QAYYUM'S WEAKNESS | OG

By nabilllss

739K 61.8K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... More

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘29∘∘°

10.2K 951 63
By nabilllss

Cahaya terang yang menembusi langsir putih bilik mengganggu tidur Qayyum. Pelipisnya diurut beberapa saat. Berdesup pula kepalanya pening. Sebelah tangan lagi sibuk meraba bantal Fredella. Bila tangannya langsung tidak menyentuh apa-apa, lagi bertambah berkerut dahi Qayyum. Hilang mana pulak dah kesayangan ni?

"Es tut mir leid, bruder," (I'm sorry, brother)

Automatik pandangan dihalakan ke arah punca suara itu. Fredella kelihatan resah semacam. Wanita itu melangkah masuk ke dalam bilik bersama iPhone yang masih melekap di telinga.

Apa yang membuatkan Qayyum lagi pening ialah... bahasa asing yang diguna oleh Fredella semasa bercakap. Dia ini lelaki biasa. Melayu asli tanpa kacukan. Itulah kelemahan dia sejak melibatkan diri dalam The Locos. Dapat pulak bini yang memang dibesarkan dengan bahasa Jerman. Bukan setakat itu...

Fredella juga boleh berbahasa Itali! Dua tahun wanita itu menyambung pelajarannya disana. Kadang-kadang Qayyum rasa dirinya hanya sebesar kuman sahaja berada di dalam keluarga Tengku Rossa. Mereka terlalu hebat.

"One hour. Nanti Della dengan Qay sampai." Fredella seolah-olah sedang resah mengejar masa.

Qayyum yang mendengar namanya turut disebut itu terus bangun dari baringan. Tubuhnya disandarkan ke kepala katil.

"Siapa call?" Selesai sahaja wanita itu meletakkan panggilan, terus Qayyum soal.

"Abang Farrel dengan Rykarl," Ujar Fredella dengan wajah serius.

"Bangunlah. Kita siap, lepastu terus pergi markas."  Ni semua salah Qayyum! Kalau tidak takdalah dia bangun lambat pagi ini.

"Stop there." Belum sempat Fredella bergerak, terlebih dahulu Qayyum menyuruhnya setia berdiri di situ.

Qayyum bangun lalu terus dekati wanita itu. Wajahnya dingin, tetapi renungan matanya redup sehingga membuatkan Fredella berasa kurang senang.

"Kenapa Qay pandang macam tu?" Dia ada buat salah ke? Bukan ke semua masalah perselisihan faham dahpun selesai semalam?

"Nothing." Tangan Qayyum terasa ringan sangat pagi ni nak membelai isterinya. Tapi tulah! Takut dia menjadi punca sehingga mereka bersiap lambat.

"Thank you... for last night. Dan terima kasih sebab dah tak marahkan saya lagi." Senyum nipis diukir. Tak tahu kenapa Qayyum rasa serba salah. Niatnya hanya nak memujuk, tapi... lain pula jadinya.....

"Wanna know something?" Siapa dia mampu menolak kehendak suami? Marah dan ego bukan bermakna tanggungjawabnya boleh dilepaskan.

"I'll never give up on us. We're destined to be together. And I'll never stop believing in that," Fredella membalas senyuman suaminya.

"You're welcome, husband." Serentak ayat itu diucap, tangan kanan Fredella naik lalu melekap di rahang pipi Qayyum. Diusap lembut penuh kasih.

Dia tak mahu Qayyum melihat dirinya yang dulu. Diri dia yang dulu penuh dengan ego. Sekarang dia ialah Khalisa Fredella yang lain. Perubahan yang berpunca disebabkan Qayyum Darwish.

"Let's forget about the phone. Jom siap. We've got a mission to settle with,"

"Cik Della? Qay? Ada apa ni masuk markas?"

Fredella tersenyum melihat wajah berkerut pembantunya, Warda. Ya, gadis itu memandang mereka dengan pelik. Sebab Fredella akan kesini bila ada latihan menembak sahaja.

