[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

34.7K 1.1K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 1: Terima kasih, sayang
Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 41: Kemaafan
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 4: kecilnya dunia

839 36 0
By Qstnaafrn

" Ustaz, nah. Umi bagi tanda terima kasih," Aku menoleh ke arah Khairul bersama mangkuk tingkat di tangan. Aku menyambut dengan senyuman terima kasih.

" Kenapa umi bagi? Ustaz tak perlukan balasan. Cukup doa untuk kesejahteraan hidup ustaz dan keluarga ustaz," Balas aku. Aku tak mampu nak menerima sesuatu daripada orang. Ada yang lebih memerlukan daripada aku.

" Ustaz ambil je. Umi masak sedap tau."

" Khairul, ustaz nak tanya satu soalan. Ayah Khairul kerja apa?"

" Umi kata ayah berniaga. Tapi tak tahu lah niaga apa sebab ayah takkan balik beberapa hari dalam seminggu."

Niaga apa sampai tak balik rumah beberapa hari?

" Jadi semalam ayah memang ada di rumah lah?"

Khairul hanya mengangguk. Sungguh polos muka anak ini menjawab pertanyaan aku yang serupa mak enon bak kata Cahaya. Aku mengizinkan dia balik ke tempat dia semula. Mangkuk tingkat di tangan aku pandang. Jarang benar aku ambil pemberian dari seseorang. Almaklumlah budak dingin kan dulu.

Makanan itu aku bawa ke dalam pejabat. Pengajar-pengajar di dalam sana menyambut kehadiran aku dengan senyuman hormat. Aku membalas dan mempelawa mereka makan sekali.

Kami sama-sama makan kerana lauk yang Khairul bagi ni banyak sangat bagi aku seorang. Lagipun lepas habis kelas aku dah berjanji dengan Cahaya nak bawa dia makan malam di restoran. Harini biarlah dia berehat. Ganjaran buat isteri solehah.

Alhamdulillah. Sedap masakan Puan Hamidah ni. Biasalah kan. Makanan free, dikongsi bersama pula tu. Lagi lah sedap.

Selesai kerja di madrasah pada harini, kami pun pulang. Sebelum mengunci pagar, aku terpandangkan Khairul yang masih lagi menunggu.

" Tunggu ayah ke?"

" Umi, ustaz,"

Aku menghampiri Khairul dan duduk di sebelahnya. " Cuba bagitahu ustaz, kenapa bukan ayah yang ambil? Kesian umi penat jalan kaki dengan mengandung tu."

Khairul menoleh ke arah aku dengan wajah yang aku kurang tafsir. Seperti ada satu rahsia yang Khairul cuba tak nak bagitahu.

" Ustaz Rosli pernah cerita kalau kain yang selalu perempuan pakai di muka macam umi tu sebenarnya untuk menutup wajah daripada dilihat lelaki-lelaki yang bukan mahram bagi perempuan tu, nak mengelak daripada terkena fitnah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri Allah. Apa hukum bila perempuan tu pakai tanpa sebab?" Soalan yang agak bijak bila terkeluar daripada mulut seorang budak 8 tahun. Penyusunan ayatnya sangat baik dan teratur jadi mudah untuk aku faham.

" Kain yang Khairul cakap tu purdah. Bila mereka pakai purdah dengan niat yang betul itu dapat pahala tapi kalau tak ada sebab tu ustaz tak pasti lah. Takut jatuh hukum yang salah pula. Tapi ustaz nak betul-betul pastikan apa niat perempuan tu nak pakai purdah. Mesti ada sebab. Takkan saja-saja?"

Belum sempat Khairul menjawab, uminya sudah memanggilnya untuk pulang. Kami serentak bangun lalu berjalan menghampiri Puan Hamidah.

" Puan jalan kaki lagi ke?" Tanya aku dengan wajah yang serius. Kadang-kadang aku ni boleh tahan angin juga bila melihat benda yang tak patut aku tengok terjadi di hadapan mata.

" Nampaknya macamtu lah, ustaz. Suami saya busy tak sempat nak ambil dia di sekolah," Jawab Puan Hamidah seperti ketakutan.

" Kalau puan tak kisah, saya boleh hantarkan dia sampai ke rumah. Tak elok kalau puan asyik berjalan jauh sangat dengan keadaan yang sedang mengandung ni. Isteri saya mengandung dulu pun rasa macam nak pitam bila dah hampir kandungan 6 bulan." Jelas aku terperinci agar Puan Hamidah faham dengan sikap ambil berat aku.

