His Return

By Shieyruna

8.1K 812 25

๐€๐ฉ๐š ๐ค๐š๐ฎ ๐š๐ค๐š๐ง ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ฎ ๐’๐ข ๐ƒ๐ข๐š ๐ค๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๏ฟฝ... More

Dear Readers ๐Ÿ’•
HR 1
HR 2
HR 3
HR 4
HR 5
HR 6
HR 7
HR 9
HR 10
HR 11
HR 12
HR 13
HR 14
HR 15
HR 16
HR 17
HR 18
HR 19
HR 20
HR 21
HR 22
HR 23
HR 24
HR 25

HR 8

213 29 0
By Shieyruna

BALIK dari kafe, Hirzan dan Qarizh beriringan ke ruang pejabat mereka. Aidid sudah ambil jalan lain untuk ke departmentnya. Kiranya, sampai situ saja la tentang nota ugutan itu walaupun masih ada yang mengganggu fikirannya.

"Habis kau memang dah tak syak sesiapa la sekarang ni?" Qarizh bersuara.

"Nak syak siapa? Ada ke orang dominan dua tangan dalam Imperial ni? Entah la... Mungkin memang data aku dah bocor kat orang luar," balas Hirzan. Nadanya masih tenang.

"Fuh! Keras betul hati kau kan." Qarizh menggeleng. Kes maklumat peribadi bocor bukan boleh bawa main pun.

Langkah Hirzan perlahan kemudian berhenti. Dia pandang Qarizh yang ikut mati aturan kakinya.

"Aku nak buat apa lagi. Nak sangat kerja berisiko ni. Look, aku dah tarik diri bermakna jangan kacau orang-orang yang aku sayang. Tapi kalau diorang buat juga... Ke alam lain terus aku buat nanti." Suara dan reaksi muka Hirzan serius.

Dia tak main-main tentang itu. Hirzan teruskan langkah. Bunyi notifikasi pada telefonnya kedengaran. Laju saja dia periksa dan bibir mengoyak senyuman saat mesej dengan nama Manja itu tertera di situ.



Kening Hirzan bertaut. Family vacation? Menarik. Alang-alang dia pun pergi bercuti. Kalau kedudukan mereka tak jauh, dia sanggup je nak pergi jumpa Qis.

Terus tangan kiri yang membawa tupperware Aidid bagi tadi dikepit antara lengan dan badannya. Laju dia menaip untuk membalas kepada Qis.



Bibirnya mengoyak senyuman. Kalau Qis tak nak terserempak atau jumpa tak apa, tapi dia nak.

Walaupun macam mustahil.



Hirzan ketawa halus kemudian tarik kerusinya dan duduk. Mesti muka Qis dah cemberut sebab kena usik macam itu. Telefon ditaruh atas meja dan tupperware yang dibawa bersama Hirzan simpan dalam laci yang berkunci.

"Ejen ST08, Niq."

Hirzan menoleh. Ada suara yang yang dia sangat kenal. Seorang lelaki datang dekat mejanya. Terus Hirzan dan Qarizh berdiri tegak menghadap lelaki itu kerana pangkatnya yang lebih tinggi.

"Tuan." Hirzan membalas teguran Tuan Zed sebab dulu lelaki itu ialah ketua dari unit Elit.

Di Imperial, semua orang hanya kenal dia sebagai Niq, singkatan dari Daniq. Memang protokol untuk tidak ada pendedahan nama lengkap. Hanya akronim unit, nombor pengenalan ejen dan nama samaran yang semua orang perlu reka sendiri.

Sama macam Qarizh dan Aidid. Itu bukan nama sebenar mereka. Qarizh adalah anagram kepada Hazriq sementara Aidid pula ialah... Aidil Idhwan. Cuma mereka bertiga saja tahu nama sebenar dan kehidupan masing-masing sejak rapat semasa rekrut dulu.

"Awak apa khabar?" tanya Tuan Zed.

"Alhamdulillah Tuan. Ada apa-apa yang Tuan perlukan dekat sini ke?" Hirzan menyoal kembali. Tapi dia tahu, paling tak Tuan Zed mahu berjumpa dengan Ketua dari unit pasukan khas.

"Saya perlukan beberapa orang dari unit Khas untuk satu operasi ni. Itu yang saya pergi jumpa Tuan Daniel. Tapi itu lah, Daniel kata awak ambil cuti beberapa hari ni."

Hirzan senyum. "Maaf la Tuan..."

"Nak buat macam mana. Sayang sebab saya hilang rakan sepasukan yang hebat. Ejen ET13 dah balik semula jadi ST08. Tapi saya hormat keputusan awak nak keluar Elit." Tuan Zed tepuk bahu Hirzan.

Memang ketara sangat perubahan yang Hirzan bawa ketika menjadi Elit dan setelah keluar dari unit sana.

