[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

35.2K 1.2K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 41: Kemaafan
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 24: Tongue twister

787 24 0
By Qstnaafrn


Apa ni?? Kenapa aku yang kena sedangkan ini semua kerja Cahaya?

Aku menjatuhkan tangan perlahan ke bawah kerana lenguh setelah 1 jam mengangkat tanpa berbuat apa-apa disudut bilik.

" Siapa suruh jatuhkan?! Angkat balik,"

Pantas aku segera mengangkat apabila mendengar suara bonda mengaum hebat.

" What have you done last night? Sampai lebam-lebam badan Cahaya dikerjakan kamu. Ahnaf tahu kan Cahaya baru habis pantang. Tak kesian ke kalau Cahaya mengandung lagi?" Punggungku dilibas dengan rotan nipis yang selalu bonda guna untuk mendisplinkan aku sewaktu ketika dulu.

Cahaya aku intai sedang mengigit kuku dengan sengihan lebar. Dia hanya duduk melihat aku dihukum oleh bonda. Kantoi sebab sewaktu pergi mengurut, bonda nampak kesan gigitan love bite yang terhasil di bahunya.

Tak guna awak, sayang. Sampai hati sanggup tengok beast awak kena rotan tanpa ada niat nak menolong. Nak merajuk seminggu!

" Ahnaf dengar ke tak?!!"

" Dengar, bonda. Tapi-..."

" Apa tapi tapi?? Tambah lagi sejam. Kalau Ahnaf ingkar arahan bonda lagi, bonda akan asingkan tempat tidur Cahaya daripada kamu. Don't you dare me, young man,"

" Sayang-..."

" Apa sayang sayang?? Cahaya, apa bonda pesan sebelum ni? Tunggu sebulan dua kan?" Mata bonda memfokus ke arah Cahaya.

" Tapi Ahnaf yang goda Cahaya semalam. Cahaya nak sahut ketukan bonda tapi Ahnaf cepat-cepat tutup mulut Cahaya," Cahaya mencebik kesedihan seperti dia seorang mangsa keadaan.

" Angel! You-... Ouch!!! Bonda, sakit!!" Tak pasal-pasal punggungku sekali lagi mendapat libasan daripada bonda.

" Tahu pun sakit. Lain kali buat benda fikir dulu. Ish budak-budak ni. Suka buat benda yang bukan-bukan," Bonda terus berjalan keluar daripada bilik meninggalkan kami.

Cahaya mengorak langkah ke arahku dengan senyuman mengejek. " Itulah. Saya dah pesan semalam jangan tinggalkan kesan tapi abang degil. Itu balasan sebab ambil alih tugas saya semalam,"

Aku memutarkan biji mata ke atas. Dia yang punca aku pula kena. Fitnah aku pula tu. Memang nak merasa syurga di bawah tapak kaki aku melekat di muka agaknya.

Dia melangkah sehingga berdiri di hadapan aku. Kami menghadap antara satu sama lain. Tanpa aku sangka, dia mengangkat tangannya sekali ke atas.

" Ini hukuman untuk kita berdua. Tak adil kalau abang yang kena seorang sedangkan saya pun enjoy sama. I love you, beast," Kata Cahaya perlahan dengan senyuman nipis.

Aku tak mampu nak menahan senyuman dan rajuk terus tersengih lebar. " I love you more, angel. Pandai awak pujuk abang ya?"

" Kenapa? Abang merajuk ke? Berani abang merajuk dengan saya?" Dia berkerut sambil memuncung macam itik.

" Tak. Tak mampu nak merajuk dengan sayang," Aku memberikan dia sebuah ciuman di dahi. " Siapa berikan chloroform untuk sayang?"

" Zavian,"

Aku tercengang mendengar nama yang aku tak pernah sangka akan mengenakan aku. Tapi kenapa?

" Na'eem lah tu bagitahu dia pasal erm erm kita. Tiba-tiba dia bagi idea pada saya."

Ceh, tak guna betul.

" Seems like someone is trying to do a tango dance," Sampuk seseorang di pintu hadapan. Aku mengeluh. Datang bala lagi.

Cahaya mengintai ke arah muka pintu. Dia berkerut kerana dia tak pernah nampak lagi orang ini di rumah.

" Cahaya, this is Kazar. Kazar, my one and only lightning angel; Cahaya Inara," Aku memperkenalkan Cahaya kepada Kazar dengan cara yang agak memalukan. Kami masih statik mengangkat tangan. Takut nak jatuhkan kerana bila-bila masa bonda boleh muncul dengan rotan tadi.

