𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀�...

By amiieya

300K 15.2K 588

"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan k... More

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 1
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 2
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 3
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 4
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 5
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 6
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 7
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 8
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 9
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 10
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 11
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 12
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 13
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 14
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 16
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 17
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 18
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 19
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 20
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 21
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 22
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 23
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 24
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 25
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 26
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 27
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 28
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 29
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 30
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 31
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 32
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 33
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 34
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 35
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 36
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 37

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 15

9.8K 526 31
By amiieya

IZRAIL mencari kelibat isterinya. Sampai sahaja di rumah orang tuanya itu dia langsung tak nampak Qaira. Sakan betul kena culik dengan mak mertua sendiri bini aku ni!

"Rael, kamu cari Qaira ke?" soal Tuan Razil yang melihat anak lelakinya itu ke hulu-hilir dari tadi.

"Papa ada nampak Qai?"

"Itu tengah tunggu mama kamu dalam bilik katanya  nak keluar beli barang dulu. Ha itu mereka"

"Amboi, rancak borak! Lupa suami dah ke sayang? Abang rindu dekat sayang ni" kata Izrail sebaik sahaja isterinya itu menghampiri diri dia. Pinggang Qaira dirangkul.

"Abang, behave sikit boleh? Malu ada papa dengan mama sini" bisik Qaira. Senyuman yang kelat diberikan. Lengan suaminya itu dicubit sedikit.

"Alah, biarlah! Ini isteri sayang tak ada salahnya  kalau Rael manja dengan isteri sendiri depan papa dan mama kan?" Sengaja dia mengenyitkan matanya. Tuan Razil dan Puan Farida hanya mengangguk sambil tersenyum. Alahai anak lelaki sulung mereka ni memang manja betul dengan isteri patutlah lama tak nak balik rupanya ada jiwa kena melekat 24 jam!

Qaira tersipu malu. Meskipun sudah masuk lima bulan dia bergelar menantu kepada keluarga itu tidak bermaksud dia sudah terbiasa dengan segalanya. Ada juga rasa segannya kadang-kadang.

"Mama dengan Qaira nak keluar ni"

"Rael nak ikut"

"Dah kenapalah kamu nak ikut? Diam sini sudahlah. Mama dengar Kharl dengan Danial dah tunggu kamu." Izrail memuncungkan mulutnya. Dia protes. Nak merajuklah tu tak dapat teman bini pergi jalan.

"Ish, mama ni! Bagilah Rael ikut. Rael nak temankan isteri kesayangan Rael" jawabnya. Puan Farida sudah menggelengkan kepalanya. Mengalahkan cucu aku dah budak ni!

"Abang, apa kata abang buat kerja abang dulu. Lagi pun abang Awish ada call tadi suruh abang pergi cepat" kata Qaira dengan lembut agar suaminya itu mahu mendengar kata-katanya.

"Tapi..." Qaira dan Puan Farida sudah mengecilkan matanya.

"Okay, fine! Abang izinkan" jawabnya dengan nada yang tidak puas hati.

"Eh, kau ni aku hempuk kepala kau jap gi ha! Cepat sikit! Urgent ni!" kata Kharl yang datang dari belakang dengan Danial. Mereka berdua menjulingkan matanya ke atas. Ada sahajalah perangai tak boleh berganjak dengan bini langsung!

"Raffael, follow them bawa team kau" arah Izrail kepada Raffael yang dari tadi hanya duduk bermain bersama Hayder dan juga anak sulung Kharl dan Tasha itu. Dia hanya mengangguk.

Dia hanya risau akan keselematan isteri dan juga mamanya. Keadaan pihak musuh mereka mulai menggila beberapa bulan ini. Mulai dari sabotaj segala projek mereka dan hampir cuba untuk menculik Hayder kembali. Tapi beruntung sahaja Raffael cepat menyadarinya.

"An-kle Apael! Nak icut" Seorang budak perempuan berumur 4 tahun itu berlari terkedek-kedek mengejar Raffael yang sedang berjalan daripada belakang Qaira dan juga Puan Farida itu.

