His Return

By Shieyruna

8.8K 885 28

š€š©šš š¤ššš® ššš¤ššš§ š›š®ššš­ š¤ššš„ššš® š’š¢ šƒš¢šš š¤šžš¦š›ššš„š¢ š®š§š­š®š¤ šššš©ššš­š¤ššš§ š¬šžš¦š®š„ļæ½... More

Dear Readers šŸ’•
HR 1
HR 2
HR 3
HR 4
HR 5
HR 6
HR 7
HR 8
HR 9
HR 11
HR 12
HR 13
HR 14
HR 15
HR 16
HR 17
HR 18
HR 19
HR 20
HR 21
HR 22
HR 23
HR 24
HR 25
HR 26
HR 27

HR 10

221 29 0
By Shieyruna

SEMUA sibuk bawa keluar barang-barang dan letak dekat dengan kereta. Mereka baru nak keluar dari rumah untuk jemput Qhaira balik dari kelas tambahan. Lepas tu baru balik ke kampung. Semua akan berkumpul di sana dulu dan akan konvoi sebelum subuh esok.

Ahh! Dah lama rasanya tak buat begitu. Pergi bercuti dalam kumpulan keluarga.

"Qis, kek dah bawa masuk ke?" soal Puan Jannah yang sedang membawa keluar satu bekas yang entah apa isinya. Emaknya itu ada saja benda dia nak bawa.

"Dah. Ada apa-apa lagi nak bawa ke?" Qis ambil dari tangan emaknya. Biar dia saja yang susun beg dan barang-barang mereka. Kalau orang lain yang susun, ada saja yang tak muat.

Habis itu, Qis masuk ke dalam rumah untuk pemeriksaan kali terakhir. Dari biliknya sampai bilik semua orang kemudian ke tingkat bawah pula. Tak nak tertinggal apa-apa sampai terpaksa patah balik. Leceh!

Dia juga cuba ingat kalau Qhaira ada pesan suruh bawa apa-apa yang dia lupa sebelum pergi kelas tambahan pagi tadi.

Tak ada rasanya.

"Dah ke? Jom gerak. Qhaira dah habis kelas rasanya ni."

Semua bergerak masuk ke dalam kereta kecuali Qis. Sementara ayahnya pandu keluar kereta dari garaj, dia pergi kunci pintu rumah dan pagar.

Selesai. Qis masuk saja, kereta meluncur laju.

Telefonnya dibuka untuk periksa mesej yang Hirzan ada hantar. Lepas subuh, dia berhenti balas mesej lelaki itu sebab nak kemas apa lagi yang patut dan tolong emak. Cuma tengok dari notifikasi yang Hirzan ada hantar gambar dan bagi tahu mereka sudah gerak pergi.

Walaupun dah tak ada buat apa lepas itu, tetap tak nak balas mesej Hirzan.

Banyak betul mamat ni hantar gambar... gumam Qis dalam hati bersama sedikit senyuman. Jarinya meleret gambar-gambar yang Hirzan hantar.


Qis masih tak mahu balas apa-apa mesej daripada Hirzan. Pelik sangat sebab Hirzan makin kerap mesejnya dan semakin beriya. Lagi menakutkan kalau Hirzan tembaknya dengan ayat yang buat dia cair. Aduh! 

Kadang tak rasa macam dianggap kawan pun dengan Hirzan.

Qis buang pandangan ke luar tingkap. Kelmarin bila emak cuba suruh istikharah, dia buat. Okay macam mana kalau jawapannya nanti sesuatu yang tak dijangka. Apa pula dia nak buat? Ajak Hirzan kahwin?

Kalau jawapan lelaki tu pula berbeza macam mana?

Tiba-tiba pintu kereta sebelah Qis terbuka buatnya sedikit terkejut. Muncul figura Qhaira.

"Kak, kawan aku nak tandatangan kau. Diorang semua bawa novel kau tu. Pergi la. Hari tu masa PBAKL diorang tak dapat pergi. Boleh la... Boleh la, kesian diorang." Qhaira memujuk sambil menggoyangkan tangan Qis.

"Ya la. Bagi aku pen." Qis keluar dari kereta dan tunggu di tepi Qhaira sampai dia dapat sebatang pen. 

"Tu, kawan aku semua kat bus stop," kata Qhaira lalu menjuih bibirnya. 

Qis angguk dan mendekati tempat itu. Ada sekumpulan pelajar perempuan, senyuman mereka lebar dan ada yang melambai-lambai dan sedikit terkinja-kinja. Qis hadiahkan senyuman.

"Kak Qis!"

Sampai saja Qis pada kumpulan itu, terus dia dikerumuni. Berduyun-duyun. Semua hulur buku tebal kepadanya untuk minta tandatangan. Ada juga yang berulang-ulang cakap nak bergambar juga.

Sudahnya, lepas saja buat tandatangan terus bergambar.

Ah! Suasananya sama macam masa Pesta Buku Antarabangsa tempoh hari. Beza cuma tempatnya saja. Tak apa pun kalau berpanas kejap untuk peminat sendiri. Macam biasa, membalas penghargaan.

Terasa lama juga sesi tak dirancangkan ini. Risau pula kalau mak dan ayahnya tunggu lama.

"Terima kasih kak Qis!" ucap salah seorang yang ada di situ. Ada separuh sudah pergi atau balik bila ibu bapa datang jemput.

"Sama-sama. Belajar rajin-rajin okay. Nanti kita jumpa lagi. Bye!" 

Pfft! Klise betul ayat. Qis melambai seraya kakinya melangkah ke arah kereta keluarganya. Masuk saja, terus nafas dihela kuat. Senyum sambil pandang semua yang ada dalam kereta. Kemudian terdengar tawa Encik Nafiz.

