𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀�...

By amiieya

313K 15.7K 617

"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan k... More

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 1
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 2
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 3
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 4
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 5
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 6
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 7
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 8
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 9
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 10
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 12
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 13
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 14
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 15
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 16
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 17
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 18
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 19
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 20
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 21
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 22
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 23
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 24
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 25
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 26
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 27
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 28
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 29
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 30
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 31
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 32
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 33
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 34
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 35
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 36
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 37
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 38

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 11

9.9K 470 15
By amiieya

DAHI Qaira diciumnya terlebih dahulu sebelum dia meninggalkan isteri tercintanya itu untuk ke markas.

"Sleepwell dear angel, abang pergi sekejap tau. Maafkan abang tinggalkan sayang seorang diri malam ini. Esok abang bawa balik rumah mama kita ambil barang sayang. Sian dia dah dua minggu tak balik" kata Izrail. Rambut Qaira yang menutupi wajahnya itu dialih ke tepi. Selimut ditarik dan menutupi tubuh Qaira.

Jam tangannya menunjukkan tepat pukul 12 malam. Masa yang sesuai untuk mereka menghendap pihak musuh. Sempat juga dia melihat keadaan anak lelakinya itu. Kelihatan Hayder sedang tidur pulas di atas katilnya.

"Morning" sapa Fawish yang sedang menunggu kehadiran diri dia dari tadi. Izrail menaikkan keningnya.

"Kau dah tak betul ? Morning apa benda hari masih gelap macam ni?"

"Ingat sikit aku abang ipar kau" sengaja Fawish menekan ayat itu agar Izrail tidak memarahinya.

"Cis, dah tak ada modal macam itulah kau!"

"Cepat gerak aku takut budak dua ekor tu buat masalah nanti" laju langkah kakinya bergerak ke arah Mercedes AMG-GTR berwarna hitam miliknya yang memang di khas untuk digunakan ketika bekerja mencari makan malam.

"Let's have fun tonight!" sorak Fawish dengan riang.



"DANIAL" panggil Kharl.

"Apa benda? Kau senyap boleh? Dari tadi mulut kau bebel je memanjang. Cuba fokus sikit"

"Ish, Fawish ni pun agak-agaklah suruh kita hendap macam ni! I is geli tau banyak nyamuks uolls"

"Kau pernah main pubg tak?" tanya Danial. Kharl mengangguk.

"Macam inilah cara kita hendap musuh! Kau ni pun satu!"

"Itu game lainlah. Ini realiti, sejak bila kita jadi tukang risik macam ni? Gatal gila" . Dia mengeluh. Itulah orang suruh guna Autan Lotion tak nak kata tak wangi, tak itu ini. Sekarang tahu mengeluh.

"Mana si pengantin baru ni? Terkedek-kedek dia nak datang. Tengok barang mereka bawa semakin banyak pula tu"

"Kau diam ahh! Banyak bunyi pula baik kau balik sana" halau Danial pula. Serabut kepalanya dengan sepupu dia yang satu ini. Perangai cerewet tak pandai berubah dari bujang sampai ke kahwin masih sama. Orang tengah serius dia boleh pula banyak cakap.

"Daripada kau marah aku. Lebih baik kau bebel Rael tu depan-depan. Berani tak kau?" sambung Danial.

"Aku beranilah! Apa yang tak berani? Berani kalau bini dia ada sekalilah" Kharl tersengih macam kerang busuk. Dia hanya berani mencari masalah yang tak terduga ketika ada Qaira kalau tidak mahu mati dia di kerjakan.





CRACK!

Bunyi itu membuatkan perbualan mereka berhenti. Kedengaran bunyi tersebut daripada belakang mereka.  Mereka berdua menatap mata masing-masing. Nama sahaja yang mafia tetapi perangai mereka berdua memang dikenali sebagai penakut.

Danial memberi isyarat kepada Kharl. Hitungan syarat tangan diangkat satu demi satu. Sehinggalah hitungan ketiga. Serentak mereka menoleh ke arah bunyi tersebut. Alangkah terkejutnya mereka berdua melihat penyebab bunyi tadi.

"Weh, gorgon oi! Lari gila!" teriak Kharl. Nasib baiklah suara mereka berdua bertempiaran lari itu tidak membuatkan para musuh sedar akan kehadiran mereka.

"Skandal kau dah kenapa cari kau sampai sini , Kharl!" teriak Danial yang sudah berada di atas pokok itu. Manakalah Kharl pula berada bertentangan dengannya.

