[ C ] | The eyes of our heart...

By Qstnaafrn

35.2K 1.2K 20

• KESINAMBUNGAN THE EYES OF OUR HEART 1 • CAHAYA INARA X AHNAF HADI Pantai yang tak bersalah pun dipukul om... More

Bab 2: Level up!
Bab 3: Rezeki
Bab 4: kecilnya dunia
Bab 5: cincin nikah
Bab 6: Curi
Bab 7: Daging dinasour
Bab 8: Pujuk
Bab 9: Gaduh
Bab 10: Tetamu
Bab 11: Maggi telur
Bab 12: On call
Bab 13: mengidam
Bab 14: Perbicaraan
Bab 15: individu misteri
Bab 16: Unrevealed truth
Bab 17: Shocking news
Bab 18: Stronger than steel
Bab 19: Mansion
Bab 20: Goddess of victory
Bab 21: New family
Bab 22: Delicious poison
Bab 23: Seduce the beast
Bab 24: Tongue twister
Bab 25: C's siblings
Bab 26: Broken heart into pieces
Bab 27: Torture
Bab 28: Nightmares
Bab 29: Sweet revenge
Bab 30: Unwanted guests
Bab 31: Flexing
Bab 32: Comeback
Bab 33: memoria
Bab 34: Bro's talk
Bab 35: Jibril's thoughts
Bab 36: Fight the Big Boss
Bab 37: Ujian lagi
Bab 38: 360 darjah
Bab 39: Lupa I
Bab 40: Lupa II
Bab 41: Kemaafan
Bab 42: Sign off
End of the story

Bab 1: Terima kasih, sayang

3.2K 53 2
By Qstnaafrn

Ahnaf mencari-cari seseorang dari tingkat atas sehinggalah ke tingkat bawah. Dia masuk ke dalam dapur dan keluar ke laman belakang rumah. Aku yang menyorok di sebalik tanaman pokok bonda dinampaknya sebelum mendekati dengan agak laju.

" Tidak!!"

Belum sempat aku mahu melarikan diri, tubuhku terasa ringan di atas udara. Ahnaf mencempung aku sehingga bawa masuk ke dalam bilik.

Inilah benda aku tak suka bila Ahnaf dah dapat penglihatannya semula. Tempat menyorok aku paling popular pun dia dah tahu. Susah lah lepasni kalau dia nak mengelak daripada Ahnaf lagi.

" Haritu janji nak selang seli jaga Armani. Harini giliran sayang pula mandikan dia. Abang nak pergi ke madrasah. Ke sayang yang nak mengajar budak-budak tu mengaji?"

" Bukan tak nak tapi abang punya pasal lah," Aku mencebik sedih dengan bibirku melorot kesedihan.

" Kenapa ni merajuk dengan abang ke?" Suara lembut Ahnaf memainkan peranannya untuk memujukku.

" Merajuklah sebab Armani sebut perkataan abah dulu daripada ibunya. Saya yang sakit lahirkan dia tapi abang yang dapat kredit. Menyampah!" Aku memusingkan tubuh membelakanginya. Aku perasan Ahnaf menutup mulutnya menahan ketawa. Alahai, suami saya ni sopan lah.

Dia memeluk belakangku sambil meletakkan dagunya di bahuku. " Bagilah abang chance. Kalau ikutkan sayang dah menang ke atas Armani sebab awak ibunya, sayang. Seorang syurga untuk anak. Apa-apa mesti ibunya yang akan didahulukan."

Maka didahulukan ibu sebanyak tiga kali adalah disebabkan tiga perkara yang terkhusus dengan seorang ibu iaitu kepenatan dalam mengandungkan bayi, kesukaran dalam proses melahirkan anak, serta ujian yang dihadapi semasa menyusukan bayi. Rujuk Mirqaat al-Mafatiih, Mulla Ali al-Qari.

Aku menoleh semula ke arah Ahnaf. Bibir muncung itikku masih sama. Ahnaf hanya memandang aku dengan senyuman manis tanpa rasa bersalah sekali. Walaupun memang bukan salahnya dan dia tahu dia dah berjaya mengumpan aku masuk ke dalam pujuk rayunya.

Terus aku mencubit manja perutnya. " Ilmu apa yang abang pakai untuk tundukkan saya yang kepala batu eh? Abang cakap sikit terus lentuk saya dibuatnya." Omel aku dengan kegeraman.

" Yang pasti ilmu alam rumah tangga waktu pergi kursus haritu. Alhamdulillah masih lagi jauh daripada mengamalkan ilmu hitam," Menyempat kau buat lawak ya, suami??

