Rahsia Kau dan Aku

By bunnyaf

1.8K 369 193

[ON GOING] Dafinah Awatif Dilamar oleh lelaki yang serba-serbi hidup mewah dan perwatakannya yang baik, masa... More

Bab 1๐Ÿ
Bab 2๐Ÿ
Bab 3๐Ÿ
Bab 4๐Ÿ
Bab 5๐Ÿ
Bab 6๐Ÿ
Bab 7๐Ÿ
Bab 8๐Ÿ
Bab 9๐Ÿ
Bab 10๐Ÿ
Bab 11๐Ÿ
Bab 12๐Ÿ
Bab 13๐Ÿ
Bab 14๐Ÿ
Bab 15๐Ÿ
Bab 16๐Ÿ
Bab 17๐Ÿ
Bab 18๐Ÿ
Bab 19๐Ÿ
Bab 20๐Ÿ
Bab 21๐Ÿ
Bab 22๐Ÿ
Bab 23๐Ÿ
Bab 25๐Ÿ
Bab 26๐Ÿ

Bab 24๐Ÿ

41 10 4
By bunnyaf

Mereka terbenam dalam air. Kepala mereka kini tenggelam timbul semasa tubuh mereka terhanyut bersama air sungai yang deras. Dafinah dapat merasakan tangan kekar Huzaiman hampir terlepas dari memeluk pinggangnya tetapi lelaki itu pantas bertindak dengan mencengkam erat badannya. Kini dia selamat dalam dakapan lelaki itu sambil sebelah tangannya lagi bertungkus-lumus melawan arus deras dan lantas mencapai rimbunan rumput yang tumbuh pada tebing sungai. Ia menyelamatkan kedua-dua nyawa mereka dari terus dihanyutkan air.

Nasib baiklah tangan lelaki ini panjang dan ketinggiannya membuatkan dia tidak tenggelam seperti mana tubuh kecilnya. Kalau tidak, hilanglah nyawa mereka dalam air sederas ini. Disebabkan dirinya yang risau sekiranya terhanyut, Dafinah memaut erat leher dan bahu Huzaiman. Lelaki itu kelihatan lelah tetapi masih berusaha menyelamatkannya dalam air.

Sesekali Dafinah terminum air tawar sungai itu sambil tercungap-cungap. Pernafasannya agak sesak beserta bibir yang bergetaran.

"Huh... Huh..."

Air ini sangat sejuk. Bercampur lagi dengan hujan dan angin, perempuan yang lemah sepertinya mana mungkin dapat menahannya. Pada waktu itu Huzaiman merenung mukanya. Dia masih tampak kacak walaupun dadanya sedang berdegup kencang menahan keletihan. Mengapa mata kelabu itu merenungnya tajam? Adakah mukanya kelihatan hodoh di matanya?

Dafinah tidak berani untuk membalas pandangan tajam itu. Beberapa saat kemudian, Huzaiman menariknya dekat sehingga kedua-dua kulit muka mereka mempunyai jarak 1 sentimeter sahaja. Nafas hangatnya jelas mengenai pipinya.

"Diam..." Perlahan suara mendatar milik Huzaiman membisik padanya.

Tiba-tiba koklea telinganya mendengar hentakan-hentakan kecik pada tanah. Ia seperti tapak kaki yang sedang bergegas ke sana. Baru dia mengerti maksud bisikan Huzaiman. Bibirnya dikemam kuat seraya kelopak matanya memejam mata serapat yang mungkin. Kini dia langsung tiada keyakinan bahawa dia boleh selamat lagi. Orang-orang jahat itu sudah menjumpai mereka berdua. Adakah dia akan selamat jua?

"Sial! Bill nak matikah? Berani betul dia lari dengan perempuan bertudung itu!"

Dafinah bertambah gentar. Semakin kuat cengkaman tangan pada bahu Huzaiman. Nampaknya Huzaiman lebih awal mengetahui kedatangan mereka ke sini. Lelaki itu mesti resah dan panik tetapi dia tetap menunjukkan reaksi tenang.

Sekali lagi Dafinah terkejut apabila tembakan dilakukan secara rawak ke dasar air sungai. Ia tembakan bertalu-talu tanpa henti. Akibat dari tembakan secara tiba-tiba itu, dia tersentak dan tidak sengaja dia terjerit kecil. Tanpa diduga, Huzaiman menarik tubuhnya sehingga wajahnya tersembam pada dada bidangnya. Huzaiman pasti marah kerana dirinya yang tidak tahu untuk mengawal suara.

"Kau orang dengar sesuatu tak?"

Kedengaran suara seorang lelaki sedang menyoal rakan-rakannya. Tembakan tadi sudah berhenti.

"Dengar apa?" Salah seorang penyangak bertanya.

