[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

35.1K 1.2K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 41: Kemaafan
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 21: New family

735 33 0
By Qstnaafrn

Kemunculan Aunt Suzan ke Malaysia disambut dengan penuh beradat. Walaupun dia bukan lagi salah seorang anggota keluarga Malek, tapi sanak saudara bonda dan Ahnaf tetap melayan mereka seperti salah seorang daripada mereka.

Beberapa anak buah Ahnaf berbaris di hadapan pintu masuk dengan berpakaian serba hitam dan merah; warna rasmi organisasi mafia mereka.

" Sayang, pergilah duduk dalam bilik. Awak tak payah sambut pun tak apa. Ini bukan majlis rasmi keluarga."

" Ish. Saya nak tengok juga keluarga yang akan menjaga Khairul dan Kamarul tu. Macam mana kalau anak-anak tu tak suka duduk dengan mereka?" Aku berpakaian jubah seperti apa yang aku sering pakai. Siap bersolek nipis lagi bagi menutup wajah pucatku.

" Kalau mereka menderita kerana diabaikan, memang Aunt Suzan akan teman suaminya di underground juga." Balas Ahnaf mendapat ketawa besar daripada aku. Pantas aku menutup mulut apabila beberapa biji mata memandang tepat ke arah aku.

" Mana stokin??"

Aku menunduk ke bawah dan melihat kaki aku yang telanjang sedang memakai selipar berbulu berbentuk arnab.

" Saya cabut. Hehehe,"

Ahnaf berlari naik ke atas dan membawa turun sepasang stokin pink bercorak khinzir. Mana dia dapat aku pun tak tahu.

" Pakai stokin ni sebab perangai sayang pun sama macam oink oink," Kata Ahnaf sambil memakaikan aku stokin. Aku mencubit pipinya kerana berani dia panggil aku babi?!

" Sakit sayang!"

" Abang tu lah suka hati nak oink oink kan saya,"

" Assalamualaikum, everyone. Amberlee, long time no see. How are you, darling?" Aunt Suzan menghampiri bonda dengan senyuman manis dan lebar. Dibelakangnya setia 2 anak perempuan yang berperwatakan kosong dan senyap.

Kami hanya memerhati mereka berborak dalam bahasa arab. Aku ni bab-bab macamni memang k.o.

" Meet my forever daughter in law, Cahaya Inara." Bonda memandang aku dengan seoles senyuman manis.

" Ahnaf's angel?" Dia memelukku lalu menghadiahkan ciuman di kedua belah pipiku.

Aku tersenyum malu lalu mengangguk. Macam mana ramai yang tahu pasal ni? Ahnaf ni memang tak main-main bila dia tunggu untuk memperisterikan aku sampai semua orang pun tahu. Ahnaf di sebelah hanya diam tidak bersuara.

" Subhanallah. Our little boys," Aunt Suzan mengusap pipi Kamarul yang berada di dukunganku dengan wajah terkesima. Khairul di belakang Ahnaf memeluk erat kaki lelaki itu.

" Khairul, meh sini," Ahnaf menarik tangan Khairul supaya anak itu ke depan mereka. Khairul menarik tangannya balik lalu menggeleng laju.

" Ustaz, mereka ni siapa?" Berita tentang kematian umi pun dah bagaikan satu kejutan terbesar buatnya sehingga demam budak itu seminggu. Ini pula tiba-tiba diberitahu yang ada keluarga yang akan menjaga mereka sampai ke besar.

Ahnaf menunduk menyamai paras mereka. Kepala itu dibelai. Anak ini banyak ujiannya semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

" Ini lah keluarga baru Khairul dan adik. Nenek Khairul,"

" Nenek?? Ini bukan nenek ayah,"

" Tapi ini nenek umi,"

Dengar cerita daripada Hamidah Khairul tak pernah bertemu dengan atuk dan nenek kandungnya. Tanpa dia tahu, Hamidah telah pun dibuang keluarga selepas dia mendirikan rumah tangga.

" Nenek umi?" Dia musykil lah. Ingat dia bodoh sangat ke tak tahu keturunan Hamidah dan wanita kaya di hadapannya itu berbeza?

" Khairul sweetheart, come here," Pujuk Aunt Suzan. Khairul perlahan-lahan menapak mendekati.

" You look just like your father. Your eyes," Keturunan mereka yang mempunyai warna mata hazel yang sama. Padanlah Badrul sangsi dengan Ahnaf. Dia sendiri dan Hamidah mempunyai warna mata coklat gelap. Tang mana datang hazel pula?

