[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

35.2K 1.2K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 41: Kemaafan
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 18: Stronger than steel

701 28 0
By Qstnaafrn



" Mana anak aku?! Anak aku mana??! Siapa kau orang ni ha?! Pergi!!! Aku kata pergi!!" Jerit Cahaya sambil membaling bantal ke arah dua orang asing di dalam wadnya.

Sudah lah sakit di uri-uri masih belum habis, tengok-tengok perutnya sudah kempis seakan anaknya sudah ghaib dari dalam perut.

" Aku tak nak jumpa sesiapa!! Aku nak anak aku!! Argh!!!"

Aku berlari deras ke arah wad yang kedengaran riuh rendah. Hati aku menjadi sakit apabila melihat Cahaya yang sudah berlinangan air mata. Keadaanya nampak teruk dengan mata sembap akibat menangis berlebihan.

" Jangan sentuh aku!! Pergi!!! Pergilahh!! Aku tak nak jumpa sesiapa!!! Aku nak anak aku!!!" Cahaya semakin meracau dengan sangat ganas. Dia memukul aku dan mencakar wajahku tapi aku tahankan sahaja. Sakit Cahaya tidak boleh terlawan rasanya.

" Sayang abang... My angel... Ni abang, your husband. Sayang, pandang abang! Mengucap, sayang," Aku memeluknya erat agar dia terkurung dalam dakapan aku. Dia meronta sekuat hatinya. Dia tak dengar pujukan aku. Masih tenggelam dengan kesedihannya.

" Tak nak!!! Pergi!! Aku nak anak aku!!! Mana anak aku?!!! Kau orang ambil dia daripada aku!! Aku bagitahu Ahnaf!! Aku bagitahu Ahnaf..." Dia sudah keletihan akibat beradu tenaga dengan aku.

" Sayang, it's me. Your syurga. Sayang, look at me. Ni Ahnaf, yours forever... Abang kat sini. I'm here, angel. Shh..." Aku menepuk belakang badannya. Dia seperti baru tersedar siapa di hadapannya itu perlahan bertenang. Dia masih teresak-esak namun tangisannya sedikit sebanyak tidak menganggu hospital ini lagi.

" Yes, good. Sayang, abang datang ni. Abang ada dengan awak ni, angel. Abang takkan tinggalkan awak seorang-seorang lagi. I promise," Aku berbisik ke telinganya. Belakangnya ku usap lembut. Doa penenang diri aku baca.

Hampir sejam juga aku menenangkan dirinya. Barulah dia berhenti menangis. Air mata yang dah kering aku lap sehingga bersih. Sememeh pun masih cantik dia ni. Biashee dia!

" Ahnaf..."

" Yes, angel. Abang kat sini, sayang." Aku mencium dahinya.

" Baby...?"

" Ya Allah, sayang... I'm sorry. I can't save him." Seperti ada pisau berada di kerongkong aku semasa aku menuturkan kata-kata yang mampu menyentakkan hati Cahaya.

Cahaya menggeleng laju. " No... Dia ada... Anak kita takkan tinggalkan kita... Abang, please... Cari anak kita..." Rayu Cahaya. Aku dalam diam sudah menggenggam penumbuk. Uratku terkeluar menahan sesak di dada. Marah juga ya kepada individu yang patut bertanggungjawab.

" Sayang, listen. Baby dah tak ada. We need to accept the fact that he's gone. Tak ada rezeki untuk kita nak tengok dia lahir ke dunia. Kita jumpa dia di syurga ya, sayang?"

Cahaya kelihatan seperti tak dapat nak memproses perkara yang aku katakan. Aku tahu ianya sukar untuk dia hadam. Tapi aku tak mampu nak menipunya. Sampai bila kalau setiap masa dia mencari anak yang dah hilang?

" I'm sorry..."

Aku pula yang kaget. Kenapa dia yang minta maaf pula?? Aku memandang wajahnya dengan riak bimbang. Kedua belah tanganku memegang pipinya.

" Why say sorry, angel?"

" Saya gagal, abang. Saya tak pandai jaga anak kita," Dia membalas dengan nada sebak. Hampir tidak kedengaran suaranya berbicara.

" Salah abang. Sebab dah letakkan awak dan baby dalam bahaya. Dia pasti akan cari kita," Ujar aku perlahan.

" A-apa maksud abang?" Dia memandang aku tanpa kelip. Agak terkejut dia bila mendengar.