"Hmm..."

"Kau dengar apa, Young?" Suara Hank seperti guruh yang menyambar bumi.

"Tak ada apa." Balas Young.

"Hish, kau ini! Aku ingat aku dah dapat sembelih Bill tadi!"

Nasib baik menyebelahi Huzaiman dan Dafinah ketika itu. Bunyi hujan, angin dan air sungai yang meluncur deras berjaya menutupi suara Dafinah sebentar tadi.

"Tak guna punya Bill! Aku harap dia orang mati lemas. Tapi kalau kau orang nampak dia atau perempuan itu, pastikan kepala dia orang ditembak. Jangan biarkan dia orang hidup!" Suara kasar yang berbaur ugutan bunuh dari Hank menggerunkan mereka berdua.

Tidak lama kemudian, Dafinah mengangkat wajahnya dan masa ini dia masih terpaku sambil memandang Huzaiman. Tetapi lelaki itu mengalihkan pandangan, anak matanya pula tengok ke atas. Apa agaknya perasaan dia setelah mendengar penyangak itu ingin dia dibunuh? Adakah Huzaiman menyesal kerana menyelamatkan dia yang lemah ini?

"Nampaknya hujan lebat tak akan berhenti. Kita balik dulu! Nanti ada juga betina-betina lain yang melarikan diri pula!" Arah Joe.

Huzaiman dan Dafinah langsung tak bersuara tetapi lelaki itu mengeluh nafas lega kerana penyangak-penyangak tadi sudah beredar dari situ. Mereka berdua menanti selama beberapa minit lagi sehingga tiada lagi suara-suara penculik kedengaran. Dafinah menunduk kepala di hadapan muka Huzaiman.

"Kau okey?"

Lelaki itu menyoalnya. Ketara sekali dia juga sedang dilanda kesejukkan. Kasihan... Dafinah hanya memberi anggukan kepala menandakan dia dalam keadaan baik-baik sahaja.

Dengan berhati-hati Huzaiman menolak tubuhnya untuk naik semula ke atas tebing. Kemudian barulah dia memanjat ke atas dengan sendiri. Akibat lelah dan kedinginan, Dafinah lantas berbaring pada tanah bermandikan butiran hujan lebat. Sejurus selepas Huzaiman menjejakkan kaki pada tanah berumput, dia memandang ke arahnya sekejap.

"Kita kena pergi sekarang."

Eh, dia tak penatkah berlarian tadi? Sekarang hendak sambung perjalanan semula?

"Ki... kita nak pergi mana?" Dafinah menyoal lalu dipaksakan diri untuk bangun dari pembaringannya.

"Ke mana saja asalkan kita selamat." Jawab Huzaiman.

"Huh..." Dafinah mengeluh tetapi dia tidak ingkar dengan arahan lelaki itu.

Dia berpeluk tubuh semasa mengekori Huzaiman dari belakang dalam hutan gelap itu. Mereka tidak berpegangan tangan lagi kerana buat masa ini mereka dalam keadaan selamat dan tidak dikejar sesiapa. Gelap pemandangan di sekitarnya seolah-olah berada di bilik yang tiada cahaya lampu. Entah bagaimana lelaki itu boleh berjalan dengan mudah sekali. Entah-entah retina mata lelaki itu serupa dengan haiwan liar di dalam hutan ini! Patutlah warna kelabu lain macam sahaja apabila dilihat dengan jarak dekat.

Hujan yang turun lebat mengakibatkan tanah menjadi becak apabila dipijak. Tanah berlumpur bewarna kehitaman dan coklat sudah tercalit pada kasut mereka berdua. Kotor? Memanglah...

Sebenarnya dia sedari tadi hendak berbaring juga setelah berhabisan tenaga memaut kuat rumput-rumput di tebing sungai. Tetapi demi keselamatan mereka berdua dan khuatir bahawa Hank datang semula ke situ, dia terpaksa bergegas membawa perempuan itu pergi. Hampir beberapa minit berjalan mengikut aliran sungai, Huzaiman menghentikan kakinya dan menoleh ke belakang melihat Dafinah.

"Kau jalan depan." Arahnya.

"Ha?" Dafinah tersentak. Kenapa pula?

Tubuhnya masih tercegat tidak mahu mengikut apa yang disuruh.

"Cepatlah..."

"Tak nak..."

Dia sebenarnya malu nak berjalan di depan Huzaiman disebabkan darah kotornya dari badan masih mengalir keluar. Bau pun kurang menyenangkan derianya sendiri. Bagaimana kalau lelaki itu terhidu bau hanyir yang pelik?

Hatinya menjerit kuat yang hanya dirinya sahaja dapat didengari. Dia perlukan tuala wanita sekarang!

"Cepatlah..."