Biawak yang mengejar mereka tadi masih berada di bawah pokok itu. Nasib baiklah tak sampai ke atas sana kena kejar.

"Kharl...Tinggi gila aku panjat ni, Kharl" rengek Danial.

"Ya Allah hamba rela jika perlu mengorbankan sepupu hamba yang satu ini di ambil makhluk ciptaan mu seperti bawah ini" , balas Kharl.

"Wah kau nak selamatkan diri kau sendiri eh? Diam ahh kau situ!" Danial marah. Sesaat lampu dari pihak musuh itu menyuluh ke arah mereka. Beruntungnya sempat menghindar.

Musuh tetap musuh tapi kalau haiwan ini yang datang memang tidaklah nak diam dekat situ saja. Daripada mati kena libas binatang tu lebih  baik mati ditangan musuh tidaklah memalukan.

Tidak lama kemudian Izrail, Fawish dan anak buah mereka pun turut tiba di situ. Anak buahnya lain sudah di beri arahan agar mengepung kawasan markas pihak musuh yang tengah melakukan proses perdagangan mereka. Siapa lagi musuhnya kalau bukan Cobra. Peperangan dariapda pihak musuh yang mulai kembali disaat Qaira sah bergelar menjadi isterinya.

"Rael, tolonglah kita berdua dekat atas sini", teriak Kharl daripada atas pokok itu. Izrail dan Fawish mendongak ke atas. Mereka sudah menggelengkan kepalanya.

"Che diavolo stai facendo amico ( what the hell are you doing, dude!)" Izrail menahan amarahnya. Ada sahaja kelakuan mereka berdua ini jika disuruh buat kerja untuk menghendap musuh. Kalau lambat je sedikit lagi tak tahulah apa yang terjadi.

"Ada gorgon tadi kejar kita sebab itulah kita naik" terang Danial pula.

"Pergi tolong dua ekor monyet ni dulu! Menyampah pula aku tengok ada yang mati sini nanti" arah Izrail kepada anak buahnya di belakang  itu.

"Tuan Danial dengan Tuan Kharl naik ke atas sini guna apa? Terbang ke?" perlinya. Anak buah mereka yang satu ini cukup dekat dan sudah lama berkhidmat bersama The Demon's. Jadi sebab itu dia berani perli mereka berdua.

"Diamlah kau! Aku terajang kau nanti" Dia hanya ketawa kecil sebelum riak wajahnya bertukar menjadi serius kembali.

"Dah gerak! Aku dah lapar ni" kata Izrail.

"Shit! Siapa yang bocorkan lokasi kita ni?" bentak salah seorang lelaki yang bertatu ular di tangan sebelah kanan itu. Langsir itu segera di tutup kembali. Mereka sudah buntu habis seluruh kawasan mereka di kepung tiada satu pun jalan keluar.

"Itu TD! The Demon's. Musuh utama boss kita. Ini dah kali kelima mereka serbu bisnes kita!"

"Kita antara hidup dan mati sekarang! Kita kena lari." Semua barang laju di simpan sementara melihat Izrail dan anak buahnya masih kejauhan.

"Kau terfikir nak lari?" satu langkah diundur ke belakang. Izrail berdiri tepat di depan matanya. Bukan ke  tadi masih jauh? Macam mana boleh muncul dekat sini pula?

"Kau mesti terkejut tengok aku terpacak dekat sini kan?" tanya Izrail sinis. Baju di lengannya di lipat hingga ke siku. Pistol yang ada berada di dalam saku dikeluarkan.

Bagasi yang hendak dibawa keluar oleh mereka tadi ditembak beberapa kali. Sehingga terkeluar isi di dalamnya melalui lubang kesan tembakan tadi.

"Hurh, drug? Seriously?" Izrail menaikkan keningnya. Fawish maju ke hadapan dan terus membuka untuk melihat keseluruhan isinya.

"Masih juga dia buat benda ni. Aku ingat bila aku bom pusat dia akan berhenti. Rupanya tak" kata Fawish sambil menggelengkan kepalanya. 

"Mana ketua kau?" soalan itu diajukan. Namun tiada siapa menjawab. Semua anak buah pihak musuh mereka itu hanya mendiamkan diri. Memandangkan tiada tindakbalas , Izrail menaikkan tangan kanannya dan memberi isyarat kepada anak buah  TD mengangkat semua pistol mereka dan acukan kepada pihak musuh.

