[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

42.2K 1.4K 28

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 41: Kemaafan
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 14: Perbicaraan

704 36 0
By Qstnaafrn


Alhamdulillah. Kes harini berjalan dengan lancar. Banyak perkara yang berpihak kepada Hamidah. Segala bahan bukti yang dia pernah simpan sejak dia tahu Badrul main kayu tiga terus dia bawa ke muka pengadilan.

Ini lah cara untuk mengajar lelaki biadap. Dia fikir dunia ni berlegar di keliling dia sahaja? Dia fikir dunia akan memenanginya? Jangan lupa pada yang maha Adil. Lambat atau cepat sahaja.

Seperti apa yang aku fikirkan sebelum ni Badrul membawa kes Li'an tadi dan menuduh Hamidah bahawa dia ada berhubung dengan suami aku! Kurang ajar.

" Hebat juga eh laki kau boleh buntingkan 2 perempuan dalam satu masa?"

Weh! Aku rasa macam nak sepak je mulut dia ni. Dia lupa agaknya aku pemegang tali pinggang hitam dalam karate. " Hey jantan keparat. Aku takkan biarkan sesiapa yang mencalarkan maruah suami aku. Jaga sikit eh, Badrul? Kau nak lawan aku, kau fikir seribu kali. Aku akan pastikan kau menyesal," Ujar aku sewaktu kami bertembung di hadapan mahkamah.

Badrul hanya tersengih sinis. " 9 tahun tak dengar khabar berita tiba-tiba masuk campur hal rumah tangga orang dan berlagak hero? Kau mungkin kenal Hamidah yang di sekolah menengah tapi kau belum lagi kenal Hamidah di hadapan kau ni. Dasar betina bertopengkan syaitan!" Herdik Badrul kasar.

Hamidah mengalirkan air matanya. Apa salah dia sampai begitu sekali diherdik Badrul? Sedangkan selama mereka bersama tiada apa yang berlaku di antara mereka. Dia juga tak tahu punca sebenar Badrul berubah 360 darjah.

Aku menggeleng kepala perlahan. Cakap banyak pun tak ada guna. Yang dia caci dan maki hamun tu adalah isterinya sendiri; mak kepada anak-anaknya.

" Aku yakin budak dalam perut tu bukan anak aku!"

" Badrul! Kau cakap apa ni?? Satu masa nanti kau akan menyesal. Jangan cakap ikut sakit di hati je. Otak mana??!" Aku bengang betul dengan Badrul yang tak habis-habis nak cakap benda mengarut.

" Kau bodoh, Cahaya! Nak tolong orang tapi orang yang salah."

" Kalau kau rasa kau betul, buktikan lah! Mana bukti yang kau cakap Hamidah salah?!"

Dia tidak membalas hanya merengus kasar. Ha tahu pun. Kau tak jawab sebab kau tahu kau salah.

Hamidah menghalang aku untuk mendekati Badrul. Dia risau akan keadaan kandungan aku yang lemah. Kalau Ahnaf tahu aku mencari pasal dengan kerbau mexico ni habis aku dimarahnya.

" Jomlah kita balik. Tak ada guna lagi kita bertekak dengan dia. Dia dah jumpa kebahagiaan yang dia nak. Kita tak payah nak menghalang," Dia menarik aku pergi daripada sini. Aku masih ingin tahu kata-kata disebalik Badrul.

Aku kenal mereka macam mana. Macam mana pula pasangan romantika yang manisnya tahap boleh potong kaki boleh berantakkan seperti ni?

" Hamidah, kau betul-betul ke tak ada sorokkan apa-apa daripada aku?"

Hamidah terkejut mendengar pertanyaan aku. Dia merasakan yang mulai sangsi dengan masalahnya.

" Kenapa kau tanya macamtu? Kau rasa aku yang jahat ke?" Mukanya berubah tegang.