Namun apapun Ahnaf tetap kacak dalam kalangan keluarganya yang kacak.

" Khairul nak tahu tak? Kalau Khairul duduk dengan nenek, umi mesti happy sangat-sangat sebab umi tahu Khairul akan bahagia sampai ke besar," Pujuk aku pula.

Khairul masih lagi berfikir-fikir. Nak memujuk anak sebesar ini memang mengambil masa untuk meraih kepercayaan. Lain lah macam Kamarul. Belum tahu apa itu neraka dunia lagi.

" He needs time. Tak apa. Aunt Suzan will be here for a month. You can comfort him slowly time by time," Ahnaf memberi kata putus. Aw! Aku suka sisi dia yang nampak matang dan garang. Aura mafia yang mengalir dalam dirinya membuatkan aku mengigit bibir.

" Kesian isteri Ahnaf dah lapar sampai gigit bibir, bonda. Jom kita makan,"

Hm kesitu pula!

Dua sepupu perempuan Ahnaf itu masih tidak membuka mulut daripada tadi. Mata mereka masih memandang ke arah anak-anak Hamidah.

" Kenapa mereka ni senyap je daripada tadi?" Bisik aku kepada Ahnaf. Curious lah bila mereka tak memberikan respond.

" Biasalah bila terima berita nak dapat ahli keluarga baru. Mestilah terkejut. Nak nak anak daripada abang jahil mereka tapi sayang jangan risau. Mereka tu ok je."

Aku menoleh semula ke arah mereka. Dan aku perasan mata mereka galak memerhatikan aku tadi terus memandang ke tempat lain. Langkah mereka dipantaskan ke ruang makan rumah ini.

Aku hanya mengangkat bahu. Mungkin mereka tertanya-tanya tentang kewujudan aku di dalam rumah ini.

Sampai di ruang makan, aku hampir terliur melihat masakan yang terhidang di atas meja makan panjang. Dari nasi briani sehingga ke kambing golek membuatkan perutku berbunyi.

" Sayang, sorry. Ini awak punya," Aku menoleh ke arah dulang di sebelah hujung kanan meja. Aku mengeluh. Tak habis-habis makanan pantang.

• Ikan siakap stim halia dengan sayur.
• Sayuran masak lada hitam dengan ikan bilis.
• Nasi putih + crunchy garlic.

" Tak baik mengeluh depan rezeki. Abang suap ya?"

Aku terpaksa mengangguk akur. Kami duduk lalu menikmati hidangan. Aku masih tak puas hati dengan hidangan yang mereka berikan kepada aku. Ibarat seperti dibahagikan dengan taraf B40 dan T20.

Bukannya tak boleh makan semua tu. Cumanya bonda nak pastikan aku dapat makanan berkhasiat supaya badan aku tidak mengalami sakit-sakit sebelum mencapai usia tua.

Melihat wajah cemburut aku, Ahnaf senyap-senyap menyuapkan aku daging kambing perap yang dipanggang itu.

" Janji tak bagitahu bonda?"

Aku mengangguk laju dengan hati yang melonjak kegembiraan. Aku makan sekeping daging dengan kunyahan yang perlahan.

" Sebab sayang awak je tau. Awak ingat abang sampai hati tengok muka awak sedih je?" Bisik Ahnaf kegeraman.

" Sayang abang 20 kali ganda!" Terus aku menghadiahkan dua mini love kepadanya.

" Borak apa tu?" Bonda berkerut melihat kami. Bonda memang jaga adab keluarga di meja makan. Tak boleh bising semasa makan.

" Tak ada apa, bonda," Serentak kami membalas.

" Kalau Bashir tahu yang anak dia ada dengan family dia macam mana? Dia takkan apa-apakan mereka ke?" Bisik aku dengan suara yang paling perlahan. Tak nak kena tegur untuk kali kedua.

" Lagilah dia suka sebab nanti anaknya akan mewarisi takhta andai kata dia berjaya dapat kedudukan ni," Balas Ahnaf mendapat anggukan setuju daripadaku.

Kamarul didukungan aku pandang dengan senyuman. Walaupun latar belakang awak tak seindah syurga tapi awak beruntung dapat hidup di keluarga yang sayangkan awak berdua. Lagi-lagi bila kami juga salah seorang daripada ahli keluarga kamu berdua.

