roomie.

De -milkyuuu

1.7K 427 1.8K

꒰ complete ꒱ ❧ choi chanhee. in which grumpy pink guy having sunshine girl as his housemate. started : jun 1... Mais

0 0 ; prologue
0 1 ; new housemate
0 2 ; unfounded memories
0 3 ; secretly cared
0 4 ; pinky guy
0 5 ; this night
0 6 ; tulips, the novel
0 7 ; jealousy brother
0 8 ; fear of blood
0 9 ; fight till we drop
1 0 ; kimbap kidding
1 1 ; unclear scenarios
1 2 ; weird feelings
1 3 ; hot spring trip
1 4 ; sunset
1 5 ; pre midnight date
1 6 ; traumatic love
1 7 ; falling leaves
1 8 ; roommate unofficially
1 9 ; playing it cool
2 0 ; cool with you
21 ; cursed croissant
2 3 ; pretzels & strawberry
2 4 ; rain inside
2 5 ; secret garden
2 6 ; yellow tulips
2 7 ; hopeless
2 8 ! ; don't blame me
2 9 ; farewell
3 0 ; roomie officially
love notes
epilogue : spring breeze

2 2 ; reset

47 12 50
De -milkyuuu

•••

« youngmi »

Lesu aku tersandar di kepala katil. Kaki pula berlunjur di dalam selimut. Entah sejak bila aku dalam keadaan begini, aku pun tidak pasti. Siling yang ditumbuhi kulat ditenung kosong. Segala yang ada di dalam fikiranku turut terasa kosong.

Terngiang ngiang fakta seorang lelaki asing mengakui dirinya adalah suami aku. Katanya hampir setahun lebih aku terbaring sebegini. Dialah yang menjaga makan dan pakaiku. Kadang kala dia akan naik tidur di sebelahku.

Aku hanya biarkan memandang dia adalah suami aku. Biarpun tindak tanduknya nampak pelik kadang kadang.

Tok! Tok!

" Sayang-" laungan lelaki itu kedengaran di sebalik pintu.

Aku sengih lebar. Kalut jari menyisir rambut yang dibiarkan terlepas bebas. Baju tidur satin yang tersarung di badan nampak berkedut lekas dibetulkan.

" Oppa, masuklah." sahutku. Tidak lama kemudian kelibat Younghoon muncul sambil menatang dulang berisi ubat ubatan di tangannya. Satu senyuman manis diukir padaku.

" How are you? Pening pening lagi?" soalnya lembut. Tray diletakkan di atas meja tepi katil. Punggungnya berlabuh di birai katil.

" Tak, dah okay lepas awak ada depan mata." manja aku bersuara. Younghoon koyak senyum seraya memaut tapak tanganku. Jemari kami saling bersulam membuatkan aku tersenyum bahagia.

Melalui ekor mata, baru aku perasan. Di atas dulang tersebut ada satu buku kulit keras menyerupai album gambar. Perasan beberapa kali aku curi pandang pada tray itu, Younghoon mencapai album tersebut.

" Mimi nak tengok?" Younghoon merapati aku, buku tebal itu diletakkan di atas ribaku.

Kepala diangguk teruja. Album di tangan dibuka dan diselak. Bibirku terlopong, terpegun dengan gambar gambar yang dilekat cantik pada tiap muka surat.

Berdasarkan penceritaan Younghoon, semua gambar itu diambil sewaktu majlis pertunangan kami diadakan. Grand bukan main! Ruginya aku lupa memori itu.

" Gambar tunang je? Gambar kahwin mana?" soalku murung. Foto aku duduk di taman bersama sejambak bunga di riba ditatap lama.

Hairan sendiri, kenapa ekspresiku tampak sendu di situ. Kebanyakan gambar lain juga nampak aku senyuman paksa.

" Yokshi Kim Youngmi, tak curious tak sah." hidungku dicuit. Aku hanya ketawa kecil.

" Mimi ingat tak oppa pernah cerita yang Mimi ada kanser?"

Kepala diangguk. Sejak hari pertama aku sedar, cerita itu diulangnya sehingga melekat bagai digam dalam kepala. Kemudian aku hilang ingatan kali kedua satu tahun lalu akibat kemalangan katanya. Aku sendiri lupa aku langgar apa sampai amnesia sekali lagi.

" Doktor jangkakan hayat Mimi dalam beberapa bulan aje untuk terus hidup. That's why perkahwinan kita dipercepat sayang. At the same time Mimi tengah sakit teruk waktu tu, emosi tak stabil. Oppa decide hanya yang terdekat aje dapat datang. Mimi sensitif dengan camera, so cameras allowed."

" Alaa rugilah takde kenangan. Orang lain siap buat frame gantung kat dinding." gumamku kecewa.

Younghoon selamba angkat bahu. " Orang lain, kita lain."

Aku berdecit perlahan. Tak berpuas hati dengan reaksi Younghoon. Album dialih Younghoon sebelum segelas air suam dihulur kepadaku. Empat biji pil diletakkan di atas tapak tangan sebelum semuanya ditelan masuk ke perut.

" Apa kata kita pergi shoot gambar kahwin lepas Mimi fully sihat nanti?" cadang Younghoon setelah aku letak gelas kosong di atas dulang.

" Eung? Serius ni?" riak gembira dipamer. Bersungguh Younghoon mengangguk.

Teruja punya pasal, tubuh Younghoon aku tarik rapat ke tubuh. Belakang badannya aku usap dengan rasa suka. Dapat aku rasakan tangan kekar itu juga turut membalas pelukanku juga.