" Bukan! Aku tak tuduh kau. Kalau ada benda yang Badrul buat, baik bagitahu peguam. Lebih elok kalau benda besar dibicarakan. Cepat habis, cepatlah masalah selesai. Kau pun akan bebas daripada cengkaman Badrul. Kau nak ke kena denda dan bayar pampasan kalau kalah?"

Hamidah menggeleng laju. Dari sekolah lagi Hamidah ni kategori sebagai book smart but street dumb. Perkara untuk hidup dia memang tak faham. Sebabtu nak survive di luar daripada zon selesanya susah. Selalunya dia yang dipijak dan dibuli. Bahasa mudahnya adalah seorang yang naif.

" Tak ada apa-apa lagi, Cahaya. Apa yang aku kemukakan tu itu je lah yang ada." Balas Hamidah tapi bagi aku itu tak cukup puas untuk aku dengari. Nak tak nak aku perlu diam daripada menambahkan kekusutan yang sedia ada.

Kami bergerak pulang tapi sebelum tu kami pergi makan lunch dahulu. Perut yang berkeroncong ditambah pula dengan kelaparan anak kami dalam perut membawa kami melangkah ke arah Madam Kwan.

" Mahal ni. Aku tak mampu,"

" Aku bayar. Jangan risau. Dah lama aku tak belanja kawan-kawan," Aku membuka menu di tangan. Dari dulu lagi aku memang tak lokek rezeki. Tak sanggup tengok orang makan nasi kosong je sedangkan aku makan sedap-sedap.

" Oh my god! The Legendary Cahaya Inara!"

Aku mengangkat wajah apabila terdengar orang menjerit nama aku. Tak sangka dah jadi sejarah nama aku dalam dunia perlumbaan sedangkan baru setahun aku tinggalkan dunia tersebut.

" Awak salah orang ni," Ujarku tenang dengan senyuman. Aku memandang ke arah dua wanita yang mendekati meja kami.

" Tipu. Saya kenal akak walaupun akak dah banyak berubah. Semakin cantik dan berseri. Congrats on your wedding walaupun dah setahun berlalu." Ucap peminat itu dengan senyuman girang.

" Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak tau sebab dah banyak support saya sejak awal saya merangkak ke industri ni. Siapa kata perempuan tak boleh? Kita boleh!" Aku menjulang tangan gaya sorak dengan senyuman manis.

" Comelnya akak! Semoga anak akak selamat dilahirkan. Baby mesti bangga dapat akak sebagai ibu dia,"

Selepas memberi tandatangan kepada mereka, dua wanita itu terus meninggalkan meja kami. Hamidah hanya memerhatikan gelagat mereka sehingga hilang dari pandangan.

" Untungnya kau, Cahaya. Disukai ramai orang. Pelumba kereta wanita yang terkenal. Banyak betul rezeki kau. Tak putus-putus daripada dulu. Aku teringin gila nak jadi macam kau atau mana-mana perempuan yang hidup senang. Kau tahu lah kan latar belakang aku macam mana,"

Aku menghadiahkan senyuman nipis sebelum mencapai tangannya. " Rezeki aku mungkin dah tiba tapi kau punya pasti ada cuma lambat atau cepat sahaja."

" Aku musykil juga kita kan sama taraf pendidikan tapi kenapa aku tak dapat capai apa yang kau dah dapat?" Soalan Hamidah tak ada apa-apa makna tersembunyi disebaliknya. Aku faham dia juga mahu bahagia. Nak mempunyai benda apa orang lain ada.

" Ya. Kita ni ada sijil takat SPM je. Aku tak nafikan. Bezanya aku ni bongok sikit berbanding dengan kau yang ada 7A. Aku 5A je. Dari situ lah aku belajar erti kesyukuran. Dan lepas tu aku belajar berusaha untuk dapatkan apa aku mahu dalam hidup," Balas aku penuh makna.

Dia menggaru hidungnya sambil mengukirkan riak sedih. " Hm kalau aku tak senang percaya dengan janji manis Badrul untuk jaga aku mesti aku dah berjaya macam kau kan?"