Dia menunduk lalu mengangguk perlahan. Aku harap dia faham lah. " Terima kasih sebab ambil berat tentang kami, ustaz. Sebenarnya ada benda yang berlaku dalam keluarga kami tapi saya tak mampu nak bagitahu. Saya harap ustaz faham keadaan Khairul ni,"

Aku mengangguk dalam kebingungan. Jadi betullah keluarga mereka ni ada masalah? Haih, macam-macam lah.

Selepas menghantar mereka pulang sama seperti semalam, aku bergerak melepasi rumah mereka. Nampak seorang lelaki sedang tercegat di pintu masuk utama rumah sedang memeluk tubuh. Busy apa kalau dah separuh bogel dengan hanya bertutup dengan seluar pendek je gitu? Macam pakcik-pakcik kalah main judi sahaja gayanya.

Eh astagfirullah. Tak baik kutuk bapak orang. Aku menampar mulutku perlahan. Haih, bila lah aku nak jaga tutur kata hati dengan elok sepenuhnya? Semoga semuanya baik-baik sahaja lah.

Makan malam bersama Cahaya diteruskan. Aku tidak terlepas memandang wajah Cahaya yang nampak berseri di malam ini. Kalau aku tanya kenapa pasti dia akan membalas 'air wuduk'. Sungguh cliche.

" So ada apa-apa cerita ke di tempat kerja?" Tanya Cahaya selepas memberitahu harinya pada aku tadi. Aku berfikir dua tiga kali untuk menceritakan atau tidak tentang perihal Khairul. Aku rasa ini bukan masalah aku yang perlu aku fikirkan.

" Abang? Saya tanya ni. Kenapa nampak terganggu?"

" Eh erhm.. Mana ada. Saya cuma terfikirkan... seorang pelajar abang ni. Abang perasan sejak dua menjak ni dia balik lambat. Bila tanya dia kata uminya ambil sedangkan sebelum ni ayahnya yang ambil dia pakai kereta. Abang pun tunggu lah sampai dia selamat berada dengan ahli keluarga. Alih-alih abang terkejut bila dapat tahu yang uminya menjemput dengan berjalan kaki dari rumahnya ke madrasah. Mengandung pula tu. Abang tolong hantar mereka balik tapi tengok kereta si suami tu ada pula. Pelik kan, sayang?"

Aku memerhati Cahaya yang sedang berfikir. Dia pasti ada buah fikiran yang logik dan masuk akal.

Cahaya menghirup minuman ke dalam mulut lalu menelan kesegaran. " Pada pandangan saya lah kan ada sesuatu tak kena dengan suaminya. Tapi saya tak boleh nak terus ke kesimpulan sebab tiada apa-apa yang terjadi kepada budak tu dan uminya. Jika ada berlaku keganasan rumah tangga, isterinya dia pukul itu dah cukup syarat untuk melaporkan dan masukkan lelaki itu ke dalam penjara. Selagi mereka tak kata apa-apa, jadi perkara ini kita tak perlu nak masuk campur. As long as they're okay, there's nothing we need to worry about, right?"

Aku mengangguk setuju. Betul juga. Aku je yang terlebih risau agaknya. Entah lah. Melihat Khairul dan anak didik yang lain sama seperti macam anak aku sendiri. Risau bapa-bapa orang kata.

" Sayang~ Abang-..."

" Jangan nak minta anak lagi eh. Nak kena tidur kat sofa lagi ke?" Cepat-cepat Cahaya memintas tanpa menyempat aku menghabiskan kata-kata ku. Sambil mata helangnya menikam wajahku.

Ceh. Macam tahu-tahu je. Aku pantas mencebik kesedihan. Aku rasa tak puas nak kendong tubuh kecil. Armani cepat sangat membesar. Baru setahun lebih dah pandai buat macam-macam. Aku sebagai abahnya pun dia tak mahu minta bantuan. Berdikari serupa ibunya.

Melihat aku yang betul-betul kecewa, Cahaya pantas mencapai tanganku. Eleh, nak pujuk lah tu. Buat salah je, nak pujuk. Bencik! " Tunggu lah Armani pandai berak sendiri ke tandas. Ini kalau dua orang saya kena cebok berak, matilah saya tangan bau tahi," Omel Cahaya mendapat sahutan gelak tawaku. Cahaya memang pandai membawa semula suasana ceria. Tak sangka balasan sebegitu lawak.

" Abang kan ada untuk tolong?"

Cahaya memandang atas bawah sebelum menjeling tajam. " Iyo lah tu. Semalam kata nak tolong urut kaki saya. Tunggu abang masuk bilik, last-last tertidur atas hammock. Poyo je,"

Alamak, ingatkan nak berehat seketika. Last-last terbangun waktu nak solat tahajjud pula. Isteri dah tidur nganga kat bilik. Haih kesiannya dia.