Ahnaf mencium mulutku bertubi-tubi. Wah senang betul cara awak nak pujuk saya eh? " Jangan muncung lama sangat. Abang gigit tak lepas nanti. Isteriku yang cantik bak bidadari, abang nak gerak dah ni. Jangan lupa jaga diri, jaga solat dan jaga Armani untuk abang ya? Kalau sayang nak keluar abang izinkan tapi fikirkan keselamatan. Sayang tu bukan boleh diagak. Dah dua pucuk surat saman sampai ke tangan abang sebab pandu had laju yang melampau."

Dah mula nak membebel abe ustaz ni. Geram je lah aku. Aku mampu mengukirkan senyuman tanpa bersalah sebelum menolaknya pergi dengan lembut.

" Abang tu pula jaga mata, jaga telinga dan jaga hati untuk saya."

" Sayang, tanpa awak sedar mata, telinga dan hati abang sentiasa ada di rumah sedang memerhatikan gelagat awak yang banyak akal ni. Tak ada masa lah nak tengok perempuan lain. Siapa je yang akan datang ke madrasah nak mengorat abang?"

Eleh. Macam aku tak tahu pula yang sering datang hantar anak ke sekolah agama tu ada yang janda-janda muda. Kadangkala yang menghantar adiknya ke madrasah pun boleh tahan ramai juga. Mata meliar tengok suami aku. Pernah sekali aku melawat dan melihat ada yang berborak sakan dengan Ahnaf di pintu masuk bersama senyuman gatal dan renungan tanpa kelip.

Suara Armani yang sudah berusia 1 tahun kedengaran di ruang tamu; pasti sedang mencari di mana ibu dan abahnya berada.

" Bah bah bah bah," Petah dan lantang betul suara si kecil ini bertutur. Aku merenung tajam si Ahnaf yang masih merenung Armani dengan pandangan cuak.

" Penat lah dengan anak kesayangan awak tu. Dari haritu bah bah bah bah. Bu bu bu bu bu nya mana??" Aku terus mencapai Armani di muka pintu sliding sambil mengangkat kedua tangannya pinta untuk didukung.

Ahnaf menggaru kepala yang tidak gatal pun. Macam mana boleh jadi macamni ek? Nampak macam dah faham apa yang dia bebelkan tadi.

" Say bye to abah. Abah wants to go to work already,"

" Bye bah... Muah," Flying kiss diberikan. Wah kau... Aku pun tak pernah bagi flying kiss kat suami aku. Flying kick pernah lah hehehehe.

" Bye, Armani abah yang busuk. Abah belikan aiskrim balik kerja lepastu kita makan sama-sama ok," Sebuah ciuman diberi di pipi Armani. Tak lupa juga untuk aku di pipi dan sekali di dahi. Nasib baik ingat nak cium bini. Kalau tidak memang dapat cium penampar aku nanti.

Memang aku dan Ahnaf telah berpakat untuk menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris secara penuh dan tidak campur aduk kedua-dua bahasa sekali untuk perkembangan otak Armani. Biarlah dia membiasakan diri untuk menggunakan ayat yang betul.

" Ocey,"

" Okay. Not ocey," Aku betulkan kesalahan Armani. Aku memandang semula ke arah Ahnaf. Dia sedang tepat memandang mataku sambil mengukirkan senyuman tenang tapi masih manis di sudut pandangan aku.

" Apa pandang-pandang?"

" Ada mata kita pandang lah," Balas Ahnaf membawa kepada perasaan deja vu. Ahnaf, aku akan ingat setiap bait kata-kata telah kau lafazkan pada aku.

" Nanti saya masakkan sambal sotong siap sekali dengan ulam. Lambat nanti lauk sejuk dah tak sedap pula,"

Ahnaf tahu makna ayat aku. Memang lauknya boleh dipanaskan dengan microwave tapi nak ingatkan dia untuk tidak pulang terlalu lewat sahaja.

" Ish sayang ni. Buat abang terliur je tengah-tengah hari ni." Ahnaf menjeling manja. Dia menyarungkan kasutnya. Aku capai tangannya lalu menyalam hormat. Genggaman tangannya tidak mahu melepaskan aku. Seketika aku memandang tangan kami seraya memandang ke arahnya dengan wajah yang dijengkelkan.

Dah kenapa ni? Nak pergi kerja ke tak nak?

" Dah rindu," Kata Ahnaf membuatkan aku melepaskan ketawa. Bahagia sungguh kalau duduk seradius dengan Ahnaf ni. Armani sudah pandang lain macam. Dia meleraikan pegangan kami dengan muka yang berkerut sambil merengek tak suka.