" Tapi kalau kau tak kahwin dengan Badrul, Khairul dan anak dalam perut kau tu takkan wujud. Betul tak?" Aku menenangkan hatinya yang sedikit galau.

Dia hanya membalas dengan senyuman hambar. Makanan kami sampai pada masa yang sama. Kami menjamu selera dengan tenang dan senyap.

Elok sahaja aku tengah makan, perut meragam pula sekarang. Ergh! Time-time ni lah kau nak sakit perut.

" Aku ke tandas sekejap,"

Aku segera ke tandas melunaskan hajat. Setelah beberapa minit kemudian, aku keluar dengan perasan lega.

" Cahaya Inara ke tu?"

Syifa Arafah. Anak kepada penyumbang PIBG terbesar di sekolah. Anak orang kaya tapi baik budaknya. Nakal-nakal serupa kepala tingtong macam aku mestilah. Aku tak rapat dengan dia di sekolah sebab memang kami ada kroni masing-masing. Tapi setakat ni kami masih boleh bertegur sapa. Macam mana kami boleh kenal adalah dia merupakan pihak lawan rumah sukan yang paling sengit aku pernah jumpa. Jadi banyak kali juga kami berselisih semasa latihan rumah sukan. Selalu dia belikan aku nasi lemak ayam rendang acik kantin kegemaran aku tu.

" Syifa ke tu? Hurm lain sangat," Aku menjelingkan mata ke atas dengan senyuman mengusik. Kenapa aku rasa dunia ni terasa kecil sangat? Mana-mana aku pergi mesti berjumpa dengan orang yang aku kenal dalam jangka masa yang dekat.

Dia ketawa kecil." Woi. Lain yang macam mana? Yang ok ke K.O?"

" Eleh. Tanya kita pula! Confirm-confirm tahu," Aku menjeling tajam.

Dia memandang ke arah bawah. Pantas mulutnya ditekup penuh keterujaan. " Kau mengandung?! Like what?? Kau tak cakap pun kau dah kahwin?! Dengan siapa? Kawan papa kau ke?! Kena paksa kahwin?? Ke kau cekup je mana-mana lelaki kat tepi jalan?"

" Hey! Teruk sangat ke aku ni bila dapat tahu aku dah kahwin?" Aku memuncungkan bibirku.

" Tak ada lah! Siapa je tak kenal si gadis batu Cahaya Inara?! Yang tak hairan dengan lelaki di sekolah walaupun dia hensem tahap gaban sekalipun. Pandangan side eye pun dia tak pandang,"

" Beria lah! Aku kahwin dengan jejaka paling bertuah aku pernah jumpa. Orangnya biasa-biasa je di pandangan kau tapi bagi aku dia lah manusia yang akan menunggu aku di pintu syurga paling atas," Dengan muka poyo, aku mengeluarkan mini love.

Dia ketawa terkekek-kekek melihat aku yang sudah berubah sangat. " Siapa? Si mamat Ahnaf Hadi tu ke?"

Aku terkejut mendengar pertanyaannya. Like literally terkejut! Macam mana dia boleh kenal Ahnaf? Adakah dia ni bekas teman wanita Ahnaf sebelum mengenali aku?

" Jangan terkejut dan jangan buat spekulasi bongok kau tu. Dengar dulu. Aku kenal Ahnaf sebab dia selalu sangat suruh aku jadi pengantaraan kau orang berdua untuk belikan nasi lemak ayam rendang."

Lah! Selama ni aku kena scam ke? Aku fikirkan Syifa ni baik sangat setiap kali latihan rumah sukan dia bagi aku makanan sedap macamtu.

" Astagfirullah. Serius lah dia buat macamtu?!"

" Hehehe sweet gila dia. Sampaikan dia sanggup tunggu kau naik kereta untuk balik rumah tau. Tak sia-sia lah usaha dia selama ni?"

Jadi bukan aku seorang je la yang tahu kewujudan Ahnaf selama ni? Aku tanpa sedar mendatarkan wajah. Nak kena dia ni.

