[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

35.2K 1.2K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 41: Kemaafan
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 10: Tetamu

784 34 0
By Qstnaafrn

" Mana Armani?"

" Itu ha. Menyorok belakang langsir. Merajuk lah kamu tak ambil dia malam tadi." Balas mama membuatkan kami menoleh ke arah sepasang kaki kecil yang terdedah disebalik langsir ruang tamu.

Kami sama-sama tersenyum geli hati. Habislah dah merajuk princess abah ibu ni. Kena belikan aiskrim lagi ni.

Kami lambat sampai pun sebab singgah ke klinik untuk buat buku pink bagi si kecil kami dalam perut Cahaya tu. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik cumanya Cahaya patut banyak berehat kerana diawal usia kandungan baby kelihatan lemah sedikit. Mungkin sebab Cahaya penat menjaga Armani di rumah hingga tak betah.

Nak tak nak aku akan mengupah seorang maid untuk melakukan servis kemas rumah sepanjang kehamilan Cahaya. Ini baru namanya sayang bini.

" Mana Armani abah ni? Menyorok ya dia? Pandai dia menyorok macam ibu dia," Aku berpura-pura mencari dia berada. Cahaya mengikut aku dari belakang. Nampak kakinya yang merapat antara satu sama lain; memijak kaki kanan di atas kaki kirinya.

" Alamak, ibu. Mana dia?" Berpura-pura aku memandang sekeliling. Aku perasan yang kepalanya menjengah sedikit dari celahan langsir itu.

" Entah lah, abahnya. Susahnya nak cari dia," Cahaya pun sama-sama naik mengikut berlakon.

Armani tidak dapat menahan ketawa suka terus terlepas dengan perlahan. Kami menoleh serentak tersenyum. Dalam kiraan 3. Satu... Dua... Tiga!

" Dapat dia!" Kami terus menangkap tubuh itu dengan berlapik kain langsir di situ.

Menjerit keriangan Armani apabila dirinya ditangkap kami. Budak ni senang betul. Tak boleh merajuk lama-lama. Pujuk sedikit terus lentuk. Sebiji macam Cahaya.

" Sorry lah anak abah. Abah tak ambil kamu semalam sebab abah dan ibu busy," Busy dating asmara.

" Lepasni kita guna duit abah beli aiskrim banyak-banyak. Ok?" Ujar Cahaya pula. Alahai anak beranak ni. Memang itu je aku buat untuk keluarga ini. Menggemukkan dompet selepas dikuruskan.

" Cahaya, Ahnaf... Mari sarapan sama-sama."

" Baik, mama,"

" Cuba cerita dengan mama macam mana boleh sampai bergaduh ni? Ahnaf ok ke tak tu?" Soal mama dengan penuh prihatin. Riak wajahnya menunjukkan yang dia risau melihat keadaanku dengan kepala berbalut. Aku sungguh bersyukur mendapat mertua yang baik walaupun mereka tahu aku ni terlalu obses dengan anak mereka.

Dia tahu tentang itu apabila Cahaya menelefonnya kerana tidak dapat mengambil Armani semalam.

" Alhamdulillah, ma. Ahnaf ok je. Semalam kami cuma melawat seorang pelajar Ahnaf di rumah dia sebab dia dah lama tak datang belajar. Dan dan pula ayahnya tak ada di rumah. Cahaya pergi tandas waktu tu juga dia balik dia fikir yang Ahnaf bersekedudukan dengan isterinya. Itu yang menjadi pertelingkahan tu," Aku mengerling ke arah Cahaya yang sama mengerling ke arah aku. Bukan tak nak jujur tentang punca utama Badrul bertukar agresif disebabkan Cahaya provok lelaki itu tapi kalau boleh biarkan ia menjadi sebuah rahsia.

Selepas bersarapan aku membawa Armani ke kolam renang rumah atuk opahnya. Entah kenapa sibuk sangat nak main air pagi-pagi begini.

" Abang tukar lah baju tu. Nanti basah. Elok lagi nak pakai balik," Tegur Cahaya dengan muka tak puas hati. Alahai ibu emosi pula sedangkan bukan dia yang kena basuh baju.

Aku melambai agar dia mendekati. Cahaya perlahan datang dengan tuala bersama kudap-kudapan di tangan.

