MATCHED LOVE [REST]

By dynaeisaa

125K 4.4K 193

[ Before u read, pastikan baca CONVERSATIONS terlebih dahulu. Perlulah kamu lakukan agar memahami jalan cerit... More

AᴇᴅΙͺΙ΄α΄€ < Rʏᴜ
Bab Satu πŸ¦‹
Bab Dua πŸ¦‹
Bab Tiga πŸ¦‹
Bab Empat πŸ¦‹
Bab Lima πŸ¦‹
Bab Enam πŸ¦‹
Bab Tujuh πŸ¦‹
Bab Lapan πŸ¦‹
Bab Sepuluh πŸ¦‹
Bab Sebelas πŸ¦‹
Bab Dua Belas πŸ¦‹
Bab Tiga Belas πŸ¦‹
Bab Empat Belas πŸ¦‹
Bab Lima Belas πŸ¦‹
Bab Enam Belas πŸ¦‹
Bab Tujuh Belas πŸ¦‹
Bab Lapan Belas πŸ¦‹
Bab Sembilan Belas πŸ¦‹
Bab Dua Puluh πŸ¦‹
Bab Dua Puluh Satu πŸ¦‹
Bab Dua Puluh Dua πŸ¦‹
Bab Dua Puluh Tiga πŸ¦‹
Bab Dua Puluh Empat πŸ¦‹
Bab Dua Puluh Lima πŸ¦‹
Bab Dua Puluh Enam πŸ¦‹
Bab Dua Puluh Tujuh πŸ¦‹
Bab Dua Puluh Lapan πŸ¦‹
Bab Dua Puluh Sembilan πŸ¦‹
Bab Tiga Puluh πŸ¦‹
Bab Tiga Puluh Satu πŸ¦‹
Bab Tiga Puluh DuaπŸ¦‹
Bab Tiga Puluh Tiga πŸ¦‹
No Update.
Bab Tiga Puluh Empat πŸ¦‹
Bab Tiga Puluh Lima πŸ¦‹
Bab Tiga Puluh EnamπŸ¦‹
Bab Tiga Puluh Tujuh πŸ¦‹

Bab Sembilan πŸ¦‹

3.2K 124 0
By dynaeisaa

Dina terkejut. Ibu nya pagi tadi tiba-tiba paksa dia bangun lepastu suruh pakai cantik-cantik. Nak pergi mana pun tak nak bagitahu.

Nak taknak Dina kena patuh je.

Rupa nya, ibu nya bawa Dina ke butik baju pengantin..

Cepat nyaaa.

"Ibu tak rasa cepat sangat? Dina baru kenal Ryu. Kena lah luangkan masa dengan dia sikit supaya tak canggung. Ni tiba-tiba beli baju kahwin." Kata Dina sembari menggoyangkan kaki di tempat duduk.

Ibu nya sibuk mencari baju kahwin yang sesuai untuknya. Entah ada ke tak tu Dina pun tak tahu.

"Lagi cepat lagi bagus, Dina. Luangkan waktu kan boleh buat lepas nikah. Ryu cakap dia akan cuti seminggu lepas nikah. Luangkan waktu dengan dia masa tu" Kata Puan Julia tanpa memandang Dina. Mata nya sibuk melihat-lihat baju pengantin.Lawa lawaa kann. Dulu masa zaman Puan Julia, kena jahit sendiri tau! Sekarang, tempah je siapp!

Dina menghela nafas dan tidak membalas perkataan ibu nya. Dina tengok saja ibu nya pilih baju. 

"Ah ni. Dina, ni okey tak? cantik,kann?" Puan Julia menunjuk sebuah gaun putih berkilap manik putih yang lumayan bersinar. Di baju nya ada flora yang terjahit anggun.

Kalau Dina pakai ni, confirm macam princess punyaa.

"Pilih lah mana-mana bu. Ibu pilih ibu rasa tu okey, Dina ambil." Kata Dina. Dia  dah pasrah. Biarlah apa nak dibuat ibu nya. Masa depan Dina tu nanti lah fikir.

Puan Julia mengiyakan nya dan memilih baju yang ia tunjuk ke Dina tadi . Puan Julia pergi ke staf dan menempah baju tersebut.