" Alahai, anak abah seorang ni. Pegang abah dia sekejap pun tak boleh. Ambil lah abah awak tu. Tak nak pun berebut dengan dia." Ujar aku sengaja menggunakan nada menyampah.

Aku melambai dan Armani turut berbuat demikian.

Selepas menghantar pemergian Ahnaf, aku dan Armani masuk ke dalam untuk memandikan Armani.

Bonda turun daripada tingkat atas. Dia mengukirkan senyuman kepada kami. Tangannya naik mencubit manja pipi cucunya; Armani.

" Cahaya Armani; cucu nenda. Muka sememeh dengan air liur basi dia ni." Dia menghapuskan kerak air lius basi Armani daripada celahan bibir mungil itu.

" Cahaya, bonda nak pergi beli barang sikit. Kalau bonda bawa Armani sekali boleh? Dapat lah kamu rehat sekejap di rumah," Ujar bonda serentak itu terserlah senyuman lebar aku.

Aku mengangguk setuju. Memang paling aku suka time-time macamni dapat lelap 2-3 jam pun dah ok. Lepas aku masak boleh lah aku baring atas katil. Kalau Armani ada, pasti dia akan mengajak aku main sekali dengan dia. Lepas buat sepah pandai pula dia biarkan; aku pula jadi tukang kemas barang mainannya. Kalau abahnya ada abahnya lah yang suka melayan; membiarkan aku berehat setelah seharian menjaga Armani.

Dalam kira-kira pukul 4 petang, bonda dan Armani bergerak pergi meninggalkan aku keseorangan di rumah. Akhirnya dapat juga aku tidur setelah semalaman aku berjaga kerana rengekan Armani yang entah kenapa menganggu malam kami.

Beberapa ketika telefonku berdering kuat sehingga menyedarkan aku daripada tertidur. Alamak! Jam menunjukkan dah pukul 6 petang. Aku mendapati banyak missed call daripada bonda dan Ahnaf.

Bonda tak pulang lagi ke? Sunyi je rumah.

Pesanan ringkas daripada Ahnaf aku buka. Perlahan-lahan mata aku terbeliak luas. Aku lantas mengambil kunci kereta dan menyarungkan tudung instant hitam yang berada di penyangkut. Macam biasa aku membawa kereta menderu laju membelah jalan ke hospital.

Sampai di pintu masuk utama hospital, kelihatan Ahnaf, bonda dan Armani yang kepalanya berbalut keluar daripada situ.

" Ya Allah, Armani! Apa yang dah berlaku?" Aku mengambil Armani daripada dukungan Ahnaf. Bawah mata Armani yang merah menandakan yang dia menangis teruk tadi.

" Awak pergi mana? Abang call tak angkat. Armani jatuh dari eskulator waktu bonda bawa dia ke mall." Dia memandang aku dengan kerutan. Aku tahu Ahnaf sedang mengawal marah.

" Abang, saya terlajak tidur sebab tu saya tak angkat call." Jelas aku supaya tiada perselisihan faham.

Ahnaf menghela nafas. " Kenapa awak tak ikut bonda sekali tadi? Awak tahu kan bonda tak larat nak memerhatikan Armani sepanjang masa lepastu nak uruskan beli barang dapur lagi." Nada tutur katanya masih lembut dengan aku.

Faham-faham lah kalau bapak dah mula keluarkan sifat protective kepada anaknya.

" Sudah, Ahnaf. Kan bonda dah bagitahu yang bonda sendiri nak bawa Armani keluar. Bonda memang nak Cahaya berehat daripada menjaga Armani seketika. Bonda dah pesan jangan bergaduh depan anak," Bonda telah masuk campur. Kalau dia berdiam diri alamatnya memang bergaduh lah kami di depan anak.

Kami sama-sama mengorak langkah ke kereta masing-masing. Armani diberikan kepada Ahnaf kerana di dalam kereta lelaki itu ada baby car seat untuk Armani. Kereta aku tak sesuai untuk membawa masuk kerana struktur bumbung yang rendah.

" Jom pergi ke tasik," Ajak Ahnaf. Di kawasan rumah bonda ada tasik buatan manusia. Di situ ramai pengunjung datang untuk beriadah bersama keluarga.

Sejujurnya aku terasa hati dengan Ahnaf sebab perilakunya yang seperti ingin menyalahkan aku kerana Armani tercedera. Melihat perubahan di wajah aku, Ahnaf segera mencapai tanganku.

" Sayang terasa ya sebab abang marah sayang tadi?"

