[ C ] | The eyes of our heart...

بواسطة Qstnaafrn

35.3K 1.2K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... المزيد

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 41: Kemaafan
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 31: Flexing

611 22 0
بواسطة Qstnaafrn

Beria aku ajak Ahnaf untuk teman aku membeli barang dapur akhirnya setuju juga.

" Abah! Nak tu boleh?"

" Abah! Nak ni"

" Abah! Macam sedap je coklat ni,"

Aku menyengih apabila melihat wajah Ahnaf yang semakin mendatar apabila tiga beruk di belakang kami membuat bising memanggil-manggil Ahnaf dengan panggilan abah.

" Kenapa ya sayang kena ajak tiga lutong ni sekali?" Tanya Ahnaf sengaja memerli.

" Abang nak pegang Armani ke?" Soalan aku membuatkan Ahnaf memandang ke arah Jibril yang sedang mengendong Armani menggunakan baby carrier di hadapan badan. Seronok bila dikelilingi oleh pakcik-pakcik kacak.

Rasa macam hebat bila dikelilingi 4 pemuda kacak yang sibuk nak pakai kaca mata hitam walaupun di tempat berteduh. Hampir semua orang di pasaraya tersebut memerhatikan kami berjalan masuk.

" Abang tak percaya. Takut nanti Armani jadi pancake diuli-uli oleh mereka," Ahnaf membalas tidak serius.

Apa yang nak dirisau sangat? Selagi Armani tak bising dan merengek, kami akan ok sahaja. Aku terus menarik Ahnaf ke department susu. Susu di rumah dah habis untuk cereal Armani.

Ahnaf minta izin untuk ke bahagian basah bagi menjimatkan masa. Salah satu sebab adalah tak nak berlama-lamaan dengan mereka kalau tidak troli yang patutnya tak banyak barang menjadi tak cukup ruang pula.

" Hello, musuh lama," Aku memandang ke arah sebelah kanan aku. Terus aku memincingkan mata sekecil yang boleh.

" Hello, Saleha," Balas aku menyampah.

" Hey! It's Sally lah. Tak main lah nama-nama kampung!"

" Salah aku ke mak kau tak pandai pilihkan nama?" Aku mengangkat kening tinggi.

" Whatever. By the way, seorang je ke? Kesian kan dari zaman sekolah sampailah sekarang memang ditakdirkan hidup menyendiri," Sindir Sally dengan senyuman mengejek.

Aku hanya memandangnya dengan riak muka bosan sebelum sambung mencari barang semula.

Melihat aku yang malas nak layan, dia merengus halus. " Aku datang sini dengan encik tunang. Bulan depan kami nak langsungkan majlis perkahwinan kami. Jangan lupa datang ya?"

" Insha Allah. Kalau aku tak busy,"

" Kau nak busy apa? Bukan ada anak dan suami pun."

Oi makin panas pula telinga aku mendengar dia bercakap. " Apa eh kau tak puas hati lagi? Sakit hati eh sebab crush kau syok kat aku dulu? Maaf lah. I don't like boys. Only gentleman."

" Eleh. Gentleman pun tak pandang kau tau." Dia memandang ke serata arah sebelum menjerit pada seseorang.

" Baby, sini!" Dia melambai ke arah yang aku rasa itu mungkin encik tunang yang dia katakan. Aku menganalisis wajah itu. Hm nak dibandingkan dengan Ahnaf, semestinya suami aku lagi hensem.

" Ini lah bakal suami aku. Namanya Izzudin. Baby, inilah kawan sekolah I. Namanya Cahaya. Dia ni terkenal dengan sifat anti lelaki. Orang kata suka buat semuanya sendiri. Konon alpha lah gitu," Saleha memandang aku atas bawah dengan senyuman sinis.

Nasib baik ada iman lagi dalam diri kalau tak memang aku ludah campur kahak kat muka dia.

" I'll take it as a compliment so thank you," Balas aku tenang. Lalu aku sambung memilih beberapa air kotak jus besar untuk buat stok.

" The Legendary Cahaya Inara, right?"

Aku mengangguk sahaja. Tak pelik kot. Aku ni boleh dikatakan terkenal apa. Pelumba kereta wanita kot!

" Wait. You tahu nama dia?? Apa maksud you The Legendary??" Rasa macam nak ketawakan depan-depan muka si Saleha sahaja.

" Kenapa tak tahu pula? Dia ni pelumba kereta wanita professional. Nama dia pernah ada di prasada Asia Tenggara. Dia yang pernah bawa naik nama Malaysia. Tapi sekarang dia dah bersara sebab dah berkahwin. Mana suami awak, Cahaya?"

" D-dah kahwin??"