Aku membuka bajuku lalu dicampakkan kepada Cahaya. Disebabkan tangannya penuh dengan barang jadi dia tak dapat nak menyambut baju itu mengakibatkan ia tersangkut di wajahnya. Dia hanya terkaku manakala aku tergelak kecil melihat kelucuan kejadian ini.

" Jahatnya abang ni!" Cahaya mencebik sebaik sahaja baju itu selamat jatuh ke tanah daripada wajahnya. Aku terus mencium dahinya tanda ucapan terima kasih. Ini lah love language yang sering aku gunakan untuk Cahaya. Wanita seperti dia takkan percaya dengan janji manis melainkan perbuatan romantis kita terhadap dia.

" Abang, saya rasa tak sedap hati lah," Ujar Cahaya selepas beberapa minit kami duduk melihat Armani bermain air dengan permainannya.

" Apa dia tu, sayang?"

" Entah lah. Saya rasa resah semacam,"

" Baby resah ke tu?" Pantas aku memeluk Cahaya erat. Dia hanya biarkan dirinya tenggelam dalam dakapan aku.

" Sebelum saya tahu pasal kehamilan ni saya dah rasa benda ni,"

" Doa je lah yang takkan terjadi apa-apa pada kita semua. Percaya pada Allah ya sayang?" Aku sebenarnya ambil berat tentang apa yang Cahaya kata. Naluri seorang isteri, ibu dan perempuan dalam satu tubuh yang sama mungkin ada perkara yang akan berlaku sehingga dia dapat merasakan begitu. Namun aku tak nak menakutkan dirinya jika aku pun turut rasa cemas.

Ting tong!

Maid rumah tolong pergi bukakan pintu utama sebelum dia bercakap beberapa patah dengan tetamu misteri tersebut. Dia muncul di hadapan kami dan mengatakan ada kenalan kami yang ingin berjumpa.

Aku mengangkat Armani keluar daripada kolam. Nak tinggalkan bersendirian tu bahaya sangat. Kami sama-sama masuk ke dalam rumah dan melihat Hamidah dan Khairul bersama beg bagasi masing-masing.

" Hamidah??" Panggilan Cahaya membuatkan Hamidah pantas menoleh. Terus dia menghamburkan tangisan di bahu isteriku.

" Badrul dah ceraikan aku, Cahaya. Talak tiga!"

" Apa?!" Kami sama-sama terkejut. Tak sangka disebabkan lawatan kami semalam membuatkan hubungan suami isteri mereka membawa ke lembah perpisahan.

Aku sudah berdegup kencang manakala Cahaya sudah tidak tahu mahu beriak apa lagi. Kemudian dia membawa Hamidah dan Khairul ke bilik atas agar Hamidah dapat berehat buat sementara. Kandungannya perlu diambil berat kerana ibu mengandung yang tertekan akan mengakibatkan kangungannya terjejas.

" Macam mana ni, abang? Salah kita ke ni?" Cahaya sudah cuak memandang aku. Dia menggigit kuku jari tangannya. Aku tak tahu lah nak ketawa kerana soalannya atau aku patut cuak sekali.

" Lepas dia dah berehat, awak pergilah tanya dia apa yang dah berlaku selepas kita pulang," Aku memberi jawapan selamat buat masa sekarang. Cahaya mengangguk akur lalu memberitahu mama tentang kedatangan Hamidah dan berita tentang penceraian mereka yang secara tiba-tiba.

Aku hanya merehatkan diri di buaian rumah milik mama. Entah bila masa aku tertidur.

Setahu aku waktu aku tidur masih pagi lagi tapi sekarang aku dapat mendengar bunyi azan zohor berkumandang yang dari masjid berdekatan dengan rumah mama papa.

Aku mencelik sedikit mata dan mendapati Cahaya yang sama-sama ketiduran di pangku ribaanku. Cahaya Armani kami mungkin dah ketiduran di dalam bilik akibat kepenatan mandi tadi.

Kalau aku tertidur jam 10 pagi. Maknanya...

" Astagfirullah! Sayang, kenapa tidur di sini? Kenapa tak kejutkan abang sekali?" Aku menggerakkan bahunya lembut. Dia bangkit tapi matanya masih tertutup. Alahai, kesiannya dia. Kalau dia tidur sejak aku mulai menutup mata, jadinya dah 3 jam juga lah dia tidur secara duduk tanpa beralaskan apa-apa melainkan rumput laman rumah.

