikan untuk Armani. Elok kami berdua bermain di atas rumput hijau sambil anak itu mengejar buih-buih yang terhasil berterbangan di udara.

Mata aku terus mencari keberadaan Cahaya yang sememangnya membelakangiku. Aku berkerut juga kenapa Cahaya memanggilku sedangkan aku dibelakangnya.

" Sayang, abang kat sini," Aku berkata kuat.

" Saya tahu lah abang kat situ tapi saya tak panggil abang lah. Saya panggil Ahnaf," Balas dia selamba sambil memfokus ke arah sesuatu. Aku melangkah mendekatinya sambil membawa Armani bersama.

Bahaya tinggalkan budak kecil ni keseorangan. Macam-macam boleh jadi. Sudah lah tak pandai bercakap lagi.

" Ahnaf? Siapa Ahnaf selain daripada saya??"

" Kucing buta ni. Bila nampak dia, saya teringat abang,"

Ah sudah! Dia samakan aku dengan kucing ni pula. Aku memandang ke arah kucing buta di hadapan kami. Bulunya putih menampakkan kesan comot tapi masih dalam keadaan baik bentuk fizikalnya. Sedikit kurus dan sangat manja. Elok dia menggesel tubuhnya ke kaki Cahaya.

Cahaya tersenyum tanpa merasa geli dengan kucing jalanan tersebut.

" Abang tak tahu pun yang awak suka kucing?" Tanya aku sambil melihat dia membelai manja kucing itu.

" Saya tak kata pun saya benci kucing. Saya tak bela sebab saya ada alergik," Ujar Cahaya tenang. Aku pula yang kaget. Aku pantas menyuruh dia basuh tangannya yang telah dia pegang tadi.

" Abang, chill. Saya cuma kegatalan je. Bukan sampai nazak tak dapat bernafas. Lepas cuci tangan ni saya ok lah," Cahaya tersenyum mengusik sebelum perlahan berjalan ke arah sinki yang tersedia di tengah taman ini.

Seketika kepalanya menoleh-noleh ke serata arah.

" Kesian dia. Macam mana dia nak cari makan? Erm macam tak ada kedai runcit lah di kawasan sini. Nak kunci," Tangannya dihulurkan kepada aku.

" Nak pergi mana, sayang?"

" Saya nak cari kedai yang jual makanan kucing. Kesian Ahnaf,"

Aku memincingkan mata. " Sayang, apa panggil Ahnaf? Ni kucing betina lah. Mana ada telur," Aku menunjukkan punggung kucing itu yang tiada 'aset' untuk membuktikan yang dia kucing jantan.

" Lah. Yakinnya saya tadi." Dia ketawa dengan kebodohan sendiri. " Hm kalau macamtu saya nak pergi beli makanan untuk Ahnani,"

Ahnani pula. Kenapa nak kena kaitkan dengan nama aku eh?

" Tak apa lah. Abang pergi cari makanan untuk dia. Awak tunggu dengan Armani di sini."

Aku terus berlari ke arah kereta terparkir. Sempat dia berpesan supaya aku tidak lambat kerana takut kucing itu di sini pergi sewaktu dia pulang semula.

" Eleh. Cakap je lah dah serik nak bagi aku bawa kereta dia," Dia menjeling tajam.

" No, Armani. That cat is dirty," Tegur Cahaya apabila tangannya cuba untuk mengusap belakang kucing itu.

Armani menarik tangannya pantas lalu disorokkan ke belakang badan. Badannya dibongkokkan sambil memandang kucing tersebut.

Takut juga kalau dia sapu tangannya pada muka dan mengakibatkan hama atau selsema.

" Hehehe. Comel kan kucing ni? Tapi tu lah. Abah bukan bagi kita bela kucing pun. Ibu boleh bayangkan dia punya 'tak boleh!' macam ibu minta bela harimau,"

" Cat," Dia menunjukkan kucing tersebut.

" Iya. Pandainya dia sebut cat. Poor cat. Dulu waktu ibu kena kahwin dengan abah awak pun, abah tak boleh nampak. Ibu ingat lagi yang ibu tak suka gila bila dapat tahu suami ibu tu buta. Rasa macam kehidupan ibu macam dah sampai ke penghujung. Ye lah dulu ibu kan ada kerjaya. Jadi ibu takut kalau kehadiran abah tu akan merosakkan impian ibu untuk mencapai cita-cita ibu." Cerita Cahaya entah Armani faham atau tidak.