" Anyway congrats to both of you. Jangan lupa buat baby shower. Ajak lah budak-budak batch kita reunion sekali. Rindu you alls tau!"

" Insha Allah. Aku ni pun tak sihat mana pun. Baby awal kandungan ni lemah,"

" Allahu. I hope you're in a good state. Sekarang ni datang dengan hubby ke?"

" Eh tak lah. Aku datang dengan Hamidah. Ingat dia lagi? Couple of the year dengan Badrul?"

Syifa Arafah berkerut seketika. Mungkin dia cuba ingat balik wajah-wajah kawan sekolah dulu.

" Maybe aku ingat. Tapi kan..."

" Hm?" Aku menunggu dia menghabis bicara.

" Tak ada apa-apa lah. Aku pergi dulu tau. See you when I see you, Cahaya!"

Dia pergi dengan lambaian selamat tinggal. Aku kembali ke Madam Kwan dan menghabiskan makanan tadi sebelum bergerak pergi.

Aku baru sahaja melangkah kaki masuk ke rumah, aku mendapati bahawa keadaan rumah senyap sunyi. Di bahagian bawah, ruang tamu kelihatan kosong tanpa dijejak sesiapa.

" Assalamualaikum~ Abang?"

Dia keluar ke? Tak bagitahu aku pun. Mana Armani?

Aku menaiki tangga ke tingkat atas. Masuk sahaja ke dalam bilik, aku ternampak buah hati kami sedang elok ketiduran di atas katil.

Bluek!!

Suara bergema orang muntah menarik perhatianku yang datang dari arah bilik air.

" Abang?? Abang?! Kenapa ni?"

Hampir lemau Ahnaf terduduk di mangkuk tandas. Wajahnya pucat akibat kekurangan air dalam badan. Aku membantunya berdiri dan membawanya ke katil.

" Abang sakit?? Nak pergi hospital tak?"

" Abang ok je. Baru ni ha rasa bergelora dalam perut. Habis makanan awak masak abang luahkan balik," Dia menempelkan wajahnya ke bahu aku. Gaya yang sedih itu dengan spontan aku menepuk belakang badannya. Pagi tadi elok je dia berjimba dengan Armani sambil tengok My Little Pony.

" Alahan lah ni?"

Ahnaf mengangguk lalu mendapat ketawa daripada aku. Alhamdulillah aku tak ada alahan selama mengandung ni. Yang peritnya Ahnaf lah. Kandungan dah masuk 3 bulan setengah, Ahnaf baru nak rasa sekarang. Hm nasib badan lah suami.

" Jangan suka sangat, sayang. Tekak abang perit sangat ni. Rasa macam nak muntah lagi," Dia bangun lalu masuk ke dalam bilik air semula.

Aku pergi ke dapur untuk membuatkan air bergula untuknya. Sikit lagi tu memang out lah nanti. Ubat tahan muntah aku ambil dari kabinet. Rupanya ubat klinik khas untuk aku makan menjadi dia punya ubat pula.

Perutku terasa menyengat dibawah secara tiba-tiba. Aku berkerut seketika. Tanganku memegang uri-uriku. Beberapa saat selepas tu kesakitan tu mula hilang.

Aku tak tahu apa yang berlaku tapi mungkin kesan daripada aku berjalan seharian. Haih, aku patut berehat selepas ni.

Aku menuju ke atas mendapatkan Ahnaf. Dah serupa ikan kelemasan yang terdampar di darat aku tengok dia. Hanya terbaring meringkuk di atas lantai berdekatan dengan pintu tandas; takut-takut terbelahak lagi. Naya kang.

" Macam dugong,"

" Dugong my ass," Carut dia.

Aku ketawa terbahak-bahak tapi masih boleh dikawal. Aku takut juga kalau Armani tersentak dari tidur, susah nak pujuk dia.

Malam tu Ahnaf sudah kelihatan ok berbanding tadi. Makannya berselera menambahkan lagi khasiat yang hilang dek muntah.