"Eh, princess!" panggil Hayder lalu mengejarnya. Izrail dan Kharl memandang satu sama lain.

"Siapa ajar anak aku panggil macam tu?" soal Izrail. Tak pernah dibuatnya dia panggil Kazya dengan panggilan itu.

"Aku pula! Tak akanlah aku nak ajar anak kau mengorat anak dara aku. Ha, kau tengok kau tengok!" Kharl menunjuk ke arah Hayder dan Kazya.

Hayder mengelus kepala Kazya lalu mencium tangannya. Membulat bola mata Izrail melihat tingkah laku anak lelakinya itu.

"Kazya, nak tahu tak banyak banyak nasi . Nasi apa yang paling indah?" Lama Kazya merenung Hayder. Mulutnya dimuncungkan dan tangan diletakkan di bibirnya. Hayder tersenyum.

"Tak tayu!" jawab Kazya lalu menyengetkan kepalanya.

"When nashi your smhilee" Hayder menutup mulutnya kerana tersipu malu. Kazya tersenyum gembira. Danial dan Tuan Razil menghemburkan ketawa mereka apabila melihat kelakuan random anak lelaki Izrail itu. Betullah orang kata bagaimana acuan begitulah kuihnya. Langsung tak ada jauh beza perangai menggatal bapanya.

Allahu , anak aku! Rosak!

Izrail dan Kharl menepuk dahinya. Kecil-kecil dah pandai menggatal.








"Mama, malam ni kita nak masak apa?", soal Qaira kepada ibu mertuanya itu yang dari tadi asyik memerhati ikan-ikan yang ada di situ namun tidak mengambilnya.

"Mama pun pening ni, Qaira". Melihat ibu mertuanya itu belum mempunyai idea untuk menu makan malam mereka, Qaira menyarankan menu masakkan terlebih dulu kepada Puan Sri Farida.

"I have an idea! Apa kata kita masak masakkan favourite abang, papa dengan Hayder? Sekali dengan apa yang Tasha mengidam tadi"

"Wah, interesting! Mama suka idea tu, macam manalah mama boleh lupa yang tu. Lama pula tak masak lauk kegemaran mereka dan kesian pula Tasha dia mengidam juga"

Tanpa membuang masa, Qaira membungkuskan beberapa jenis ikan, ketam dan udang ke dalam plastik sebelum diletakkan di dalam troli.

"Memang layak pun kau kerja sini! Dahlah bodoh! Memang sesuai!", suara itu membuatkan hati Qaira membuak api kepanasan. Dia berpusing ke arah suara itu. Begitu juga dengan Puan Sri Farida juga turut memandang ke arah empunya suara itu.

Rupanya ada sekumpulan mak cik yang berusia 40-an itu sedang berdiri mengelilingi pekerja di supermarket itu. Pekerja itu sedang memungut semua jenis sayuran yang dilemparkan oleh makcik tadi di atas lantai.

Semua pelanggan di situ hanya diam dan memerhati pekerja itu direndahkan dan dihina seperti itu. Tiada satu pun yang menolongnya termasuk pekerja yang lain ada di situ.

"Itulah, orang suruh belajar pandai-pandai kau tak nak!" , sambung makcik yang menggunakan baju berwarna kelabu itu. Hati Qaira semakin membuak apabila melihat kepala pekerja itu ditolak-tolak oleh mereka.

"Mama, tunggu kejap tau", kata Qaira dengan lembut namun riak wajahnya jelas menunjukkan rasa marah. Siapalah yang tak marah apabila melihat orang lain diremehkan seperti itu, pelanggan yang ada di situ hanya mengeluarkan telefon mereka dan merakam perbuatan makcik itu.

Begitulah perangai manusia zaman sekarang, rakam dahulu baru menolong dan yang lain hanya menonton.

"Qai, where are you going?", soal Puan Sri Farida melihat anak menantunya itu bergerak ke arah tempat ikan segar tadi.

"Bang, saya borong semua ikan yang saya ambil ni tau? Nanti tolong kirakan", katanya sebelum lima ekor ikan dua kali besar tapak tangannya itu di ambil.