" Nanti kalau mereka ikut pindah sana, boleh tak kalau kita pergi melawat mereka?" Teringin juga aku nak pergi berkunjung ke Abu Dhabi. Mana lah tahu boleh singgah Dubai dan naik ke Burj Khalifa ke.

" Angel, pernah ke abang cakap no to you?" Balasan Ahnaf membuatkan aku tersengih lebar. Macamni lah baru bertambah sayang.

" Lepas habis pantang saya nak pergi Paris boleh?" Suami kaya kan? Kita kikis lah.

" Ew tempat busuk tu? Boleh. Kita naik private jet je senang."

Hampir tersembur air yang diminum aku. Aku memandang Ahnaf dengan mata yang terbeliak luas. Ahnaf ada private jet???

" Ye lah. Waktu pergi Australia, Armani merengek tak selesa sampai menganggu orang dalam kapal terbang. Kan senang kalau kita naik kenderaan sendiri je," Ahnaf mengerdipkan matanya beberapa kali.

Aku menepuk bahunya sekali. Dia menoleh dengan kerutan. " Kalau abang mati Syahid waktu bergaduh dengan Bashir, jangan lupa wasiatkan harta abang kepada saya dan Armani." Terus ibu jari aku naik dengan senyuman menampakkan gigi.

" Bertuah punya isteri!"

" Bergurau je abang!!"

" Budak dua orang bertuah ni!!" Suara bonda memecahkan suasana antara kami.

Perut pun dah kenyang, hati dah gembira tapi mata pula mahu terlena. Seperti biasa, jam menunjukkan pukul 3 petang. Sebelum asar kami akan bangun dan Ahnaf mengerjakan solat petang pula. Entah berapa lama aku dan Ahnaf ketiduran sebelum aku tercelik mata. Pelukan yang sepatutnya memeluk Ahnaf telah bertukar kepada bolster.

Sudah pukul 5 petang, aku bangun dari pembaringan sebelum berjalan menuju ke pintu. Armani yang masih lena aku biarkn.

" Mana dia pergi? Dia janji nak tolong aku bertangas,"

Aku berjalan menyusuri koridor rumah. Selok belok Mansion ini aku masih belum khatam kerana terlalu besar. Tak sempat nak jelajah kerana badanku yang keletihan.

" Ahnaf??"

Suara orang menjerit kedengaran di pintu bilik hujung koridor tak silap. Aku berjalan sehingga betul-betul berada di hadapan pintu; hampir seinci.

" Ahnaf?"

Aku memutarkan tombol pintu sehingga terbuka luas. Hampir nak berhenti jantung aku berdegup tatkala melihat seorang lelaki separuh abad dengan baju smart casualnya terkoyak dan menampakkan tompokan darah diikat tangan, kaki dan mulut di tengah-tengah bilik. Penuh dengan senjata tajam dan alat penyeksaan.

Lelaki tersebut menoleh ke arah aku lalu membeliakkan matanya. " Hmphhh!"

Aku ternganga lalu terkaku. Lelaki itu cuba bersuara meminta pertolongan tapi aku masih tercegat seperti patung cendana.

" What the fuck?! Who the hell are you?!" Jerit lelaki berpakaian gelap dengan ubat suntik di tangan. Dia baru masuk ke dalam bilik ni menggunakan pintu lagi satu yang berada di belah kanan dalam bilik.

" I-... I..."

Pantas ada satu tangan melingkari pinggang aku lalu ditarik ke belakang. Pintu tadi terus tertutup dengan kuat.

" Argh!!! Tolong!!!"

" Sayang!! Abang ni! Hey hey!! Relax, angel," Ahnaf rupanya berada dibelakang aku! Aku ingat ada orang nak bunuh aku! Nasib baik aku tak gigit lengannya lagi.

" Abang, abang pergi mana?!" Aku memerhatikan dia atas bawah; memastikan yang dia betul-betul Ahnaf. Suami aku berpakaian orang pergi ke gym. Kulitnya yang berkilat dek peluh membuktikan kesahihan aku.

" Abang pergi gym. Balik bilik semula tengok awak dah tak ada. Macam orang gila abang cari awak. Kaki ni suka sangat merayau," Ahnaf mencekak pinggang seperti seorang bapa memarahi anaknya.

Dah kenapa risau sangat aku hilang? Takutlah tu bila rahsia dalam Mansion ni pecah di hadapan aku. " Abang, yang kat dalam tadi tu apa??!" Aku menunjukkan ke arah pintu bilik hujung tadi.