" I need to tell you something. But promise you hear me and trust me through the whole story."

" Apa ni? Siapa mereka sebenarnya?" Dia mengerling ke arah Simon dan Woozi. Aku memandang ke arah mereka lalu mengarahkan untuk membelikan kami makanan di kafe bawah.

Aku memejamkan mata sebelum melepaskan helaan nafas halus. " Abang keturunan Tuan Besar Malek."

Tuan Besar Malek??? Macam mana pernah dengar. Beberapa minit seketika, matanya terbeliak luas.

" No way! Jutawan abu dhabi yang buat hubungan diplomatik dengan Malaysia tu??" Jerit Cahaya.

Aku mengangguk perlahan. Percayalah tak best pun jadi keturunan orang terkaya di negara Timur Tengah ni. Banyak musuh dan selalu dikelilingi media yang tak henti-henti nak tahu tentang kehidupan kami.

" Harta keluarga Malek ni banyak sangat tak terhingga. Jadi atuk ciptakan satu organisasi gelap untuk dia curahkan duitnya dan dalam masa yang sama ia menjana semula kebaikan terhadap keluarga. Jawatan untuk memegang organisasi keluarga yang terdiri daripada mafia-..."

" Mafia??!" Sekali lagi dia menjerit.

" Shhh!! Angel, lower your voices. Dah malam ni,"

" Oh sorry sorry. Teruskan,"

" Mafia, stok simpanan senjata api, casino dan lain-lain. Jawatan ni hanya keturunan lelaki sahaja yang dapat memegang takhta. Memandangkan bonda anak kedua dalam kalangan 8 adik beradik dan adik-adiknya semua perempuan, jadi abang sebagai cucu lelaki kedua selepas Bashir; cucu sulung lelaki yang merupakan anak kepada abang sulung bonda terpaksa sandang jawatan ni untuk keluarga Malek selepas kematian Tahmid iaitu abang sulung bonda," Aku menyusun ayat dan menuturkan perlahan-lahan agar Cahaya dapat tangkap susur galur keluarga yang amat memeningkan ni.

" Faham. Kenapa bukan Bashir yang sandang jawatan ni kalau dia masih hidup?"

" Good question. Sebelum atuk meninggal, Bashir yang bunuh ayahnya sendiri untuk dapatkan takhta ni dengan cepat,"

" What the heck??" Cahaya menekup mulutnya. Dia tak sangka ada lagi manusia kemaruk dengan kuasa dunia ni sampai sanggup berbunuhan.

Aku sekali lagi mengangguk. " Disebabkan itu, atuk buang dia daripada keluarga dan meletakkan abang sebagai pewaris yang seterusnya. Kami menggunakan ala-ala sistem hierarki menerusi adik beradik bonda mengikut kelahiran. Walaupun ada cucu lelaki yang lagi tua daripada abang tapi mereka tak boleh nak memotong giliran sampailah tiba masanya."

" Penurunan takhta ke generasi seterusnya macam mana?"

" Either my son will inherited this legacy or i need to be dead and give it to the next grandson,"

Cahaya mengangguk faham. Nasib baik aku tak perlu lukis untuk dia faham penceritaanku.

" Jadi apa kena mengena dengan kita sekarang?" Soalan berat dilontarkan oleh Cahaya. Aku membelai kepala yang bertutup dengan tudung shawl jersey berwarna hitam itu.

" Bashir nak hapuskan cucu-cucu lelaki agar organisasi ini sama ada dibubarkan atau dia akan menjadi pewaris tunggal selepas ni. Dia dah bunuh 3 ahli keluarga kami di sana dan sekarang ni dia nak buru abang pula. Dia cari sayang sebab dia tak nak ada pewaris lelaki daripada keturunan abang. Sebabtu sayang terkena tempias konflik keluarga besar abang. I'm sorry, angel. Abang tak tahu yang dia akan kembali setelah dia ditangkap polis arab saudi di sana. Disebabkan ni juga kita kehilangan anak kita," Aku memeluknya erat. Dan dia membalas kembali.

Mungkin dia faham akan situasi hidup kami yang dah berubah ke genre aksi dan misteri.

" Saya redha dah, abang. Sekurang-kurangnya saya dah tak risau bila dapat tahu dia menunggu kita di syurga," Suara ini kedengaran tenang di pendengaran aku tapi aku tahu dalam hatinya tak sama dengan apa yang dia katakan.

