Luka Seribu Rindu (Wattpad Ve...

By YanaaAgasshi

74.9K 4.5K 603

LUKA SERIBU RINDU | YANA AGASSHI Mawar Safiya sungguh bencikan musuh sejak azalinya, Akram Hidayat yang selal... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4 : BIAWAK KOMODO
BAB 5
BAB 6
BAB 7 : LAMARAN TERJUN
BAB 8
BAB 9 : MESYUARAT TANGGA
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13 : AKAD NIKAH
BAB 14
2004 : TRAGEDI TAHI LEMBU
BAB 15
BAB 16 : NEW RULES
BAB 17
BAB 18
BAB 19 : MIMPI
BAB 20
BAB 21
BAB 22 : STOLEN FIRST KISS
BAB 23
BAB 24 : LUAHAN CINTA
BAB 25
BAB 27 : TELAH JATUH CINTA
BAB 28
BAB 29
BAB 30 : PERANGKAP
IKLAN
BAB 31

BAB 26

2.6K 167 23
By YanaaAgasshi

AKRAM berdiri di muka pintu kamar tidurnya. Berpeluk tubuh sambil menyandar sisi pada bingkai pintu. Ada senyum di wajah manisnya. Senyum terhibur melihat Mawar yang tika ini sedang membersihkan lantai kamar menggunakan penyedut hampagas.

Sekarang jam sepuluh pagi, duk bersihkan bilik yang sedia bersih. Tadi awal pagi lepas subuh, kalut memasak di dapur. Tengah sarapan, sibuk dia nak cuci kuali dan perkakas memasak. Siap kerja di dapur, pergi kemas ruang tamu sampai ke balkoni.

Kenapa? Cuba tengok muka Mawar Safiya. Kulit muka merona merah. Mata nanar cuba elak bertemu sepasang mata milik suami sendiri. Malu. Yang namanya Mawar Safiya dibalut rasa malu gara-gara adegan ciuman hangat semalam. Kena pulak harini hari cuti. Mati...

"Haih... Tak sempatlah bakteria aku bela nak membiak. Habis semua kena sedut," giat Akram saat Mawar selesai buat kerja rumah.

Akram yang santai berseluar pendek dan baju T tanpa corak itu bersahaja mendekati Mawar.

Melihat itu, Mawar jadi berdebar. Telan liur dengan mata berjaga-jaga. Setapak demi setapak dia berundur sehingga tubuh menyentuh dinding sebelah katil.

Akram menahan rasa lucu. Dia berhenti betul-betul di depan Mawar. Nafasnya menampar kulit muka Mawar, sebegitu dekat jarak mereka.

"Kau mengelak daripada aku ke?" tanya Akram walau dia tahu jawapannya. Seronok melihat muka merah padam Mawar.

"Mana ada!" Mawar melarikan anak mata tanpa arah. Sumpah ada yang aneh dengan jantungnya. Berdegup lebih kencang berbanding biasa. "Kau boleh tepi tak? Aku nak simpan vacuum ni dulu."

"Kau segan dengan aku ke?" usik Akram lagi membuatkan Mawar angkat muka membalas pandangannya. Dia tahu Mawar jenis mudah melenting kalau disentuh egonya.

"Segan kenapa?"

"Segan sebab kita kiss semalam?"

"K-kenapa aku nak segan pulak? Kau ingat aku budak sekolah rendah? Hmh?"

"Well, kau kan tak ada pengalaman. I'm literally your first so bagi aku normal je kalau kau nak rasa segan or nervous."

"Memandai kau kan? Siapa cakap aku tak ada pengalaman?"

Adududuh... Mawar tunduk sambil ketap bibir sendiri dek terlanjur kata. Kerana ego, mulutnya lancang. Kerana lancang, sekarang dia dah menyesal.

'Pengalaman apa, Mawar oi... Pengalaman bercium? Eh kau gila ke apa?'

Beberapa detik menyedari tiada respon daripada Akram, lambat-lambat dia angkat semula mukanya. Dilihat riak Akram tidak lagi seperti tadi. Lenyap senyum nakal, yang ada panahan mata tajam. Menikam ke dalam matanya kala ini. Sumpah, dia merinding untuk sesaat. Kerutan di dahi Akram menandakan situasi sekarang tidak baik-baik saja.