" Thank you oppa."

Pelukan dileraikan. Bibir Younghoon mengucup dahiku. Ucapan goodnight dipamit sebelum lelaki itu melangkah keluar. Senyuman kian mati tatkala pintu bilik tertutup rapat.

Kepala direbahkan pada bantal. Tangan meraba buku diari yang tak sengaja dijumpai semasa mengemas rumah. Catatan semasa umurku mencecah 24 tahun dibaca tekun.

Aku senyum kecil, tak jemu untuk baca catatan itu berulang kali. Tak sangka aku yang dulu suka mencatat benda benda mengarut.

Satu per satu halaman diselak hinggalah halaman terakhir catatan tertulis. Cairan jernih merembes keluar dari kolam mata. Buku diari itu disimpan semula ke bawah bantal.

" Chanhee-"

--❦︎--

« kevin »

Troli yang dipenuhi groceries ditolak menelusuri laluan makanan segera. Liar sepasang mataku mencari terletaknya ramyeon kegemaranku. Lama aku meneliti, akhirnya satu paket mi segera berwarna kuning merah dicampak masuk ke troli.

Dalam kepala berkira kira apa lagi barang dapur yang diperlukan memandangkan rumah sewa yang aku huni sekarang langsung tiada sebarang bekalan makanan. Maklumlah aku sedang ambil cuti untuk escape dari masalah buat seketika.

" Eh?"

Dari jauh aku lihat seseorang sedang menjengket bagi menggapai ramyeon di atas rak. Gara gara ketinggiannya, bersusah payah susuk yang mengenakan oversized hoodie mencapai pek makanan tersebut. Kepalanya turut ditutup dengan hood.

Aku senyum kecil. Memandangkan sejak kecil aku telah dididik untuk menjadi gentleman, jadi aku hulurkan tangan untuk meringankan beban.

" Here you go miss." sopan aku menghulur. Saat mata kami bertemu, pek ramyeon itu terlepas dari tangan. Senyuman di bibir itu turut memudar.

" Youngmi?" wajahnya yang ditutupi rambut cuba kuteliti. Tetapi semakin menunduk kepalanya. Segera tanganku memaut lengannya saat dia cuba untuk larikan diri.

" Noo! Lepaskan saya!" raungnya takut. Tangan yang dikunci cuba dia rentap, bersungguh untuk meloloskan diri dariku.

" Youngmi, look at me." lembut lidah menutur bicara. Dengan harapan Youngmi dapat bertenang.

Youngmi akhirnya akur, takut takut dia mengangkat kepala, menentang pandanganku. Pautan dilonggarkan.

" Erm, do I know you?" teragak agak dia bertanya.

Langsung kedua dua keningku menjongket. Tak percaya dengan apa yang diucapnya. " It's me, Sir Kevin. Saya pernah jadi lecturer awak. You don't remember me?"

Youngmi mengemamkan bibir. Wajahnya beriak bingung. Kemudian kepala digeleng bertalu talu.

Rambut diraupkan ke belakang. Rahang turut diketap kuat. Younghoon! Aku pasti Youngmi kehilangan memori sekali lagi angkara Younghoon! Sungguh aku mahu meletus di sini.

" Younghoon. Dia sihat?" aku berbasa basi, cuba menyembunyikan amarah kian melahar.

" Oppa? Awak kenal suami saya?"

Mulut terlompong. Tangan mengepalkan penumbuk. What the hell, suami?! Fucking narcissistic-

" A- aa- nae. Dia kawan saya." tergagap aku menjawab.

" Oohh, okayla macam tu. Saya mintak diri dulu." senyuman diukir seraya dia berlalu pergi.

Kalut aku keluarkan satu Airtag daripada wallet. Itu sahaja idea yang timbul untuk aku tahu di manakah sarang Younghoon berada. Kelam kabut aku hampiri Youngmi semula.

" Ramyeon, tercicir." pek ramyeon aku hulur padanya.

" Opss! Lupa la nak kutip. Sorry, short term memory lost saya ni memang kelam kabut sikit. Thank you Kevin." bebelnya panjang lebar sambil menyambut pek itu.

Pada masa yang sama tracker kecil berbentuk bulat itu diseluk ke dalam poket hoodie Youngmi tanpa gadis itu sedar. Sempat kami berbalas senyuman sebelum dia berjalan ke bahagian lain pula.

Nafas dihembus kasar sebelum tangan memaut tiang rak yang menempatkan deretan makanan. Belakang tubuh Youngmi yang kian mengecil ditenung lama sehingga hilang. Telefon bimbit yang berada di dalam poket jeans digagar.

" Hello Chanhee. Finally I found her."

Tidak putus putus Chanhee mengucapkan kata syukur di hujung talian. Serba salah pula aku mahu menceritakan perihal sebenar.

" Cuma-"

•••

Continue lendo

Você também vai gostar

28.5K 570 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
4.9K 558 14
Park Hana ialah seorang anak yatim piatu. Dia dah takde sape2 dah kecuali rakan karibnya Yura dan Sooyoung. Setelah itu, kehadiran seorang namja tel...
29K 2.3K 42
Lacuna ; (n.) a blank space or a missing part [ Jake Alaris Lewis. ] Anak kepada Hades, God of Underworld. Kehidupannya sebagai anak berdarah kacuka...
8.4K 2K 26
❝The growing gap between you and me❞ THE STORY CHAPTER : ETERNITY Soobin sering kali didatangi mimpi mimpi pelik yang berbaur satu amaran tegas. Pad...