NAZREEQ : MY SUNRISE SPARKLE...

By tyrastory_

1.3M 36.6K 1.2K

Jejaka yang sangat liar dan melanggar hukum hakam telah berjaya diubah menjadi seorang yang suci murni hanya... More

NAZ||NELLY - PROLOG❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 1❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 2❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 3❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 4❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 5❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 6❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 7❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 8❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 9❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 10❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 11❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 12❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 13❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 14❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 15❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 16❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 17❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 18❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 19❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 20❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 21❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 22❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 23❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 24❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 25❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 26❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 28❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 29❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 30❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 31❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 32❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 33❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 34❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 35❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 36❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 37❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 38❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 39❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 40❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 41❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 42❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 43❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 44❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 45❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 46❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - BAB 47❀️‍πŸ”₯
NAZ||NELLY - EPILOG❀️‍πŸ”₯

NAZ||NELLY - BAB 27❀️‍πŸ”₯

25.3K 728 25
By tyrastory_


NAZREEQ membuka pintu rumahnya. Dia meletakkan topi keledar diatas meja yang berada di tepi pintu. Dia terus menanggalkan bajunya. Panas! Malam pun panas.

Baru sahaja ingin melangkah ke tangga, dia berpusing ke sofa tatkala terasa ada seseorang yang berbaring disitu. Nazreeq mengeluh perlahan. Pasti Nelly menunggunya.

Nazreeq mengorak langkah menghampiri Nelly. Dia duduk mencangkung dihadapan sofa yg diduduki Nelly. Dia mengusap kepala Nelly dan jarinya mengusap pipi Nelly yang comot dengan kesan airmata. Airmatanya sudah kering.

Nazreeq menghembus nafas kasar. "Kenapa tunggu aku kat sini Nelly.." Dia bangun dan terus mencempung isterinya.

Tangan Nelly automatik memeluk erat lehernya. "Abang.. Nelly minta maaf.." Gumam Nelly dalam tidur. Nazreeq senyum tipis. Dia sudah sedia maklum bahawa Nelly sejenis yang bercakap dalam tidur.

Nazreeq menaiki tangga. Sempat dia mengintai muka Nelly yang rapat di ketiaknya. "Comel.. macam baby." Gumam Nazreeq perlahan.

Nazreeq meletakkan Nelly diatas katil mereka. Dia menyelimuti badan Nelly kemudian dia menghenyak punggung di tepi Nelly.

Nazreeq menundukkan sedikit wajahnya ke arah Nelly dan ibu jarinya mengusap pipi memerah Nelly.

"Aku minta maaf aku tertengking kau tadi. Tak sepatutnya aku cakap macam tu pada kau. Kau penting bagi aku Nelly.. Penting sangat sehinggakan setiap hari aku bimbang akan keselamatan kau." Bisik Nazreeq perlahan dihadapan muka Nelly.

Nazreeq mencium sekilas dahi Nelly. Dia memejam mata kejap. Dia melepaskan ciuman. Alangkah terkejutnya apabila mata bulat Nelly terkedip-kedip melihatnya.

Nelly tersebik. "Abang.." Bergetar suara itu. Nelly langsung memeluk erat leher Nazreeq. Nazreeq terkejut namun dia membalas pelukan itu.

"Nelly mintak maaf.. Ne..nelly termarah abang tadi. Ne..nelly minta ampun ka..kalau Nelly buat abang terasa.." Tergagap-gagap ayat dituturkan. Sebak hati Nazreeq apabila Nelly meminta keampunanya sedangkan dia juga bersalah.

Nazreeq menggosok perlahan belakang badan Nelly. "Shhh it's okay. Aku pun salah dalam hal ni. Aku minta maaf juga." Nazreeq sanggup menurunkan egonya untuk meminta maaf kepada Nelly.

Dia tidak pernah meminta maaf kepada sesiapa namun dia sanggup menurunkan ego demi Nelly. Demi mendapat keampunan Nelly.

Nelly mengangguk laju. Adalah sebaiknya jika meminta maaf sesama sendiri.

Nelly membuka matanya. Dia menggigit bibir apabila dia rasa dia melampaui batas sekarang kerana memeluk Nazreeq. Nazreeq kan rimas dengannya..

Nelly melepaskan pelukan mendadak. Berkerut dahi Nazreeq dibuatnya. "Kenapa?" Bisik Nazreeq perlahan.

