Hutang

By Fauwaz

173 24 1

"Tolong. Selamatkan aku. Aku belum mahu mati lagi," Razman mahu bersuara. Namun suaranya cuma berakhir di dal... More

Prolog - Selesai
Bab 1 - Pasar Karat
Bab 2 - Ghostwriter
Bab 3 - Pesta Buku
Bab 4 - Kotak Hati
Bab 5 - Ayah

Bab 6 - Ibu

14 1 0
By Fauwaz

Iman

"Assalamualaikum... Ibuuu," Iman setengah menjerit di pintu rumah. Dia mengetuk pintuk dua kali dengan jari telunjuk yang dibengkokkan.

Sebenarnya dia memang ada kunci sendiri. Tapi ibunya ada di rumah, lebih baik dia memanggil dahulu. Tidaklah orang tua itu terkejut kalau dia tiba-tiba memunculkan diri.

Tapi panggilannya tidak berjawab. Ada dia dengar suara berdehem sekali sayup-sayup dari dalam rumah.

Tengah solat kot. Iman berkira-kira dalam fikirannya sendiri.

Dia keluarkan kunci dari beg yang bersangkut di bahu. Tangannya meraba-raba dalam beg mencari kunci. Kalau diikutkan barang dalam begnya tak adalah banyak sangat. Tapi dia terpaksa juga mencari dengan meraba-raba dalam begnya.

Baru sahaja di masukkan anak kunci dalam lubang kunci pintu, pintu terbuka. Ibunya berdiri di muka pintu. Wanita setengah baya itu masih bertelekung sembahyang.

"Kenapanya yang beria sangat masuk je lah," ibunya mendengus kecil sambil tersenyum. Dia ketepi sedikit memberi laluan kepada Iman untuk masuk ke rumah.

Mereka berdua bertentangan mata sekejap, Iman membalas senyuman ibunya.

"Alah, saja nak bermanja, hehehe," Iman ketawa kecil. Dia mencabut semula kunci di lubang kunci pintu rumah. Kemudian menonong sahaja masuk ke dalam. Campak beg ke sofa kecil, di ruang tamu lalu duduk.

Ibunya juga ikut duduk di sofa di hadapannya. Merenung wajah Iman yang  melepaskan lelah sepulang dari tempat kerja.

Rumah flet kecil dua bilik itulah yang menjadi tempat dia dan ibunya berlindung bertahun-tahun dulu. Sejak dia masih kecil.

Dari cerita ibunya, dia sudah mengambil Iman sejak berumur hampir dua tahun, tapi belum masuk dua tahun. Baru pandai berjalan. Kalau diikutkan, Ibu kandung Iman mahu memberikan Iman kepada orang lain, orangnya ada bau-bau bacang juga dengan ibu kandung Iman. Pasangan suami isteri itu yang pada mulanya meminta Iman untuk dijadikan anak angkat kerana masih belum dikurniakan anak walaupun susah lama berkahwin.

Tapi suami saudara ibu kandungnya itu mahukan anak lelaki. Jadi dia berkuranglah keingingan mahu mengambil Iman sebagai anak angkat.

Ibu angkatnya sekarang, sebelum ini menjadi pengasuh sahaja kepada Iman. Dia sudah mengasuh Iman sejak lahir. Waktu Iman hampir 10 bulan, entah kenapa suami ibunya, bapa kandung Iman seorang cina mualaf tiba-tiba meninggalkan ibunya. Tidak pula ibu angkatnya menceritakan sebab bapa kandung Iman meninggalkan Ibunya.

Selepas ditinggalkan suami itulah ibu kandung Iman mula mengatakan tidak mahu lagi menjaga Iman dan sedang mencari keluarga angkat yang mahu menjaganya. Kerana sayangkan Iman, ibu angkatnya yang sekaranglah menyanggupi untuk membesarkan Iman.

Begitulah bagaimana mulanya Iman dibesarkan oleh ibu angkat yang sudah dianggap sebagai ibu kandung itu. Ibu angkatnya sendiri yang mencerita peristiwa itu ketika Iman berumur tujuh tahun dan mula bertanyakan tentang ayahnya dan ibunya, kerana dia mula perasan nama ibu di surat beranak tidak sama dengan nama ibunya sekarang.

"Awal pula kamu balik," Ibunya memulakan perbualan bila dilihatnya Iman sudah agak tenang di sofa.

Iman memandang wajah ibunya.

"Hari ni kerja pagi, Sara masuk tengahari tadi, dialah yang kena closing hari ni," jelas Iman, ringkas sahaja. Dia tak adalah penat sangat. Biasanya sampai sahaja di rumah memang dia akan berborak sekejap dengan ibunya.

Iman bangun dari duduknya, ke dapur. Mencari air. Dia keluarkan air sejuk dari peti dan mencapai cawan dari tempat simpanan pinggan mangkuk lalu kembali ke ibunya yang masih duduk di sofa.

