[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

35.2K 1.2K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 41: Kemaafan
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 17: Shocking news

687 33 0
By Qstnaafrn


Sudah masuk hari keempat, Cahaya masih belum sedar. Mungkin kerana dos ada pada satu pil tu membuatkan Cahaya menerima lebihan dadah dalam badan.

Anaar Deen; anak lelaki syurga kami telah selamat bersemadi di tanah perkuburan berdekatan dengan rumah kami.

Penanda yang berbalut dengan kain putih itu aku cium sebagaimana aku mencium anak yang masih belum sempurna jasadnya.

Abah pilih nama kamu sempena nama ibu. Yang bermaksud terang dan bercahaya. Semoga anak ibu abah boleh pimpin kami ke dalam syurga Allah dengan cahayamu, ya sayang?

" Pil yang Pn Cahaya makan ni adalah pil gugur kandungan. Adalah dalam 5-6 biji yang Pn Cahaya telah makan untuk menggugurkan kandungannya yang masih di awal semester."

Jawapan daripada doktor mengakibatkan aku menghentak meja kerjanya dengan kuat. " Tak mungkin isteri aku buat macamtu! Apa ke gila dia nak makan pil tu?! Dia sayangkan anak kami, doktor! Takkan isteri aku tu bodoh sangat nak bahayakan nyawa anak kami?! Jangan main-main dengan aku! Aku boleh saman hospital ni sebab berikan maklumat salah!" Tempikan aku membuatkan manusia di dalam bilik itu menikus ketakutan.

Aku mula menunjukkan tandukku. Dah lama sisi gelap Ahnaf Hadi ni tak menunjukkan dirinya.

" Sabar, encik Ahnaf. Itulah pil yang terkandung dalam botol yang encik bagi pada kami malam tu,"

Aku merengus kasar sambil memikirkan tentang perkara yang doktor kata itu.

" Siapa yang bagi ubat jamu tu??"

" Mama, Ahnaf... T-tapi botol jamu tu sepatutnya pil vitamin ibu mengandung. Mama tak tahu macam mana pil tu boleh tertukar. Lagipun pilnya berbeza."

Aku tersandar pada sofa. Semakin sakit kepala aku memikirkan masalah ini.

" Mama minta maaf... Kalau mama tak paksa Cahaya makan macam-macam, mesti takkan jadi seperti ni," Mama sudah menangis kekesalan. Aku mengusap bahunya.

" Ahnaf tak salahkan mama. Mama jangan sedih. Ahnaf tahu niat mama baik,"

" Mama bagi botol tu pada hari yang sama sewaktu kak long tak sedarkan diri. Kalau dia kena ambil sebiji sahaja pada malam tu macam mana doktor boleh kata yang kak long dah ambil sampai 6 biji?" Suara Fawwaz menyedarkan kami sekali lagi.

" Jadi maksud Fawwaz, kak long dah makan pil tu sebelum ni dari tempat lain?" Tanya aku inginkan kepastian.

" Kalau fikir logik begitulah. Nak tahu bila dan bagaimana tu hanya kak long je yang tahu. Mungkin dia sendiri pun tak perasan. Kalau perkara ni melibatkan kes pembunuhan berancang, siapa orang yang selalu berada dengan kak long?"

Kami berpandangan dengan riak wajah yang terkejut. Hamidah ke?

Aku pantas teringat kata-kata dia pada malam kejadian itu. Semua jawapan ada pada Hamidah.

" Ahnaf?"

Aku tersentak daripada lamunan. Aku menoleh ke arah bonda yang berada di belakang aku dengan pandangan yang kosong. Zavian dan Na'eem; sepupu lelaki yang sudah menginjak 28 tahun dan beberapa anak buah setia berada bersama di sini.

" I don't like you make that face. You look like the old you," Kata bonda tegas.

" I am me, bonda. There's nothing can hide my beast forever," Balas aku dingin.

Bonda seperti tak boleh nak buat apa. Lagipun aku berubah jika berlaku apa-apa pada Cahaya. Cahaya orang yang mampu menjinakkan raksasa dalam diri aku sama juga dengan dia mampu untuk bangkitkan balik raksasa yang dah lama tidur dalam diri ini.