"Weh, aku..." Tak sempat Mawar menghabiskan bicara, Akram berpaling tubuh bersama gelengan kecil. Kecil saja gelengannya namun Mawar dapat membaca maksud. Kecewa. Gelengan seolah kecewa dengan jawapannya barusan.

Jika Mawar akan melenting apabila berada dalam situasi begini, Akram pula sebaliknya. Mendiamkan diri, lelaki itu mengatur langkah untuk meninggalkan ruang kamar. Jelas tampak kecewa.

Mawar garu kepala yang mulai gatal. Cuba menebak maksud belakang tubuh Akram selain kecewa.

Marah? Terasa? Ah, entah...

"Tunggu." Dia berlari ke muka pintu.

Menghalang jalan Akram untuk keluar. Berat untuk dia akui tapi ya, dia... rasa bersalah dengan apa yang keluar daripada mulutnya sendiri.

"Tepi, aku nak keluar," kata Akram berbaur rajuk. Muka sehabis mungkin konon tak terkesan tapi jelas sangat apa yang dalam hati. Mendung kelabu dah mukanya hah.

Dia... tak boleh nak bayangkan kalau ada lelaki lain dalam hidup Mawar. Dia yakin selama ini Mawar tiada teman lelaki tapi macam mana kalau maklumat yang dia terima itu salah? Macam mana kalau memang ada lelaki lain dalam hidup Mawar?

"Siapa? Bila? Masa belajar? Atau masa kerja?" Tiba-tiba soalan tanpa pucuk pangkal itu meniti di bibir tak sempat dikawal. Bola mata berkaca nipis memandang ke dalam mata Mawar.

Mawar kerut dahi. Bingung. "Siapa apa?"

"Your first kiss. Dengan siapa?"

Terbeliak biji mata Mawar mendengar soalan Akram. Sedetik, tapak tangannya laju menampar dada bidang Akram.

"K-kau gila ke? Ingat aku tak kenal halal haram? Aku tak pernah cium mana-mana lelaki pun! Abah pun tak pernah!"

"Habis tu tadi kau cakap kau dah ada pengalaman."

"Aku... aku main cakap aje."

Akram diam. Dahinya berkerut merenung muka bersalah Mawar. Bahkan isterinya itu dah macam anak kucing baru lepas berak atas sofa. Terkebil-kebil memandang ke arah lain.

'Ah... Mawar, Mawar... Hebatnya kau dapat buat aku gila macam ni.'

"Kau rasa elok ke kau cakap macam tu kat aku? Suami kau." Dia bercekak sebelah pinggang. Separuh hati merasa lega, separuh lagi masih tidak senang.

Mawar telan liur. Angkat muka membalas pandangan Akram. Dia memakai baju T lengan pendek bersaiz besar. Jadi, hujung baju dipintal-pintal.

"Aku... mintak maaf sebab cakap macam tu. And aku nak kau tahu yang aku bukan perempuan yang... buat benda tak senonoh."

Mawar jeda sejenak. Kali ini dia sambung seperlahan mungkin dengan bibir sipi saja dibuka. "First kiss aku dengan kau."

"Hah?" Laju betul Akram menyua telinga dekat muka Mawar walau dia dengar setiap butir bicara Mawar. Rasa kurang senang perlahan-lahan tenggelam ke lubuk hati. Senyum nakal kembali bergayut.

Meski muka merona merah dek menahan malu, Mawar tetap keraskan kaki agar tak larikan diri. Tubuh Akram ditolak menjauh dan dia beranikan bertentang mata.

"Aku cakap, kau first kiss aku! Dengar tak? Kalau tak dengar, kau pergi korek lubang telinga kau sana!"

Tawa Akram meledak mendengar suara Mawar yang kuat dah macam guna pembesar suara ekspo. Merah menyala kulit muka. Malu ler tu!

Sarat dengan rasa cinta membuak, dia menarik tubuh Mawar ke dalam dakapannya dan Mawar tidak mengelak. Niat nak letak dagu di atas kepala Mawar tapi dek ketinggian mereka tak jauh berbeza, dia sedikit membongkok untuk meletakkan dagu di bahu Mawar pula. Sebelah tangan memeluk kemas tubuh Mawar, sebelah lagi mengusap-ngusap belakang tubuh Mawar. Lembut saja usapannya. Haruman losyen dipakai Mawar cukup menenangkan.