Dia tuang air dalam cawan, minum seteguk lalu menghela nafas pendek.

"Dah kenapa mengeluh macam ni," ibunya kehairanan dengan gelagat Iman.

"Tak ada apalah bu, penat je kot," Iman membuat helah. Tekaan ibunya benar. Dia memang sedang memikirkan bagaimana mahu mencari ayahnya yang sudah lama menghilangkan diri.

"Ye lah kamu tu, macamlah ibu ni baru kenal kamu, jangan nak menipu ye," Ibunya memancing kata. Tetap juga mahu mengetahui sebab musabab anak kesayangannya berkelakuan pelik sebaik pulang dari kerja hari ini.

Biasanya sepulang dari kerja Iman akan duduk di sofa bersama ibunya, bercerita dahulu tentang kerja, dan perkara-perkara biasa yang dia tertengok atau hadapi sepanjang hari.

"Kamu kalau tak ada apa-apa tak adanya macam ni, gaduh dengan pakwe la tu," Ibunya membuat serkap jarang, sengaja mahu bergurau dengan anak daranya seorang itu.

"Alah Ibu ni, mana datang pakwenya, siapa yang nak perempuan macam Iman ni, pakaian macam jantan, rambut pendek macam jantan, dah la tak pakai tudung," Iman cuba mengelak bila ibunya mula memancing untuk dia membuka hubungan cintanya.

Sudah banyak kali juga ibunya memancing agar dia buka cerita tentang hal cintanya, tapi dia tak peduli. Kadang-kadang dia mengelak dengan sengaja ubah topik berbual. Ibunya pun terus tak sambung topik asalnya, bila dia sedar Iman sengaja mengubah topik.

"Habis kalau bukan pakwe kenapa, bergaduh dengan bos ke dengan Sara?"

"His ibu ni takkan la Iman nak bergaduh pulak, haha, kelakar la ibu ni," Iman ketawa kecil. Kelakar pula rasanya bila ibunya membuat bermacam tekaan tak masuk akal. Selama ini pun tak pernah pula dia bercerita tentang bergaduh dengan siapa-siapa. Sepanjang hayatnya dari kecil sampai sekarang pun dia tak pernah ambil hati dengan orang, kalau orang cari pasal pun dia buat tak tahu je, terus tak kawan dengan orang yang cari pasal tu.

"Tak ada apalah, ibu tak payahlah risau  sangat, Iman tak apa-apa," Iman cuba meyakinkan juga ibunya yang dia memang tak ada masalah.

"Ye lah, kalau ada apa-apa bagitau lah ibu, kalau ibu tak boleh tolong pun sekurang-kurangnya tahu," ibunya mula mengendur dari terus mencari tahu masalah yang dihadapinya.

"Iya, Iman mesti bagitahunya, ibu jangan risau," tambah Iman lagi. Supaya ibunya betul-betul yakin.

"Macam tu la anak ibu," ibu Iman tersenyum, berjaya memujuk anak daranya yang sedang suram itu. "Ni ibu nak tanya, jadi ke kamu nak cuti nak cari ayah kamu tu?"

"Haa?" Iman tercengang. Dia tak menyangka ibunya ambil serius perkara itu. Padanya, dia sekadar bercerita waktu itu, sebab waktu itu mereka memang sedang bercerita tentang keluarga Iman waktu ibunya masih bekerja sebagai pengasuh Iman selepas dia lahir dulu.

Lagi satu yang dia tak sangka, ibunya macam dapat baca isi hatinya sejak awal tadi. Apa yang sedang dia fikirkan.

"Jadi ke," Ibunya menjegilkan mata, menunjukkan memek muka serius mahu tahu.

"Entahlah, tengah kira-kira lagi, sebabnya macam susah je nak cari," Iman menggaru kepalanya yang tak gatal. Sudah memang tabiatnya.

"Memang susah, tapi kamu tetap kena cari kalau tak susah satu hari nanti," wajah ibu bertukar serius. Betul-betul dia mahu Iman mencari tahu fasal ayah kandungnya itu.

"Entahlah ibu, nanti kalau Iman nak pergi, Iman bagitahu." Iman membuat pengakuan untuk melegakan hati ibunya.

"Macam tu lah," Ibu seperti menarik nafas lega. Memang sejak dia sudah bercadang, bila sahaja umur Iman mencecah 20-an, dia akan mendesak Iman supaya mencari tahu fasal ayahnya. Kalau hidup, di mana diamnya. Kalau mati di mana kuburnya. Ada juga dia bertanya pada ibu kandung Iman, tapi wanita tak pernah mahu memberitahunya. Dia sekadar mengatakan tak tahu menahu tentang orang itu.