"Eh, cik nak buat apa?...", belum sempat pekerja di bahagian ikan segar itu bertanya seekor ikan berjaya di lemparkan olehnya.

Tidak berkelip mata pekerja yang ada disitu pada waktu itu, melihat wanita di hadapan mereka itu melemparkan ikan ke arah sekumpulan makcik yang tengah bergaduh di hadapan.

    One..

    Two..

    Three..

Ikan itu dilemparkan satu per satu tepat pada sasarannya.

"Aduhhh, kurang ajar! Siapa yang baling ikan ni?", marah salah satu makcik itu. Mereka semua menahan kesakitan apabila ikan itu hinggap tepat di kepala mereka tanpa henti. Semua mata mereka mencari-cari siapa gerangan yang berani memarakkan api di situ.

"Sakit?". Semua orang berpaling ke arah suara itu. Qaira berjalan menuju ke arah pekerja lelaki yang diremehkan tadi.

Dia menggapai cermin mata milik pekerja itu yang berada tepat di hadapan kaki makcik yang mula-mula meremehkannya tadi.

"Your sandals are such a low class and not ori at all", katanya sambil mengelap cermin mata lelaki tadi.

"Hey perempuan! Kau ni memang tak ada adab ?", bentak makcik yang dikatakan oleh Qaira tadi. Qaira hanya mengendahkan apa yang dikatakan oleh makcik itu. Dia membantu lelaki itu untuk berdiri.

" Saya tak ada adab ke makcik yang tak ada adab?", kedua belah tangannya disilangkan di dadanya.

"Inilah anak muda zaman sekarang tak reti nak hormat orang tua! Kau tahu tak aku siapa ? Aku ni bini siapa?", kata makcik yang menggunakan baju berwarna hijau tua itu.

"Peduli pula saya siapa makcik ni? Orang muda zaman sekarang dia tengok macam mana orang tua buat perangai kalau semua perangai macam makcik semua ni, agaknya memang satu bumi ni semua orang tak ada adab!"

"Kau memang kurang ajar!". Hampir sahaja tangan kanan makcik itu hinggap di pipinya namun berjaya di tahan oleh Qaira sendiri. Anak buah TD dan Raffael menghampiri mereka semua apabila melihat puan mereka sedang berdebat dengan kumpulan mak cik tadi.

"Raffael, itu bukan Puan Qaira ke ? Kalau sekecil zarah puan besar kita tu kena sentuh mati kita nanti", bisik salah satu anak buah TD itu kepada Raffael. Dia tidak menjawab sepatah perkataan. Raffael hanya berjalan mendekati Qaira.

"Makcik, sepatutnya makcik beruntung tahu? Nak tahu kenapa? Kalau ikutkan hati saya troli ni saya lempar dekat makcik"

"Biadab!"

"Macam ni lah, semua orang dekat sini biar jadi saksi macam mana buruknya perangai makcik!"

"Ini bukan soal beradab ke tak beradab tetapi kalau makcik ni dah melampau saya tak peduli tua ke muda! Bersyukurlah kalau saya lempar ikan kalau troli ni tadi mahu ke hospital semua makcik ni saya kerjakan!", sambung Qaira kembali dengan nada yang marah.

Semua mata kini tertumpu ke arah sekumpulan makcik tadi. Rasa malu terserlah di wajah mereka kerana apa yang dikatakan oleh Qaira itu memang betul.

Siapa yang tahan dengan perangai manusia yang penuh biadab? Dia ingin rasa dihormati tetapi mereka sendiri tidak mahu untuk menghormati orang lain.

"Awak okay?", soal Qaira kepada pekerja lelaki itu sebaik sahaja sekumpulan mak cik tadi beredar tanpa mengucapkan kata maaf kepadanya. Lelaki itu hanya mengangguk. Dia tidak banyak bebicara.

"This is my contact card. If awak ada apa-apa masalah boleh datang sini", katanya lalu mengeluarkan kad di dalam dompetnya.

"Thank you." Qaira meninggalkan lelaki itu di situ. Raffael mengikutinya daripada belakang.

"Puan Qaira memang slayy", kata Raffael. Qaira tersenyum.