Kazar datang ke sini untuk membantu dalam siasatan kes racun tempoh hari. Disebabkan perkara ini tiada sesiapa yang berani makan masakan tukang masak dalam rumah ini kecuali ibu-ibu yang menolong di dapur. Dan kadangkala kami akan memesan makanan secara atas talian.

" Sayang, pergi duduk dengan bonda. Abang nak bincang dengan Kazar sekejap,"

Cahaya yang diam dari tadi terus mengangguk. Dia melepasi kami lalu bergerak keluar daripada sini.

" Sudah-sudah lah angkat tangan macam gaya chimpanzee."

" Chimpanzee tak chimpanzee. Sebelum bonda tukarkan aku jadi king kong pula," Aku membalas bersama jelingan maut.

" Bonda kau tahu aku datang nak berjumpa dengan kau untuk berbincang pasal hal ni,"

" Huh," Lega bila dapat turunkan tangan. Kami sama-sama bergerak ke dalam ruang pejabat peribadi aku yang sebenarnya masih belum diketahui oleh Cahaya. Sejujurnya dalam bilik ni banyak gambar-gambar candid dia yang aku tangkap untuk dijadikan santapan mata.

Cakap je lah apa kau orang nak cakap. Zina mata ke zina hati ke. Aku tak kisah. Sebab pandangan aku bukan kerana pandangan nafsu seorang lelaki tapi menjadi salah satu inspirasi untuk aku melakar idea dalam bidang yang aku sendiri buat.

Hobi yang ramai orang tak tahu, aku suka sangat melukis potrait. Hanya sekadar untuk meluangkan masa dan menjadikan sebagai perahan otak sewaktu bersedih.

" How lovely she is," Puji Kazar. Pertama kali dia melihat gerangan yang telah mencuri hati ais aku. Kata pujiannya aku tak hairan sangat. Kazar sudah pun ada buah hatinya. Chaira; isteri yang tercinta. Dan dikurniakan dua orang anak. Walaupun usia aku lagi tua daripadanya tapi dia dah buat langkah bendul dulu.

" What I love I will keep it forever in my heart," Balas aku dengan nada kosong.

" About the traitors, why don't you torture them with your own hands?" Tanya dia dengan kerutan. Kami dah tangkap mereka yang bersalah dan terlibat. Semuanya kerana dibayar lumayan oleh Bashir. Tak guna punya mata duitan.

" Tangan aku masih bersih; khas untuk Bashir. Aku akan rasmikan tangan aku dengan kematian dia and I will end up my career as the leader of Malek's," Balas aku tenang.

" Ramai yang suka dengan cara memimpin kau. Kau buat kerja clean. Takkan sebab ini je kau nak berhenti?"

" Aku nak hidup macam orang normal. No more drama telenovela." Aku menggeleng dengan niat yang teguh.

" Suit yourself. Dengar cerita kau buka madrasah? Kenapa?"

" Dah ini je cara untuk dapatkan pahala yang mengalir seperti air sungai tanpa putus-putus. Inilah jalan cerita yang aku mahukan andai kata aku bukan keturunan Tuan Besar Malek." Jawab aku dengan penuh yakin. Aku mahu lari daripada segalanya. Aku mahu jadi orang yang tiada nama.

Siapa sanggup nak berhadapan dengan masalah setiap kali mencelik mata bangun daripada tidur?

Sejak kami berpindah ke sini, aku jarang sekali turun ke madrasah untuk mengajar kerana terlalu jauh daripada sini. Sekarang ni aku sudah mencari dua orang tenaga pengajar bagi menggantikan tempat aku buat sementara.

" Bashir's children are with Aunt Suzan right? Why don't you kill them before something terrible happen?"

" Such as?"

" You know the rules, Beast. If Bashir gets this position, his son will continue the legacy. It will be a disaster for Malek's generation. Plus, he killed yours. You have the right to get revenge. A son for a son," Hasut Kazar; sememangnya kebanyakan kami sekeluarga, tiada sesiapa yang akan ada sifat simpati terhadap satu sama lain.

Kalau dia salah maka dia salah tanpa dibicarakan lebih panjang. Bagi mereka jika perkara itu boleh dilunaskan dengan dendam, why not?

" I don't kill children,"

Kami akhirnya keluar daripada situ lalu aku pantas mencari keberadaan Cahaya.


P.O.V. Cahaya

Aku memandang kiri dan kanan. Aku tak tahu nak pergi ke mana kerana aku tak jumpa bonda di mana-mana. Koridor besar di tingkat bawah aku susuri dengan pandangan di serata arah. Kiri kanan depan belakang semuanya bersalut emas. Kalau jual mesti bercecah puluh ribu.

Saat mata aku meliar ke atas, badan aku terlanggar seseorang. Bila teralih semula ke depan kelihatan dua orang anak perempuan Aunt Suzan yang masih sekarang aku tak dengar lagi suara mereka. Seolah-olah mereka bisu.