Belum sempat aku nak balas, ada seseorang memeluk pinggang aku. Dapat aku lihat riak terkejut Saleha saat terpandangkan Ahnaf yang tinggi lampai dan berbadan kekar di sebelah aku.

" Siapa ni, angel?"

" Kawan sekolah. Saleha dan ni encik tunang dia, Izzudin. Encik tunang Saleha, ini lah suami saya; Ahnaf Hadi. Keturunan Tuan Besar Malek," Aku rasa aku patut show off kepada Saleha biarkan perempuan itu terasa dirinya kecundang jatuh ke bawah.

Aku sempat lagi mendongak sedikit lalu mengangkat kening beberapa kali sambil memeluk tubuh.

" W-wait... Tuan Besar Malek?? Jutawan Abu Dhabi tu??" Soal Izzudin dengan wajah yang tergamam.

" You're not wrong," Aku tersenyum puas manakala Ahnaf sudah berkerut memandang aku tapi tak dicakap apa-apa.

" Jutawan??" Saleha pula bersuara. Tak percaya lah tu rezeki yang aku dapat. Hehehe.

" Iya, Saleha. Suami aku keturunan arab jutawan. Pelaburan dari semua segi ekonomi. Kau cakap je. Hotel? Hospital? Casino? Semua tu ada di dalam genggamannya. Pasaraya yang kau jejak ni pun dia yang punya!"

" Tipu! Buktikan lah yang kau tak tipu," Saleha cuba mengawal nada marahnya.

Aku mengeluarkan black card Ahnaf dari dalam poket. Serentak Ahnaf meraba-raba dompet dalam poketnya. Terkejut kot sebab tak tahu macam mana aku boleh seluk poketnya sedangkan kad itu berada dalam dompet.

" Unlimited spending. Nak beli Porche sebiji pun lepas. Kau hado??"

Ahnaf dan Izzudin berpandangan antara satu sama lain dengan riak wajah yang hanya lelaki sahaja boleh faham.

Perempuan~

Serentak itu tiga lutong- ehh tiga jejaka arab itu mendekati kami dengan troli yang penuh. Ahnaf menghela nafas panjang. Tak lain tak bukan memang duit dia lah yang kena nanti.

Naik cuak muka mereka apabila melihat tiga raut wajah yang dingin seperti mahu membunuh.

" By the way, this is our lovely daughter; Cahaya Armani. Little angel, say hi to aunty Saleha and uncle Izzudin," Aku mencapai tangan Armani lalu melambai ke arah mereka.

" So alang-alang mereka ada di sini aku nak memperkenalkan orang-orang bawahan aku. Tiga-tiga ni babysitter dan bodyguard kepada kami." Tambah aku seraya menunjukkan ke arah mereka.

Jibril, Jibran dan Na'eem hampir tersembur air liur masing-masing mendengar ayat yang terkeluar daripada mulut aku.

Mereka nak bersuara tapi Ahnaf pantas menghalang.

Just follow what she wants, guys.

Wajah Saleha bertukar merah kerana malu. Dia tak percaya yang Cahaya akan mendahuluinya dan meninggalkannya jauh ke belakang. Sudah lah dapat suami kacak dan kaya. Ada anak comel pula tu. Lepastu bodyguard pun elok-elok belaka.

" Baby, jom kita gerak. I nak kena cepat ni," Saleha sudah menarik tangan Izzudin dengan wajah masam.

" Cepatnya nak balik. Hm tak apa lah kita sambung berborak di kenduri kahwin kau ya?" Aku mengukirkan senyuman lebar.

" Eh sorry. You tak dijemput. Huh!" Sempat Izzudin bersalaman dengan Ahnaf sebelum lelaki itu ditarik paksa oleh Saleha.

" Saleha, you should never judge people with the same person who she was before. You will never know how they change into something big. Bigger than you can be," Aku melambai dengan senyuman yang tak mampu untuk aku tahan. Senyuman kemenangan seorang Cahaya Inara.

" Itulah, sayang. Lain kali jangan berlagak sangat depan orang. You yang dapat malu." Dapat aku dengar suara tenggelam timbul Izzudin bercakap dengan Saleha.

" Sedapnya you cakap kami ni bodyguard." Ujar Jibran.

" Ok lah bodyguard. Kalau saya cakap awak tukang cebok berak Armani awak ok ke?"

Terbeliak mata Jibran mendengar balasanku.

" Dah kenapa tu?" Barulah Ahnaf berani bersuara. Dari tadi dia hanya perhatikan gelagat aku dan Saleha bersilih ganti.

" Kawan sekolah yang dengki dengan kebahagiaan saya. Itu je,"

Ahnaf mengangguk lalu tersenyum nipis seraya menggosok kepala aku. Kami mula beredar untuk membayar.