" Alololo, ye lah. Balik nanti abang urut,"

Sebaik sahaja kami membayar makanan di kaunter kami mengorak langkah keluar daripada restoran tersebut. Aku terhenti langkah apabila teringat coat aku tertinggal di badan kerusi tadi. Cahaya aku suruh menunggu sebentar. Nak ke parking kereta rasa macam jauh. Bahaya untuk Cahaya jalan bersendirian.

Sementara Cahaya menunggu, ada seorang perempuan melanggar bahunya tanpa sengaja. Mereka bertentang mata sebelum Cahaya berkerut. Wanita itu juga berkerut sama.

" Ini Cahaya kan?"

" Hamidah?"

Ya Allah, kecilnya dunia ni. Getus hati Cahaya. Mereka berpelukan sebentar sebelum bercerita tentang zaman persekolahan mereka dahulu.

" Kau dari mana? Kenapa dahi bertampal ni? Kau cedera ke?" Soal Cahaya bertubi-tubi membuatkan Hamidah tergelak.

" Aku ok lah. Jatuh terlanggar almari je ni. Tak ada apa lah."

Cahaya memandang ke bawah. Perut yang membulat itu Cahaya pandang dengan wajah keterujaan. " Kau mengandung lagi?? Anak kau yang pertama dah umur berapa sekarang?"

Aku menghampiri mereka dengan senyuman hairan. Pertama kali aku nampak Cahaya ada kawan. Selama ni dia memang jenis duduk rumah dan malas nak keluar.

" Siapa ni?" Tanya aku dari arah belakang mereka. Mereka menoleh dan serentak itu Hamidah terkejut. Dia menatap aku lama sehingga aku merasakan matanya terbeliak luas. Aku memang tak cam dia di mana-mana tapi matanya macam pernah aku nampak.

" Hamidah. Kawan saya waktu sekolah. Hamidah, ini Ahnaf Hadi. Suami aku. Aku rasa anak kau umur dalam lebih kurang 7-8 tahun kan? Boleh lah hantar anak kau ke madrasah Ahnaf. Kan abang kan?"

" Hamidah?" Aku sekali lagi memandang wajahnya yang menunduk. Kalau betullah ini Hamidah yang aku kenal, jadi bermaksud ini umi Khairul. Mana hilangnya purdah di wajahnya?

Apa hukum bila perempuan tu pakai tanpa sebab?

" Err aku balik dulu lah, Cahaya. Pening kepala tak hilang lagi. Apa-apa kita contact balik. Assalamualaikum," Cepat-cepat dia pergi tanpa menunggu balasan daripada Cahaya.

" Eh cepatnya dia balik. Tak sempat nak berborak panjang." Ujar Cahaya perlahan dalam nada kecewa. Aku hanya diam di sebelah. Bayangan Hamidah sudah tiada. Tapi aku rasa ada benda yang tak kena dengan dia.

" Sejak bila awak terputus hubungan dengan dia?" Tanya aku.

" Sejak dia kahwin 8 tahun lalu. Kahwin muda sebab dia tak mampu nak sambung belajar. Jadi dia kahwin dengan Badrul; kawan sekelas kami dulu. Waktu tu mereka adalah hot couple of the year," Cerita Cahaya sedikit sebanyak memberikan aku sedikit maklumat tentang Hamidah. Sebaya isteri aku rupanya.

" Kenapa tanya? Abang kenal ke?"

Aku menggeleng perlahan. Kenapa aku tak jujur je eh? Kalau aku jujur pula aku takut Cahaya serang si Badrul tu lepas tahu dia dianiaya ( kalau benda tu betul lah).

Continue Reading

You'll Also Like

136K 5.4K 50
𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐀𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐗 𝐇𝐞𝐫 𝐁𝐢𝐠 𝐆𝐨𝐫𝐢𝐥𝐥𝐚 ⊰⊹ฺ Perkahwinan bersama lelaki tercinta sudah menjadi angan-angan buat DARLA CAROLINE...
45.8K 3.4K 38
SEBELUM BACA INI, PASTIKAN BACA Mr. Duda Cold DULU, BARU FAHAM JALAN CERITA! [ 𝓜𝓻 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓥𝓸𝓵 2 ] Known as The Annoying Husband ...
3.2K 143 38
Third Story✨ Nadhir Idraki seorang lelaki kampung yang hanya ada van cabuk dan kebun dalam kehidupannya selain mak kandungnya sendiri. Tapi siapa san...
20.5K 702 58
CHAPTER OF US [Complete] "Tolong lah, aku merayu sangat sangat, aku tak perlukan kau. Kau boleh berambus lah!" - Fiona Auliya Jarang sekali gadis...