" Bonda dah jumpa perempuan tu?" Aku kalau boleh nak mengelak daripada berjumpa dengan Hamidah. Aku tahu aku tak mampu nak menahan diri daripada menyerang dia. Kemungkinan besar aku akan melempiaskan amarah ku kepada wanita yang sedang berpantang itu.

" Dah tapi dia tak nak buka mulut. Dia kata dia takut,"

" Dia nak takut apa lagi? Dah kantoi pun. Kan senang kalau dia buka cerita?"

" Bagi dia masa sedikit. Bonda takut dia meroyan pula nanti," Pujuk bonda. Aku mengabaikan mereka dan terus memfokus kepada Cahaya. Tangannya kukucup lalu dahinya menjadi tempat persinggahan bibirku.

" Wake up, angel. I miss you so damn much. Sampai hati sayang biarkan abang berjaga lama-lama. Armani dah mula rindukan awak. Kami berdua rindukan awak, sayang," Bisik aku ke telinganya.

" Kalau Ahnaf nak jawapan kepada semua ni, ada baiknya Ahnaf rendahkan ego, bersabar dan bersikap rasional dan terus berjumpa dengan Hamidah sendiri." Lantas bonda keluar meninggalkan kami. Aku mengarahkan beberapa daripada mereka mengikut bonda untuk keselamatan wanita itu. Mereka pergi dengan kadar segera.

Zavian datang mendekati aku. " So how?"

" Make that woman to open her mouth. Or not..." Aku memberikan pandangan tajam.

" ...A son for a son,"

Zavian mengangguk akur. Dia keluar meninggalkan mereka. Na'eem yang masih berada dengannya disuruh untuk mendekati.

" Did you guys found him anywhere?"

" Yes. After the divorcement process successful yesterday, we found out he made a comeback by finding strong evidence about Hamidah."

Agak mengejutkan apabila segala kebenaran baru nak muncul selepas terjadi perkara buruk terhadap kami.

" Set an appointment with him. I want to meet him as soon as possible," Arah aku dan dengan sekali arahan, aku dapat apa yang aku nak.

Aku pulang ke rumah sementara untuk membersihkan diri. Dua anak buah aku letakkan di wad Cahaya untuk menjaga dan mengawal sesiapa yang keluar masuk. Sekarang ni orang paling rapat pun boleh jadi musuh ketat buat masa ni.

Kemeja hitam aku ambik dari wardrobe. Aku melipat lengan sampai ke siku lalu mengelkan rambut sehingga kemas menggunakan sikat.

Jo Malone London Myrrh & Tonka Cologne Intense aku sembur di segenap badan aku. Wangian kesukaan Cahaya yang dia hadiahkan untuk aku sempena ulangtahun kami.

" The car is ready?"

" Yes. Rolls Royce Phantom is at the lobby,"

Aku berkerut. Kenapa hantar kereta rasmi keluarga? Aku tak suka jadi perhatian manusia di sini.

" No. No. I want my BMW back." Susah-susah isteri aku pilihkan boleh pula bagi aku naik kereta lain?

" But-..."

" My order is simple. I want my BMW back. Now!"

" Yes, boss," Budak bawahan aku menurut perintah. Aku menggeleng perlahan. Aku tak nak pun ada kuasa yang sebesar ini. Aku mahu hidup seperti orang marhaen di luar sana.

Tapi disebabkan ini adalah wasiat keluarga yang diturunkan secara berperingkat seperti sistem hierarki. Memandangkan aku cucu lelaki selepas Bashir aku terpaksa mengambil kedudukan ini atas dasar hubungan keluarga di sana.

Bingkai gambar kami bertiga semasa bercuti di Australia ditatap dengan pandangan sayu. Wajah Cahaya yang tersenyum lebar aku sentuh dengan ibu jariku.

" Lightning angel abang, I will not let anyone touch you ever again," Bisik aku.

Setibanya kereta aku sampai di lobi bawah penthouse, aku terus memandu dengan cermat sehingga ke destinasi mengikut lokasi yang diberi Na'eem.

Bilik rahsia menjadi tempat Na'eem dan anak buahnya melepak setiap kali datang ke sini aku tujui. Aku dapat melihat daripada jauh Badrul yang dikelilingi oleh anak buah bawahan Na'eem.