Bulat sahaja mata anak itu memandang dia bercerita dengan kusyuk.

" Malam selepas nikah tu, ibu solat istikharah. Kelakar kan? Orang istikharah sebelum kahwin. Ni dah selamat jad bini Ahnaf Hadi tu baru lah sibuk minta petunjuk." Cahaya ketawa kecil. Teringat apabila dia menangis setiap malam selama 3 hari berturut-turut kerana dia takut kalau Ahnaf bukan jawapan yang dia cari.

" Nak tahu tak apa terjadi lepastu? 3 malam tu juga ibu dapat mimpi. Ibu mimpi ibu berarak masuk ke dalam dewan penuh dengan serba putih. Di hadapan ibu tu ada seorang lelaki berpakaian tuxedo membelakangkan ibu. Konon orang putih! Ibu tepuk je bahunya dia toleh. Ibu terkejut itu abah sebab abah boleh nampak. Dia nampak kacak sangat. Abah lagi bertambah terkejut bila tengok ibu dalam gaun putih macam princess. Tiba-tiba dia tutup muka dia sambil menangis. Ibu cuak. Ibu ingat dia menyesal kahwin dengan ibu lepas dah boleh nampak. Rupa-rupanya dia peluk ibu lalu dia bisikkan. ' Sayang, wajah inilah yang sering bertandang ke dalam mimpi saya. Sebiji bidadari,'. Sejak daripada tu ibu pun perlahan bukakan hati ibu untuk dia. Dan keluarlah seketul Cahaya Armani walaupun waktu tu ibu masih belum bersedia nak galas tanggungjawab membesarkan awak,"

Tiada balasan daripada Armani kerana anak itu sibuk bermain dengan air liur sendiri. Cahaya mengesat air liur yang terkeluar daripada celah bibir itu dengan jarinya.

" Abah tu baik orangnya. Sebab tu ibu nak berubah ikut dia. Suami yang baik untuk isteri yang baik. Kalau ibu jahat, macam mana ibu nak tunjukkan pada mereka yang abah dapat isteri yang terbaik untuknya?" Tambah Cahaya lagi. Seketika tangannya menggosok antara satu sama lain.

Salah satu perbuatan orang dalam kebimbangan.

" Macam mana kalau satu hari nanti abah tinggalkan ibu? Ibu tak bersedia." Cahaya mencebik kesedihan. Air mata di empangan dihapuskan serta merta.

" Insha Allah kalau setiap doamu dititipkan kesejahteraan hidup kita, pasti abang akan sentiasa memahatkan setiap memori dan kenangan tentang awak dalam ingatan," Bisik aku saat dia termenung memandang ke arah tasik di hadapan.

Dia hampir terkejut apabila aku yang disangkanya mencari makanan kucing berada di belakangnya tiba-tiba.

" Abang?! Bila balik sini??"

" Abang lupa nak ambil dompet kat awak. Ingat nak sergah awak dari belakang, entah macam mana boleh terpaku dengar luahan mimpi awak tu, sayang."

" Allah... Malunya saya," Dia terus menekup mukanya yang merah. Aku terus membuka tutupan tangannya dan terus menghadiahkan ciuman di dahi.

Lantaklah kami di mana pun. Sesungguhnya cinta tulus ini aku berharap agar segar sentiasa sehingga ke hari tua; sehingga ajal yang memutuskannya.



" Beast! We found them!"

Jeritan dari arah belakang membuatkan aku pantas tersedar dari tersekat dalam memori yang indah.

" Yes! Give me the location now!"

Cahaya, abang akan datang selamatkan Cahaya dan anak kita.

Continue Reading

You'll Also Like

194K 5.5K 52
Book 1 || 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 Bermula kisah di Antara seorang Jejaka dan juga seorang Gadis Rose Al Husna Mempunyai perasaan...
19.1K 1K 50
Written by Itsfarraa [HOLD ON] Known as Ace Series, -ACE SERIES 2- ⚠️ DILARANG KERAS UNTUK PLAGIAT ⚠️ Happy reading and jangan lupa vote Arthur Lee...
55.3K 2.3K 35
"I'm your protector until your last breath Erika Elvina."
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...