Nelly mengesat mukanya. Dia senyum tipis dan menggeleng perlahan. "Nanti abang rimas. Sorry abang, Nelly peluk abang dengan tiba-tiba.. Nelly lupa abang rimas dengan Ne--"

Nazreeq melekapkan bibirnya ke bibir Nelly. Lama. Terkaku Nelly dibuatnya. Terasa lembut urutan bibir Nazreeq ke bibirnya. Jantung Nelly terus berdegup kencang.

Sebelum ini hanya sekilas sahaja ciuman mereka namun sekarang suaminya menodai bibirnya terlalu lama sehingga dia tersesak nafas.. Nelly menahan tangannya didada Nazreeq apabila Nazreeq semakin menolaknya berbaring ke katil.

Nazreeq melepaskan ciuman dan melekapkan dahi mereka. Sangat rapat wajah mereka sekarang umpama bercantum.

"Aku suami kau. Kau layak nak sentuh aku. Aku memang rimas kalau orang sentuh aku. Tapi aku akan belajar untuk tidak rimas kalau isteri aku sendiri yang nak sentuh aku." Bisik Nazreeq dihadapan wajah Nelly.

Muka Nelly berona merah apabila Nazreeq tidak lepas memandangnya. Sudahlah tersangat rapat sekarang ni. Asheronokknyaaa..

Nelly menggigit bibir menahan debaran. "Kau ni cantik Nelly."

Nelly senyum lebar. "Cuma comot sikit. Cubalah jadi dewasa sikit. Ni macam budak-budak je. Geram aku." Nazreeq terus menjauhkan muka seusai berkata begitu.

Nelly mencubit geram perut Nazreeq. "Aww sakit la Nelly.."

"Mengata Nelly lagi.. Abang la yang buat Nelly comot.."

Nazreeq senyum sinis. Nelly memandang ke arah badan suaminya. Gulp. Patutlah rasa hangat saja tangannya tadi. Rupanya suaminya tak berbaju.

"Mana baju abang? Abang tak mandi lagi ea?" Nazreeq mengangguk. "Aku baru balik."

Nelly menghidu badan Nazreeq. Nazreeq memutarkan biji matanya. "Aku tak minum arak la malam ni.."

Nelly tersengih. "Tahu. Bau nafas abang pun wangi je.."

Nazreeq senyum mengejek. "Oo tahu sangat bau mulut aku konon aku cium kau kan?" Gulp. Malu Nelly dibuatnya.

"Err abang pergi la mandi. Melekit dah badan abang." Nazreeq merapatkan wajahnye ke wajah Nelly. Nelly menahan tangan didada Nazreeq. Kenapa hot sangat malam ni?

"Melekit aa best.." Nazreeq mengenyit mata. Berkerut dahi Nelly. "Kenapa melekit best pula? Melekit merimaskan la abang."

Nazreeq tersenyum lebar. Innocent nya lahai bini dia..

"Bagi lelaki melekit la best. Lagi menaikkan nafsu." Terbeliak mata Nelly apabila dia sudah memahami maksud suaminya.

"Abang! Ishh cakap kotor lagi dengan Nelly! Tak sukaa!.." Nelly menolak muka suaminya menjauh.

Nazreeq ketawa terbahak-bahak. Alahai. Cakap pasal tu pun nak malu.. Kang cakap lagi ekstrem tak pasal-pasal pengsan isterinya ini.

Nazreeq bangun dari katil. "Abang nak ke mana?"

Nazreeq membuka tali pinggangnya. Nelly berdebar! Apakah lagi ini?!

"Nak mandi. Nak ikut sekali tak?" Nazreeq terus melurutkan seluarnya dihadapan Nelly.

Nelly terus menutup mukanya dengan bantal. "ARGHHHH ABANG TAK SENONOHHH!"

"HAHAHHAHA aku pakai boxer la.."

"Tetap jugak tak senonoh!"

Bergema suara mereka didalam bilik itu. Bahagia sahaja pasangan itu padahal beberapa minit lepas mereka bergaduh umpama tiada hari esok.

Indahnya hubungan apabila kedua-duanya mengungkapkan kata maaf tanpa memikirkan siapa yang bersalah.

TBC🤍
Ecececee suka la tu..

Vote and comment❤️

Continue Reading

You'll Also Like

1M 50.1K 61
Kehilangan. Semua pasti pernah merasai kehilangan dalam setiap keadaan yang berbeza. Begitu juga dengan seorang jejaka bernama Dylan Aldrich yang men...
163K 14.3K 61
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
50.8K 2.4K 28
Disebabkan kekurangan diri, Narina sanggup dipergunakan oleh majikannya sendiri, Miqdad Halimi. Permintaan Miqdad Halimi agar dia menjadi 'tunang tip...