Dah tahu boleh pula dia tanya lagi?! Aku mengukirkan senyuman nipis palsu. " Mana ada. Awak pergi je lah bawa Armani bersama. Saya tunggu di rumah,"

" Sayang," Alamak, suaranya tegas pula. Nak tak nak aku terpaksa akur. Kami sama-sama bergerak ke tasik yang ditujui.

Alhamdulillah ada bangku kosong walaupun tasik sedikit ramai pada petang ni. Armani yang baru sahaja dapat 'kaki' cepat-cepat mahu turun daripada dukungan Ahnaf. Tak padan dengan sakit. Suka benar main.

" Abah nak beli aiskrim. Jom ikut abah," Ajak Ahnaf. Terkedek-kedek puteri nan seorang ni menghampiri Ahnaf. Mereka sama-sama pergi ke sebuah aiskrim motor tidak jauh daripada tempat kami.

Aku merenung ke arah tasik sana. Sungguh terasa damai sedikit hati. Aku tak risaukan Armani kerana aku tahu Armani anak yang kuat. Sama seperti ibunya. Done claim!

Perkara yang aku fikirkan adalah sesuatu yang sangat kabur. Aku tak tahu mana silapnya tapi aku rasa tak sedap hati. Ada sesuatu yang buruk akan berlaku berdasarkan naluri hati seorang perempuan aku.

" Sayang," Panggilan Ahnaf menyentak lamunanku. Aiskrim kon ditangan Ahnaf dihulurkan. Armani sedang elok menikmati aiskrimnya dengan senyap. Kami sama-sama melayan suasana sambil menghabiskan aiskrim sebelum cair.

" Comelnya anak kamu. Macam anak arab. Kenapa kepala berbalut ni?" Kami mendongak memandang seorang makcik dalam lingkungan 50 an menegur kami. Di tangan sedang mengangkat tikar mengkuang; mungkin baru selesai berkelah di sini.

Anak comel tengok lah ikut muka siapa. Bapaknya pun boleh tahan kacak juga. Bonda ada darah keturunan negara timur tengah dan diturunkan ke Ahnaf.

Ahnaf senyum mendengar pujian tersebut. " Haaza min fadhli rabbi. Dia jatuh, kak. Ini pun alhamdulillah nasib baik dia tak ada apa-apa. Cuma luka sikit di dahi." Ahnaf sebagai wakil daripada kami menjawab.

Haaza min fadhli rabbi. Yang bermaksud 'Ini semua dari kurniaan dan kelebihan Tuhanku'. Takut juga kalau orang puji anak kita dengan niat yang lain daripada baiknya jadi penyakit ain pula. Bukan nak menuduh makcik ni pun tapi kalau boleh kita elak.

" Patutlah. Ayahnya pun elok orangnya. Kalau dapat anak lelaki pasti kacak juga. Banyak lah perempuan yang nakkan dia," Amboi, makcik. Mesra betul boraknya. Nak puji puji je lah tak perlu kot nak tampar manja suami aku. Ada yang makan flying kick aku pula.

Apa ingat genetik aku tak ada dalam badan Armani ke? Asyik Ahnaf je dapat kredit. Tahu lah aku macam kentang golek je muka.

Aiskrim di tangan Armani sudah habis. Yang tinggal hanya tisu dan plastik bungkusan aiskrim dia makan. Dia berjalan ke arah tong sampah berdekatan lalu membuang ke dalam sana.

Makcik itu sedikit terpukau dengan tingkah laku Armani. Jarang sekali dia nampak anak berumur 1 tahun berkelakuan seperti seorang budak yang dah mumayyiz.

" MashaAllah. Pandainya dia. Tahu-tahu je ya nak buat apa lepas makan,"

Selepas berborak dengan makcik ini, dia segera beredar. Kami menghantar pemergiannya lalu sambung menatap tasik. Armani sedang bermain di tanah. Eloklah dia bersatu dengan alam. Imun dibadan perlu dibina dari awal usia. Kalau dah sakit, tubuh terus dapat mengesan sebarang kuman atau bakteria yang masuk ke dalam buat kali keduanya.

" Terima kasih sebab jagakan Armani, sayang. Awak ibu dia yang hebat."

" Puji ni ada sebab ke?" Aku menyoal dengan nada yang sinis. Ahnaf tidak cepat melatah. Dah 2 tahun kami bersama. Pasti dia dah masak dengan perangai aku yang semakin sensitif.

" Pernah ke selama ni saya puji sayang ada makna lain?" Soalan berbalas soalan. Aku mengendurkan senyuman sinis tadi. Sedar akan silap aku.