" Anaar Deen nama anak kita. Sempena nama sayang iaitu terang dan bercahaya. Sedap tak abang bagi nama?" Bisik aku. Dia menyapu air matanya yang tumpah. Dengan senyuman, dia mengangguk laju.

Sesungguhnya kau adalah perempuan yang paling kuat pernah aku jumpa. There's no woman that I love more than you.

" Marah abang ke?"

" Tak. Tak mampu nak marah abang," Dia menggeleng perlahan.

" Alhamdulillah. Abang lega sangat. Abang nak balas dendam atas kematian anak kita, sayang. Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa jika sayang izinkan abang,"

Cahaya menikam anak mataku dengan pandangan yang redup. " Kalau itu boleh mendapatkan keadilan untuk Anaar, saya izinkan abang tarik nyawanya,"

Aku mengenggam erat tangannya. Kasih yang tiada berpenghujung. Aku takkan biarkan mereka di luar sana sakitkan Cahaya lagi.

Selepas kami mendapat makanan kami, aku menyuapkan dia makan. Lauk simple je sebab Cahaya masih berpantang.

Sup ikan air tawar dengan telur dadar dan nasi putih.

" Sorry tau sebab dah cederakan abang. Habis buruk muka hensem abang. Mesti berparut," Dia menyentuh luka terhasil akibat cakarannya tadi. Aku mengambil tangannya lalu kukucup dengan penuh kasih sayang.

" It's okay, angel. Hasil seni kesayangan abang. Abang akan simpan sampai bila-bila. Boleh tunjukkan pada anak cucu. 'Ha ini lah seni yang death angel atuk buat pada atuk waktu meracau di hospital dulu-... Adoi!!!"

Sakit weh serupa kena gigit dengan anjing apabila dia menggigit lenganku dengan kuat.

" Padan muka! Suka mengusik saya." Dia menjeling tajam manakala aku tergelak kecil sambil menutup mulut menggunakan belakang tapak tangan. Memang aku tak tahu gelak besar macam mana. Bonda tak pernah ajar kalau nak berhibur kena ketawa besar-besar seperti orang lain buat.

Aku perasan Cahaya mengerling ke arah Simon dan Woozi yang tersengih melihat kemesraan kami.

" Jadi mereka ni anak buah abang la ya?" Bisik Cahaya; takut kalau persoalannya akan didengari mereka. Aku tersenyum lalu mengangguk.

" Sebelum ni abang tak nak mereka datang ke sini sebab tak nak awak tahu. Tapi disebabkan sekarang situasi diluar kawalan abang terpaksa panggil mereka"

" Jadi kiranya saya boleh lah minta tolong mereka juga?"

Aku ketawa kecil lagi mendengar permintaannya yang keanak-anakan. " What's mine is yours too, angel. Awak nak suruh mereka kira pasir kat pantai pun mereka akan akur dan buat. Awak nak mereka terjun bangunan pun mereka boleh buat,"

Wow! Mata Cahaya bersinar mendengarnya. Betapa kuatnya pengaruh suaminya ada.

" Abang dilantik jadi pemegang takhta ni sejak bila?"

" Kalau ikutkan umur 25 tahun tapi disebabkan abang terlibat dalam kemalangan dulu terpaksa mereka bagi kepada cucu lelaki selepas abang. Namun sekarang abang dah sihat dan Ehsan dibunuh sewaktu dia memegang takhta tu jadi abang terpaksa sandang kembali."

Cahaya ternganga mendengar sejarah keluarga aku yang sangat complicated.

" Abang tak sanggup nak ambil alih tapi atas desakan keluarga sana abang terpaksa akur. Abang nak hidup macam orang biasa je. Nak ada keluarga bahagia bersama awak dan anak-anak. Tapi takdir hidup abang ni sungguh complicated," Tambah aku lagi.

" Kesian abang kena hadap semua ni. Walau apapun yang terjadi saya tetap akan ada dengan abang. Even if we need to fight for our lives," Kata Cahaya perlahan. Aku beriak simpati juga. Dah nasib badan.

" Bila abang ambil semula takhta tu?"

" Selepas hari jadi abang tahun lepas,"

" Jadi harta abang selama ni...?"