" Err hello?" Sapa aku buat pertama kalinya. Beberapa kali juga mereka kerap mencuri pandang aku apabila dalam keramaian. Aku hanya membiarkan sahaja.

Mereka melambai membalas sapaan aku. Setelah itu mereka mengukirkan senyuman.

" If I'm not mistaken, you're Balqees..." Aku menunjukkan ke arah perempuan yang mengikat rambut tocang satu, tinggi lampai dan bermata thin almond. Dia lah kakak dalam antara adik beradik.

" ... And you're Baseera." Lalu tangan ditunjukkan ke arah adik yang berambut wolf cut dengan perwatakan yang gelap seperti memakai serba hitam.

Mereka mengangguk tanda betul. Aku mengangguk semula. Kemudian antara kami berubah janggal kerana tiada perbualan selepas itu.

Mereka memberi isyarat tangan mudah untuk aku faham. Nasib baik juga aku ada ambil kelas bahasa isyarat sebagai mengisi masa lapang.

' You're angel?'

" That's what they like to call me but actually my name is Cahaya. Just call me whatever you like. Ermm... Sorry to ask but you guys... can't even talk or what?" Aku menggaru pipi tanda janggal.

Mereka berpandangan sebelum fokus ke arah aku semula. Isyarat tangan diberi lagi.

Mereka menunjukkan dalam mulutnya. Aku menekup mulutku kerana terkejut. Terkejut sebab lidah mereka tiada.

" W-what happened?"

' Our tongue have been cut'

" Alamak." Aku menggigit kuku lagi. Siapa yang jahat sangat potong lidah mereka?

Balqees menunjukkan tanda gigitan di bahu aku yang sedikit terdedah akibat tudung terselak. Aku pantas menutup semula sambil tersengih malu.

' We know well about your husband. Be careful with him. He's a bad guy'

Alahai, plot twist betul tiba-tiba cakap suami orang jahat. Apa yang Ahnaf dah buat pada mereka?

" I can't understand clearly. What have he done? Mind to share?" Tanya aku ingin mengorek perkara disembunyikan.

' He wants a son. He doesn't care about marriage after all. This marriage is a trap! He's the one who cut our tongue off!'

Aku tersentak melihat perubahan di wajah mereka. Seakan tegang dan penuh dengan kemarahan.

" Sayang," Ahnaf memeluk bahu membuatkan badan aku terkujat sedikit.

Matanya pantas mencerlung ke arah dua sepupu perempuannya. Kelihatan mereka seperti ketakutan apabila Ahnaf berada di sini terus berjalan pergi dengan pantas.

" Apa tak kena tu? Mereka ada cakap apa-apa pada awak ke?" Tanya Ahnaf. Aku menggeleng laju.

" Jangan layankan sangat. Pelik dua orang tu." Ahnaf terus menarik aku ke ruang tamu. Masih berlegar lagi perbualan kami tadi. Sedikit sebanyak aku berasa sangsi dengan Ahnaf.

' Cahaya! You need to trust him. Kenapa nak kena dengar orang luar cakap tentang Ahnaf?'

Suara hati aku membentak marah. Aku menghela nafas panjang. Semoga semuanya berakhir dan cepat-cepat lah kami dapat keluar daripada sini.

" Kenapa mereka tak bercakap?" Soal aku menginginkan kejujuran dan mahu melihat sejauh mana Ahnaf berlaku jujur.

" Sebab mereka bisu," Level kepercayaan meningkat satu anak tangga.

" Bisu sebab?"

" Tanya lah Aunt Suzan. Itu anak-anak dia. Abang tak tahu dan tak nak ambil tahu tentang sesiapa kecuali awak, Armani dan bonda," Ahnaf menghadiahkan senyuman manis sebelum mengajak aku untuk makan aiskrim di dapur.

Ish gaya macam nak mengelak daripada disoal tentang adik-adik Bashir. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Kalau tak kenapa mereka bercakap buruk tentang Ahnaf.

" Abang tak sorokkan apa-apa daripada saya kan?"

Langkah Ahnaf terhenti. Benda yang aku perasan saat dia menoleh ke arah aku adalah pandangan mata yang tajam menikam wajahku. Terkulat-kulat aku membalas pandangannya.

" Mereka ada cakap apa-apa ke?" Soalan dibalas dengan soalan.

" A-apa pula kena mengena dengan mereka? Saya tanya pasal benda lain lah. Kenapa? Abang ada sorokkan sesuatu ke?"

" Mana ada, sayang. Nampak muka abang ni macam penyimpan rahsia negara ke? Takkan?" Sempat betul dia ni memerli aku.