" Nak tambah lagi?"

Dia menggeleng. Dah tiga kali dia tambah tadi. Jadi aku berpuas hati bila dia dapat makan secukupnya.

Gemuk lah, Ahnaf. Kalau slim fit macamni ramai orang tergilakan kau. Susah aku nanti.

" Ingat tak malam ni malam apa?" Tanya aku spontan. Dia berfikir dengan berhati-hati. Takut lah juga kalau dia terlupa akan hari-hari penting dan bersejarah.

" Err... Malam valentine?"

" Haram. Tapi still salah," Aku menggeleng. Riak serius aku pamerkan. Sesungguhnya aku sedang mengharapkan jawapan yang tepat. Takkan dia tak tahu?

" Err..." Kelihatan dia mengira sesuatu menggunakan jarinya. Aku mengemam bibir. Tahan, Cahaya. Jangan terlepas ketawa kau pula.

Dia pandang aku dengan sebuah sengihan ketakutan. " Sayang, abang tak tahu,"

" Malam ni... Malam Isnin!" Ceng! Tak ada apa-apa pun. Saja nak tengok dia cuak.

Dia menepuk dahinya. Aku dapat rasakan dia sedang memikirkan keputusannya yang telah mengahwiniku ini dua tiga kali.

" Abang, saya bosan."

" Awak nak keluar ke?"

" Tak nak. Penat,"

Dia menarik aku ke arah balkoni rumah. Aku mengekori dia dalam keadaaan tertanya-tanya. Lampu fairy di buka lalu dia memasang lagu dari PA sistem mini yang bersambung dengan speaker.

Lagu lama indonesia Untuk Mencintaimu nyanyian Seventeen berbunyi di segenap ruang rumah.

Tanganku dicapai dan pinggang aku dipeluk erat. " Waktu bersanding kita tak dapat nak adakan dance floor. Abang harap moment ini dapat mencipta kenangan yang terindah buat sayang."

" Abang..." Aku mengukirkan senyuman terharu bercampur gembira. Kami menari mengikut rentak melodi yang perlahan. Berhati-hati Ahnaf memimpin gerak kaki kami agar kakinya tidak memijakku. Aku ni bukannya kaki joget. Silap langkah alamat boleh terpeleot aku.

" Cukup hari bulan bila anak-anak membesar, kita adakan hari bersanding kita yang paling gah sekali. Abang tak nak sia-siakan awak kalau setakat perkahwinan ni hanyalah atas pengetahuan keluarga semata-mata. Abang nak satu dunia tahu yang awak hak mutlak abang dan abang hak mutlak sayang," Bisik dia ke telinga aku.

Aku mencium rahangnya kerana dia yang tinggi daripada aku. " Saya tunggu bila waktu tu tiba. Saya akan tunggu awak sampai bila-bila."

Continue Reading

You'll Also Like

71.2K 4.6K 49
Kelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Le...
61.6K 1.5K 45
[𝗞𝗮𝗿𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗶𝗻𝗶𝗲𝘆] >𝙴𝚍𝚎𝚊𝚗 𝙽𝚊𝚍𝚑𝚒𝚏 X 𝙽𝚒𝚗𝚒 𝙴𝚛𝚕𝚎𝚎𝚜𝚊< Siapa sangka,gadis yang polos dan ceria itu berani meneg...
482K 17.3K 58
𝙁𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮 𝙗𝙮 𝙚𝙮𝙧𝙚𝙨𝙝𝙖𝙖 ➳ Known as His Precious Moon 𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚 𝒕𝒊𝒎𝒆 𝑰 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖, 𝑰 𝒇𝒂𝒍𝒍 𝒊𝒏 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒂𝒍𝒍 𝒐𝒗�...
25.7K 1.5K 46
Bagi seorang pembaca novel seperti Hawa Qaisara, memiliki seorang lelaki seperti 'fictional character' hanyalah suatu impian yang tidak akan tercapai...