Mungkin kerana mulai terbiasa, Mawar kaku membiarkan. Dia tidak membalas pelukan Akram tapi tidak juga melawan. Kepala sedikit terdongak.

Jujurnya, dia selesa dengan hangat kulit Akram. Ada rasa mekar dalam hati tatkala tangan gekar Akram mengusap belakang tubuhnya. Aneh, bukan? Lelaki yang pernah dibenci mampu buat dia rasa sebegini. Rasa hangat yang selesa.

"Macam mana dengan kau?" Suara Mawar kedengaran memecah sepi selang beberapa minit.

Akram tidak berganjak. Masih memeluk tubuh Mawar cuma kali ini kepalanya ditoleh membuatkan nafasnya meniup batang leher Mawar.

"Kenapa dengan aku?"

Ah sudah... Berduri kepala Mawar apabila suara serak Akram begitu dekat dengan cuping telinganya. Tapi tak mahu kalah, dia buat-buat biasa.

'Janganlah sampai kau tergoda dengan jebon ni, Mawar...'

"Kau bukan main lagi terer bab skinship. Peluk sana, cium sini. Pegang sana, pegang sini. Kau dah biasa ke? Berapa orang ex kau sebelum aku?"

Akram senyum mendengar soalan Mawar. Entah kenapa hati dicuit rasa bahagia. Sekurang-kurangnya Mawar ambil peduli tentang dirinya.

"Ex apa? X-Y-Z?"

"Tsk." Mawar berdecit, cuba menolak tubuh tegap Akram namun Akram malah ketawa sambil mengemaskan lagi pelukan.

Akram angkat kepala, memaksa Mawar untuk pandang mata cerahnya. Sedikit diredupkan, cubaan menggoda.

"You."

Mawar kerut dahi. "U apa pulak kau ni?"

"There's no X or Y or Z in my life. Only you. My first love, my first wife and my first kiss. You are my first of everything. Cuma kau, Mawar Safiya."

Terkaku kelu Mawar mendengar luahan romantis Akram. Tak berkedip matanya saat ini. Dalam hati kembang segala bunga. Jantung berdegup kuat. Terbang di awang-awangan. Tak pernah dia dengar ucapan yang buat dia rasa serumit ini.

Rasa apa ini? Gembira? Berdebar? Teruja? Terharu? Entah, entah. Dia tak boleh nak tafsir. Atau ini rasa cinta?

'Wake up, Mawar... Jangan sampai kena pukau...'

"Hey." Lembut Akram mencuit batang hidung Mawar, selembut nada suara.

Cukup untuk Mawar tersedar. Pantas dia melarikan anak mata. "Apa dia?"

Akram senyum bersahaja. Pelukan dileraikan, tangan kasarnya memegang kedua-dua pipi Mawar sekali gus memaksa Mawar kembali bertemu mata.

"Ada soalan lagi?"

"Kau ingat kita dalam segmen kuiz ke apa? Tak ada, tak ada. Tak kuasa aku-"

"One thing yang kau kena tahu pasal aku, aku tak suka- no. Aku pantang orang sentuh hak aku. You are mine, Mawar. No one can touch what's mine."

Gulp! Mawar telan liur. Air muka Akram cuba dibaca. Muka ada senyum tapi nada berbaur amaran.

"Gila kau ni, Akram. Bercakap macam psychopath." Selamba badak dia menempelak Akram mengundang tawa besar lelaki itu. Dia menjeling tajam lalu menepis tangan Akram yang masih memegang mukanya sebelum berlalu ke ruang tamu.

Segera Akram menyusul. Tak boleh berenggang langsung!

"Mawar Safiya anak komando, kau ni memang tak reti nak baca mood kan? Orang susah-susah build up mood romantic, macam tu aje kau robohkan."

"Well, nampaknya definisi romantik kita tak sama, Akram anak Mat Rauf. Mood yang kau create tadi tu, mood thriller."