Aku menjeling tajam. Kalau tak ada alhamdulillah lah. Tapi kalau ada sesuatu buruk berlaku di masa akan datang, memang aku ikat kau kat katil dan curah kerangga atas badan kau, Ahnaf.

Armani didukungan bonda sedang ketiduran kerana sekarang memang waktu Armani tidur dan berehat. Patutlah aku terasa mengantuk sekali. Dah pukul 12 rupanya.

" Bonda jangan tinggalkan Armani seorang-seorang di bilik," Ahnaf memesan awal-awal. Bonda yang sukarela untuk menjaga Armani kerana ragam budak ini elok sahaja dengan bonda. Kalau dengan kami hmm... Macam-macam perangai dia keluarkan.

" Bonda tahu. Takkan lah nenda nak biarkan Armani seorang-seorang kan? Bukan macam abah dia terus tak ingat anak dia malam semalam. Sebab kenapa? Sebab sibuk sangat nak buat adik untuk Armani macam esok nak kiamat dia punya laju je kerjanya. Anak belum mumayyiz tapi sibuk nak anak lagi. Yang menjaga siapa? Ibu juga kena. Kesian ibu. Kan Armani?" Tangan setia menepuk manja Armani untuk mendodoi.

Seperti machine gun bonda memerli Ahnaf sampai tersedak lelaki itu dibuatnya. Aku menutup mulut menahan ketawa.

" Hm sayang, jom. Kita merajuk!" Ahnaf pantas menarik aku keluar daripada tingkat bawah menjauhi bonda. Nak manja-manja dengan bonda konon.

" Awak memang tak ramai sepupu perempuan eh? Kenapa ramai sangat lelaki?" Aku saja berborak untuk menyimpan data latar belakang Ahnaf.

Dia menoleh sekilas. " Siapa kata tak ramai? Sepupu lelaki abang je ada 20 termasuk yang meninggal. Sepupu perempuan ada 17,"

" Mak datuk kau! Ramainya sepupu-sepupu abang." Memang darah arab ni nafsu tinggi 24 jam eh?

" Lupa ke abang ada 8 orang makcik termasuk Aunt Suzan?" Kalau ikut purata seorang makcik mempunyai 4 orang anak.

" Meriah kalau hadir hari raya!"

" Meriah kalau masih berpegang pada ajaran Islam," Ujar Ahnaf mendatar. Ramai daripada ahli keluarganya bukan berpandukan mazhab yang sama. Ada yang murtad juga.

" Sorry kalau soalan saya dah buat abang marah," Aku memegang lengannya dengan pandangan serba salah.

Dia menarik senyuman kepada aku. " Mana ada abang marah. Kalau itu apa yang mereka nak abang takkan paksa. Kalau nak tahu walid pernah suarakan tentang benda ni. Disebabkan itu antara kami sampai berpecah belah tak nak bersua muka lagi. Itu sebab abang jarang balik sana." Cerita Ahnaf. Aku mengangguk perlahan. Sudah tahu sejarah keluarga ini.

" Jadi kalau abang dan bonda pergi majlis keluarga, apa pandangan mereka terhadap kau orang?"

" Pernah lah juga dipulaukan. Tapi buat bodoh je lah. Kalau ikutkan ahli keluarga yang lain tak suka bila bonda berkahwin dengan walid. Bagi mereka kahwin dengan orang tak sama taraf ni bagaikan menjatuhkan maruah keluarga,"

" Jahatnya pemikiran mereka." Komen aku.

" Sekarang ni abang dan bonda dah buktikan kepada mereka yang kahwin dengan sesiapa pun akan bahagia dengan keredaan tuhan yang Maha Esa. Pangkat dan nama takkan pernah jadi satu benda kebaikan pun. Malah banyak kejadian huru hara lagi ada lah." Pesan Ahnaf membuatkan aku tersenyum lebar.

Continue Reading

You'll Also Like

348K 17.2K 66
TENGKU ARJUNA MIKAEL | LILY SOFIA♠️ Tengku Arjuna Mikael seorang jewellery designer yang sangat terkenal.Setiap rekaannya pasti akan mendapat sambu...
19.1K 1K 50
Written by Itsfarraa [HOLD ON] Known as Ace Series, -ACE SERIES 2- ⚠️ DILARANG KERAS UNTUK PLAGIAT ⚠️ Happy reading and jangan lupa vote Arthur Lee...
129K 9K 53
'No harm will ever come to you, for I am your protector' "Saya tak boleh nak halang kerana hati saya yang memilih awak"
195K 5.5K 52
Book 1 || 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 Bermula kisah di Antara seorang Jejaka dan juga seorang Gadis Rose Al Husna Mempunyai perasaan...