"Takda apalah. Abang saya nak jumpa saya dengan Qay. Where is he?" Iris hazel Fredella melilau ke setiap penjuru ruangan dalam markas. Semua orang disini nampak sibuk. Masing-masing ada kerja dan misi yang telah ditetapkan. Setakat ini, batang hidung abangnya masih belum nampak.

Sementara itu, Fareez yang sedang rancak berbual bersama rakannya yang lain menarik perhatian Qayyum.

"Sayang.." Qayyum mencelah perbualan isterinya bersama Warda.

"Hm?" Wajah diangkat lalu membalas tatapan si suami.

Qayyum menaikkan jari telunjuknya sebelum dihala ke arah Fareez dan sekumpulan lelaki. Automatik Fredella turut pandang ke arah sana.

"Can I?" Soal Qayyum seperti anak kecil yang menyuruh ibunya belikan gula-gula.

Tajam renungan Fredella. Nampak Fareez macam jumpa girlfriend. Betulkan? Awas kalau korang cakap salah!

Qayyum sengih sekadar menyejukkan hati wanita itu. Dia tahu isterinya akan kalah dengan senyuman itu.

"10 minutes. Nanti kita jumpa dalam KF dark room," Bila dah diberi masa 10 minit jangan buat macam 30 minit pula. Tak pasal-pasal dia yang kena marah dengan big boss nanti. Bisik hati Fredella.

"Love you!" Takda terima kasih pun takpa bagi Qayyum. Dua patah perkataan itu sudah cukup membuktikan yang dia betul-betul hargai 10 minit yang diberi!

Qayyum taknak buang masa. Dia terus meninggalkan Fredella sebelum menuju ke arah Fareez.

Warda hanya menyepi dan tidak mahu menganggu pasangan itu. Dia hanya menunggu Cik Mudanya memberi arahan. Jauh di sudut hati, dia terharu melihat layanan Qayyum terhadap Fredella. Mengelamun kejap..

"Miss Warda!" Tiga kali jugalah Fredella memanggil Warda dengan lembut. Tapi masuk kali keempat terus meninggi suaranya. Budak ni kenapa? Termenung teringatkan cinta monyet ke?

"Yes! Yes, I'm here!" Warda menayang wajah selamba. Dia kembali fokus pada Fredella.

"Haih you nii. Saya tanya, mana abang saya?" Tangan disilang seraya memeluk tubuhnya sendiri. Soalan pertamanya masih belum dijawab oleh Warda.

"Tuan Muda Khalaf ke Khaleef?"

Fredella mengecilkan matanya apabila pertanyaan kembali dibalas dengan dengan soalan. Mustahil Warda tak tahu abang mana satu yang menyuruh dia kesini. Ni yang buat gunung berapi nak meletup ni.

"Oh! I know I know." Nasib sempat kau wahai Warda! Kalau tidak memang naya buat mak singa cantik ni bad mood pagi-pagi.

"Tuan Muda Khalaf ada dalam KF dark room. Dia tengah tunggu Tuan Rykarl. Tapi dia ada bagitahu, kalau Cik Della dah sampai terus jumpa dia dalam bilik tu." Bicara gadis itu tanpa gugup. Dia tahu Fredella tak suka penjelasan yang tidak jelas ataupun reaksi yang gelabah.

"Well, thank you.." Fredella menyusun langkah selepas mendengar jawapan Warda.

Baru saja Warda lega melihat Cik Mudanya berlalu, tiba-tiba pula wanita itu bertindak menghentikan langkahnya.

"Less nonsense and more focus, okay?" Pesanan ringkas yang padat dengan teguran. Fredella kembali meneruskan langkahnya menjauhi Warda.

"Oo-okay," Warda percaya wanita itu tak sempat dengar responnya. Mana tidaknya! Laju betul Fredella berjalan.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Tuan,"

Hilang tumpuan Khalaf Farrel yang sedang leka menatap skrin iPhone. Bebola matanya naik ke arah Emir yang diiringi dengan Fredella di belakang.

"Maaf mengganggu. Cik Della minta aku bawa dia ke bilik ni."

"Kalau takda apa-apa aku minta diri dulu." Emir ketepi untuk memberi ruang buat Fredella menapak ke hadapan.