Macam biasa kalau dah singgah beli barang, pasti kaki akan melangkah mendekati Watson. Armani yang nampak aku melangkah masuk terus mahu melepaskan diri daripada dukungan Jibril.

Dia meletakkan Armani di bawah lalu langkah kecil itu pantas mengejar aku. Macam biasa jejaka lah yang kena menunggu di luar.

" Bro, lama lagi ke? Dah setengah jam ni. Kena sorok dengan hantu kopek ke kat dalam tu?" Tanya Na'eem.

" Normal setengah jam tu. Perempuan kan? Kalau tak faham lagi cuba lah kahwin. Ini nasib baik kedai tak besar. Kalau pergi outlet besar dari hujung bangunan ke hujung bangunan aku rasa esok pagi baru nampak jalan keluar," Jawab Ahnaf dengan riak bosan.

" Hello, handsome guys," Sapa seorang perempuan tidak dikenali mereka.

Mereka hanya memandang dengan wajah tanpa riak dan perasaan.

" Waiting for who? Are you guys alone?" Sapa perempuan itu dengan senyuman gatal.

" Mana ada seorang. Tak nampak ni? Raqib dan Atid kat bahu." Balas Jibran. Terkejut seketika perempuan tu apabila salah seorang daripada mereka pandai berbahasa melayu.

" Lah islam ke? Ingatkan kafir sebab ada tatoo," Balas Ahnaf pedas. Kembar J tu memang mempunyai tatoo lambang organisasi kumpulan mereka. Tentang itu semua hanya dipandang dengan sebelah mata kerana mereka memegang mazhab lain.

" Kau ingat kau perli orang boleh bau syurga lah tu? Jangan takat bau, tengok bayang syurga pun tak layak. Tuih!"

" Kau fikir syurga perasan kau lah yang hati dah hitam berkulat tu? Geli, nyah!" Ahnaf menjeling tajam.

" Penat lah aku nak dengar pasal syurga neraka ni. Haritu Kazar dengan Cahaya. Ini kau orang pula. Conclusion sekarang dua-dua tak masuk syurga atau neraka. Jadi debu terus macam binatang," Celah Jibril dengan jelingan tajam.

" Bajet matang lah tu? Benci lah dengan manusia hipokrit macam kau. Muka kau sekarang tak ada beza dengan bontot kuali tau. Busuk," Tak tahu lah kenapa Ahnaf emo semacam petang-petang ni.

" Eh melebih pula dia nak main muka orang. Kau jangan lupa eh antara kalangan kita atuk kata muka aku paling hensem,"

" Kau fikir aku kisah apa atuk nak kata? Like seriously kau percaya apa orang tua tu cakap? Kalau dia cakap dia nampak gajah terbang kau pun nak percaya lah? Bodoh," Ahnaf tak nak kalah. Selagi boleh lawan dia lawan!

" Guys, aku nak berak tapi toilet sini busuk dan kotor," Sampuk Na'eem merengek tak suka.

Perempuan di hadapan mereka hanya berdiri kaku melihat pertelingkahan mereka sudah perlahan-lahan bergerak meninggalkan mereka.

Selepas perempuan itu beredar, baru lah Cahaya dan Armani keluar daripada situ dengan beberapa beg plastik di tangan. Pandangan 4 lelaki itu terus ke arah mereka berdua.

" Ya Allah, beli apa sampai 4 beg plastik dibawa keluar??"

" Kami beli skincare dan makeup lah. Kami ni material girl. Kena lah lawa dari hujung rambut ke hujung kaki. Kan Armani ibu?" Aku memandang ke arah Armani yang sama-sama memegang beg plastik kepunyaannya.

Armani mengangguk laju. Jangan cakap anak Cahaya Inara tak pandai berdandan. Tengok lah ibu dia macam mana.

Ahnaf menggeleng kepala. Apa-apa je lah. Janji awak-awak bahagia saya ok je.

" Angel, tadi suami you tackle perempuan tu tadi waktu you tak ada,"

" Apa?! Mana?! Oh dah pandai sekarang??!" Aku mencari-cari perempuan yang Jibril katakan.

" Woi! Mana ada! Sayang, awak percaya cakap dia??"

" Kau fikir perempuan akan percayakan lagi lelaki curang ke? Bluek!" Jibril terus berlari pantas meninggalkan kami. Ahnaf mengejarnya dari belakang. Aku pula sudah terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

" Apa yang dah berlaku ni??" Mata aku menyorot ke arah lagi dua lelaki ini.

" Entah lah, angel. Rasanya itu lah petanda-petanda orang nak mampus mengikut kepercayaan orang arab," Jibran mengangkat bahu.