" Duit halal atuk buat business. Lagipun lepas dibahagi harta pusaka semua, itu hak keluarga-keluarga yang lain nak laburkan duit tu ke mana. Ada yang buat Casino, ada yang buat hotel dan sebagainya. Tapi ini salah satu sebab abang tak nak harta atuk. Abang tak nak hidup atas kekayaan keluarga. Apa yang lagi bermakna adalah seorang isteri dan buah hati kita,"

Dia tersenyum mendengar jawapan aku. " Berapa banyak harta abang?"

" Cukup yang abang cakap 5 keturunan kita akan kenyang dengan harta ni,"

" Jadi harta abang dapat tu dilaburkan ke mana?" Macam polis soalan-soalannya.

Aku mengangkat kening. " Ke mana lagi? Ke sayang dan anak-anak lah. Apa punya soalan tu? Haritu kata nak ferrari kan? Nak modified jadi dragon warrior bagai? Ha nanti sampai lah depan rumah."

" Bonda nampak bahagia dengan kehidupan dia sekarang saat bersama dengan walid," Kata Cahaya mengundang senyuman lebar aku.

" Bonda tu wanita paling hebat abang pernah jumpa. Dia sanggup duduk berjauhan daripada keluarga untuk tak nak masuk campur dengan harta dunia ayahnya. Dan abang faham kenapa. Cinta itu lagi mahal berbanding dengan kekayaan yang boleh dibeli dengan wang ringgit," Balas aku mendapat persetujuan Cahaya.

Cahaya seperti menghadam semula segala maklumat yang dia dapat. Entah kenapa wajahnya tiba-tiba berubah marah. Dia menumbuk dada aku kuat.

" Abang, saya tak sangka abang selama ni sorokkan semua ni daripada saya!"

Aku meneguk air liur. Dia marah ke sebab aku ada susur galur yang berbahaya?

" Sayang-..."

" Kalau saya tahu abang ni keturunan Tuan Besar Malek..." Dia menangis sambil menumbuk dada aku.

" Sayang, abang minta maaf. Bukan niat abang nak bahayakan nyawa kita semua. Abang tak minta pun semua ni." Aku menahan tangannya daripada menumbukku.

" Kalau saya tahu awak sekaya ni, dah lama saya terima risikan pertama awak tau!"

Aku terkaku sebentar mendengar ayat terakhirnya itu. Sejurus kemudian sebuah sengihan besar di wajahnya terukir.

" Ya Allah dia ni... Materialistik rupanya!" Aku terus menjentik dahinya dengan kuat.

" Abang, mana Hamidah? Kalau ikutkan dia dah sampai tarikh bersalin kan?" Cahaya masih tak tahu akan hal sebenar. Kalau lah dia tahu apa yang kawannya dah buat pada kami.

Aku hanya memberikan pandangan kosong tanpa reaksi. Cahaya rasa seperti ada yang tak kena.

" Kenapa ni, abang? Ada terjadi perkara buruk pada Hamidah ke?"

" Sayang, I don't know how to say to you but-..."

Bam!

Pintu wad terbuka secara mengejut. Cahaya lantas menarik lengan aku lalu bersembunyi ke dalam dakapan apabila melihat Zavian bersama percikan darah kering di bajunya.

" Sorry for interrupting you guys. Ahnaf, I need to tell you a bad news." Zavian masuk dengan perlahan. Riak wajahnya resah seperti ada sesuatu yang berlaku.

" What is it?" Dingin suara aku sehingga menyebabkan Cahaya tertoleh ke arah aku dengan pandangan ketakutan.

" Hamidah. He killed her,"

Continue Reading

You'll Also Like

15.5K 992 45
''𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒂 𝒔𝒕𝒓𝒂𝒏𝒈𝒆𝒓 𝒕𝒐 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒊 𝒄𝒂𝒏'𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒑 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒃𝒐𝒖𝒕.'' Siapa sangka dia akan bergelar seorang isteri...
8.7K 275 56
Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ x Aʏᴅᴇɴ Aʟᴇxᴀɴᴅᴇʀ Makin lama kelamaan, makin banyak ujian yang dia perlu hadapi. Kehidupan yang dia anggap akan bahagia selamanya. Nam...
24.7K 2.6K 44
Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia dib...
347K 17.2K 66
TENGKU ARJUNA MIKAEL | LILY SOFIA♠️ Tengku Arjuna Mikael seorang jewellery designer yang sangat terkenal.Setiap rekaannya pasti akan mendapat sambu...