"Dalam dunia ni jangan biarkan diri selalu kena pijak, Raffael. Tak semuanya kita harus diamkan, orang macam mereka tu mentang-mentang ada duit ikut sesuka hati dia nak rendahkan orang".

Raffael tersenyum mendengar apa yang dikatakan oleh Qaira. Tidak berubah langsung. Masih sama seperti dulu. Izrail memang bertuah.

"Sorry, mama. Qaira sempat malukan mama", katanya dengan serba salah. Puan Sri Farida hanya tersenyum.

"Janganlah cakap macam tu. Qaira memang baik, mama bangga dengan sikap Qaira yang berani. Teruskan macam ni okay?". Qaira mengangguk apa yang dikatakan oleh mertuanya itu.

Di dalam hatinya, dia berasa sangat malu kerana takut ibu mertuanya itu akan marah dengan apa yang dilakukan olehnya tadi. Alhamdulillah, apa yang di fikirkannya tidak sama seperti dia bayangkan.








"HAI". Qaira yang tengah menyiapkan makanan di atas meja itu menjeling ke arah seorang gadis yang mengenakan dress paras lutut berwarna merah. Dia yang berani  menyapanya tadi.

"Awak bercakap dengan saya ke?" tanya Qaira. Gadis itu tersenyum sinis.

"Cantik juga maid baru ni..."

Wah sedap mulut betina ni kata aku maid! Otak dia! Marah Qaira di dalam hati. Ini kalau bukan rumah mertua dah lama perempuan tu kena halau!

"You tak payah cakap. I tahu kalau you ni maid dekat sini. Tak sangka pula ada maid macam kau" Hati Qaira makin kian membara apinya. Ingin sahaja dia menjawab perkataan perempuan itu. Namun kelihatan semua orang sudah pun menuju ke ruangan makan dia hanya diamkan diri.

"Aunty, kenapa maid ni ikut kita makan sekali?" soalnya lalu menunjuk ke arah Qaira yang sedang duduk makan bersebelahan dengan Izrail. Sempat juga dia mengenyitkan matanya ke Izrail.

PAK!

Sudu itu dihempaskan ke atas meja. Mereka semua tersentak termasuk Qaira yang ada berada disebelahnya.

Izrail dan Hayder merenung tajam ke arah perempuan yang sedang duduk bertentang dengan mereka itu. Puan Farida sememangnya tahu Izrail tidak suka akan kekasih kembarnya itu , Adriana Vin hanya mendiamkan diri.

"Sejak bila meja makan keluarga kita ni ada sampah ikut makan sekali?" sindir Izrail. Garpu digenggam erat ditangannya. Dia pantang jika ada yang mengata buruk tentang isterinya itu.

"Haah, daddy! Ayder smells something like trash and then like a syaiton" sambung Hayder. Kali ini Adriana menjeling dua beranak itu.

"Apa! Ingat cantik!" serentak mereka berdua bersuara. Satu frekuensi.

"Anti yana acam nenek abayan! Kacha akut!" kata Kazya yang duduk di sebelah Hayder itu lalu memeluk tubuhnnya.

Adriana yang berasa kesal itu pun segera meminta diri dia untuk pergi dari situ.

"Ayder , enough  menggatal!" pesan Izrail. Kazya pun meleraikan pelukkannya setelah melihat Adriana beredar.

"Siapa ajar you menggatal?" tanya Izrail.

"Uncle Nial dengan Uncle Awish. Pastu Uncle Kharl" jawabnya. Kharl dan Danial sudah menoleh ke tempat lain. Tasha mencubit paha suaminya.

"Aku dah kata mesti kerja beruk ni semua ajar bukan-bukan dekat anak aku! Lama lagi boleh rosak banyak anak aku ni!" bebel Izrail.

Continue Reading

You'll Also Like

58.6K 3.8K 49
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
123K 2.8K 38
[CEO & LAWYER EDITION] " Aku terima nikahnya Anisa Sherryna bt Muiz dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai." "Senyum je. Kalau kau tak senyum nampak sa...
1.6M 52.1K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
208K 14.2K 75
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...