Lupa nak bagitahu. Aku sekarang berada dalam kelab Casino milik keluarga Na'eem. Pembahagian harta daripada atuk kami dah dapat sama rata jadi macam mana mereka nak gunakan harta masing-masing aku tak nak menyibuk dengan perkara halal haram kepada mereka.

" Kau ni siapa sebenarnya?! Samseng?? Yakuza??" Dia menjerkah aku sebaik dia ternampak aku masuk dan serta merta pekerja di dalam sana menunduk hormat.

Fuck. I don't like to be treated like this.

" Aku pelakon terbaik yang kau pernah tengok. Mungkin kau tak sangka kan dapat bertemu aku di sisi ni?" Aku menghadiahkan sebuah senyuman yang menyeramkan.

Badrul merengus kasar. " Jadi betullah kau ni samseng? Ustaz konon! Tak malu ke bersembunyi di belakang agama?! Penunggang!"

Siapa cakap aku ni baik? Aku jadi ustaz bukan untuk jadi tiket menutup siapa diri aku yang sebenar. Aku nak jadi tenaga pengajar dan berkongsi ilmu dalam tajwid dan bacaan alQuran. Takkan itu pun salah? Gelaran ustaz tu pun memang budak sekolah akan panggil begitu. Takkan nak panggil tailong pula?

" Diam lah. Aku bawa kau datang ke sini sebab terjadi perkara buruk ke atas isteri aku. Dan aku nak penjelasan tentang Hamidah. Apa yang janda kau tu dah rancang ha??" Aku menarik satu kerusi lalu duduk di hadapannya.

Badrul ketawa sinis melihat aku yang kebengangan. " Aku dah cakap kat Cahaya tapi dia tu degil. Hamidah tu sebenarnya yang jahat! Dia yang buat onar tapi berlagak macam diri dia yang teraniaya. Tuih!"

Kemarahan Badrul aku biarkan. Masalahnya sekarang siapa je yang boleh perasan tentang kejahatan Hamidah sedangkan Badrul yang terang-terang buat salah mestilah dia yang kena. Hanat betul.

" Apa yang Hamidah dah buat sampai kau bencikan dia?" Tanya aku sedikit tenang.

" Dia curang!"

" Okay then? Apa yang membuktikan anak dalam kandungan dia tu bukan anak kau?"

" Woi. Kau ni tak pandai buat kerja ke? Mesti kau dah semak latar belakang aku. Aku ni mandul! Mana datangnya anak ha, bongok??"

Dush!

Satu penumbuk dilayangkan ke muka Badrul. Aku memandang tajam ke arah Rafiq; anjing setia paling besar Na'eem. Na'eem hanya tersengih sambil memohon maaf menggunakan bahasa isyarat tangan.

" First of all, kalau nak berlagak hebat, tak payah nak buat perangai samseng rempit kau terpekik terlolong. Let me tell you a secret. In mafia organisation, we speak less but our guns work faster than sound. Belum sempat kau nak menjerit minta tolong, kau dah makan peluru hidup. Faham??" Aku meletakkan pistol aku di atas meja.

Aku ternampak halkum Badrul bergerak menelan air liur yang terasa payau. Baru nak jinak kau ya?

" Aku tengah tanya elok-elok ni. Before the beast take over the body, you have this sweet opportunity to give cooperation." Suaraku sedingin-dingin ais yang mampu membeku tubuh Badrul yang sudah seram sejuk.

" B-baik. Apa kau nak tahu lagi?"

Bibirku mengoyakkan senyuman kemenangan. " Kan bagus macamtu. Sekarang ni aku nak tahu apa bukti yang kau baru kemukakan pada mahkamah sampaikan tuduhan dijatuhkan ke atas Hamidah."

Badrul resah semacam. Kakinya dari tadi tak henti-henti bergoyang. Aku tahu itu reaksi apabila dia sedang menyembunyikan sesuatu.

" Aku tak ada masa nak tunggu kau. Cepat buka mulut sebab aku suruh mereka koyak mulut kau sampai ke telinga," Ugut aku; berjaya menarik perhatiannya.

" A-aku masih sayangkan dia macam mana aku ambil dia sebagai isteri walaupun kami dah bersama lama. Tapi selepas je aku dapat tahu yang dia mengandung kali kedua ni sedangkan tempoh kami bersama tak sama dengan hitung hari kandungan tu bernyawa. Bila aku buat ujian kesuburan, aku mendapati yang aku sebenarnya mandul."