"Susah betul kalau ada orang famous ni," kata Encik Nafiz.

"Ala bukan selalu jadi macam ni," balas Qis. Risau pula kalau ada yang tak selesa sebab kena tunggu lama macam tadi.

"Tak apa, yang penting Qis tak sombong. Macam ayah, kena la bagi sokongan moral macam ni. Kena faham yang anak ayah dah makin dikenali."

Qis senyum. Ternampak pula emak pandangnya dengan senyuman simpul yang mengusik juga.

***

SAMPAI di kampung, ayah memarkir kereta di belakang sebuah bezza merah. Qis tengok setiap kereta yang ada di halaman rumah neneknya itu. Nampaknya keluarga dia yang paling akhir balik ke kampung.

Bukan apa, dia tak suka. Nanti ada mulut yang mengata. Tengok sajalah nanti tapi semakin lama, Qis semakin rajin membidas. Mungkin sebab faktor umur. Dia sudah 25 tahun kut! Takkan nak biar kepala kena pijak. Kalau dulu tak mengapalah sebab dia masih budak. 

Nanti bila muka kata kurang ajar pula. Sekarang dia sudah dewasa dan ada hak untuk bersuara juga.

Keluar dari kereta, Qis dan adik-adiknya tolong keluar dan turunkan beg mana yang perlu dibawa untuk digunakan malam ini sebab mereka akan gerak subuh esok. Jadi barang yang tak diperlukan biarkan saja dalam bonet kereta.

Qis mendahului langkah sambil menjinjit satu beg yang ada baju dan keperluannya.

"Assalamualaikum," ucap Qis. Kemudian terdengar suara orang-orang yang menjawab salamnya. Kebanyakan ahli keluarganya duduk melepak di bawah rumah kerana di situ tak sejuk dan tak terasa bahang tengahari.

"Sihat maklong?" tanya Qis seraya bersalam dengan seorang wanita yang duduk di sofa bersebelahan pintu masuk ke rumah.

"Alhamdulillah. Qis macam mana? Apa perkembangan sekarang?"

Qis senyum lebar lalu membalas. "Alhamdulillah. Selagi semua orang doakan Qis, selagi tu perkembangannya sentiasa positif."

"Sebab tu la nak sponsor holiday ni kan?" Maklong senyum meleret.

"Sekali-sekala," jawab Qis. Dia pergi salam yang lain juga termasuk sepupu-sepupunya yang masih bersekolah.

Usai itu, Qis ikut emaknya berlalu ke dapur. Sebab terdengar suara neneknya di sana. Qis biarkan Puan Jannah salam dulu.

"Nenek...." panggil Qis dengan nada meleret. Tangan didepa dan Qis terus peluk. Tangan tua itu disalam sekali cium. Tak habis itu, pipi neneknya juga dicium.

Betapa sayangnya dia pada neneknya itu.

"Bila nak kahwin ni?"

Belum apa-apa soalan cepumas sudah keluar dari mulut nenek siap senyum.

"Apa ni nek. Belum ada calon macam mana nak kahwin. Kalau dah calonnya nanti, dia akan datang jumpa nenek. Okay?"

"Janji ya, kalau dah ada calon terus kahwin." Jari telunjuk nenek naik menegak seakan memberi peringatan awal supaya Qis mengotakan janjinya itu.

Qis telan air liurnya sedikit. "Ya, janji." Siapalah yang nak datang waktu-waktu begini, kan? Qis bangun. Bagi laluan kepada adik-adiknya pula sementara dia pergi salam Maklang yang duduk di meja makan sana.

Tak ada nak tegur apa-apa. Sepatah haram pun tak keluar dari mulut masing-masing sebab dengan wanita inilah dia selalu membidas.

"Ni semua dah makan ke?" soal nenek.

"Belum mak, tadi pergi ambil Qhaira balik dari kelas tambahan lepas tu terus datang ke sini," balas Puan Jannah.

"Makan dulu, makan. Mak sediakan kejap..." Nenek baru saja nak bangun, Puan Jannah sudah menahan.

"Tak payahlah mak. Kami ambil sendiri aje. Mak rehat. Anak-anak dara saya ada."

"Hmm... Eloklah tu. Bagi anak dara kak Ngah pula buat kerja. Sebab tadi anak-anak kat sini dah tolong masakkan makan tengahari." Tiba-tiba ada suara mencelah.

Qis tidak menoleh sekutik pun sebab dia tahu itu suara Maklangnya. Dengki? Sakit hati sebab anak dia tolong di dapur. Sebab keluarga sebelah ayahnya ini yang perempuan sekadar makcik-makciknya dan sepupu perempuan cuma berapa ketul. Yang lain semua sepupu lelaki. 

Qis menarik senyumannya.

"Okay la tu Maklang. Sekali-sekala Ameena masuk dapur tolong apa yang patut. Takkan asyik nak harapkan Qis dengan adik-adik aje. Dia ingat, dia puteri santubong puteri sejinjang?" Suara Qis perlahan di ayat akhir sebelum melangkah untuk sediakan lauk makan tengahari mereka.

"Bukan apa. Dia kan bakal peguam. Sibuk," kata Maklang lagi tak nak kalah.

Mulut Qis sedikit mengajuk. "Bakal peguam aje pun. Bukan bakal perdana menteri. Kalau dah malas tu, malas la juga," bidas Qis. Beberapa pinggan makan dibawa ke meja makan dan Qis letak dengan kasar.

Anak gadis Maklang bangun dari duduknya dengan wajah yang sudah menyampah memandang sekilas pada Qis.

Qis tunjuk muka tak kisah.




Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 255K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
41.5K 4.1K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
229K 9.2K 34
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...
206K 8.8K 80
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...