"Wait—" Sempat Khalaf menghentikan langkah Emir.

"Contact Rykarl dan suruh dia cepat sikit. Jangan buat aku tertunggu," Arahnya sambil menilik jam tangan. Tunggu Della dengan Qay je dah satu jam. Inikan nak tunggu jantan single tu lagi.

"Got it." Emir angguk lalu terus buat apa yang disuruh. Dia beredar dari bilik itu, meninggalkan Tuan Mudanya dan Fredella berdua.

"Mana laki kau?" Rasanya, dia belum cukup tua lagi untuk lupa apa yang dia cakap semasa dalam panggilan. Dia suruh kedua-duanya sekali untuk ke markas. Kenapa pula yang ada depan mata sekarang budak busuk ni je?

"Qay ada dengan Fareez. Kejap lagi dia masuk—"

"Sorry, I'm late!"

Automatik dua beradik itu menoleh ke arah pintu yang baru dibuka oleh Qayyum. Kelam kabut jejaka itu mendekati ke arah mereka.

"10 minutes 60 seconds.." Anak mata Fredella mengekori pergerakan suaminya. Sengaja dia menyebut 60 saat. Itu tandanya Qayyum lambat 1 minit!

"Orang cantik tak boleh marah, nanti tak cantik dah," Bisik Qayyum dekat dengan telinga wanita itu. Dia melabuhkan punggung bersebelahan kerusi Fredella.

"Kau masuk bilik ni memang kau nampak isteri kau aje ke?" Khalaf rasa macam tunggul kayu pulak dibuatnya. Mabuk cinta tak habis lagi ke apa dua ekor ni?

Automatik Fredella menyumpah abangnya di dalam hati. Baru je nak berbunga dengar ayat cik suami tadi. Ini mesti Kak Aisy tak layan jantan ni main kejar-kejar dekat rumah kan?

"Maaf, Tuan Muda.." Qayyum memudarkan senyumannya. Dia kembali ke mindset ketika bertugas. Enough, it's time to focus.

"Kenapa Rykarl nak jumpa kita, bang?" Perasaan ingin tahu Fredella tidak boleh dikawal. Dari tadi dia cuba memikir apa yang membuatkan abangnya menyuruh dia kesini.

"Takda sebab lain dah melainkan kes Uqael." Setakat ini, The Locos akan bekerjasama dengan Rykarl jika berkait dengan kes berat seperti jenayah sahaja.

Kalau ikutkan hati, Khalaf sendiri tak mahu libatkan Qayyum dan Fredella dalam hal ini. Sebab dia tahu misi yang mereka jalankan sekarang sangat membahayakan nyawa. Dan ya, Khalaf takkan biarkan mereka berdua bahagia dengan adanya mata-mata kotor yang sentiasa memerhati.

Dia akan pastikan Qayyum dan Fredella berada dibawah tanggungjawabnya sebagai leader The Locos.

"Ada perkembangan terbaru ke pasal Uqael?" Sounds interesting. Qayyum tertarik mendengar nama yang disebut Tuan Mudanya.

In fact, he's always ready to destroy the owner of that name.

TOK TOK

Bunyi ketukan pintu itu menghentikan perbualan mereka. Masing-masing menunggu tuan badan yang mengetuk pintu tersebut masuk.

"Let me in," Rykarl melangkah masuk dan pandangannya tertumpu ke arah wajah bengis Khalaf. Tak lain tak bukan mesti sebab dia datang lambat. Harap-haraplah... Khalaf tak bawa sikap dinginnya dalam perbincangan ini.

Continue Reading

You'll Also Like

408K 43.3K 44
# 2nd Hello Mister! Series •He's one kind of a man who can bring hell and heaven to you. | High Master × Enchantress | QARYA. Hidupnya penuh dugaan d...
228K 15.1K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
38.8K 1.7K 26
Author : M. Ryukury Title : Aku Tomboy Chapter : 25 (COMPLETE) Start : 20th of April 2018 End : 27th of March 2020 Imani a.k.a Tom mempunyai kenangan...
1M 34.6K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...