" Nanti lah abang cerita. Sekarang ni kita pergi bertangas dulu." Ahnaf membawa aku ke bilik semula. Aku mengerling ke arah pintu tadi dengan perasaan ingin tahu.

Harap-harap orang yang kena seksa tu sempat mengucap kalimah syahadah lah. Aamiin.

" Fuyoo! Bila abang sediakan semua ni?" Alat bertangas bersiap dengan kerusi bertangas yang khas untuk digunakan berada dalam bilik.

" Apa guna ada anak buah kalau tak reti nak bagi kerja?"

" Power power," Puji aku. Aku hanya menonton Ahnaf menyediakan bahan bertangas yang siap dibuat oleh bonda di bawah. Seperti seorang pro, Ahnaf melakukan dengan begitu pantas dan cermat.

Aku duduk di atas kerusi tersebut lalu 'menikmati' wap di bawah celah kangkung seperti sebuah spa kecantikan. Sangat.

" Cepatlah cerita. Jangan ingat saya dah terlupa eh,"

" Awak tahu kan keluarga saya berurusan dengan siapa? Ahli politik," Ahnaf membuka cerita.

" Jadi yang terikat di kerusi tu salah seorang ahli politik?!" Aku menekup mulut. Ya Allah, kalau dia hidup dan melepaskan diri pasti dia akan cari aku semula sebab tak tolongnya tadi. Dah lah muka aku jelas sangat di pandangannya. Argh! Sempat lagi aku berdoa agar dia dah mati.

" Mungkin. Jibril dan Jibran tu memang selalu berurusan dengan ahli politik. Dalam dunia gelap ni dia pembunuh upahan. Kalau ahli politik minta mereka membunuh jadi mereka membunuh. Kalau kes macam tadi, ada kemungkinan ahli politik tu buat perkara yang mereka tak suka. Perjanjian yang dibuat ibarat nak membunuh diri sendiri. Jibril dan Jibran tak main-main dengan benda yang mereka buat." Jelas Ahnaf terang lagi bersuluh.

" Siapa mereka tu?" Nampak macam orang tertinggi dalam organisasi ni sebab mereka boleh melakukan perkara buruk tanpa terkena apa-apa tindakan.

" Kembar seiras kepada adik bonda yang keempat. Yang sayang nampak tadi tu siapa?"

" Err saya tak kenal tapi rambutnya panjang dan diikat kemas."

" Itu Jibril. Dia tu memang dingin. Tapi alhamdulillah awak tak jumpa Jibran."

" Kenapa?! Dia tu lagi teruk ke?"

" Teruk. Teruk perangai macam-... Wait. Astagfirullah! Mereka ada di sini?! Abang baru sedar,"

" Kenapa? Kenapa?"

" Kalau awak nampak mereka lagi kat mana-mana, lari tau! Panggil abang. Ingat pesan abang," Aku tak tahu lah Ahnaf nak mengenakan aku atau tidak sebab mukanya tak beriak seperti apa yang dia ulaskan. Tenang sahaja.

Aku hanya mengangguk mengiyakan apa yang dia kata.

" Abang,"

" Yes, angel?"

" Saya rasa kan..."

" Apa dia tu, sayang?"

Aku mencebik-cebik hampir menangis. Ahnaf kaget melihat aku yang macam tiber sangat.

" Saya tak nak rumah ni... Rumah ni seram..." Sambung aku dengan suara diperlahankan. Ha tu lah suka sangat bila bonda cakap nak bagi rumah ni. Ada banyak cerita hitam rupanya dalam ni.

Barulah Ahnaf menghembus nafas lega. Ingatkan apa lah tadi. Dia dah kata dah pada bonda. Hm.

" Ya. Abang akan cari rumah lain untuk awak yang lagi cantik daripada Mansion ni."

Continue Reading

You'll Also Like

20.9K 790 19
Pernceritaan di sebuah filim pasti akan ada permulaan dan pengakhiran di setiap detik ceritanya. Sama seperti reality kehidupan manusia. "Aunty nak...
136K 5.4K 50
𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐀𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐗 𝐇𝐞𝐫 𝐁𝐢𝐠 𝐆𝐨𝐫𝐢𝐥𝐥𝐚 ⊰⊹ฺ Perkahwinan bersama lelaki tercinta sudah menjadi angan-angan buat DARLA CAROLINE...
21.1K 703 58
CHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis...
225K 9.4K 68
Cinta yang disangkakan wujud apabila dua hati telah bersama,malangnya membunuh cinta kedua-dua hati.Pada awalnya,dua buah hati cuba untuk mencintai a...