Suara Huzaiman berbunyi lagi. Apa masalah lelaki itu? Hatinya merungut. Bilalah semua ini akan berakhir?

Disebabkan hujan masih berterusan dan keadaan pun bertambah gelap, dia menuruti sahaja kemahuan Huzaiman untuj berjalan di depannya. Dia menundukkan kepala menahan malu dan berjalan sedikit laju untuk menjarakkan kedua-dua tubuh mereka. Jujur dia dapat merasakan rembesan cecair pekat yang keluar meleleh dan menembusi seluar yang basah. Dafinah berjalan agak terkangkang sedikit kerana tidak selesa. Tangan kirinya diturunkan lalu menyentuh pahanya kemudian mengangkat semula untuk melihat tapak tangan.

Alamak! Darah haidnya sedang mengalir menuruni pada peha. Dia mengetap bibir. Macam nak menangis sahaja sekarang ini.

"Finah."

Tiba-tiba Huzaiman menegur. Belum sempat dia mahu bertanya, lelaki itu melebarkan kemeja butangnya lalu menutup bahagian punggangnya. Ia kemudian diikat pada pinggang. Baru dia menyedari bahawa Huzaiman memakai dua lapisan baju. Tetapi satu lapisan yang masih terlekap pada tubuhnya kini ialah singlet bewarna hitam.

Tidak pasti mengapa mulutnya tidak dapat bergerak tatkala itu. Nak mengucapkan terima kasih pun segan. Pelik rasanya apabila seorang lelaki selain bapanya bertindak untuk berbuat sesuatu yang baik untuknya. Dia tertunduk malu merenung kasut yang berlumpur. Mungkin Huzaiman sudah nampak benda itu atau terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Itu yang dia segera menutupnya. Fikirnya.

"Kita kena cari tempat berteduh." Kata Huzaiman.

Dia langsung tak bercakap perihal darah haidnya. Mungkin dia tahu bahawa Dafinah sedang malu sekarang.

Perbuatan lelaki itu sebenarnya membuatkan dia terasa dilindungi dan selamat. Sesekali semasa mereka berjalan, dia mengangkat kepala perlahan-lahan mencuri pandang muka Huzaiman dari sisi. Jelas terpancar riak wajahnya yang penat. Dafinah menggigit bibir lantas menundukkan kepala semula sambil tengok jalan berbecak apabila dia menyedari lelaki itu memalingkan muka ke arahnya.

"Penat?"

Soalan itu membuatkan dia tersentak. Dia mendongak kepala sekali lagi melihat muka Huzaiman.

"Em..." Dia menyahut tanpa ayat.

"Lapar?" Huzaiman menyoal lagi.

Dafinah menganggun kepala. Selepas berlari tadi memang terrasa lapar sangat.

Huzaiman mengerling sekilas pada perempuan yang agak jauh ketinggian berbanding dengannya. Kekok? Ya, itulah perasaannya sekarang ini. Hei... Takkanlah segan sampai tak boleh bersuara langsung? Dia pula yang berasa janggal sekarang. Masa di bangunan tadi bukan main lagi mulut bising.

Dia sedikit risau sebab dia tidak tahu hendak menuju ke mana. Sekiranya ada rumah berdekatan sini, boleh juga tumpang semalaman. Nasib tak menyebelahi mereka kerana tiada langsung kesan-kesan penempatan dalam hutan ini. Hanya pokok-pokok dan semak samun sahaja kelihatan. Perut pun sudah berkeroncong sekarang.

Hujan yang tadinya lebat mulai reda tetapi masih terdapat sisa-sisa rintikan gerimis menepis kulit. Kakinya yang dari dulu lagi malas bersenam kini semakin lemah kerana asyik berjalan dari tadi. Akibat buku lalinya sudah terasa lenguh, dia memberhentikan diri sekejap sambil menarik nafas dalam. Betisnya digosok-gosok.

"Boleh tak kita rehat kejap?"

Permintaan Dafinah membuatkan dia terhenti. Dia sudah agak perempuan itu dah tak larat berjalan. Tangannya mengusap betis ketara dilanda sakit kaki.

Huzaiman teragak-agak mahu berhenti rehat di sini. Mereka harus mencari tempat berteduh juga. Manalah tahu tiba-tiba angin dan hujan kuat kembali semula. Ataupun geng-geng penculik itu semua memburu mereka balik. Sia-sia sahaja melarikan diri sejauh ini.

"Tak boleh."

"Tapi, saya penat sangat..." Wajah itu seperti meminta sedikit belas kasihan walaupun dia tahu betapa buruknya mukanya ini yang sudah  dimaklumkan bahawa dia tidak bersolek walau sedikit pun.

"Naik belakang aku."