Pft! Tawa Akram meletus lagi. Haih... Apa saja berkaitan Mawar, cukup menghiburkan. Dilihat Mawar menghidupkan televisyen. Saat Mawar menghenyak punggung di atas sofa, dia pun sibuk nak menempel dekat bak belangkas sesat.

Bila Mawar bergerak ke kiri, Akram bergerak ke kiri, Mawar bergerak ke kanan, Akram bergerak ke kanan. Seinci Mawar mengesot, dua inci Akram mengesot lebih dekat. Berpusing-pusing mereka atas satu set sofa.

"Eiyy..." Akhirnya Mawar mencengkam kuat rambut ikal Akram lalu digoncang-goncang kepala lelaki itu dengan mimik muka geram.

Menggelupur Akram dibuatnya. Tak tahulah tengah gelak atau menangis.

"Haaa... Geram betul aku. Over kau kan? Saja nak sakitkan hati. Boleh tak duduk jauh sikit? Tempat punya luas, atas bahu aku jugak kau nak bertenggek. Karang aku humban kau luar balkoni sana, baru tahu rasa." Rancak Mawar membebel macam makcik petir.

Akram separuh ketawa separuh menangis menggosok kepala sendiri. Pedih oi kulit kepalanya.

"Tak baik kau dera aku, Mawar. Apa salah aku nak bermanja dengan isteri sendiri? Bukan aku bermanja dengan isteri orang lain."

Berkerut satu muka Mawar mendengar ucapan Akram. Dia memang jenis cepat melenting, kalau marah pasti akan all out. Tak ada nak pendam ke apa. Menyesal kemudian hari.

Mawar yang duduk di atas sofa tiga serangkai, palingkan tubuh ke arah Akram yang duduk di atas sofa yang sama. "Oh... Macam tu... So dengan isteri siapa kau nak bermanja? Hmh? Macam dah biasa bunyinya. Tadi bukan main tak ada X-Y-Z. Patutlah pro sangat kan?"

"Ya Allah, Mawar... Tak baik kau fitnah aku."

"Dasar kasanova. Muka serupa jebon, tak sedar diri." Mawar jeling berpeluk tubuh. Anak mata dilempar ke kaca televisyen. Tanda malas mendengar suara Akram lagi.

Tapi tak pula Akram ambil sentap. Lelaki itu tersenyum-senyum melihat tingkah Mawar.

Comel. Tiada kata dapat dia gambarkan betapa comelnya setiap gerak-geri Mawar di matanya. Marah comel, membebel comel, cemburu pun comel.

Cemburu?

Rasa bahagia menyelinap masuk kagi ke celah hatinya. Andai benar Mawar cemburu, dia yakin ada ruang untuk dia memiliki rasa cinta Mawar. Tak lama saja lagi...

"Hah. Senyum-senyum kenapa? Mesti kau fikir yang bukan-bukan kan?" Suara serkap jarang Mawar menyedarkan Akram.

Cepat-cepat Akram yang tadi duduk di hujung sofa, mendekati Mawar. Tanpa amaran, direbahkan kepalanya di atas paha Mawar. Tayang muka tak bersalah walau Mawar tunduk mencerlung tepat di depan mukanya.

"Kalau kau tak nak aku sumbat remote ni dalam mulut kau, baik kau bangun sekarang," gertak Mawar yang memegang alat kawal televisyen di tangan.

Akram senyum kambing semacam sengaja nak mengusik sang isteri.

"Mulut aku ni banyak function. Sebelum kau sumbat remote, apa kata kau..."

"Enough!" Pintas Mawar sepantas kilat pabila dapat menebak olah nakal Akram. "Dah eh. Kau jangan. Sebut benda benda macam tu, siap kau."

"Alright, my sugar. I'll zip up."

Maka tersenyum kemenangan Akram dengan lambaian bendera putih Mawar walau tanpa bait lisan. Makin selesalah dia rehatkan kepala di paha Mawar. Sedang Mawar pasrah menonton televisyen, dia terus menatap wajah Mawar dari bawah.

Hm... Bukanlah sudut pandang terbaik tapi apa saja tentang Mawar, indah di mata Akram.



















Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 290K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
76.7K 8.8K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
1.3M 60.6K 38
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungk...
666K 24.4K 61
❗️Tiada perubahan Adam Zayn Maccalen x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. ❗️Typo alert. (Tengah...