Sudah lah dengan mengandungnya. Buat macam diri tu tak ada isi pula. Kesian baby kiter!

Cahaya mengeliat kesegaran seraya memandang ke arah aku. Sejurus itu satu senyuman tergaris di bibirnya. " Abang tidur comel sangat. Macam Armani tidur. Tak sanggup nak kejutkan. Jadi saya tatap lah wajah abang lepastu entah bila saya pula terlena," Jelas dia dengan nada yang dicomelkan. Dengan kerdipan mata tertubi-tubi terus mencuit hatiku. Aku terus mencubit pucuk hidungnya. Kalau macamni hari-hari aku tak nak lepaskan dia daripada turun katil.

Aku menarik dia duduk di pangkuan aku. " Sayang, tak elok tidur macamtu. Awak tu tengah mengandung. Kalau sakit pinggang nanti macam mana?" Aku menggeleng perlahan. Memang sukar nak baca si Cahaya ni. Ada sahaja benda yang dia main langgar.

Cahaya tidak menjawab malah hanya bermanja dengan membaringkan kepalanya di dadaku. Sungguh isteriku sekarang seperti kucing yang mahukan belaian kasih sayang. Aku membuaikan buaian tersebut sambil mencium ubunnya.

" Saya tengok abang tidur dan terfikir macam mana lah saya boleh dapat lelaki sesempurna abang? Yang sayangkan saya dan menjaga saya dengan baik sekali. Tak pernah terlintas dalam fikiran saya yang saya akan dapat suami yang sangat mencintai diri saya," Gumam Cahaya yang masih boleh didengari oleh aku. Air matanya mengalir perlahan. Emosi bagaikan roller coaster saat-saat mengandung ni.

Aku menghapuskan air matanya. Matanya kukucup lembut. " Abang pun fikirkan benda yang sama, sayang. Abang gembira bila abang dapat bidadari syurga yang paling cantik di dunia sedangkan abang ni banyak kekurangannya. Abang tak sehebat lelaki kiriman tuhan, abang tak sekaya lelaki CEO syarikat dan abang tak sesempurna seperti idola abang, Rasulullah SAW. Tapi abang boleh cakap yang abang mampu menjadi diri abang sendiri,"

Mama muncul di saat kami sedang melamun cinta. Satu deheman berserta sengihan yang menarik perhatian kami seraya kami turut tersengih. Nak buat macam mana, ma? Dah memang kami ni tak boleh nak berpisah seperti belangkas.

" Macam mana dengan Hamidah? Dia dah ok?" Tanya mama.

" Haah lah! Lupa pasal dia. Jap," Cahaya berlari naik ke atas dengan pantas. Seketika, dia turun semula dengan muka yang terpinga-pinga.

Aku mengangkat kening menanyakan apa yang tak kena.

" Saya masuk-masuk je bila dia nampak saya dia terus menangis. Saya terus pergi sebab tak nak kacau dia. Abang, saya serba salah sebab punca dia jadi macamtu!" Sekali lagi Cahaya menggigit kukunya.

Aku pujuk Cahaya supaya memujuk Hamidah memberitahu perkara yang terjadi semalam. Mana mungkin Badrul boleh lepaskan Hamidah sesenang itu. Kalau tak dah lama dia buat.

Nak tak nak, Cahaya pergi memanggil Hamidah turun. Dalam beberapa minit, Cahaya turun bersama Hamidah di sebelah. Dia menundukkan wajah apabila mata kami bertentang. Malu agaknya bila aib sendiri diketahui oleh ajnabi sepertiku.

" Hamidah mesti lapar kan? Kesian baby sebab uminya stress harini," Ujar mak mertuaku pula. Dia membawa sedulang makanan untuk Hamidah makan di ruang tamu.

Jarang mama dapat tetamu jadi bila tetamu datang memang dia akan melayan mereka sebaik yang mungkin. Nak nak itu kawan kepada Cahaya.

Khairul dah makan semasa aku sedang ketiduran menurut mama tadi. Jadi anak itu sudah kekenyangan di dalam bilik tetamu atas sana.

Hamidah mengucapkan terima kasih. Sambil makan aku nampak segugus air mata keluar daripada tubir matanya.