"Pastikan siap. Saya beri masa 2 minggu!" Kata Puan Julia agak tegas.

"Baik, puan. Boleh bayar pendahuluan di kaunter."

Staf itu menunjuk arah kaunter berada dan bergegas masuk ke dalam pejabat mereka. Puan Julia berlenggang ke kaunter untuk bayar pendahuluan

Setelah bayar pendahuluan dan mendengarkan apa yang dikatakan staf di kaunter, Puan Julia kembali ke Dina. Dia melihat-lihat sekitar dulu sebelum mengajak Dina pergi.

"Dah. Jom pergi." Ujar Puan Julia sejurus dia menarik tangan si anak dan berjalan keluar dari butik.

"Kemana pula lepas ini?" Kata Dina sembari dia membenarkan handbag nya. Walau ditarik.

Puan Julia tersengih lalu menarik Dina ke jalanan dan memasuki kereta. Dina hanya boleh pasrah. Apa boleh buat kan.

"Kita makan dululah. Ibu lapar."

Dina diam sahaja. Bagi ibu nya, kalau diam maknanya setuju jadi Puan Julia langsung menghidupkan kereta dan mula bergerak.

Dina mengambil telefon bimbit nya di handbag lalu dihidupkan telefon tersebut. Maklum, Dina selalu off kan telefon dia.

"Ibu nak makan kat mana?" Tanya nya tanpa menoleh ke arah sang ibu. Puan Julia berfikir sejenak. Apa yang sedang dimakan panas-panas ni?

"Ibu?"

Dina kini menoleh apabila tak dapat jawbaan dari Puan Julia. Ternyata Puan Julia masih berfikir. Lama betul nak fikir makan apa je. Dina dah fikir dah nak makan apa.

Tak lain tak bukan, ayam!

KFC sedap juga. Terjadi pula Dina yang berfikir MCD ke KFC . Dua dua sedap tapi.. apa yang jadi pilihan Dina?

"Makan kat rumah je lah. Ibu masak."

"Tak payah lah pandang ibu macam singa. Kecut ibu tau."

Ujar Puan Julia. Benar kecut diri nya apabila Dina pandang tak puas hati. Puan Julia tersengih malu lalu menggaruk tengkuk nya walau tak gatal.

"Rumah jauhlah. Makan KFC lah."

"Ada kat simpang tu je." Kata Dina sembari jari nya menunjuk arah KFC berada. Betul betul di simpang jalan.

Puan Julia menghela nafas berat sebelum menyetujui nya. Nasib Puan Julia membawa kad bank suami nya. Kalau bawa dia punya , mana cukup nak bayar. Maklum muflis.

"Iyalah. Pakai seat belt. Tak kena saman karang. Menyusahkan ibu je."

Sebelum mendengar celoteh ibu nya lebih lanjut, dengan cepat tangan Dina menarik tali pinggang keledar nya dan memakai nya. Puan Julia sempat melirik Dina lalu dia mula menuju ke KFC.

.....

"Eh?.. jemput masuk. Tak bagitahu pula nak datang hari ini.."

Pintu megah besar dibuka mengalukan tetamu yang datang. Tuan Nazmi mengambil langkah besar dan mendudukkan diri di sofa. Dialukan tetamu yang datang untuk ikut duduk di sofa.

Dalam hitungan detik, tiga pembantu rumah datang serentak dan meletakkan kopi di atas meja. Mereka masuk serentak begitu juga keluar.

"Maaflah datang tak bagitahu. Saja nak suprise. Kan, sayang?" Kata Tuan Hazman dengan tawa. Puan Hazlin mengangguk dengan tertawa kecil.Tuan Nazmi menanggapi dengan senyum kecil.

"Haha, seorang je ke? sunyi semacam je."

"Tak adalah. Ada Eryn dengan Aeman dekat atas. Biasalah budak kan."

Puan Hazlin mengangguk menyetujui ujaran Tuan Nazmi. Anak nya juga begitu.

"Julia mana? selalunya duk berkepit dengan Naz." Kata Puan Julia berhasil mengundang tawa Tuan Nazmi.

"Keluar dengan Dina. Kejap lagi balik lah tu."

"Biar aku panggil budak-budak tu turun jap."