"Tak susah mana. Aku suruh kau jawab soalan aku! Itu susah sangat ke?" Izrail masih cuba menahan amarahnya. Pistol yang berada di tangannya dipusing.

"Aku bencilah orang lembab macam ni!" lelaki tadi terus ditendang dengan kuatnya dan membuatkan dia jatuh tersungkur di atas lantai.

"Aku tanya mana bangsat tu pergi! Kau kalau kau tak buka mulut kau ni memang mati aku kerjakan dekat sini!"  leher lelaki itu dicengkam kuat sehingga membuatkan dia sukar untuk bernafas.

"A-a-aku tak a-akan bu...ka mulut" jawabnya sepatah demi sepatah. Fawish, Kharl dan Danial hanya diam berdiri di belakang Izrail. Mereka membiarkan Izrail menjalani tugasnya terlebih dahulu.

Tanpa basa-basi Izrail terus melepaskan satu das tembakan tepat ke arah kepala lelaki tadi. Izrail mengelap kesan percikan darah yang terkena pada wajahnya.

"Shit!!" salah seorang daripada mereka cuba untuk melarikan diri. Tapi sayangnya sekali lagi satu das tembakan dilepas oleh Izrail. Kini lelaki itu terduduk melutut di kaki Fawish.

Fawish sudah menarik nafas sedalamnya.

"Allahu, belum sempat taubat dah boleh mati kena tembak adik ipar sendiri ni nanti!" katanya di dalam hati.

"Aku nak kau uruskan mereka semua dan pastikan tak ada satu pun tersisa kalau mereka masih tutup mulut!" mereka hanya mengangguk.

"Rael, kau drive boleh?" Izrail menjeling ke arah Fawish yang menyuruh dia untuk memandu kereta.

"Siapa lambat dialah yang bawa kereta" jawab Izrail lalu segera berlari ke arah kereta. Tetapi  Kharl dan Danial terlebih dahulu masuk ke dalam kereta sisanya hanya tempat untuk pemandu sahaja yang masih kosong.

Izrail hanya menganguk. Riak wajah yang bengis ditunjukkan memandakan dia tidak berpuas hati. Range Rover itu dipecut laju olehnya.

"Weh, kau nak ajak kita mati berjemaah ke gila?"  kata Fawish dengan ketakutan. Tali pinggang yang dikenakan itu digenggam erat. Kharl dan Danial yang duduk di belakang turut tidak berhenti mengucap daripada tadi.

"Rael lorii ! Lori Raelll!!" teriak Danial sambil menunjuk lori yang berada bertentangan dengan mereka itu. Sekarang jam pukul empat pagi bagai terasa matahari sudah terpacak di atas kepala.

"Ingat aku tak tahu sebab apa suruh aku drive? Ada hati nak tidur! Tidurlah situ, siapa suruh aku bawa tadi en?"

"Weh, aku tak nak bini aku jadi balu!" kata Kharl.

"Izrail Luciano ! Bawa perlahan gila! Ya Allah, kenapalah aku dikurniakan sepupu gila seperti dia"

"Aku belum bertaubat ni , Rael!" sambung Danial kembali.

"Kita mati syahid berjemaah" jawab Izrail selamba sebelum kereta itu semakin laju dipecut nasib baik jalan tak ada banyak kereta kerana masih lagi awal pagi.

"Kepala otak dia! Mana ada mati syahid berjemaah macam ni!"

Izrail hanya ketawa melihat gelagat mereka bertiga itu. Puas hatinya kerana berjaya membuli mereka kali ini. Selalunya mereka yang suka buli Izrail.

Continue Reading

You'll Also Like

38.1K 3K 13
Empat tahun lalu, dia ditinggalkan atas alasan sang wanita lelah dengan keadaan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang entah dari mana asal usulnya. M...
252K 10.9K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...
26.7K 1.3K 22
𝟏𝐬𝐭 𝐁𝐨𝐨𝐤 : ❧ 𝒟𝒾𝒶𝓃𝒶 𝒮ℴ𝒻ℯ𝒶 : 𝒴ℴ𝓊'𝓇ℯ ℳ𝒾𝓃ℯ☙ "Aku takkan pernah terima kau sebagai isteri aku dan jangan pernah berharap untuk aku, ci...
17.6K 1.3K 14
-MRS. NOAH HAIDAR- "...You're Mrs. Noah, remember this"Ujar NOAH HAIDAR dengan suara yang dingin. Matanya tajam menikam ke arah mata sang isteri. Di...