" Kenapa ni, Hamidah? Kau ada sakit kat mana-mana ke? Bad pukul kau lagi ke semalam?" Tanya Cahaya lembut.

Hamidah mengangkat wajahnya. " Aku sedih, Cahaya. Aku tak dapat nak merasa pun kasih sayang mertua mahupun mak ayah sendiri. Mereka abaikan aku walaupun mereka tahu aku mangsa keadaan. Sejak Bad lafazkan talak selepas sahaja diikat jamin oleh mak ayahnya di hadapan semua orang di balai polis, aku terus dihalau keluar rumah. Sambil memaki hamun aku tentang benda yang aku tak buat. Aku dah tak ada hala tuju, Cahaya. Kesian pada anak-anak aku sebab tiada keluarga yang akan menerima mereka lagi," Jelas Hamidah kesedihan.

Kami turut berasa simpati terhadap nasib Hamidah yang malang ini. Cuma kami juga kebuntuan idea. Bagi aku masakan kami yang perlu memerah otak untuk menyelesaikan masalah Hamidah ini? Walaupun kedengaran seperti mementingkan diri tapi aku hanya mahu Cahaya tidak rasa terbeban dengan masalah orang lain.

" Kalau Badrul bawa kes Li'an di mahkamah nanti, kita kena fight untuk hak kau. Biar dia kena denda dan terus hilang daripada hidup kau. Kau tahu kan kalau dia dah menuduh kau berzina dan tak mengakui anak dalam kandungan tu anak dia, kau dan dia dah haram untuk bersama selamanya dan anak ni tidak boleh dinasabkan oleh ayahnya sendiri," Jelas Cahaya; mengagumkan aku dengan ilmu agama di dada.

" Aku faham, Cahaya. Tapi aku tak ada duit nak lawan dia di mahkamah,"

" Kan aku dah cakap aku tolong. Peguam papa aku berderet. Kita akan pastikan yang kita menang. Women power!" Sorak Cahaya bersemangat.

Kami sama-sama berjemaah solat zohor sekali di bilik khas solat sekeluarga dengan aku menjadi imam memandangkan hanya aku seorang sahaja lelaki yang berada di dalam rumah ini. Papa macam biasa sibuk dengan kerjanya di pejabat. Adik-adik Cahaya dah jarang di rumah memandangkan mereka dah masuk ke alam universiti.

Salam terakhir diberi sebelum doa ditadahkan. Selepas mengaminkan doa, para wanita bersalam-salaman antara satu sama lain. Aku menyalami mama sebelum Cahaya mengesot ke arah aku. Serentak itu kami tersenyum melihat keletah masing-masing.

" Nak salam boleh, syurga?" Gembira di hati bila dipanggil syurga oleh isteri setiap masa sewaktu bersama.

" Boleh, bidadari," Aku menyambut huluran tangannya lalu dia kucup dengan lembut. Aku juga menarik tangannya lalu dibawa ke bibirku.

" Cantiknya dia. Berserinya muka dia."

" Kelebihan surah Yusof abang baca tadi," Serentak itu kami tergelak. Hamidah hanya memandang hubungan kami dari belakang.

Kami masuk ke dalam bilik lalu berbaring di atas katil. Armani enak ketiduran sampai sekarang tak bangun-bangun. Kaki tidur macam ibunya. Hahahaha.

" Tadi saya ada terfikir, disebabkan Hamidah perlu menjalani proses Eddah dan dia tak sesuai duduk dengan kita mahupun mama, saya cadangkan dia duduk sementara dengan bonda sampai lah dia lahirkan anak. Boleh tak, abang?"

" Abang tak kisah. Kena tanya bonda dulu. Sebab awak tahu kan bonda macam mana? Dia susah nak kenal dengan orang."

" Faham. Nanti saya tanya bonda sendiri. Abang tak payah susah-susah fikir. Kalau tentang kerja yang Hamidah nak tu, saya carikanlah rumah sewa mana-mana yang murah dan dekat dengan Cahaya's Dream. Senang dia nak pergi kerja. Pasal duit rumah sewa abang jangan risau. Saya akan bagi pendahuluan dulu pakai duit simpanan saya sendiri. Setiap bulan pula Hamidah akan bayar pakai duit dia bekerja"

Aku memandang Cahaya lama. Ditilik wajah itu satu per satu. Walaupun dah setahun lebih wajah itu aku akan tilik setiap malam namun perasaan aku masih belum pudar daripada mencintai Cahaya malah bertambah-tambah sayang terhadapnya.