"Eh, tak payahlah.."

Tuan Nazmi tersenyum lalu dia menguatkan suara nya. Kerana rumah nya yang bertingkat jadi suara nya tak tentu dengar kalau tak menjerit.

"Aeryn, Aieman! Turun sini!" Jerit nya agak kuat. Sebenarnya Tuan Nazmi tak menjerit pun tapi suara nya yang memang kuat . Ditambah rumah tersebut bergema. Jadi, terdengar seperti menjerit.

Dalam 2 menit, dua insan berlainan jantina turun bersama. Gadis dengan mata kecil dan bertudung bawal. Lelaki berpakaian kemeja dan berseluar jeans dan rambut yang basah.

Telinga nya tersumbat earpod dan muka nya dingin tanpa perasaan. Sebelahnya, gadis yang lebih rendah beberapa cm dari nya juga menyumpat earpod namun tak terlihat kerana tudung yang dia sarungi.

"Salam makcik pakcik ni."

Patuh dengan arahan, Aeryn dan Aieman menyalam kedua orang yang lebih tua dari mereka. Dipeluk juga. Kena sopan kan nanti jadi keluarga juga.

"Cantik Eryn ni. Macam kakak dia"

Eryn tertawa canggung dan ngangguk canggung. Dia pun mengaku dia cantik. Hehe.

"Duduklah dulu. Aku naik atas kejap. Ada kerja."

Tuan Nazmi bangun dari sofa dan berlenggang pergi menaiki tangga. Aeryn dan Aieman tercegat saja tak tahu apa yang nak dibuat sekarang.

"Duduklah. Canggung betul muka"

"Iyalah, macam tak pernah jumpa je."

Aeryn dan Aieman duduk di sofa yang ayah mereka duduki tadi dan berdiam diri. Tak tahu apa yang dikatakan. Mereka anak muda yang depan mereka orang tua. Lain kan tuu.

Aeryn menggaruk tengkuk nya dan melirik abang nya. Aieman tenang sambil memaimkan telefon bimbitnya. Tuan Hazman dan Puan Hazlin pula tengah bermesra depan mereka berdua.

Puan Hazlin memandang sebuah almari yang penuh dengan gambar. Gambar keluarga kawan nya, Julia. Puan Hazlin berdiri dan berjalan ke arah almari. Aeryn dan Aieman biarkan saja dan sibuk dengan urusan mereka. Telefon contohnya.

Tak sengaja mata nya menangkap sebuah gambar yang sedikit janggal. Setahunya, Julia hanya punya 3 anak. Tapi, digambar yang sedang dia lihat ada 4 anak didalam gambar sedang tertawa bersama Julia juga suaminya.

Menariknya lagi, anak keempat itu mempunyai wajah yang sama dengan Aedina Amaeldyia.

"..Kem..bar?..kembar?"

Puan Hazlin memandang kearah gambar lainnya juga namun lainnya hanya gambar Puan Hazlin bersama 3 anak nya yang masih kecil juga gambar perkahwinan nya dengan Tuan Nazmi.

Lalu, tangannya membuka kaca almari dan mengambil gambar 4 orang anak itu. Saat diambil, satu gambar yang hitam terjatuh ke lantai.

Puan Hazlin menoleh ke Aeryn dan Aieman dulu sebelum mengutip sekeping gambar hitam itu.

"Ini.."

Mata Puan Hazlin membulat dan dia segera melihat gambar 4 orang anak itu.

"Kembar seiras."

Continue Reading

You'll Also Like

1.9M 91.1K 55
Rasa cinta terlalu berlebihan membuat Lia lupa bahwa cinta itu tidak pernah bisa dipaksakan. Rasanya ia terlalu banyak menghabiskan waktu dengan meng...
115K 5.4K 45
⚠Beberapa part mengandung adegan dan kata-kata kasar. Dimohon bijak dalam membaca cerita. Cerita sudah lengkap dan sedang proses revisi.. !!Dilaran...
6.5M 335K 60
[SEBAGIAN DIPRIVATE, FOLLOW AUTHOR DULU SEBELUM BACA] Tanpa Cleo sadari, lelaki yang menjaganya itu adalah stalker gila yang bermimpi ingin merusakny...