" Jom lah guys. Tahi aku dah elok terparkir kat hujung lubang ni," Na'eem segera melangkah pergi mendahului kami.



" Dah malam ni. Elok kalau semua tidur lagi di sini. Aunty tak kisah,"

Mendengar ayat mama itu, Ahnaf segera berubah riak bosan. Sudah masuk malam kedua harini mereka tidur di sini. Yang tiga ekor lutong ni pun tak reti nak balik ke macam mana?

" Thank you, aunty. Duduk rumah aunty ni best sangat." Ujar Na'eem sambil mengunyah cekodok pisang air tangan aku.

" Eloklah macamtu. Rumah kami ni pun jarang terima tetamu."

Mama meminta diri naik ke atas untuk masuk tidur. Ahnaf sedikit hairan kerana waktu terlalu awal untuk mama tidur. Dia akan selalunya tidur pada jam 10:30 malam. Tapi sekarang baru pukul 9 malam.

" Faktor usia lah tu." Aku memberi alasan supaya perancangan aku dan mama berhasil. Pada malam ini aku ingin menyiapkan jamuan kecil untuk menyambut hari jadi Ahnaf pada keesokan pagi dengan mama. Mungkin dalam pukul 12 tengah malam kami akan menyiapkan segalanya agar kami dapat menyambut awal pagi sewaktu Ahnaf bangun daripada tidur.

" Jom masuk tidur," Aku mengajak Ahnaf untuk masuk tidur. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Syok layan movie malam-malam beramai-ramai.

Ahnaf akur lalu membawa Armani yang seperti biasa terlentuk ketiduran di atas dadanya.

Naik sahaja ke atas aku terus padamkan lampu. Habit Ahnaf sebelum tidur iaitu menarik pinggang aku rapat ke badannya. Hangat tubuhnya membuatkan aku berasa selesa. Kedinginan setiap malam tak mampu untuk mengangguku kerana keselesaan yang Ahnaf beri.

" Dah baca doa tidur?" Tanya Ahnaf dalam kegelapan.

" Sudah." Aku memberikan ciuman selamat malam kepadanya. Begitu juga dengan dia.

Setengah jam kami tertidur bunyi telefon Ahnaf berdering kuat menyebabkan kami serentak terjaga.

" Bonda call," Ujar Ahnaf dengan suara serak basah.

" Assalamualaikum, bonda?"

....

" Astagfirullah!!!" Ahnaf melompat turun dari katil lalu bersiap dengan kadar segera.

" Kenapa ni??"

" Bonda bagitahu Bashir serang Mansion. Mansion terbakar!"

" Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un,"

Ayat ringkat ni bukan sahaja disebut sewaktu mendengar khabar berita kematian sahaja. Boleh juga disebut apabila mendengar kecelakaan atau bencana yang menimpa.

" Nak ikut," Aku sama-sama turun katil.

" You don't have to, angel. Bahaya kalau Bashir di sana. Abang dengan yang lain akan ke sana. Abang janji abang pulang awal,"

Ciuman di dahiku tidak dapat mengurangkan kebimbangan aku pada Ahnaf. Ahnaf target utama Bashir. Kalau Bashir masih berada di Mansion kemungkinan besar pertumpahan akan berlaku dan Ahnaf dalam keadaan bahaya.

" Abang..." Aku sudah bergenang air mata.

" Insha Allah, abang selamat. Doakan keselamatan abang. Hanya doa awak dan anak-anak menjadi benteng untuk abang terus hidup dan berjuang,"

Aku menghantar pemergiannya sehingga bayangannya hilang. Kedengaran suara sepupu Ahnaf yang lain sayup-sayup di sebalik pintu bilik.

Relax, Cahaya. Ahnaf akan ok. Ahnaf dapat melawan Bashir. Daripada kau fikirkan tentang keselamatannya ada baik kau siapkan sambutan hari jadi untuk Ahnaf esok hari.

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

146K 4.1K 64
"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun s...
8.8K 275 56
Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ x Aʏᴅᴇɴ Aʟᴇxᴀɴᴅᴇʀ Makin lama kelamaan, makin banyak ujian yang dia perlu hadapi. Kehidupan yang dia anggap akan bahagia selamanya. Nam...
111K 3.7K 67
♤1st Ariths Series♤ Daniel Arsyan Ariths x Mawar Ariana Dendam? Dengki? Sebuah agensi keselamatan ditugaskan untuk merungkaikan kes berkaitan busine...
162K 8.4K 51
❗❗PLEASE READ ZAQWAN HAIRA FIRST TO AVOID CONFUSION ABOUT THE CHARACTER Dua orang insan yang berbeza. Mempunyai kisah silam yang berbeza. Dan hanya...