" Orang cuma nampak apa yang mereka nampak pada anak kita melalui mata kepalanya sendiri tapi orang tak tahu bagaimana pengorbanan awak menjaga Armani sehingga mereka boleh nampak benda baik pada Armani sekarang. Awak yang sentiasa memerhatikan tingkahnya, awak lah yang selalu menegur kesalahan dia, awaklah perisai dikala dia kesakitan. Anak kita kuat dan pandai sebab awak, sayang. Itulah hasil didikan awak selama ni. Saya meletakkan kepercayaan pada orang yang betul untuk menjaga anak saya." Kata Ahnaf menjentik tangkai hati aku. Air mata aku mengalir tapi cepat-cepat aku menghapuskannya.

" Tapi saya rasa saya tak cukup baik untuk jadi seorang ibu," Kata aku perlahan. Aku menunduk kesedihan. Melihat Armani cedera pun membuatkan hati aku berdetak laju walaupun muka tenang aku pamerkan. Itu je cara aku untuk membuatkan Armani tidak berasa takut apabila tercedera dan menangis cengeng.

Psikologi mengatakan kanak-kanak yang masih belum memahami persekitarannya akan menilai sesuatu melalui ekspresi wajah seseorang yang dia nampak. Jika orangnya membuat wajah yang cemas, maka dia akan fikir bahawa sesuatu yang dia lakukan atau perkara yang menimpa ke atas dirinya adalah sesuatu yang buruk. Sebab itu kanak-kanak cepat menangis dan takut.

" Manusia tak sempurna. Kalau awak rasa awak tak cukup baik untuk menjadi seorang ibu, jadi abang yang banyak sangat silapnya ni macam mana?"

" Abang lain. Abang buat lah macam mana pun. Orang akan anggap saya yang gagal sebab tak jaga anak dengan betul sebab mereka fikir tanggungjawab saya sebagai seorang ibu tu adalah untuk memastikan anaknya berkelakuan baik."

" Siapa yang cakap macamtu?"

Aku menggigit bibir. Aku malas nak memanjangkan isu ni. Tapi aku dah terlepas cakap sudah.

" Ni mesti mulut Kak Efa janda sebelah rumah mama papa tu kan? Abang tahu lah mulut dia macam mana sejak dia melawat awak dengan Armani waktu berpantang dulu. Itu ini semua tak kena. Memang tak sayang mulut agaknya nak cakap isteri kita gagal. Kalau dia tu betul sangat tak ada lah jadi janda," Ahnaf menjeling kegeraman.

Tuan-tuan dan puan puan. Inilah sifat Ahnaf yang jarang sekali dia tunjukkan di mana-mana. Kalau melibatkan aku dan Armani dalam sesuatu perkara baginya ianya isu yang sensitif untuk dipersoalkan kerana seolah-olah orang nak kata dia tak pandai nak jaga keluarga kecilnya.

Aku menenangkan Ahnaf dengan sebuah ketawa kecil. " Abang ni dah macam mak enon."

" Mak enon tu siapa pula?" Ahnaf berkerut. Sekali lagi aku ketawa dengan lebih kuat.

" Mak enon tu perumpamaan untuk seseorang yang suka berleter. Macam abang sekarang ni lah," Jelas aku disusuli dengan ketawa yang masih tersisa. Armani memerhatikan gelagat aku sebelum mengikut ketawa juga. Mulutnya ditekup sopan. Memang anak abah betul lah kau ni!

Kami sama-sama pulang apabila matahari mula terbenam. Segala perselisihan faham tadi dapat diselesaikan dengan cara yang tenang dan baik. Itulah kami. Apa-apa yang berlaku kami takkan cepat melatah. Bermasam muka adalah benda yang kami akan elak. Apa yang tak puas hati kami akan mengemukan secara perlahan-lahan. Tak nak lagi menjadi satu masalah besar seperti konflik dahulu.

Continue Reading

You'll Also Like

143K 12.8K 57
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
19.1K 1K 50
Written by Itsfarraa [HOLD ON] Known as Ace Series, -ACE SERIES 2- ⚠️ DILARANG KERAS UNTUK PLAGIAT ⚠️ Happy reading and jangan lupa vote Arthur Lee...
93K 3.4K 39
Menceritakan tentang dua insan Yang sedari dulu sudah kenal daripada kecil. Dan suatu ketika mereka bermusuhan sehinggalah mereka meningkat dewasa ti...
189K 6.9K 79
Stand Alone #1 Di mana ada si jejaka, pasti ada si gadis. Kadang kala mereka kerap bertengkar tetapi selalu bersependapat dan sering bersama sehingga...