Pinggangnya kurangkul erat. Rambut panjang ikal mayangnya aku belai. Perkara yang aku impikan untuk aku buat sejak aku mahu merisik Cahaya buat pertama kalinya lagi. Meskipun ditolak risikanku aku tetap menunggu sehingga masa yang sesuai untuk menjadikan Cahaya milikku seorang.

Yes. I'm obsessive but not aggressive. Agresif takkan membawa seribu kebaikan pun malah banyak keburukan akan berlaku bila aku terlalu mendesak dan memaksa Cahaya melakukan sesuatu mengikut kemahuan hatiku. Hubungan perkahwinan ini perlu ada give and take dan bertimbang rasa. Itu yang menjadikan perkahwinan kami kekal utuh.

" Isteri abang ni gigih betul nak tolong orang. Hatinya mulia sangat. Kontra dengan suaminya yang tak kisah pasal hidup orang lain."

Cahaya hanya tersenyum. Kami berborak sedikit perihal anak dalam kandungan dan Armani yang baru sahaja masuk umur 1 tahun 7 bulan.

Kalau Armani dah boleh tidur tanpa kami semalam jadinya boleh lah kami rancang nak buatkan bilik tidurnya sendiri. Dan lepasni dia dah ada adik baru bolehlah bilik dikongsi bersama kalau sama-sama perempuan.

" Sayang, ingat pesan abang. Jangan buat sesuatu yang memenatkan diri Abang tak nak awak sakit, sayang. Tentang Armani biar abang uruskan. Kalau abang terpaksa bawa dia ke madrasah pun abang tak kisah. Janji awak dapat rehat yang secukupnya dan baby kita sihat walafiat. Abang nak keluarga kita semua sihat. Ini je yang abang mampu buat untuk keluarga kita. Perlindungan dan keselesaan terjamin. Awak nak apa pun awak minta lah. Jangan rasa diri tu membebankan abang. Boleh ya sayang?"

Cahaya melekapkan wajahnya di dadaku. Dia mengangguk perlahan tanda akur.

" Abang,"

" Ya, nyawa?"

" Nak plushie itik besar!" Randomnya!

Aku ketawa. " Nak beli di mana?"

" Ada jual di tiktok. Kalau saya rindu abang, saya boleh lah peluk itik tu. Sebab abang kan itik. Suka buat mulut itik bila dengan saya," Dia menarik bibir aku ke depan. Aku mengigit jarinya manja membuatkan dia terjerit kecil.

" Beli lah, sayang. Duit abang tu duit awak juga. Abang tak mahu kedekut dengan anak dan isteri sendiri. Biar abang manjakan anak-anak perempuan abang sampai mereka rasa tiada sebab untuk mereka lower their standard dalam mencari seorang suami. They should put their standards higher so men will not make a mess with them." Ucap aku. Cahaya tersenyum lebar. Dia rasa dia lah perempuan paling bahagia di dunia ni.

Semasa kami kusyuk berborak, mataku ternampak kelibat bayang-bayang yang berada celahan bawah pintu bilik sebelum perlahan hilang daripada pandangan.

Continue Reading

You'll Also Like

136K 5.4K 50
𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐀𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐗 𝐇𝐞𝐫 𝐁𝐢𝐠 𝐆𝐨𝐫𝐢𝐥𝐥𝐚 ⊰⊹ฺ Perkahwinan bersama lelaki tercinta sudah menjadi angan-angan buat DARLA CAROLINE...
24.7K 2.6K 44
Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia dib...
347K 17.2K 66
TENGKU ARJUNA MIKAEL | LILY SOFIA♠️ Tengku Arjuna Mikael seorang jewellery designer yang sangat terkenal.Setiap rekaannya pasti akan mendapat sambu...
19.1K 1K 50
Written by Itsfarraa [HOLD ON] Known as Ace Series, -ACE SERIES 2- ⚠️ DILARANG KERAS UNTUK PLAGIAT ⚠️ Happy reading and jangan lupa vote Arthur Lee...