Mungkin, kalau Iman sendiri yang mencari tahu perihal ayahnya, atau keluarga ayahnya, ibunya akan berlembut hati memberitahukan keberadaan ayahnya itu.

"Tak pe lah ibu, Iman masuk bilik dululah, nak mandi," Iman meminta diri setelah melihat ibunya diam. Seperti sedang memikirkan sesuatu.

Dia capai beg di sebelahnya, bangun dan terus berlalu. Ibunya cuma mengekori dengan anak mata sehingga anak gadisnya itu hilang dari pandangan, masuk ke bilik.

***

Jam di dinding menunjukkan waktu 9.30 malam. Terasa lapar juga, sebab tadi terakhir dia makan jam 6 petang. 

Sid baring sahaja di katil bujangnya selepas selesai mandi. Tak tahu harus kemana. Mungkin dia akan turun sebentar ke mamak mahu mencari makan.

Sesekali di merenung ke papan kenyataan yang tergantung di dinding. Entah apa yang perlu dilihatnya, dia sendiri tak ada fokus mahu melihat kertas yang tertampal di situ, yang mana satu.

Dia bangun dari baringnya, lalu duduk namun masih di atas katil. Sid keluarkan telefon bimbit dari dalam beg. Memeriksa mesej yang masuk, manalah kalau-kalau ada yang masih belum diperiksa.

Tiada. Sid menghela nafas pendek. Dia letak telefon bimbit di meja, sebelah katilnya.

Ting.

Sebaik sahaja telefonnya menyentuh permukaan meja, tiba-tiba satu mesej masuk.

Mesej dari Jaz.

Apahal pula dia ni. Sid buka mesej yang baru sampai.

Teman aku stayback office, kau sibuk ke malam ni?

Selesai membaca mesej Jaz, dia bangun dari katil lalu menyusun kertas-kertas di atas meja untuk di masukkan ke dalam beg.

Selesai mengemas barang perlu dibawa ke pejabat Jaz, dia menaip di telefon.

Sid - Ok. Banyak ke kerja.?
Jaz - Sebelum subuh siap, aku malas bawak balik rumah.
Sid - Bapak ah, banyak lah tu.
Jaz - Nak aku ambik dekat bilik?
Sid - Tak payah aku datang sendiri.
Jaz - Ok.
Sid - Ok aku gerak dah ni. Tunggu dekat ofis.
Jaz - Aku dekat ofis dah ni.
Sid - Ok. Otw.

Sid masukkan semula telefon dalam. Mencapai beberapa perkakas di meja. Charger, pendrive lalu dimasukkan ke beg silang kecilnya yang selalu disangkut pada badan.

Dia juga beberapa helai kertas dan file yang sudah disusun tadi ke dalam beg kerja.

Macam biasa, sebelum keluar rumah Sid akan termenung sekejap melihat kasut di rak. Dia merenung Jack Parcell Hijau yang dibelinya beberapa hari lepas, saat hari lahirnya.

Sid capai kasut, duduk di lantai lalu memakai kasut itu.

Selesai memakai sepasang kasut itu dia tiba-tiba berdebar. Bulu roma di lengan dan lehernya tiba-tiba berdiri.

Angin dingin yang menyapu leher dan tubuh beberapa kali sebelum ini, sekali lagi hadir.

Razman tersenyum di satu sudut dalam bilik, melihat Sid siap memakai kasut itu. Dia bersedia menghampiri Sid yang sudah siap untuk keluar dari bilik.

Razman merasakan dia boleh mengikut Sid, jika Sid memakai kasut tu. Rasa dia juga boleh memunculkan diri di depan Sid. Tapi untuk memunculkan diri itu dia akan menunggu waktu yang sesuai.

Baru Razman hendak menyentuh tubuh Sid, tiba-tiba dia tanggal kasut, tanggal stoking semula, masuk semula ke bilik menuju ke tandas.

Cis, dah pakai kasut tiba-tiba nak terkencing.   Getus hati kecil Sid. Kesal juga dia tiba-tiba nak terkencing, disebabkan tiba-tiba angin sejuk tadi menerpa, meremangkan bulu roma, semacam sahaja rasanya.

Razman kecewa. Walhal kali ini dia sudah bersedia untuk memunculkan diri di depan Sid. Dia sudah perasaan sejak beberapa kali, hanya ketika memakai kasut itu, Sid seperti perasan akan kewujudan sesuatu dalam biliknya itu.

Cis, dan dan nak kencing pulak. Razman tepuk dahi.

***

Continue Reading

You'll Also Like

MAFIA GAME By KEN

Mystery / Thriller

11.1K 2.2K 31
Tanpa sedar, mereka telah memilih untuk bertarung nyawa dalam permainan maut MAFIA GAME demi memenangi wang kemenangan bernilai 10 juta USD. Setiap p...
210K 6.3K 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

730K 30.9K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
881K 115K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...