"In Sha Allah kalau ada rezeki, Tuan boleh panggil saya."

Tuan Zed ketawa kecil dan menepuk lagi bahu Hirzan.

"So, apa perkembangan awak dengan Qis? Awak dah keluar Elit, dah rasa longgar sikit takkan tak terdetik nak pergi balik kat dia? Saya faham perasan tu..." Tuan Zed gelak.

Sempat Hirzan kerling Qarizh yang menggeleng perlahan. Bagi peringatan supaya dia tak dedahkan apa-apa lagi.

"Rasanya tak kut. Biar dia bahagia dengan orang lain," balas Hirzan.

"Sadis. Tak apa la kalau macam tu, saya pergi dulu. Jaga diri."

Hirzan tundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat bila Tuan Zed mengatur langkah pergi.

"Nampaknya aku pergi sorang la kali ni tanpa kau," ujar Qarizh.

"Yakinnya kau Tuan Daniel nak pakai kau." Hirzan gelak namun tiba-tiba interkom di meja Qarizh berbunyi.

"Qarizh, saya nak jumpa awak sekejap. Tolong panggil sekali, Eshal dan Thong."

Qarizh pandang Hirzan dengan reaksi wajah yang membenarkan telahannya tadi. Dia berjalan pergi seraya panggil yang lagi dua orang.

Hirzan senyum dan mulakan kerjanya.


***


QIS ARLYNNA menahan diri dari rasa nak campak telefonnya. Nak marah Hirzan sebab bagi ayat manis tapi macam suka pula.

Rasa macam bengong kejap dengan perasaan sendiri.

Tak boleh Qis... Pasang balik tembok. Pasang balik... Pasang balik, desis hati Qis seraya tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus dengan tenang.

"Siapa Hirzan?"

Qis tersentak. Telefonnya dibawa ke dada. Matanya terus terhala kepada emaknya yang datang ke meja makan itu dengan membawa sepapan telur.

"Mak nampak ke?" tanya Qis.

Puan Jannah menjeling. "Hebat betul penangan budak tu kan? Sampai tak sedar yang mak lalu lalang belakang kau banyak kali siap boleh curi-curi tengok," kata Puan Jannah.

"Tu belum lagi mak sebut muka kau. Kejap berkerut, kejap senyum dah macam orang gila," tambah wanita itu lagi.

Qis menggaru pelipisnya.

"Kerja apa tu?"

"Entah la. Tak terfikir pun nak tanya. Tapi masa bercinta dengan dia tiga tahun lepas, dia tengah rekrut untuk polis," beritahu Qis. Dia mula memecahkan telur dan asingkan antara putih dan kuningnya dalam mangkuk berbeza.

"Hmm bagus! Dah tu kenapa putus pula?" tanya Puan Jannah lagi.

"Dia yang nak. Katanya risau tak dapat bagi perhatian dan sibuk aje. Dia kata elok berkawan aje dulu. Tak munasabah langsung alasannya." Muka Qis masam sedikit bila teringat balik momen itu.

"Ni mak nak cakap sikit, biar lelaki tinggalkan kita walaupun alasan dia bodoh. Sebab kita tak tahu sama ada kita yang tak baik untuk dia atau dia yang tak baik untuk kita. Kan mak pernah pesan, lelaki yang betul nak perempuan tu dia akan cari jalan untuk jadikan hak dia."

"Tapi kena pandai nilai la. Macam kelmarin masa bapak kau suka hati dia aturkan temujanji. Kau tengok lelaki tu teruk kan? Macam mana kau nilai dia... Macam tu la kau nilai Hirzan atau sesiapa aje," kata Puan Jannah lagi.

Qis termangu seketika. Kalau lelaki dekat kafe kelmarin, terang-terangan sangat dia tunjukkan perangai tu. Tapi kalau Hirzan? Jumpa pun tak.

"Kalau susah sangat, suruh dia jumpa mak dengan ayah. Biar mak nilai sendiri. Elok ke tidak untuk kau."

"Ish! Tak payah la. Dia tak serius pun. Main-main aje ni." Qis menggeleng. Dia yakin itu. Lagi satu kan dia memang dah tak nak bagi peluang kedua. Pendiriannya dikunci rapat-rapat.

"Eleh padahal kau pun sukakan? Tapi tak nak mengaku."

Qis menghela perlahan. "Tak tahu la mak. Nanti kena tinggal lagi... Kecewa lagi. Lagi pun dia tak ada cakap suka ke... I love you ke."

Puan Jannah pandang Qis.

"Istikharah..." 

Continue Reading

You'll Also Like

96.4K 4.1K 57
[COMPLETE] โ—๏ธSiapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love th...
564K 19.3K 69
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
88.6K 4.6K 57
2.0 โ’ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
294K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...