Tak semena-mena dia menjadi pak dukung perempuan itu pula. Huzaiman lantas duduk bercangkung membelakangkannya.

Dafinah terkesima, persis ayam jantan yang tidak pandai berkokok pada waktu pagi.

"Err... tapi saya..." Apa yang patut dibalasnya ini? Seluarnya dikotori darah berbau hanyir.

"Cepatlah..."

"Tak apalah, Hazim." Sekali lagi Dafinah bersuara gentar cuba untuk menolak pelawaan Huzaiman.

Disebabkan perempuan itu masih berkeras kepala tidak mahu memanjat belakang badannya, perasaan geram timbul di kepalanya. Dia berdiri dan terus mencapai tangan perempuan itu kemudian meletakkan pada bahunya.

"Hazim!"

"Argh!"

Helaian-helaian kertas yang tadi berada di meja pejabat itu sudah melayang terbang lalu jatuh bertaburan di atas lantai. Dadanya berdegup kencang apabila panggilan telefon telah dimatikan. Sukarkah mahu menghancurkan mental perempuan itu sehingga orang suruhannya tidak dapat melakukan sebarang perkara buruk padanya?

Dia diculik? Diculik oleh siapa pula? Masih ada orang yang mahu menculik perempuan yang sudah meningkat dewasa? Bukankah penculikan lebih tertumpu kepada budak-budak kecil yang malang?

"Puan, apa yang saya boleh buat?"

Seseorang yang sedari tadi melihat kemarahannnya mula menyoal.

Pengintip upahan itu telah berkhidmat kepadanya setelah kepercayaannya kepada lelaki yang menjadi orang suruhannya selama ini sudah banyak kali gagal menyelesaikan tugas yang diberi. Dia lebih kelihatan berkarisma dan segak daripada orang yang sebelum ini.

"Kau ada bukti yang kukuh?" Dia berpeluk tubuh seraya memandang tepat pada lelaki tersebut.

"Ada, puan."

"Let me have a look."

Kertas-kertas yang berselerakan di lantai dipijak satu per satu sebelum batang tubuhnya berdiri betul-betul di hadapan perempuan yang kini sudah menjadi majikannya. Fail hitam yang dipegang kejap oleh tangannya diletakkan di atas meja yang sudah licin dari sebarang hal kerja pejabat.

"Ini gambar-gambar yang boleh membuktikan kesalahan lelaki itu."

"Teruk juga cara dia buat kerja..." Setiap gambar yang sudah berada di genggamannya dibelek-belek.

"Ada juga video setiap gerak-geri yang dia buat tanpa menyedari kehadiran saya di situ." Telefon pintarnya dihulurkan kepada perempuan itu.

Berdekah-dekah tawa hilaian perempuan yang digelar sebagai bos itu tatkala menonton rakaman videonya. Rakaman menunjukkan lelaki yang telah diupah untuk bekerja sebagai penghancur hidup orang telah menjadi satu tontonan yang kelakar buatnya. Tawanya tiba-tiba terhenti dan wajahnya berubah serius dan kelat.

"Bodoh! Aku suruh buat kerja, bukan jadi kayu. Aku suruh bakar rumah itu sekali dengan perempuan tak guna itu, boleh pula dibakarnya awal-awal! Ada juga manusia yang aku bakar macam ayam bakar nanti." Gumamnya.

Mana mungkin peristiwa yang sudah menjangkau 8 tahun berlalu itu mampu dimusnahkan dari memorinya. Wajah kasihan ayahnya terlintas di ingatannya dan serta-merta suara perempuan yang bernama Dafinah itu terngiang-ngiang di cuping telinganya.

"Tijah... Ayah kau dah buat jenayah besar. Kenapa kau nak suruh aku berdiam diri?"

"Finah, tolong jangan buat macam ini. Aku merayu sangat-sangat... Aku akan bagi kau apa saja yang kau nak asalkan kau tak buka mulut pasal ini..."

"Sekarang polis tengah buat siasatan dekat kampung kita dan dia orang masih belum dapat siapa punya angkara. Memanglah kau sayangkan ayah kau, tapi kau kena ingat... Apa yang dia dah buat itu salah. Dan salah tetap salah. Kita tak boleh biarkan ayah kau bebas macam itu ja. "












Do Vote⭐

Thank you!

2000 words

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 64K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
5.6M 95K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
247K 1.1K 10
Kisah tentang kakak kandung n kakak ipar nye yg terjebak dalam dunia pelancuran
1.2M 50.9K 77
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 1 ) ๐Ÿ…RANKING NO 1 MAFIA ( 20/8/2020 ) ๐Ÿ…RANKING NO 2 MAFIA ( 28/02/2021) ๐Ÿ…RANKING NO 2 SAD ( 20/12/2020...