" Jadi Khairul pun..." Aku tak sanggup nak habiskan ayat aku. Aku pantas menutup mulutku yang tergamam. Sampai macamtu sekali ke sebenarnya perangai Hamidah??

" Jangan cakap kau. Aku pun terkejut sama. Waktu tu lah aku mula tawar hati pada dia. Siapa je tak marah bila isteri kau dah curang lama belakang kau? Anak tu dah 8 tahun umurnya. Sakit hati aku bila dapat tahu semua ni,"

" Jadi kau kenal ke lelaki yang Hamidah jumpa ni?"

Badrul memandang aku tajam. Aku terus beriak curiga. Ada sesuatu yang Badrul nampak.

" Aku nampak lelaki dari negara kau orang tu ada hubungan sulit dengan Hamidah. Aku minta penjelasan daripada Hamidah, tapi Hamidah tak banyak buka mulut tentang lelaki tu. Dia kenal lelaki ni bila dia berkunjung ke kelab malam sedangkan waktu tu dia cakap kat aku dia pergi kerja shift malam. Nama dia Bashir,"

Aku tak dapat mengawal amarah aku terus menyepak meja di hadapan kami sehingga patah kakinya.

" Arghh!!! You bastard Bashir!! I will kill you with my own hands!" Jeritan aku yang mampu memecahkan gegendang teling seseorang membuatkan Badrul ketakutan sehingga terkencing dalam seluar.

Na'eem mengamuk. " Oh man! Are you fucking kidding me??" Habis bilik mewahnya berbau hancing.

Aku meramas rambutku dengan kasar. Pantas pandangan helang diarah ke Badrul. " Tell me more about them,"

" Err dia... dia... dah lama menghilangkan diri selepas buntingkan Hamidah. Baru-baru ni dia jumpa dengan Hamidah semula. Dia bagi Hamidah duit. Aku tak tahu duit untuk apa tapi dia cakap yang segala apa yang dia dapat, ada bayarannya."

" Apa bayarannya?" Aku dapat mengagak apa yang cuba Bashir lakukan.

Sebabtu Hamidah muncul dalam hidup kau, Ahnaf. Dia nak dekat dengan kau dan Cahaya. Bashir gunakan Hamidah sebagai umpan. Dan nampaknya dia telah berjaya. Getus hati aku. Betul apa yang bonda katakan.

Patut Badrul bila nampak aku dia nampak jelek dan marah. Rupanya keturunan daripada keluarga aku sendiri membuat onar dengannya.

" Bullshit!! Aku yang dia berdendam tapi kenapa dia perlu cari Cahaya?! Disebabkan janda kau tu, anak aku mati lah, Badrul! She needs to pay for this! Sebab otak bodoh dia, anak aku mati!!" Wajah sudah berubah kemerahan. Amarah disebabkan kehilangan anak ini mampu membuatkan aku menjadi lelaki tak siuman.

Orang-orang dalam bilik itu tidak berani bersuara atau bergerak mendekati apabila melihat diri aku yang gelap memberontak habis.

" Cahaya, awak tu baik sangat nak tolong orang sampaikan orang yang awak percaya pijak kepala awak sendiri!" Aku merintih kesedihan. Aku tak mampu nak cakap apa lagi.

Kalau aku bertegas dan dengar cakap bonda pasti perkara ini takkan berlaku. Pasti Cahaya dan Anaar selamat!

Zavian menelefon aku secara tiba-tiba. Aku mengangkat apabila aku sudah bertenang.

" Yes, Zavian?"

" Your wife. She's awake but she's not in a good mood right now,"

Aku pantas bergerak meninggalkan mereka dan segera menyerbu hospital. Aku berdoa agar Cahaya tidak meroyan dan dapat dikawal dengan kadar segera.

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
132K 7.2K 56
𖤐 BROKEN SERIES BOOK 1 ⊹♡ start : 02072023 end : 07022024 ⚠️clichè
24.7K 2.6K 44
Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia dib...
110K 3.6K 67
♤1st Ariths Series♤ Daniel Arsyan Ariths x Mawar Ariana Dendam? Dengki? Sebuah agensi keselamatan ditugaskan untuk merungkaikan kes berkaitan busine...